OBSESI 14
BAB 7
pagi itu tania mendapat panggilan dari stesen TV sinaran untuk sesi temuramah secara live di kaca TV. dia bersetuju untuk mengikuti sesi temuramah tersebut. awal pagi lagi dia pergi ke stesen TV sinaran sebab sesi temuramah akan di adakan pada pukul 6 pagi. dia di temani oleh dua orang bodyguard yang baru di upahnya untuk melindunginya dari di ganggu oleh stalker gila itu. sampai saja di sana dia terus di temuramah oleh pengacara TV tersebut. setelah di temuramah tiba pula sesi soal jawab dengan peminat melalui telefon. beberapa pemanggil bertanyakan tentang filem terbaru yang di bintanginya. dia menjawap soalan mereka dengan senyuman di bibir. tiba pemanggil yang ke lima pula... "hello.... siapa ni?", si pengacara bersuara sambil memegang mic kecil di dalam telinga kirinya. tiada jawapan hello dari si pemanggil. yang kedengaran hanyalah suara orang menyanyikan sebuah lagu...
"seandainya aku seorang lelaki
kau pasti akan membalas cintaku
namun cintaku hanya di balas
kata penghinaan yang terlalu pedas
namun ku terima kata penghinaanmu
kerana aku tahu di suatu hari nanti
kau akan balas cintaku
biarpun kau anggap ini hanya suatu gurauan
C/o biarlah kau menolak cintaku
aku tetap mencintai kau
biarlah kau membenci aku
namun cintaku tetap padamu...
si pemanggil menyanyikan lagu tersebut sehingga habis. tania mendengar lagu itu dengan hati yang tidak keruan. dia pernah mendengar lirik lagu tu sebelum ni tapi dia tidak ingat di mana. belum pun sempat si pengacara bersuara si pemanggil terus mematikan talian handphonenya. "wah... jiwang sungguh peminat awak ni kan tania? sampai menyanyi lagu cinta pula tu...", kata pengacara tersebut sambil ketawa kecil. "biasalah tu... apa apa pun saya pernah dengar lagu tu sebelum ni tapi saya tak ingat di mana...", kata tania perlahan lahan. "oh... begitu... okaylah, nampak gayanya hanya sampai di sini saja temuramah kita bersama cik tania sabli pagi ni... lain kali kita akan bertemuramah dengan celebrity jemputan yang lain pula....", kata pengacara mengakhiri temuramah pagi itu. mereka bersalaman seketika sebelum berpisah.
tania melangkah keluar dari bangunan penyiaran stesen TV sinaran dengan di temani oleh 2 orang bodyguardnya. dia mula berfikir tentang lirik lagu yang di nyanyikan oleh si pemanggil misteri sebentar tadi. dia macam kenal sangat dengan lirik lagu tu. kalau tidak salah itu ialah puisi yang di tulis oleh kawan baiknya hafizah ketika mereka menuntut di sekolah menengah dahulu tapi kenapa baru sekarang puisi itu timbul? dalam bentuk nyanyian pula tu. bila dia memikirkan semuanya itu secara automatic dia teringatkan kenangannya bersama hafizah mohd zahid. first time dia bertemu dengan hafizah ialah ketika dia melihat ada jiran baru masuk ke dalam rumah kosong yang terletak di sebelah rumahnya. dia memerhatikan jiran baru tersebut sibuk memunggah barang barang mereka masuk ke dalam rumah kosong tersebut. kelihatan seorang budak berambut pendek sedang melangkah keluar dari dalam kereta dengan pandangan mata yang kosong. "fizah... kita dah sampai kat rumah baru kita...", begitulah kata ayahnya. budak yang berperwatakan seperti lelaki itu melangkah sambil berpeluk tubuh. dia seperti tidak suka dengan rumah barunya tu. wajahnya saja kelihatan masam mencuka. dia hanya berdiri di luar rumah tersebut.
"Fizah, kenapa kau berdiri kat situ pula?... marilah masuk...", pelawa ayahnya tapi dia masih berdiri di luar halaman rumah itu. "kenapa dengan awak ni?... marilah masuk...", sekali lagi ayahnya mempelawa budak yang bernama fizah tu masuk ke dalam rumah tersebut. "tak nak...", balas budak itu dengan wajah yang masam mencuka. "janganlah macam ni... ayah dah bersusah payah membeli rumah ni untuk kita tau...", pujuk ayahnya. "saya kata saya tak nak... saya tak naklah... saya nak balik ke rumah emak...", bentak budak bernama fizah itu. "awak tak boleh balik ke rumah emak awak... ayah dah bercerai dengan mak awak. jadi kita tak boleh tinggal dengan emak awak... kita terpaksa tinggal di rumah baru ni...", kata ayahnya. "tapi saya tak suka tinggal di sini...", bentak budak bernama fizah itu. "suka atau tidak, awak kena tinggal kat sini juga...", kata ayahnya pula. "tapi...", belum pun sempat dia membantah, ayahnya terus saja menarik tangan hafizah masuk ke dalam rumah tersebut. dalam keadaannya yang kalut seperti itu tania nampak hafizah terpandang akan dirinya yang sedang berdiri memerhatikannya dari rumah sebelah. mereka berbalas pandangan sehingga bayang kelibatnya hilang dalam rumah teres tersebut.
keesokan harinya tania pergi ke sekolah tadika yang berhampiran dengan berjalan kaki. langkah kakinya terhenti bila dia lihat budak yang bernama fizah itu berjalan keluar dari dalam rumahnya dengan di temani oleh ayahnya. tania lihat mereka berjalan masuk ke dalam tadika sri indah yang terletak tidak jauh dari situ. tania lihat budak bernama hafizah itu memandang ke arahnya. tania hanya diam lalu masuk ke dalam tadika tersebut. ketika mereka sedang belajar di tadika itu budak yang berperwatakan seperti lelaki itu asyik memerhatikannya. ketika mereka bermain 'permainan dalam', tania duduk sambil bermain bongkah di atas lantai. tiba tiba muncul pula seorang budak lelaki gemuk di situ. dia merampas semua bongkah dari tangan tania. apabila tania memintanya kembali, budak lelaki gemuk tersebut tidak mahu menyerahkan bongkah itu padanya. malah dia menolak tania sehingga dia terjatuh di atas lantai. tania mula menangis dengan sedihnya. tiba tiba, "hey!... bagi balik bongkah tu pada dia...", bentak suatu suara. kelihatan budak bernama fizah itu berdiri tidak jauh dari situ.
budak lelaki gemuk tu mencebikkan bibirnya. "tak boleh... ini saya punya...", kata budak lelaki gemuk itu. tanpa di duga budak bernama fizah itu terus menumbuk perut budak lelaki gemuk itu dengan sekuat hatinya. "ouwwwhhh... huwaaaaaa!!!!...", dia menjerit kesakitan lalu menangis. tanpa mempedulikan tangisan budak lelaki gemuk itu dia terus merampas bongkah tersebut lalu menyerahkannya pada tania. "jangan nangis, ya... kita main sama sama...", pujuknya dengan tersenyum lebar. tania terpinga pinga sebaik saja dia melihat budak bernama fizah itu melayannya dengan baik. "nama saya hafizah... siapa nama awak?", soalnya dengan penuh mesra. "nama saya tania...", ucap tania perlahan lahan. "tania.... kita berkawan, ya...", ucap hafizah dengan senyum lebar di bibir. "baiklah...", balas tania tersenyum. sejak hari itu mereka mula berkawan baik. mereka sering menghabiskan masa bersama sama. di mana ada tania, di situ juga hafizah berada. persahabatan mereka berlanjutan dari sekolah tadika ke sekolah rendah dan kemudian ke sekolah menengah. di sepanjang tempoh mereka berkawan hafizah sering meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap ayah dan emaknya. mereka bercerai ketika dia masih kecil. perceraian itu membuatkannya merasa tidak gembira dan tertekan.
"tania... saya merasa sedih dan tertekan sebab mak dan ayah saya bercerai tanpa di duga..."
"Ya... saya merasa simpati terhadap awak... tapi janganlah awak biarkan diri awak tertekan dan terus bersedih dengan apa yang telah terjadi... apa apa pun awak kena bersabar dalam menghadapi semuanya itu. mungkin itu hanya dugaan dalam hidup awak..."
"yeah... saya pun pernah terfikir macam tu juga tapi perasaan sedih dan tertekan ni masih ada biar pun saya sudah berusaha menepisnya keluar... nak buat macamana lagi kan... dah nasib saya jadi begini.... hm..."
"er... fizah... saya nak tanya awak ni..."
"Tanyalah..."
"kenapa awak lebih suka berperwatakan seperti lelaki?.... kenapa awak tak cuba untuk menjadi seperti gadis gadis yang lain tu..."
"maksud awak?"
"maksud saya, kenapa awak selalu bersikap kasar dan berpakaian seperti seorang lelaki sedangkan awak tu seorang perempuan?..."
"sebenarnya saya tak suka jadi seorang perempuan. saya lebih suka menjadi seorang lelaki. lelaki lebih bebas dan dominan dari kaum perempuan. saya pun merasa hairan kenapa Tuhan menciptakan saya menjadi seorang perempuan sedangkan jiwa saya keras seperti jiwa seorang lelaki. kadangkala saya terasa seperti terperangkap di dalam tubuh yang salah... maksud saya, tubuh perempuan ini tidak sesuai dengan jiwa saya..."
begitulah kata hafizah ketika dia meluahkan perasaan tidak puas hatinya. tania hanya diam kerana dia fikir perkara itu terlalu complicated. dia malas hendak membahas perkara tersebut. walaupun hafizah bersifat tomboy namun tania suka bersahabat dengannya kerana hafizah melayannya dengan baik.
namun persahabatan mereka menjadi hambar sebaik saja tania jatuh cinta pada adam, pelajar lelaki yang baru saja masuk belajar di sekolah menengah sri intan. hafizah seperti menghalangnya apabila dia keluar dengan adam selepas waktu sekolah. malah dia memaksa tania memutuskan perhubungannya dengan adam hanya kerana dia takut tania di sakiti oleh adam yang di katakannya playboy itu. dalam waktu yang sama, hafizah mula berkelakuan pelik. dia sering kata yang dia rindu dan cintakan tania padahal mereka cuma berkawan saja ketika itu tapi dia melayan tania macam seorang kekasih pula. pada mulanya tania masih dapat bertahan dengan sikap hafizah yang semakin pelik itu. namun dia tidak tahan lagi apabila hafizah terang terangan ingin mencium bibirnya. dia tidak menyangka yang hafizah ialah seorang gadis lesbian. pada suatu pagi, hafizah datang menemuinya. dia menyerahkan puisi pendek itu padanya. dia kata puisi tersebut di tulis khas untuk dirinya. namun tania tidak menghiraukannya. dia berterus terang pada hafizah yang dia tidak mahu berkawan dengannya lagi. ini kerana dia tidak mahu hafizah memaksanya untuk mencintai dirinya. dia hanya mencintai adam seorang saja.
sejak peristiwa itu mereka tidak lagi berkawan rapat. persahabatan mereka hanya sampai di situ saja. tania kemaruk bercinta dengan adam namun kisah cinta mereka tidak berpanjangan. pemuda itu meninggal dunia sebaik saja dia di langgar lari oleh sebuah kereta di waktu malam. sehingga kini tiada siapa pun tahu siapakah orang yang melanggar lari pemuda tersebut. tania merasa sungguh sedih di atas kematian kekasihnya. kebetulan pada waktu yang sama ayahnya mendapat pekerjaan baru di bandar merak mereka pun terpaksa berhijrah dari situ. sejak mereka berhijrah ke bandar merak, dia terputus hubungan dengan hafizah... "cik tania, kita dah sampai kat kondo awak...", kata salah seorang bodyguardnya. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam keretanya. dia masih memikirkan tentang hafizah. "di manakah hafizah berada sekarang?", persoalan itu mula bermain di lubuk hatinya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro