Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

OBSESI 5

Dia seperti ingin berbual dengan Tania tapi dia tidak jadi berbuat demikian apabila beberapa orang krew datang menghampirinya. "eh... lengan kiri awak terlukalah...", tegur Diana dengan nada suara yang terkejut. Tania yang diam dari tadi segera menghampirinya. Dia meneliti luka di lengan kiri lelaki itu. "Yelah... lengan kiri awak ni terlukalah... er, Diana tolong pergi ambil peti ubat tu...", gesa Tania sambil memerhatikan luka di lengan kiri lelaki tersebut. "Tak apalah... ini luka kecil aje ni...", kata Hafiz sambil tersenyum lembut. "eh... jangan cakap macam tu. Kalau di biarkan, luka ni akan di jangkiti bakteria, tau... lebih baik letak lotion kuning kat luka ni. Biarkan ianya cepat kering...", Tania bersuara dengan pantas. Dalam waktu yang sama kelihatan Diana sampai di situ dengan peti ubat yang di pesannya sebentar tadi. Tania segera meletakkan sedikit lotion kuning di atas luka lelaki itu. Dia menyeringai kesakitan. "awak cuba bertahan, ya... biar saya rawat luka di lengan kiri awak ni...", kata Tania seraya merawat luka tersebut. Tanpa di sedarinya Hafiz merenung wajahnya. "Terima kasih Tania sebab awak ambil berat terhadap saya...", ucapnya perlahan lahan. Tania mengangkat wajahnya. Kelihatan Hafiz tersenyum padanya. Tania membalas senyumannya. Biar pun dia rasa tak keruan ketika itu.

*** *** ***

Malam itu Tania sedang berdiri di balkoni kondominumnya di saat handphonenya berbunyi nyaring. Dia pun segera menjawap panggilan di handphonenya itu. "Hello...", sapanya namun sapaannya tidak di jawap oleh si pemanggil. Yang kedengaran hanyalah bunyi nafas seseorang. "Hello... siapa ni?", soal Tania ingin tahu. Sekali lagi soalannya tidak di jawap. Malah bunyi nafas itu masih kedengaran di hujung talian. "Hello!... Hello!....", sapa Tania. Namun sapaannya masih tidak di jawap. Belum pun sempat dia bersuara talian handphone di tangannya terputus begitu saja. Berkerut dahi Tania saat itu. Dia tidak tahu siapakah orang yang memanggilnya ketika itu kerana si pemanggil menggunakan nombor peribadi yang tidak di ketahui. Ketika dia merasa kehairanan tiba tiba handphonenya berbunyi nyaring. Tania segera menjawap panggilan tersebut. "Hello...", sapanya. Sekali lagi dia mendengar bunyi nafas yang sama di hujung talian. "Wei... siapa kau ni, hah?!... Apasal kau suka ganggu aku ni?", soal Tania mula marah. soalannya tidak di jawap. Bunyi nafas itu masih kedengaran. "Hey... berhenti ganggu akulah, you stupid bastard!...", bentak tania dengan marah. Dia terus mematikan talian handphonenya.

Dia baru saja hendak melangkah pergi dari situ, handphonenya kembali berbunyi nyaring. Tanpa melihat terlebih dahulu siapakah pemanggil di handphonenya itu dia terus saja menjawapnya. "Hello!... berapa kali aku cakap jangan ganggu akulah... Aku tak suka di ganggu macam ni...", bentak Tania dengan marah. "eh... kenapa dengan you ni?... kenapa bentak bentak I macam ni?", soal suatu suara. Tania terkejut sebaik saja dia mendengar suara tersebut. Rupa rupanya Farhan yang memanggilnya saat itu. "Oh... maafkan I, sayang... I tak sengaja membentak you...", dengan pantas Tania meminta maaf. "Kenapa you marah marah ni?... ada orang ganggu you tadi ke?", soal Farhan ingin tahu. "Ya... baru sebentar tadi ada pemanggil misteri menggangggu I... I cakap 'hello', dia tak jawap apa apa pun... Malah dia diam seperti orang bisu pula...", kata Tania. "Maybe dia betul betul bisu kot...", Farhan bersuara perlahan lahan. "takkanlah orang bisu berani call I pula...", kata Tania sedikit bengang. "Hehehe... I bergurau saja... anyway, mungkin dia betul betul speechless kot ketika dia dengar suara you yang mengancam tu...", kata Farhan pula. "Hm... entahlah... apa apa pun I tak suka di ganggu macam tu...", balas Tania perlahan lahan. "Jadi I ni mengganggu you juga ke?", soal farhan. "Eh... taklah... I cakap pemanggil misteri tu lah... Bukannya you... you ni buat I geram aje...", gerutu Tania. "hehehe... I gurau aje...", Farhan hanya ketawa kecil di hujung talian. Selepas itu mereka mula berbual dengan riangnya.

*** *** ***

Keesokan harinya Tania pergi ke lokasi penggambaran yang terletak di pantai jerlus. Dari jauh lagi dia lihat produser, Encik abdul malik bersama krew penggambarannya yang lain sedang sibuk buat persediaan di lokasi penggambaran. Ketika dia sedang melangkah di situ dia lihat Hafiz sedang berdiri merenung keindahan alam di waktu pagi. Dia kelihatan sangat tampan sekali dengan hanya memakai baju tshirt berlengan pendek dan berseluar bermuda paras lutut. Tania segera menggamit tangan Diana yang kebetulan sedang melintas di depan matanya. "er.... Diana, kenapa si Hafiz tu berada kat sini?... Bukankah dia tu cuma stuntman aje... setahu saya tak ada pula babak yang perlukan stuntman kali ni....", soal Tania sedikit kehairanan. "sebenarnya pengarah kita tu yang panggil dia datang ke lokasi penggambaran pagi ni... dia kata dia nak berbincang sesuatu dengannya...", jawap Diana. "Oh begitu...", Tania menganggukkan kepalanya tanda faham. Tiba tiba, "Tania... awak baru sampai ke?", soal suatu suara. Kelihatan encik abdul malik sedang melangkah menuju ke arahnya. "ya...", balas tania. "Tania, saya ingin memberitahu awak sesuatu....", kata pengarah tersebut. "Apa dia?", soal Tania ingin tahu. "sebelum saya terangkan semuanya ini saya nak panggil encik hafiz dulu...", kata encik abdul malik sambil memanggil lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari situ.

Sebaik saja hafiz berada di situ encik abdul malik pun mula bersuara, "begini, hari ni kita tak jadi shooting sebab kami baru saja menerima berita bahawa hakimi, pelakon utama filem ni mengalami kemalangan di jalanraya baru baru ini. Dengar khabar kaki kirinya patah. Jadi dia tak dapat hadir untuk shooting yang seterusnya. Setelah di fikirkan berulang kali saya mengambil keputusan untuk menukarkannya dengan pelakon yang baru iaitu hafiz... dia akan menggantikan tempat hakimi tapi jalan cerita ni di ubah sedikit maklumlah pelakon utamanya sudah di tukar, jadi jalan cerita pun terpaksa di ubah. Watak jody yang di pegang oleh hakimi akan di 'mati'kan... dia meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Watak asmira bersedih akibat kematian kekasihnya. Dalam keadaannya yang bersedih itu dia bertemu dengan sepupu arwah Jody, iaitu Jefri. Dari situlah mereka mula rapat dan saling jatuh cinta. Jalan cerita kembali kepada original skrip semula di mana watak yang bercinta ini akan mengalami konflik akibat cinta terhalang dan sebagainya... so, what do you two think about this?", soal encik malik ingin tahu.

"I think its okay... tapi tak tahulah samada encik hafiz kat sebelah saya ni bersetuju ke atau pun tidak untuk melakonkan watak tu...", kata Tania pula. "saya tak ada masalah... saya terima apa saja watak yang di berikan. Yang penting saya dapat imbuhan yang lumayan...", balas hafiz dengan wajah yang serius. "Eh... betul ke ni?", soal encik abdul malik ingin tahu. "ya... betullah ni...", balas hafiz dengan pantas. "tapi boleh ke awak melakonkan watak utama tu dengan baik nanti?", soal Tania pula. "Belum cuba belum tahu, cik Tania...", balas hafiz sambil tersenyum. "okay, kalau macam tu saya akan mengubah sebahagian daripada skrip cerita ni. Bila dah siap kelak saya akan menghubungi korang... paling lambat pun pada 2 minggu yang akan datang... bukannya apa, saya kena edit balik skrip cerita ni semula tapi saya edit bahagian yang perlu saja. Yang selebihnya tu saya akan biarkannya... bila dah siap semuanya kita akan kembali bershooting seperti biasa, okay?", jelas encik abdul malik. "Okay...", balas Tania dan hafiz hampir serentak. "kalau macam tu see you two in two weeks from now....", kata encik abdul malik sambil tersenyum. Kemudian dia beredar dari situ. "hm... tak sangka, ya... kita akan berlakon bersama sama dalam filem ni...", kata hafiz sebaik saja mereka berdua di tinggalkan kat situ. "Yalah... saya pun tak sangka akan berlakon lagi dengan awak...", balas Tania.

"Apa apa pun saya berharap kita akan dapat bekerjasama dengan baik...", kata hafiz. "Yeah... saya pun berharap macam tu juga...", balas Tania seraya tersenyum lebar. Hafiz membalas senyumannya dengan senyuman yang paling mengancam sekali. "You know what?", Tania melirikkan matanya. "What?", soal hafiz ingin tahu. "You almost like lee jong suk, my favorite korea artist...", kata Tania dengan jujur. "Oh... ramai orang kata begitu pada saya tapi saya tak peduli pun dengan perkataan mereka tu...", balas hafiz dengan wajah yang selamba. "Oh really?", soal Tania. "Yep... by the way, saya gembira dapat bekerjasama dengan awak... sebenarnya saya sudah lama meminati awak... bagi saya awak adalah seorang artis yang serba boleh...", kata hafiz. "oh... thanks for your compliment anyway...", balas Tania perlahan lahan. Belum pun sampai 5 minit mereka berbual bual muncul pula farhan di situ. Dia datang untuk membawa Tania untuk keluar makan tengahari dengannya. Mahu tidak mahu Tania pun pergi dengan teman lelakinnya itu. Hafiz hanya diam memerhatikan mereka berdua....

AUTHOR NOTE: sorrylah sebab mizz lambat update cerita ni. maklumlah mizz busy dalam beberapa hari ni but oh well ini saja yang termampu mizz taip buat kali ni. Hope you all enjoy reading it, eh... P/s: sorry mizz terpaksa buat perubahan dari segi nama watak dan tajuk cerita ni. harap korang tak kisah tentang perkara ni, ya...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro