Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2

Name?

- Jebonn

Apa ingat aku nak putus asa ke? Usaha kan tangga kejayaan. Hahahah.

Tinggi?

- 100 cm. Tinggi tak?

Wah banyak betul dia tanya. Tch leceh ah.

Berat?

-20 kg. Aku keding wehhh. Angin tiup terbang huhu (┯_┯)

Aku menguap. Malas-malas je aku taip. Banyak betul maklumat kena bagi. Boleh mengantuk aku.

No. telefon?

-014 tekan-tekan tak dapat hahaha

Ala kadar saja aku memberi maklumat diriku dan sebaik saja aku tekan 'submit' dia keluar;

PENIPU! ISI TAK RETI ELOK-ELOK KE? Kau nak pakwe ke tak nak? Ha halah!

Mataku membulat segera aku menjauh diri dari laptopku. Hanat betul.

"Bedebah betul, tahu mana aku tipu" Aku mencebikkan bibirku.

Aku taip semula maklumat diriku.

Name?

- Park Jihae. Sama keluarga dengan Jimin BTS kau hado?! Takde g mamposss!

Tinggi?

- 157 cm.

Berat?

- 56 kg. Ideal kan hahah.

No telefon?

- 01x-xxxxxx

Aku dah jujur habis dah ni. Guess what? aku berjaya. Hoho.

Selamat datang ke website kami!

Website ini hanya mencari 100 orang yang bertuah 10 tahun sekali untuk dijodohkan!

Kami akan bantu anda cari jodoh anda di sini!

Dan itulah iklan dia.

Dan mulalah terpapar muka dan maklumat diri beberapa orang lelaki.

Euwwww botaknya! Agak-agak ah nak bagi! Fikir orang tak ada taste ke?

Nama: Juon
Umur: 34 tahun
Kerja: Pilot
Ciri-ciri: Setia pada yang satu tapi playboy. Pantang tengok awek lelawa. Namun percayalah hatinya hanya pada anda. Achia-cia.
Ideal type: Body biar mantoppp. Kalau boleh nak muka macam Irene Red Velvet. Aummmmmmm ♥‿♥

My reaction: ͡° ͜ʖ ͡°

Pantas saja aku tekan butang 'reject'. Tak berjenis langsung. Tak boleh dibuat suami.

Maklumat lelaki kedua mula terpapar.

Nama: King Jungkrong
Umur: 1000 tahun, king kong jadian kau apa tahu.
Kerja: Membuta, mengamuk tak tentu pasal
Ciri-ciri: Panas baran, kuat cemburu dan setia.
Ideal type: Manusia

Reject. Tak pepasal aku duduk kat hutan. Rumah pula kat gua. Erghhh!

"Apalah website ni? Calon-calon tak berjenis langsung" Gumamku. Pantas aku scroll ke bawah dan akhirnya aku jumpa ayat ni;

Tak berkenan dengan calon random kami? Tape! Anda boleh tekan butang ni dan anda boleh apply boyfriend pilihan anda!

[APPLY BOYFRIEND/GIRLFRIEND]

Click! ( 'ิิ,д'ิ)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro