OBSESI 4
"Eh... cantiknya bunga mawar merah ni... kekasih awak ke yang bagi bunga ni pada awak?", soal suatu suara. Tania terkejut dari lamunannya. Kelihatan diana sedang sibuk membelek belek bunga mawar merah yang ada di atas kerusi tersebut. "Er... tak juga... saya tak tahu siapa yang bagi bunga ni pada saya...", balas tania dengan pantas. "Jangan jangan bunga ni pemberian dari peminat awak, tak?...", soal diana lagi. "Entahlah... anyway, kalau awak nak bunga tu awak ambiklah...", kata Tania pula. "Eh... betul ke awak nak bagi bunga ni pada saya?", soal Diana macam tidak percaya pula. "Ya... saya bagi kat awak...", balas Tania.
"Oh terima kasih, Tania sayang... saya akan letakkan jambangan bunga mawar merah ini di atas meja kat ruang tamu rumah saya bila saya balik ke rumah nanti...", kata diana dengan riangnya. Dia mengambil jambangan bunga mawar merah tersebut. "Yeah... thats a good idea...", balas Tania seraya tersenyum lebar. Diana tersenyum lalu beredar dari situ. Tania duduk di atas kerusinya untuk berehat. Tanpa di sedarinya ada sepasang mata asyik memerhatikan gerak gerinya dari jauh. Orang yang memerhatikannya merasa sungguh marah sekali sebab bunga mawar yang di berikannya pada Tania sudah di ambil oleh wanita lain. Dia lihat wanita tersebut meletakkan jambangan bunga itu di dalam bakulnya. Sebaik saja wanita tersebut beredar dari situ, dia segera melangkah menuju ke arah bakul rotan milik wanita itu. Apabila dia melihat tiada sesiapa pun berada di situ, dia segera mengambil bunga tersebut lalu melangkah pergi dari situ.
Tania melangkah keluar dari set penggambaran. Dia melangkah menuju ke arah kereta myvi nya yang terletak tidak jauh dari situ. Langkah kakinya terhenti bila dia lihat sejambak bunga mawar merah tersepit di celah celah viper keretanya. Kalau tidak salah itulah bunga mawar merah yang di berikannya pada diana si make up artist di set penggambaran sebentar tadi tapi kenapa bunga itu berada di atas cermin keretanya pula. Berkerut dahi tania sebaik saja dia melihat bunga tersebut. Dia merasa semakin tidak sedap hati. Dia dapat merasakan yang dirinya sedang di perhatikan oleh seseorang. Dengan berat hati dia mengambil bunga itu lalu meletakkannya di dalam begnya. Pintu kereta di buka. perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam kereta myvi nya.
Di sepanjang perjalanan menuju ke kondominiumnya dia memikirkan tentang bunga mawar merah itu. Sesekali dia melirik ke arah bunga yang ada di dalam beg tersebut. Bila dia memikirkan kemungkinan besar bunga itu di beri oleh 'stalker'nya itu dia jadi tak keruan. Jikalau dia buang bunga tersebut sudah pasti stalkernya akan menghantarkannya kembali kepadanya. Buktinya dia dah buang bunga tu dalam tong sampah pagi tadi tapi bunga tu kembali tergeletak di atas kerusinya. Kemudian dia memberikan bunga tersebut pada diana tapi bunga tu kembali tergeletak di atas cermin keretanya pula. Dia pasti yang stalkernya sentiasa memerhatikannya 24 jam. Kalau tidak masakan bunga tu selalu ada depan matanya. Tentu ada orang yang rajin sangat hantarkan bunga tu padanya.
Tania mengeluh berat. Perkara ini terlalu serius bagi dirinya. Dia memberhentikan keretanya di tepi lebuhraya yang sunyi sepi itu. Perlahan lahan bunga mawar merah tersebut di ambilnya dari dalam beg. Cermin jendela keretanya di buka perlahan lahan. Dia melemparkan bunga itu di tepi lebuhraya yang sunyi sepi tersebut. Setelah melemparkan bunga itu, tania kembali memandu keretanya. Tanpa di sedari olehnya kelihatan seseorang yang menunggang motosikal berhenti di tepi lebuhraya tersebut. dia melangkah turun dari atas motosikalnya. Perlahan lahan dia mengambil bunga mawar merah yang tergeletak di tepi lebuhraya itu. "Tania, nampak sangat kau tak suka dengan bunga mawar merah pemberianku... tapi tidak mengapa... its okay though...", bisiknya sendirian. Perlahan lahan dia naik ke atas motosikalnya. Dia kembali menjejaki kereta myvi warna kelabu milik gadis yang cantik itu....
*** *** ***
Tania baru saja selesai mandi. Dia melangkah menuju ke bilik tidurnya yang terletak tidak jauh dari situ. Tuala di tangan di gosok gosokkan di atas rambut yang basah. Langkah kakinya terhenti bila dia lihat ada sejambak bunga mawar merah menghiasi meja soleknya. Siap di letak di dalam vase miliknya pula tu. Kalau tidak salah itulah bunga mawar merah yang di buangnya di tepi lebuhraya sebentar tadi. Terkejut betul tania ketika itu. Tiba tiba saja dia merasa takut bila memikirkan kemungkinan besar stalkernya bersembunyi di dalam bilik tidurnya. Dia pun terus mengambil sebatang penyapu yang ada di situ.
Perlahan lahan dia memeriksa keadaan di dalam bilik tidurnya tapi tiada siapa pun di situ. Ketika dia berada di dalam kekalutan tiba tiba saja dia nampak jendela bilik tidurnya terbuka dan tertutup akibat di tiup angin yang kuat. Kebetulan hari dah nak hujan. Cepat cepat dia menutup pintu jendela tersebut. Dia berfikir tentu stalker itu masuk dan keluar melalui pintu jendela yang terbuka sebentar tadi. Dalam diam dia merasa sungguh menyesal kerana tidak menutup pintu jendelanya itu. Dia kembali duduk di atas katil sambil merenung bunga mawar merah yang menghiasi meja soleknya. Nampak gayanya stalker tersebut tidak mahu dia membuangkan bunga pemberiannya. Mahu tidak mahu tania terpaksa membiarkan saja bunga mawar merah itu menghiasi meja soleknya...
*** *** ***
Keesokan harinya tania pergi kerja seperti biasa. Ketika dia sampai di set penggambaran dia di sambut dengan senyum manis diana jurusolek artis yang peramah itu. "Guess what?...", diana bersuara sambil tersenyum lebar. "What?...", soal tania ingin tahu. "ada stuntman baru masuk kerja pagi ni... orangnya tampan sekali... wajahnya tak ubah macam wajah lelaki korea pula...", kata diana. "Oh ya kah?...", soal tania acuh tak acuh. "Yeah... he's so god damn cute... kalau awak tengok wajahnya sudah tentu awak tergoda di buatnya. Apatah lagi bila dia tersenyum, aduuh!!!... terus cair hati awak di buatnya...", kata diana panjang lebar. Tania hanya tersengih saja apabila dia mendengar celoteh wanita tersebut.
Ketika mereka sedang berbual bual di situ tiba tiba, "Oh... tania, awak baru sampai ke?...", tegur encik abdul malik sebaik saja dia melihat tania berdiri di sebelah diana. "Ya...", balas tania sepatah. "mari sini sekejap...", panggil produser tersebut. Perlahan lahan tania menghampiri lelaki itu. "Perkenalkan ini stuntman kita yang baru. Namanya hafiz zaid... er, hafiz... perkenalkan ini artis muda tersohor, namanya tania sabli...", encik abdul malik bersuara sambil memperkenalkan dua insan itu. Perlahan lahan lelaki tersebut mengalihkan wajahnya ke arah tania. Terkejut betul tania sebaik saja dia melihat wajah lelaki itu. Wajahnya hampir saja seiras dengan wajah lee jong suk, pelakon korea yang paling popular pada masa kini. Ternganga mulutnya di saat dia memerhatikan wajah lelaki tersebut.
"Hai...", sapanya dengan lembut. Dia menghulurkan tangannya pada tania. Siap tersenyum manis pula tu. "Oh... my God... he's so cute... almost like lee jong suk...", bisiknya hati. "Ehemmm...", encik abdul malik berdehem di sebelahnya. Tania terkejut dari lamunannya. "Oh hai...", balasnya sambil bersalaman dengan lelaki tersebut. Makin lebar pula senyuman di bibir lelaki bernama Hafiz itu. Memang betul apa yang di katakan oleh diana sebentar tadi. Senyumannya saja sudah cukup 'mengancam'. Renungan matanya pula membuatkan dia jadi tak keruan. "Eh.... kenapa aku seperti tertarik pada lelaki ni pula?... bangang betullah aku ni...", marahnya pada dirinya sendiri. Dia segera menarik tangannya dari genggaman tangan lelaki bernama hafiz itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah yang lain. Dia saja tidak mahu berbalas pandangan dengan lelaki tersebut.
"Babak yang perlu korang lakonkan pagi ni ialah babak di mana cik tania memandu keretanya dengan laju dan akhirnya kereta yang di pandu terbabas di dalam gaung. Kemudian kereta tu meletup. Oleh kerana cik tania kita ni tidak berani memandu kereta dengan laju, maka saya terpaksa memanggil encik hafiz ni untuk menggantikan tempatnya bagi melakonkan babak bahaya ini... okay, sekarang kita mulakan penggambaran...", encik abdul malik bersuara sambil cuba menerangkan scene yang perlu mereka lakonkan bersama. Tania mula melakonkan babak yang perlu di lakonkannya. Kemudian bila tiba scene yang merbahaya sedikit Hafiz menggantikan tempatnya. Tania lihat hafiz memandu dengan laju sekali. Macam pelumba kereta amatur pula lagaknya saat itu. Tiba pada saat kereta tersebut terbabas di dalam gaung yang sangat curam. Serentak dengan itu kereta tersebut meletup dalam sekelip mata. Bunyi letupannya begitu kuat sekali. Tania merasa bimbang sebaik saja dia memikirkan nasib hafiz yang melakonkan babak tersebut. Dia pun segera berlari menuju ke tebing yang curam itu. Begitu juga dengan ahli krew penggambaran yang lain. Mereka berdiri di situ sambil menjengah ke bawah. Bayang kelibat hafiz tidak kelihatan. "Eh... dia dah mati ke?", soal diana dengan cemas sekali.
Dalam kekalutan itu tiba tiba, "eh... dia masih hiduplah... tengok!... dia melambaikan tangannya ke arah kita!...", jerit salah seorang krew penggambaran di sebelah tania. Mereka tersenyum lega sebaik saja mereka melihat hafiz terselamat dari nahas itu. Lelaki tersebut tersenyum sambil melambaikan tangannya ke arah tania. Mahu tidak mahu tania terpaksa membalas senyuman dan lambaian tangannya. "Huiiih... dia tersenyum pada awaklah cik tania... mesti dia sukakan awak...", usik diana di sebelahnya. "saya tak rasa macam tu pun...", kata tania. Wajahnya kelihatan kemerahan. "Merah pula wajah awak tu... tentu awak sukakan stuntman baru yang cute tu, kan?.... Hehehe...", usik diana. "Eh... Taklah...", nafi tania. "Awak cuba menafikannya pula...", usik diana lagi. "Taklah... awak ni kan suka sangat mengusik saya...", tania bersuara separuh geram. "Hehehe... saya bergurau sajalah... hehehe...", diana bersuara sambil ketawa kecil. Tania diam selepas itu. Dia kembali memerhatikan hafiz. Pada waktu yang sama hafiz melangkah menuju ke arahnya padanya. Siap merenung ke arahnya pula tu. Tania jadi tak keruan...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro