01
Bunyi derapan kaki semakin kedengaran . Tubuh sasa jejaka itu kelihatan berjalan menuju ke meja makan . Puan Min yang baru sahaja selesai memasak memandangnya .
" Yoongi hari ini bukannya kamu cuti ke ? Mama ingatkan boleh la kita spend time together . Am i right Yoonji ? " Yoonji yang sedang leka bermain telefon miliknya hanya mengangguk . Yoongi hanya mendiamkan diri dan mulai menjamu selera .
" Entah abang ni . Aku baru nak ajak kau shopping barang aku " terus tersedak Yoongi dibuatnya . Yoongi memandang tajam adik perempuannya itu . Yoonji pula hanya menjelirkan lidahnya . Dia sangat mengenali abangnya .
Pantang sekali dengar perkataan ' barang ' . Otaknya pasti akan memikirkan tentang barang peribadi wanita . Bukan apa Yoongi ini fobia sejak Puan Min mengajaknya masuk ke dalam kedai pakaian peribadi wanita .
Habis malu Yoongi dibuatnya .
" Aku lebih rela bagi kau duit pergi beli ' barang ' kau sendiri daripada aku ikut kau " mee goreng yang baru disaji diambil . Sempat lagi Yoongi menjeling Yoonji .
" Kamu ni Yoongi . Tak payah la nak malu sangat . Boxer yang kamu pakai selalu tu pun Mama yang belikan . Barang peribadi kamu juga kan " terletus gelak tawa Yoonji . Tidak disangka barang peribadi abangnya dibeli oleh ibunya .
Sah anak kesayangan Mama !
" Ma ! Dah la Yoongi pergi dulu " pipi Puan Min dikucup sebentar sebelum dia bergegas pergi . Kalau dia masih di situ , sudah pasti Puan Min membongkarkan satu demi satu tentang dirinya kepada adik perempuannya .
Ah memalukan !
• • • • •
" Hahahahahaha " suara ketawa yang begitu lantang di cafe itu jelas kedengaran kerana Jimin . Jimin masih lagi ketawa seakan - akan mengejek Yoongi apabila Yoongi menceritakan hal peribadinya dikawal oleh ibunya , Puan Min .
" Habis tu sekarang ni semua barang peribadi kau warna hitam ke ? " tanya Jimin selepas dia puas ketawa terbahak - bahak . Yoongi yang duduk di hadapannya hanya mengangguk lemah . Air coklatnya dikacau perlahan .
" Sampai bila kau nak harapkan Mama kau belikan kau punya barang peribadi . Come on Yoongi kau dah besar . Kau CEO syarikat milik ayah kau tau . Kalau orang lain tahu aku rasa mereka pun gelarkan kau anak manja Mama . " Yoongi merengus kegeraman .
Selamat anak Park ini kawannya , kalau tidak sudah lama dia makan penangan tangannya itu .
" Aku dah beli sendiri la . Tapi Mama aku tu lain sikit . Dia still berfikir aku ni budak kecil yang perlu diurus . Haritu aku ada beli barang peribadi aku warna lain tapi - "
" tapi apa Yoongi woi "
" tapi Mama aku bakar "
Jimin menepuk dahinya . Sampai begitu sekali tindakan Puan Min kepada Yoongi . Memang patutlah kawannya itu murung . Dirinya terlalu diawasi oleh ibunya . Jimin hanya mampu bersimpati tentang hal itu .
" Sabar jela bro . Lambat laun Mama kau bagi kau buat keputusan sendiri . Believe me " ucap Jimin dengan penuh semangat . Jimin tidak mahu kawannya itu selalu murung disebabkan hal kecil sahaja .
Yoongi membuang pandangannya ke luar tingkap cafe itu . Kenderaan yang lalu lalang di situ dipandang tanpa minat .
' Mama nak bagi aku buat keputusan sendiri ? Mahu berzaman menunggu . Bilalah aku boleh tentukan hal aku sendiri '
Jemput baca fanfiction Jimin sya ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro