Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

OBSESI 26

BAB 13

"ya... akulah orang yang selalu mengganggu kau selama ini... mungkin kau tertanya tanya kenapa aku buat semua ni... sebenarnya aku lakukan ini kerana aku terlalu cintakan kau tania... sejak dari kecil lagi aku dah sukakan kau... perasaan suka bercambah menjadi perasaan sayang dan perasaan sayang bercambah menjadi perasaan cinta yang amat sukar di lenyapkan... dulu kau pernah berkata padaku bahawa kau hanya bercinta dengan lelaki saja. kau tidak mahu membalas cintaku hanya kerana aku seorang perempuan. aku kecewa dan terluka sebaik saja aku mendengar perkataan kau tu... kata kata kau tu telah mengguris hati dan perasaanku. aku merasa semakin benci dengan diriku sendiri. bahkan aku tidak suka menjadi seorang perempuan lagi sebab hatiku sudah cenderung menjadi seorang lelaki. jiwaku memberontak. aku rasa macam nak mati saja bila kau menolak cintaku... namun setelah ku fikirkan balik tentu ada jalan keluar dari semua permasalahan ini jadi untuk meredakan suasana tegang di antara kita berdua aku berhenti menjadi kawan kau kerana aku tahu kau tidak perlukan aku lagi dalam hidup kau. perhubungan kau dengan adam membuatkan aku merasa semakin di pulaukan. kau lebih mementingkan dia daripada aku... aku merasa sakit hati setiap kali aku melihat kau bermesraan dengannya...", hafiz berhenti bersuara. dia menarik nafas berat lalu menghembuskannya perlahan lahan. dia duduk di sebelah tania sambil cuba bersandar di dekat dinding.

"so?", tania bersuara sambil merenung wajah lelaki itu. "so, timbul niat di hatiku untuk membunuh adam. pada malam itu aku mengekori adam dari belakang. bila aku melihat dia melintasi jalanraya tu aku pun terus melanggarnya dengan menggunakan kereta pak cikku...", kata hafiz perlahan lahan. "apa?.... kau yang melanggar adam sehingga dia mati?", soal tania cukup terkejut. "ya... akulah yang membunuh dia tania... sebenarnya aku tidak mahu dia rapat dengan kau sebab itu aku membunuh dia... setelah kematian adam aku lihat kau tidak bersemangat lagi hendak pergi ke sekolah. aku fikir aku nak berkawan semula dengan kau tapi kau dan family kau tiba tiba saja berpindah ke bandar merak. sejak saat itu kita lost contact. walaupun begitu cinta di hati ini masih mekar biar pun kau sudah tidak ada di sampingku. aku cuba lupakan kau tapi aku gagal berbuat demikian. aku tidak dapat mematikan rasa cintaku terhadap kau. hidupku semakin sukar bila ayahku berkahwin lagi dengan wanita janda yang kaya raya. ayahku memaksa aku berpindah ke bandar merak. bila kami berpindah ke sana aku mula mencari kau. aku mendapat tahu yang kau dah masuk universiti masa tu. aku pun mengikuti perkembangan kau secara senyap senyap. eh... tahu tahu saja kau dah berpunya. kali ini kekasih baru kau nampak lebih macho daripada adam. namun aku tidak gentar apabila berhadapan dengannya. oleh kerana aku terlalu cemburu melihat perhubungan korang aku pun merancang hendak membunuh kekasih kau itu. aku letakkan racun arsenik ke dalam mee magginya ketika dia pergi ke tandas....", hafiz berhenti bersuara. dia menelan air liurnya.

"oh... jadi kau yang membunuh kekasih aku si zaidi tu?", soal tania cukup terkejut. "ya... akulah yang membunuhnya...", balas hafiz dengan wajah selamba. "oh... sampai hati kau bunuh 2 orang kekasih aku tu...", tania mula menangis sedih. "oh... janganlah kau menangis macam tu tania. aku tak suka tengok kau menangis macam tu... kau diam dulu dan dengar cerita aku ni... setelah aku membunuh kekasih kau tu aku pun terus menyambung pengajianku di universiti hampston dengan bantuan kewangan dari emak tiriku. di sana aku sekali lagi cuba untuk melupakan kau. aku buat semua benda yang terlarang contohnya meminum arak, mengambil dadah dan sebagainya namun itu semua tidak dapat menghilangkan bayang wajah kau dari dalam mindaku. aku hilang semangat untuk belajar sebab itulah aku mengambil keputusan untuk berhenti dari meneruskan pengajianku di universiti hampston. sejak dari hari itu, hidupku tidak tentu hala. namun segalanya berubah apabila aku bertemu dengan seorang doktor wanita di tepi jalan beberapa tahun yang lalu. namanya doktor carla. dia hampir saja melanggarku dengan keretanya malam itu. pada mulanya dia hendak menghantar aku ke hospital tapi aku tak nak pergi ke hospital. so dia bawa aku ke rumahnya. dialah merawat kakiku yang terseliuh sehingga kakiku pulih seperti sediakala. dia menyuruh aku tinggal dengannya kerana dia tinggal keseorangan dalam rumah banglo tu. so, aku tinggal di rumahnya. selama aku tinggal bersamanya dia melayanku dengan baik. pada suatu hari dia menyatakan padaku bahawa dia sebenarnya jatuh cinta pandang pertama denganku. so, aku pun cuba bercinta dengannya. fikirku jikalau aku bercinta dengannya sudah tentu aku akan dapat melupakan kau tapi fikiranku meleset sama sekali. aku masih juga tidak dapat melupakan kau biarpun aku sudah berusaha untuk melupakan kau. cintaku terhadap kau begitu kuat sekali sehinggakan aku sering mengikuti perkembangan kau dari dalam internet dan media massa dari sehari ke sehari. ketika itu kau sudah pun mula berjinak dalam dunia perfileman. aku terus menerus mengikuti perkembangan kau biar pun aku berada di luar negara...", kata hafiz perlahan lahan. dia mengambil sebatang rokok lalu menyalakan api di hujung rokok tersebut. Kemudian dia menghisap rokok di tangannya. Perlahan lahan dia menghembuskan asap rokok itu ke udara. "selepas tu?", tania memandang wajah pemuda tersebut dengan perasaan yang berbaur kesedihan dan kemarahan.

"selepas itu aku bertekad hendak mengubah diriku menjadi seperti apa yang kau inginkan. dulu kau pernah berkata padaku yang kau hanya membalas cinta dari seorang lelaki. ini bererti yang kau tak akan membalas cintaku selagi aku masih seorang perempuan. so timbul keinginanku untuk mengubah diriku menjadi seorang lelaki. aku utarakan keinginanku pada doktor carla. kebetulan dia ialah doktor pakar dalam bidang pembedahan plastik. so dia menawarkan pembedahan transgender terhadap diriku secara percuma. dia kata dia lakukan semuanya ini demi cintanya padaku. so aku berpura puralah membalas cintanya padahal aku langsung tidak mencintainya. aku cuma memperalatkan dia demi mencapai impianku. aku masih ingat lagi yang kau pernah berkata padaku bahawa kau meminati pelakon bernama lee jong suk sebab itulah aku menyuruh doktor carla mengubah wajahku mirip dengan wajah pelakon korea tu... setelah berbulan bulan menjalani pembedahan transgender akhirnya aku berjaya mengubah diriku menjadi seorang lelaki... buat pertama kali dalam hidupku, aku merasa puas hati dengan diri aku sendiri. aku tidak lagi merasa sakit hati apabila melihat tubuhku di dalam cermin. setelah aku berjaya menjalani pembedahan transgender tu, aku tidak lagi tinggal dengan doktor carla sebab aku dah dapat apa yang aku inginkan. jadi aku putuskan hubungan kami. aku terus masuk ke akademi acting world sebab aku nak belajar menjadi seorang pelakon seperti kau. setelah mengikuti kelas lakonan di akademi tu selama 3 tahun lamanya aku pun kembali ke tanahair. aku mula mencari kau di bandar merak tapi malangnya kau sudah ada kekasih yang baru...", kata hafiz panjang lebar. dia berhenti bersuara buat seketika. perlahan lahan dia menghisap rokok di tangannya.

"aku merasa sungguh marah sebab setiap kali aku hendak mendekati kau sudah pasti kau ada kekasih. sebenarnya aku hanya nak kau bersendirian supaya senang aku mendekati kau tapi masalahnya kau sedang kemaruk bercinta dengan si farhan tu. Dalam diam aku bertekad hendak mendekati kau. aku fikir jika aku berubah menjadi seorang lelaki pasti kau akan membalas cintaku sebab tu aku cuba merebut cinta kau dari farhan tapi fikiranku meleset sama sekali. cintaku kau tolak mentah mentah hanya kerana kau masih cintakan farhan. aku betul betul sakit hati masa tu. ini dah masuk dua kali kau tolak cintaku. aku rasa macam nak bunuh diri aje tapi bila aku fikirkan balik, kalau aku bunuh diri pun tak guna juga sebab impianku belum tercapai. so aku tak jadi bunuh diri. namun dalam pada itu aku mula berfikir panjang. aku tidak tahu apa sebabnya kau lebih suka bercinta dengan lelaki lain padahal aku sudah bermati matian merebut cinta di hati kau tapi kau masih juga bercinta dengan farhan. keadaan bertambah teruk bila kau berkata pada semua orang yang kau akan bertunang dan berkahwin dengan lelaki tu. oleh sebab aku tidak mahu kehilangan kau dan aku tidak mahu kau berkahwin dengan farhan, maka aku pun membunuh kekasih kau tu...", hafiz bersuara seraya menghisap rokok di tangannya. "oh... sungguh ku tak sangka kau begitu kejam, fiz... kau sanggup membunuh semua orang yang aku sayangi... kau jahat, fiz... kau jahat!!!!...", bentak tania dalam esak tangisnya. dia menangis mengenangkan ketiga tiga orang kekasihnya yang mati di bunuh oleh lelaki itu.

"memang aku kejam... memang aku jahat... tapi aku lakukan ini demi cintaku pada kau tania... aku sanggup bunuh semua kekasih kekasih kau tu sebab aku tak nak kau jadi milik orang lain... aku hanya nak kau jadi milik aku buat selama lamanya... sebab itulah aku bermati matian nak dapatkan cinta dari kau tapi kau tak pernah memberikan aku peluang untuk mencintai kau... malah kau terus menerus menyakiti hatiku dengan sikap kau yang menyebalkan tu...",  ujar hafiz dengan wajah yang serius. dia merenung wajah tania dengan renungan mata yang tajam sekali. "kau sudah gila ke, fiz?... tidakkah kau takut jikalau perbuatan gila kau ini akan memakan diri kau sendiri?", soal tania cukup bengang. airmata masih mengalir di pipinya. "aku tidak peduli tentang itu semua, tania... aku cuma nakkan kau... aku cuma nak kau balas cintaku... itu saja... susah sangat ke kau nak balas cinta aku ni?", soal hafiz sedikit tegang. "macamana aku dapat membalas cinta kau sedangkan aku tidak pernah mencintai kau... aku cuma anggap kau seperti kawan baik aku saja...", balas tania sambil menangis. "oh... come onlah tania... takkanlah langsung tak ada sekelumit pun rasa cinta di hati kau padaku...", hafiz bersuara dengan nada suara yang bertambah tegang.

"maafkan aku fiz... buat masa ni memang aku tak dapat membalas cinta kau...", balas tania dengan jujur. "oh... pleaselah tania... please say that you love me... i want you to love me...", ucap hafiz separuh merayu. dia memandang wajah tania dengan penuh harapan. "fiz... kenapa kau terlalu mendesak aku?.... bukankah aku sudah berkata pada kau tadi yang aku tidak dapat membalas cinta kau... kau tak boleh memaksa aku mencintai kau, okay?", tutur tania separuh geram. "okay!.... fine!... memandangkan kau tidak mahu membalas cintaku, aku akan kurung kau kat sini tanpa di beri sebarang makanan dan minuman...", tutur hafiz dengan wajah yang serius. dia melangkah pergi dari situ. "apa?.... kau nak kurung aku kat sini?... sampai bila fiz?", soal tania. "sampai kau mengaku yang kau cintakan aku dan kau sanggup tinggal bersamaku buat selama lamanya...", kata hafiz dengan wajah yang selamba. "oh... jangan buat aku macam ni fiz... tolonglah... aku merayu pada kau... kau lepaskanlah aku...", ucap tania separuh merayu. "maaf... aku tidak makan pujuk rayu kau lagi... kecualilah kau kata yang kau cintakan aku barulah aku melepaskan kau dari dalam bilik kecil ini... okaylah, i've gotta go now, bye...", belum pun sempat tania bersuara lelaki itu sudah pun pergi meninggalkannya di situ. pintu bilik tidur tersebut di kunci dari luar. tinggallah tania menangis seorang diri di situ...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro