Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

OBSESI 31

"kau jangan bimbang, tania... selepas kita nikah nanti aku akan berusaha untuk membahagiakan kau sayang... aku berjanji akan berhenti menjadi seorang pembunuh... maksudku, aku akan berhenti menjadi seorang pembunuh upahan dan tinggalkan semua tabiat burukku demi cintaku pada kau...", kata hafiz dengan bersungguh sungguh. "apa?... apa kau cakap tadi? kau ialah pembunuh upahan?", soal tania cukup terkejut. "ya... tania, selama ini aku bekerja sebagai seorang pembunuh upahan dengan seorang mafia di ibu kota ini. buat pengetahuan kau mafia tu telah mengambil aku sebagai anak angkatnya. bila aku jadi anak angkatnya aku mula terlibat dalam kegiatan gangster di ibu kota ini.... selain daripada itu jikalau ada orang ingin mengupah aku membunuh seseorang aku akan bunuh orang tu dengan syarat aku di beri upah yang lumayan....aku tidak pernah bagitahu sesiapa pun tentang rahsiaku ini... hanya kau seorang saja tahu rahsiaku, tania... jadi aku harap kau akan dapat menyimpan rahsiaku dan aku harap kau akan dapat terima aku seadanya. aku janji akan berubah menjadi seorang lelaki yang baik jika itu yang kau inginkan...", ucap hafiz sambil memegang tangan tania dan meramasnya dengan lembut. tania membiarkan tangannya di pegang dan di ramas oleh pemuda tersebut. fikirannya berkecamuk. dia tidak tahu apa yang harus dia katakan. dia tidak menyangka yang hafiz terlalu serius dalam perkara itu. "tania kenapa kau diam?... cakaplah sesuatu...", hafiz memandang wajah gadis itu. "aku tak tahu nak cakap apa... Ini terlalu mendadak...", balas tania perlahan lahan. "tania... aku tahu ianya terlalu mendadak tapi aku nak kita hidup bersama buat selamanya... aku tak mahu kita berpisah lagi... kalau boleh aku ingin hidup semati dengan kau...", ucap hafiz bersungguh sungguh. tania diam membisu.

dia memandang wajah pemuda tersebut. "sebaiknya kau berilah aku masa untuk aku memikirkannya...", kata tania perlahan lahan. "kau nak fikir apa lagi tania?... bukankah kau cakap yang kau cintakan aku?... kalau kau cintakan aku kau mesti menikah denganku...", kata hafiz dengan wajah yang serius. "ya... memang betul aku cintakan kau tapi berikanlah aku masa untuk memikirkannya... dalam perkara ni kau tak boleh terlalu memdesak aku...", tutur tania. "hm... baiklah... aku bagi kau masa untuk memikirkannya dalam masa 2 minggu ni. jikalau kau tidak mahu menikah dengan aku... awas kau, eh...", kata hafiz separuh mengugut. "gulp...", tania menelan air liurnya. "er... fiz, mata aku terasa mengantuklah... aku nak masuk tidur.... uwaaa....", kata tania sambil berlakon menguap panjang. hafiz tersenyum nakal. "kau boleh tidur dengan aku dalam bilik tidur sana tu... mata aku pun terasa mengantuk ni... mari kita tidur sama sama...", ajak hafiz tapi tania tidak segera mengekorinya. dia masih tercegat kat situ. "er... fiz... aku...", belum pun sempat tania menghabiskan perkataannya hafiz segera menarik tangannya masuk ke dalam bilik tidur yang terletak tidak jauh dari situ. "er... fiz... tak baik kalau kita sama sama tidur dalam satu bilik...", kata tania cuba menolak ajakan pemuda tersebut. "alah... aku bukannya berniat jahat pada kau pun... kita cuma tidur aje bukannya berasmara dana sampai lupa diri....", balas hafiz seraya menghempaskan tubuhnya di atas katil. tania hanya berdiri memerhatikan pemuda itu. "come here sayang...", hafiz bersuara sambil melambaikan tangannya pada gadis itu. tania jadi serbasalah. "jangan takutlah tania... aku tak akan mengapa apakan kau...", kata hafiz. mahu tidak mahu tania pun berbaring di sebelah pemuda itu.

hafiz tersenyum padanya. "good night sayang... sweet dream... muahhhh...", hafiz bersuara perlahan lahan. sempat lagi dia mencium pipi kiri tania. selepas itu dia menutup matanya. tania hanya diam di sebelah pemuda tersebut. dia merenung wajah hafiz dengan renungan mata yang tidak berkedip. Dia tidak menyangka kawan baiknya hafizah kini berubah menjadi seorang lelaki. sungguh pandai doktor carla mengubah wajah rakannya itu sehingga serupa dengan wajah pelakon korea, lee jong suk yang handsome dan cute itu. kalau di lihat betul betul wajahnya saling tak tumpah seperti pelakon korea tersebut. ingin rasanya dia membelai wajah itu tapi bila dia teringat yang wajah itu bukan wajah lee jong suk yang original dia pun terus membatalkan niatnya. dia kembali memikirkan cara bagaimana dia nak larikan dari situ. dia teringat yang pintu rumah itu di kunci oleh hafiz sendiri tentu dia ada menyimpan kunci pintu rumah tersebut di suatu tempat yang tidak di ketahuinya. perlahan lahan dia bangun. dengan langkah kaki terjengket jengket dia berjalan keluar dari dalam bilik tidur itu. dia mula mencari anak kunci rumah tersebut di setiap penjuru dinding rumah itu. cari punya cari satu kunci pun dia tak jumpa. tania mengeluh sendirian. dia mencari dalam setiap laci meja dan kabinet dalam dapur tapi kunci yang di cari masih tidak ada. sekali lagi tania mengeluh sendirian. fikirnya tadi pemuda tersebut pasti meletakkan kunci tu di atas paku dekat dinding dalam rumah tersebut tapi tiada pula kunci yang di carinya kat situ. tania tidak tahu di mana lagi dia hendak mencari kunci tersebut.

perlahan lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang kelam itu. dia kembali berbaring di sebelah pemuda tersebut. dalam sinar sang rembulan dari jendela di luar rumah itu dia ternampak segugus anak kunci di poket seluar jeans hafiz. kalau tidak salah itulah kunci rumah yang di carinya dari tadi. rupa rupanya kunci tu ada di dalam poket seluar jeans pemuda tersebut. perlahan lahan tania cuba menarik anak kunci itu dari dalam poket seluar jeans hafiz tapi tangannya terhenti sebaik saja dia melihat hafiz menggerakkan tubuhnya lalu mengiring ke arahnya. tangan kanannya tiba tiba beralih ke tubuh tania. manakala kakinya pula di letakkan di atas kaki tania. dia memeluk tania seperti memeluk sebiji bantal guling pula.

"oh bagus.... sekarang aku jadi bantal gulingnya pula...", gerutu tania dalam hati. dia hendak bergerak pun susah. hafiz memeluknya macam tak nak lepaskan dia pula. tania diam dalam pelukan pemuda tersebut. dia menunggu sehingga pemuda itu kembali terlena di buai mimpi. bila dia terdengar hafiz mula berdengkur di sebelahnya, tangannya pun kembali menarik keluar anak kunci itu dari dalam poket seluar jeans pemuda tersebut. dia menariknya dengan berhati hati. beberapa minit kemudian dia pun berjaya menarik keluar anak kunci itu. perlahan lahan dia mengalihkan tangan hafiz dari tubuhnya. begitu juga dengan kakinya. dia lihat hafiz tidur dengan begitu lena sekali sehinggakan dia tidak sedar tania bangun dari atas katil tersebut. dengan langkah kaki yang terjengket jengket tania mula melangkah menuju ke tingkat atas untuk mengambil buku diary hafiz yang di sembunyikannya dalam kain sarung bantal di bilik tidur yang terletak di tingkat atas rumah itu.

setelah dia berjaya mengambil buku diary tersebut dia membawa beg tangannya turun ke tingkat bawah. dalam suasana yang kelam di ruang tamu itu dia mula melangkah menuju ke pintu rumah tersebut. dia membuka kunci pintu rumah itu secara perlahan lahan. "klik...", kedengaran pintu rumah tersebut berjaya di bukakannya. baru saja dia hendak melangkah keluar dari situ tiba tiba, "tania... tania... kau di mana?.... kau di dapur ke?", kedengaran suatu suara memanggil namanya. tania tahu itu suara hafiz. "oh my God... dia sudah terjagalah... oh shitt!!!...", cepat cepat tania melarikan diri dari situ. dia berlari keluar dari kawasan rumah tersebut tanpa sempat memakai kasutnya. dia berlari dengan hanya berkaki ayam saja. "tania!!!!...", kedengaran hafiz memanggilnya dalam kepekatan malam itu. tania menoleh ke belakang. dia lihat hafiz mengejarnya dari belakang. "oh... dia dah nampak aku.... oh!.... shittt!!!!....", tania merasa cemas sekali. dia terus berlari meninggalkan kawasan perumahan itu dengan sepantas kilat

kelihatan hafiz mengejarnya dari belakang. tania segera berlari melintasi jalanraya yang sibuk itu. "piiiitttttt!!!!!....", kedengaran hon kereta berbunyi nyaring sebaik saja tania berlari melintas di hadapan semua kereta yang ada di situ. namun tania tidak peduli akan itu semua. dia terus saja berlari melintasi jalanraya tersebut sehingga dia selamat sampai di seberang jalan. dia menoleh ke belakangnya. kelihatan hafiz berdiri di tepi jalan sambil memerhatikannya. dia seperti ingin mengejar tania tapi kereta begitu banyak bertali arus di jalanraya saat itu. jadi dia terpaksa berdiri di situ buat beberapa ketika. tania segera menghilangkan dirinya di sebalik beberapa buah bangunan tinggi yang ada di situ. tania memberhentikan sebuah kereta teksi yang kebetulan melintas di depan matanya. dia menyuruh driver teksi tersebut membawanya ke hotel del taro. dia fikir dia ingin mengambil semua barangnya dari hotel itu sebelum dia menempah tiket kapalterbang untuk balik ke tanahairnya. dia berharap semoga hafiz tidak menjejakinya sampai di hotel del taro. dia mesti sampai di sana secepat mungkin sebab dia nak ambil bagasinya dan juga pasportnya yang tertinggal di dalam hotel tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro