OBSESI 19
tania duduk di atas katilnya. dia mendail nombor handphone farhan namun tiada jawapan. dia cuba lagi. namun tetap tidak ada jawapan. dia tidak tahu kenapa farhan tidak menjawap panggilannya. biasanya farhan akan call balik kalau dia ada call lelaki tersebut tapi sehingga kini lelaki itu langsung tidak call dia lagi. berkerut dahi tania apabila dia memikirkan kekasihnya tidak menghubunginya selama 3 hari. biasanya farhan selalu menghubunginya tapi sekarang tidak lagi. kalau dia sibuk takkanlah dia langsung tak nak texting dia pula. "thats really weird...", fikirnya. dia cuba kirim sms pada kekasihnya itu tapi smsnya tidak berbalas. sudah berpuluh kali dia call dan sms lelaki tersebut tapi masih juga tidak ada sebarang respon daripadanya. tania mula merasa bimbang memikirkan kekasihnya. dia pergi ke apartment tapi tiada orang di dalam apartment tersebut.
dia pergi ke agency modelling tempat farhan bekerja namun lelaki itu tidak ada di situ. tania semakin merasa bimbang. dia takut kekasihnya berada dalam keadaan yang bahaya. maklumlah stalker yang selalu mengekorinya pernah mengugut farhan sebelum ini. kata farhan, jikalau dia masih bercinta dengan tania dia akan di bunuh oleh stalker tu. bila dia teringatkan ugutan itu dia merasa sungguh bimbang sekali. namun dia cuba bertenang. "mungkin farhan balik kampung kot?", soalnya dalam hati. dengan sepantas kilat dia mendail nombor telefon rumah farhan di kampung. mereka di kampung pun tidak tahu di mana farhan berada sekarang. tania kembali merasa bimbang. kebimbangan itu jelas terbayang di wajahnya. tanpa membuang masa dia pun terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan bahawa kekasihnya hilang selama 3 hari. salah seorang polis yang bertugas di situ segera mencatitkan laporannya. setelah membuat laporan tania pun pulang ke kondominiumnya dengan di temani oleh 2 orang bodyguardnya.
beberapa hari kemudian, tania masih belum dapat sebarang khabar dari farhan. pihak polis masih menyiasat di manakah lelaki itu berada sekarang. ibu farhan ada datang menemuinya pagi kelmarin. dia kelihatan sangat sedih kerana anak tunggalnya hilang entah ke mana. dia menangis di depan mata tania. dalam diam tania pun turut menangis bersamanya. kehilangan farhan betul betul menyedihkan hatinya. tania pergi ke tempat kerjanya pun dengan terpaksa. Dia berlakon secara acuh tak acuh. "kenapa ni tania?.... wajah awak asyik sedih aje... cubalah happy sikit... watak dalam skrip ni berwajah happy tau... bukan berwajah sedih macam ni...", tegur encik abdul malik padanya. dengan terpaksa tania tersenyum meleret. "hah... thats good... bila saya kata 'action' nanti awak kena sentiasa tersenyum, okay?", kata encik abdul malik lagi. "okay...", balas tania sepatah. "an action!!...", encik abdul malik bersuara dengan lantang. tania memaksa bibirnya tersenyum. hafiz memandang ke arahnya.
"oh.... you look so beautiful with your smile, sayang....", ucap hafiz seraya membalas senyumannya. mereka berpegangan tangan sambil berbalas renungan. tiba tiba saja airmata mengalir perlahan membasahi pipi tania. "cuttt!!!!...", laung encik abdul malik sedikit tegang. "Tania, kenapa awak menangis pula?... watak heroin tak menangis pun dalam babak 26 ni...", soal encik abdul malik dengan marah sekali. "maafkan saya...", cepat cepat tania berlari meninggalkan tempat itu. "hey... tania, shooting belum habis lagilah... apasal awak angkat kaki pula?", marah encik abdul malik cukup geram dengan artis itu. "er... tolong maafkan dia... mungkin dia stress kot.... harap awak maafkan dia... apa apa pun biar saya pergi pujuk dia dulu, ya...", kata hafiz di sebelahnya. "hm... yelah.... yelah....", balas encik abdul malik dengan wajah yang sedikit tegang. hafiz pun beredar dari situ.
tania berdiri di tepi pantai sambil menangis seorang diri di situ. "tania...", kedengaran namanya di panggil orang. dia menoleh ke belakangnya. kelihatan hafiz sedang melangkah menuju ke arahnya. tania terus mengesat airmatanya. "maaflah.... saya menangis tak tentu fasal tadi...", ucap tania serbasalah. "sebenarnya apa yang menyebabkan awak menangis tadi tu?...", soal hafiz ingin tahu. "kekasih saya farhan menghilangkan diri entah ke mana... sudah seminggu lebih dia tidak balik ke apartmentnya... berulang kali saya call dan sms dia tapi sampai sekarang pun dia masih belum menghubungi saya... saya bimbang memikirkan dirinya... maklumlah stalker tu ada mengugut dia sebelum ini. katanya jikalau farhan terus bercinta dengan saya dia akan di bunuh oleh stalker tu. saya merasa sedih apabila saya memikirkan tentang farhan sebab itulah saya menangis sebentar tadi...", kata tania meluahkan isi hatinya. airmata masih mengalir perlahan membasahi pipinya.
"kesat airmata awak tu...", kata hafiz seraya menghulurkan sehelai tuala kecil pada gadis itu. perlahan lahan tania mengambil tuala tersebut. dia mengesat airmatanya dengan tuala itu. "sudahlah tu... awak jangan fikirkan dia sangat... mungkin dia pergi melancong di tempat yang jauh dengan gadis lain... siapa tahu kan?...", ucap hafiz dengan wajah yang selamba. "maksud awak?", soal tania seperti tidak faham pula. "maksud saya mungkin dia pergi melancong ke luar negara, contohnya di negara barat ke, apa ke?.... jangan jangan dia sedang berseronok dengan gadis lain di sana, siapa tahu kan?... maklumlah dia tu kan playboy... tak mustahil juga dia akan berbuat begitu... buktinya dia terang terangan bergambar dengan gadis lain di dalam mms tu...", kata hafiz pula. tania terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan lelaki tersebut. "tania.... buat apa awak penat penat memikirkan lelaki yang tidak pernah mencintai awak dengan sungguh sungguh?... buat apa awak menangis memikirkan dia sedangkan dia belum tentu memikirkan awak....", ucap hafiz dengan wajah serius.
tania diam lagi. dia mula berfikir panjang. "mungkin betul apa yang hafiz katakan tu?... mungkin juga farhan pergi melancong ke luar negara tanpa pengetahuan aku?.... tapi takkanlah farhan sanggup buat macam tu pula?....", persoalan demi persoalan mula bermain di mindanya. "tania... kenapa awak selalu jatuh cinta pada lelaki lain tapi akhirnya awak di tinggalkan keseorangan? kenapa awak tak pernah beri saya peluang untuk bercinta dengan awak sedangkan saya ikhlas mencintai awak....", soal hafiz sedikit tegang. dia merenung wajah tania dengan renungan mata yang tajam sekali. "saya tidak tahu bagaimana hendak menjawap soalan awak tu... fikiran saya berkecamuk sekarang...", balas tania dengan jujur. hafiz pun diam di sebelahnya. "jika saya bercinta dengan awak sekali pun belum tentu ianya akan berkekalan lama...", ucap tania dengan wajah yang sedih. "maksud awak?", balas hafiz dengan pantas sekali. "maksud saya semua kekasih saya sebelum ini meninggal dunia apabila mereka bercinta dengan saya.... tak tahu lagilah dengan si farhan tu. entah entah dia dah jadi arwah sekarang... maklumlah sudah seminggu lebih dia menghilangkan diri. besar kemungkinan dia sudah di bunuh oleh stalker tu... jadi jikalau awak menjadi kekasih saya belum tentu awak akan selamat.... mungkin awak akan mati macam mereka juga...", ucap tania dengan wajah yang serius.
hafiz tersenyum bila mendengar perkataan gadis itu. "tak semestinya saya akan mati sebab saya bukannya 'lemah' seperti kekasih kekasih awak tu.... saya boleh mempertahankan diri saya sendiri jika di serang oleh stalker tu...", kata hafiz dengan penuh yakin. "yelah tu... apa apa pun saya minta maaf, fiz... honestly, saya masih belum dapat membalas cinta awak tu... farhan masih bertakhta di hati ini.... agak sukar bagi saya menerima cinta yang baru lagi...", ucap tania perlahan lahan. "tapi takkanlah awak tak bagi saya peluang untuk mencintai awak?....", soal hafiz cukup terkilan. "maafkan saya fiz... cinta tak boleh di paksa paksa... jika awak terus memaksa lain pula ceritanya.... apa apa pun saya nak awak lupakan saja niat awak nak bercinta dengan saya sebab sekarang saya belum dapat menerima cinta yang lain... saya harap awak akan faham....", ucap tania perlahan lahan. setelah dia berkata begitu dia pun beredar dari situ. Dia memerhatikan tania sehingga dia hilang dari pandangan matanya. "Oh!... shiiiittt!!!!!.... f*cking shitttt!!!!!....", bentak hafiz seorang diri. dia menyepak kayu kecil yang ada di situ dengan sekuat hatinya. kayu tersebut segera terpelanting jatuh di atas air laut yang bergelora. "aaaaaahhhhhhhhhhhhhh.......", laungnya dengan sekuat hatinya, melepaskan rasa amarah dan kecewa di dalam dada.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro