OBSESI 13
perlahan lahan tania menutup daun pintu tandas itu. dia berdiri menghadap cermin yang ada di dalam bilik tandas tersebut. wajahnya di perhatikannya seketika. dia memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. dia hampir saja di cium oleh hafiz. nasib baik dia cepat cepat angkat kaki dari situ kalau tidak memang hafiz akan mencium bibirnya. setelah apa yang terjadi, dia mula berfikir yang dia perlu berhati hati dengan hafiz. dia takut lelaki itu mengambil kesempatan atas dirinya. setelah berfikir sketika, dia pun melangkah keluar dari tandas tersebut.
dia lihat hafiz sedang duduk sambil membaca skrip di tangannya. "sorrylah sebab saya lama sangat dalam tandas tu tadi...", kata tania perlahan lahan. "never mind... lets get started...", hafiz bersuara sambil tersenyum manis. "awak duduklah kat sebelah saya ni...", pelawa hafiz sambil menepuk tempat duduk yang kosong di sebelahnya. "er... saya rasa tak perlulah kita duduk terlalu rapat sangat... kita duduk jauh sikit macam ni pun dah kira okay dah...", kata tania lalu duduk jauh sedikit dari lelaki itu. "kenapa pula awak nak duduk jauh macam tu?... tak romantiklah kalau macam tu...", kata hafiz dengan dahi yang berkerut. "sebenarnya...", belum pun sempat tania menghabiskan perkataannya hafiz segera memotong perkataannya. "I know it... awak tak rasa selesa kan bila duduk terlalu dekat dengan saya kan?", potong hafiz. perlahan lahan tania menganggukkan kepalanya.
"macam ni sajalah... awak duduk aje dekat dengan saya... saya janji saya tak akan mengapa apakan awak...", kata hafiz. "betul ke ni?", soal tania. "ya... betul...", balas hafiz dengan wajah yang serius. "sorrylah sebab saya kadangkala terlalu paranoia... sejak saya di buru oleh stalker yang tidak di ketahui siapa orangnya saya mula merasa was was dengan lelaki...", jelas tania dengan jujur. "tak apa... saya faham... by the way, awak jangan bimbang... saya tidak akan mengambil kesempatan ke atas diri awak... saya janji...", kata hafiz. "baiklah...", balas tania sepatah. dia duduk di sebelah lelaki tersebut. mereka mula menghafal skrip dan melakonkannya bersama sama. kali ini mereka melakukannya dengan baik. di sepanjang babak romance tu mereka cuba berlakon dengan mesra sekali biarpun tania merasa kekok. bila tania melihat hafiz bersungguh sungguh menjiwai wataknya dia pun cuba untuk menghalau keluar perasaan kekok itu dari lubuk hatinya.
dia lihat hafiz semakin mahir dalam soal menghafal skrip. dia boleh ingat ayat yang panjang panjang tanpa melihat skrip di tangan. ini menunjukkan bahawa memorinya sangat kuat. pendek kata dia boleh menghafal skrip dengan baik. dia juga pandai berlakon dengan baik. rasanya dia tak perlu mengajar lelaki tersebut cara cara berlakon dengan betul kerana dia memang ada bakat jadi seorang pelakon. setelah menghafal skrip dan berlakon secara ringkas mereka mula minum petang bersama sama. "hafiz... saya nak katakan sesuatu pada awak...", kata tania perlahan lahan. "apa dia?", soal hafiz ingin tahu. "I think you've got a natural talent in acting....", kata tania. "ye ke?", soal hafiz sambil tersenyum kambing. "Yep... saya tak ajar awak berlakon pun awak dah pandai berlakon dah...", kata tania dengan jujur. "sebenarnya saya ada masuk kelas berlakon sebelum ni...", kata hafiz setelah minum air oren di dalam gelasnya. " oh ye ke?", tania memandang wajah lelaki itu
"ye... saya ada masuk acting class kat akademi acting world beberapa tahun yang lalu... saya belajar di sana selama 3 tahun... selepas tamat belajar dalam acting akademi saya terus mencuba nasib dengan mengikuti uji bakat lakonan yang di adakan 2 bulan yang lalu.... last last mereka bagi saya peluang untuk jadi stuntman dalam filem 'mat motor'... tapi dalam filem tu saya menjadi mat rempit yang gila gila sikit... tak lama kemudian saya mendapat tawaran sebagai stuntman di dalam filem 'aku dan dia'. buat pengetahuan awak inilah first time saya mendapat watak utama dalam filem seperti ini....", kata hafiz panjang lebar. "oh... begitu.... baguslah kalau macam tu... sekurang kurangnya awak tidak lagi jadi stuntman...", tania bersuara perlahan lahan. "yeah... you can say that again... anyway, boleh tak saya tanya awak satu soalan?", soal hafiz. "apa dia?", soal tania ingin tahu. "macamana awak boleh bertemu dengan si farhan tu dan jatuh cinta padanya?", soal hafiz. tania tersedak sebaik saja dia terdengar soalan itu. Dia segera mengesat mulutnya yang basah dengan tisu yang ada di situ. "sebenarnya kami bertemu di party harijadi kawan saya, diana... dia yang memperkenalkan kami dan kami saling jatuh cinta selepas itu....", balas tania. "oh begitu... apa keistimewaan si farhan tu sehinggakan awak jatuh cinta padanya?", soal hafiz lagi
"dia baik... dia tak garang orangnya. dia selalu menghibur saya di saat saya bersedih dan dia selalu ada bila saya perlukan dia...", kata tania sambil tersenyum lebar. tiba tiba, "prenggg!!!...", kedengaran gelas kaca di tangan hafiz pecah secara mendadak. tania terkejut sebaik saja dia melihat tangan lelaki tersebut berdarah akibat terkena gelas yang pecah itu. "eh... tangan awak berdarahlah...", cepat cepat tania memegang tangan lelaki tersebut tapi hafiz menarik tangannya dari genggaman tangan tania. "tak apalah... ini luka kecil saja ni... er... maaflah sebab gelas awak pecah... saya tak sengaja... er... saya minta diri dulu, bye!...", hafiz bersuara dengan pantas sekali. belum pun sempat tania bersuara hafiz terus melangkah pergi dari situ. "eh... nanti dulu... kalau ya pun balutlah dulu luka di tangan awak tu...", kata tania tapi hafiz tidak menghiraukan perkataannya. malah dia bergegas meninggalkan tempat itu. tania terpinga pinga di tempat duduknya.
*** *** ***
malam itu tania melangkah di dalam pasaraya yang sibuk itu. seperti biasa dia menyamar menjadi seperti orang lain. tiada siapa pun yang tahu siapa dirinya kerana dia memakai rambut palsu dan cermin mata hitam. ini memudahkan dia membeli barang keperluannya tanpa sebarang gangguan dari peminatnya. setelah puas membeli belah dia melangkah keluar dari situ. ketika dia sampai di parking lot yang sunyi sepi itu langkah kakinya terhenti sebaik saja dia melihat ada sekeping nota kecil terselit di celah celah viper keretanya. dia pun segera mengambil nota kecil tersebut.
tania,
kau dah melaporkan segalanya pada pihak polis, eh?... aku lihat beberapa orang polis sibuk 'menjaga' kau sekarang... mereka mengekori kau ke mana saja kau pergi... nampak sangat kau takut padaku sehinggakan kau melaporkan segalanya pada pihak polis. tapi tidak mengapa... its okay... by the way, aku takkan berhenti mengekori kau dan aku memantau kau dari jauh sebab kau segala galanya bagiku, sayang...
begitulah bunyi nota kecil itu. tania hanya mencebikkan bibirnya. nota kecil tersebut di renyukkannya lalu di lemparkan di atas tanah. dia melangkah masuk ke dalam keretanya. tidak lama kemudian kereta itu meluncur laju dari situ.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro