Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kidnapping Him [1]


Selasa. 26 Julai 2017. Jam satu pagi.

Hujan badai membasahi bumi sehingga mengakibatkan beberapa tempat mengalami banjir kecil. Orang-orang di bandar semuanya lari berlindung ke kedai berhampiran.

Kereta-kereta yang berada di jalan raya mulai memandu dalam kelajuan perlahan. Hon dan bunyi geseran kereta membingitkan malam yang seharusnya menjadi waktu meluangkan masa bagi beberapa orang.

Seorang gadis dengan bekas kotoran di pipinya sibuk memanaskan ramen dengan tangan yang sedikit menggigil. Bunyi loceng tatkala pintu kedai serbaneka dibuka tak menganggu tumpuannya. Gadis dengan mata yang meliar-liar kasar seperti seorang penagih itu menatap ke hadapan dengan tangan yang lincah bergerak membuka plastik sosej setelah ramennya dimasukkan air panas.

Ia duduk berhampiran tingkap, menikmati hujan di luar kedai sambil rakusnya mengunyah makanan. Dari cermin cembung di dinding, pekerja kedai dapat melihat si gadis yang sedang menikmati makanan dengan laju. Namun tak terdetik langsung pergerakan yang mencurigakan kerana ia membelakangi cermin.

Sementara itu, si gadis sibuk menghirup kuah ramen panasnya. Tiba-tiba, ia tersenyum sendiri. Hampir ketawa namun ditahan. Takut dihalau keluar dari kedai. Gadis itu menunduk, tersenyum lebar sampai matanya memerah. Senyuman psiko yang membuat seseorang ketakutan.

Dua jam sebelumnya.

Dari dalam kegelapan di sekitar perumahan tak berlampu, terlihat dua bayang-bayang mencurigakan sedang bergerak-gerak.

Mereka adalah Serena dan Aiden.

Kelihatan Serena yang sedang mengeluarkan sesuatu yang berat dari dalam keretanya, yakni Aiden.

Ya. Serena, gadis itu sedang berusaha mengangkut badan Aiden tanpa bantuan orang.

Dalam beberapa kali cubaan, akhirnya dia berjaya mengangkat badan Aiden masuk ke dalam rumah meskipun pergerakannya agak terbata-bata.

Dia mengheret Aiden di belakangnya, memasuki garaj rumah secepatnya. Serena membawa Aiden sampai ke ruangan bawah tanah.

Dia meletakkan lelaki tinggi itu diatas kerusi yang berada di tengah-tengah bilik yang gelap-gelita. Tali panjang diambil lalu dililit di bahagian perut Aiden. Selebihnya di bahagian tangan dan kaki.

Dengan pengetahuan yang dia belajar dari Girl's Scout, Serena berjaya melakukan ikatan mati, yang membolehkan Aiden untuk terikat tanpa ada pergerakan maksima.

Serena duduk mencangkung sambil membelek wajah tampan idola lelaki yang sedang hangat itu. Wajah lelaki yang dia obses. Dari mata, hidung dan bibir lelaki itu disentuh lembut.

Jari-jemarinya terketar-ketar, dengan bibir yang merekah lebar kerana berjaya melihat orang yang disukainya betul-betul di hadapannya.

"Akhirnya, kau milik aku," bisik Serena. Ingin sekali dia memeluk Aiden, namun tertahan.

Serena berundur. Menepuk-nepuk kepalanya sambil ketawa. Tubuhnya menggigil girang. Sambil terkekeh, sambil dia memeluk tubuh.

"Hehe. Aiden." Serena ketawa. Gadis itu menggigit bibir, menepuk lengannya pula. Barangkali geram akan sesuatu.

"Serena kau buat apa lama-lama dekat bawah tu? Jangan nak layan cerita tak elok! Bukan aku tak kenal kau!" Jeritan Aqeela mengejutkan Serena.

Sahabat merangkap jiran—Aqeela sentiasa datang untuk memeriksa Serena. Namun, Aqeela tak dapat membuka pintu bilik bawah tanah memandangkan Serena dah menguncinya dari awal.

Serena menoleh keatas, kearah ruang udara yang membolehkan dia mendengar sekiranya ada yang menghampiri ruangan bawah tanah ini.

"Tak reti-reti nak balik ke perempuan ni?" bebel Serena.

Dia terus mengambil kain buruk yang berada diatas meja, lantas mulut Aiden disumbat dengannya. Bahagian lebihannya digunakan untuk diikat pada sekitar wajah Aiden agar saat lelaki itu terbangun, suara teriakannya tak akan kedengaran.

"Malam, sayangku."

Serena mencium dahi Aiden, lalu keluar dari ruangan bawah tanah. Dia mengunci pintu, kemudian menutupinya dengan rak buku yang selama ini menyembunyikan keberadaan ruangan tersebut. Kuncinya disimpan diatas rak tersebut.

"Sekejap aku datang, Aqeela!" Jawab Serena, menormalkan semula suaranya.

"Bising memanjang! Jangan nak arah aku kalau kau tak nak kena halau!" Tambah Serena. Kakinya segera menaiki tangga, menuju kearah pintu garaj yang menyambungkan bahagian garaj dan rumah.

Sebaik sahaja dibuka, dia bersemuka dengan Aqeela yang masih lengkap dengan pakaian jururawatnya. Wajah Aqeela tampak risau, seperti sudah lama menunggu Serena untuk keluar dari tempat persembunyiannya.

"Aku nampak kereta kau dekat luar. Dari mana?" Tanya Aqeela, tak menyempat. Serena melepaskan keluhan seraya menutup pintu garaj.

Gadis itu bergerak menuju ke ruang tamu diekori oleh Aqeela. Dengan pantas Aqeela meraih lengan Serena, tetapi ditepis sekuat mungkin oleh Serena.

"Serena!"

"Aku keluar cari makanan. Jangan sibuk hal tepi kain orang boleh?" Jerkah Serena pada Aqeela. Dia menjegil sahabatnya itu, namun Aqeela tak berundur.

Aqeela tergeleng kecil. Serena memang susah nak mengawal emosi tatkala berbicara dengannya. Tetapi sebagai seorang jururawat, dia dah menghadapi lebih banyak pesakit yang kerenahnya melampaui Serena.

Setakat satu dua jerkahan Serena, tak memberi kesan buat Aqeela.

Dilihatnya penampilan Serena dari atas sampai bawah.

"Kau..."

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro