15
Yoongi menatap lama telefon bimbit miliknya . Aplikasi whatsapp yang dibuka hanya ditatap lama . Nombor Hana yang telah disimpan hanya ditatap lama .
' Nak call ke tak eh ? Nak chat ke taknak ? '
Lama dia memikirkan hal itu . Dirinya sendiri ragu - ragu untuk menelefon gadis itu apatah lagi hendak chat bersama . Tiba - tiba satu pemberitahuan masuk ke dalam telefon Yoongi . Membulat mata Yoongi apabila mengetahui Hana yang memulakan chat mereka .
Lega sedikit hati Yoongi melihat Hana menghantar mesej kepadanya . Bukan apa , senang untuknya agar tidak runsing memikirkan hal mahu call atau chat gadis itu .
______________________________________
Hana hahahanat
Yoongi , aku setuju nak kahwin dengan kau .
aku nak kau jumpa aku esok . Dekat tempat biasa . Pastikan kau selamat menutupi wajah kau yang tak berapa nak siap tu .
Aku tahu mesti kau dah jumpa abang aku kan ? That's why aku suruh kau tutup muka kau tu .
Nanti abang aku tahu pula aku keluar dengan kau .
______________________________________
Yoongi berdecit sedikit setelah membaca perkataan abang yang tertera . Fikirannya mula melayang di saat dia bertemu dengan abang Hana buat pertama kalinya . Situasi itu tidak sama sekali akan dipadam dalam ingatannya . Malah itulah bukti kukuhnya yang akan digunakan suatu hari nanti .
" Perempuan ni macam tahu - tahu je aku nak jumpa dia . Eh nak pula dia kahwin dengan aku . Muka tak berapa siap ? Tch ! Muka tak berapa siap ni juga lah yang dia sudi kahwin "
Bebel Yoongi seorang diri . Mesej yang diterima hanya dilihat sahaja . Yoongi terus menutup aplikasi whatsapp dan membaringkan dirinya di katil empuk miliknya . Memang sengaja dia lakukan hal itu kepada Hana . Tidak membalas mesej gadis itu malah hanya membacanya .
Mendapat tanda biru tanpa dibalas semestinya sakit hati bukan ?
Itulah yang ingin dilakukan Yoongi . Biar Hana sakit hati akan tindakannya . Yoongi tersengih sendiri apabila terkenang tindakannya . Geli hatinya apabila terbayang wajah Hana yang semestinya sedang marah dan memaki seorang diri akibat mendapat bluetick darinya .
Terus termati senyuman dan tawa Yoongi apabila tersedar ke alam realiti . Dia sendiri pelik akan dirinya .
' Aku ni dah kepada sengih sebab Hana ? Senyum seorang diri pula tu ? No and no . Aku tak akan suka perempuan lembik tu . Dasar ! '
• • • • •
Hana's
Aku menghantar mesej kepada Yoongi . Berdebar juga hati ni . Tangan dengan perlahan mengurut dada dengan lembut . Jantung terasa berdegup kecang seperti larian kuda .
" Eh ? Aku ni baru je chat dengan lelaki durjana tu tapi kenapa jantung ni berdegup laju macam aku baru je lepas confess dekat crush ? " terkebil - kebil mata aku memikirkan hal itu . Tak akan aku suka lelaki yang perasaan macam dia ?
' Ah ! Tak mungkin ! "
Aku menafikan segala gerak hati aku . Aku menggapai telefon aku dan menekan aplikasi whatsapp . Pelik juga aku . Aku rasa aku dah chat Yoongi lebih dari sepuluh minit .
Yoongi ni membaca ke mengeja ? Kenapa tak balas mesej aku ?
Aku membuka chat kami . Nafas aku naik turun tatkala melihat tanda doubletick berwarna biru . Sah lelaki durjana itu hanya membacanya dan tidak mahu membalas mesejnya .
" Dasar lelaki tiada perasaan ! Penat je aku buang ego aku nak chat kau . Kau bagi aku seen je ? Tak guna ! Aku doakan kau kekal pendek ! Kekal muka tak siap kau tu ergh ! "
Aku mengambil bantal lalu mengigitnya . Tahap geram gila . Hampir sahaja terkoyak sarung bantal aku itu . Setelah puas mengigit , kini bantal aku menjadi masa aku melepaskan geram . Habis tiada rupa bantal aku tatkala aku menumbuk bantal itu berkali - kali dengan kuat.
Setelah puas , aku membaringkan diri aku . Nafas berat yang terasa tidak menghalang aku untuk menyumpah serana Yoongi .
' Dasar kaki bantut ! Kau tunggu kau esok , memang kena dengan aku , durjana "
No one's
Hana menanti Yoongi dengan setia . Bunyi loceng yang dihasilkan oleh pintu cafe itu menarik minat mata Hana untuk memandangnya . Jelas kelihatan Yoongi segak berpakaian putih dikenakan pula dengan seluar jeans yang koyak sedikit pada lutut .
Sesungguhnya Yoongi dan gaya tidak boleh dipisahkan .
Baru sahaja Yoongi melabuhkan punggungnya , Hana sudah terlebih dahulu membuat serangan lidah . Sememangnya itu adat bagi mereka . Bertemu sahaja mesti ada pekara yang digaduhkan .
" Aku fikir kau ni miskin sangat sampai pakai seluar jeans pun dah koyak . Kalau kau tiada duit bagitahu aku . Nanti aku pinjamkan . Setakat seluar jeans halah small matter dude . Atau kau nak aku buatkan ? Maklum la aku kan pereka terkenal " ucap Hana panjang lebar sambil menyisip sedikit air yang dipesannya tadi .
" Biarlah tak cantik jangan bodoh sangat . Kau ni muka dah la tak cantik bodoh pula tu . Setakat pereka pakaian dalam tch , apa la sangat ! Oh lupa kau mana tahu bab gaya kan ? Yang kau tahu mereka pakaian dalam " balas Yoongi . Pandangan dingin dilemparkan ke gadis itu .
Yoongi tersenyum menang tatkala melihat Hana sedaya upaya menahan amarahnya . Hana pula hanya mencerlung tajam wajah Yoongi . Tidak sama sekali membalas ataupun menghamburkan kata - kata .
Melihat Hana mendiamkan diri , Yoongi memulakan perbualan di antara mereka agar suasana tidak menjadi berapa kekok .
" Ada apa kau nak jumpa aku ? Nak ugut tentang family aku , macam mana abang kau ugut aku ? " Hana yang mendengar terus mengerutkan dahinya . Tidak pula dia tahu abangnya , Yeohyun pernah mengugut lelaki ini .
" Kenapa ? Kau takut , Min Yoongi ? Aku pun tak hamak dengan keluarga kau " senyuman sinis dipamerkan . Yoongi yang mula berang akibat isu keluarganya dibangkitkan memandang Hana dengan tajam . Tapi gadis itu tidak sedikit pun berasa gentar akan pandangan tajam yang dihadiahkan untuknya .
" Aku nak jumpa dengan kau sebab aku nak tahu tentang perkembangan hal perkahwinan kita " tersedak Yoongi apabila mendengar ucapan yang dihamburkan oleh gadis di hadapannya . Air diteguk dengan laju . Kemudian wajah Hana ditatap .
" Kau ni dah kenapa terburu - buru sangat . Aku tahu la aku ini kacak . Tapi kau tak perlu risau , aku tak akan dikebas oleh mana - mana perempuan lah . Jadi , sila bertenang " Hana menggulingkan anak matanya mendengar kata pujian Yoongi itu .
' Tak sedar diri punya lelaki ! Muka tak siap ada hati kata kacak euw '
" Aku tak main - main Min Yoongi ! Tell me bila kau nak aku jadi isteri kau . "
" Kau kenapa nak tahu ? "
" Sebab lagi cepat kau kahwin dengan aku , lagi cepat kau tahu siapa dalang di balik kematian abang kau . Aku pula akan dapat yang aku nak "
' Ini Hana ke ? Kenapa dia berubah secara tiba - tiba ? Apa maksud dia sebenarnya '
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro