Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 + bersiar-siar

7 + bersiar-siar

ADA anak angkat dari keluarga Grandville. Bermata merah seperti darah dan tatapannya dingin. Berwajah kacak umpama boneka yang dijaga. Taufan Atlas, dia tertarik dengan Halilintar sejak berusia lapan tahun.

"Aku Taufan. Jom kita berkawan!" Piring yang berisi potongan kek coklat dihulurkan kepada Halilintar.

Mata merah itu menatap sepasang iris biru laut itu dingin. Wajah bahagia Taufan entah kenapa membuat hatinya berasa sakit. Prang! Tergamam Taufan apabila Halilintar menepis kuat piring yang berisi potongan kek coklat hingga jatuh mengenai rumput.

Ketika itu, Taufan sedar dia sedang berhadapan dengan siapa. Tubuhnya menggigil, menahan marah apabila Halilintar memberi respon begini. Bibirnya cuba menghadiahkan senyuman, mungkin Halilintar tidak suka kek coklat.

"Apa kau nak benda lain selain kek? Ak... aku akan tolong ambilkan!" Teruja Taufan menawarkan diri. Namun tawarannya hanya mendapat tatapan tajam itu.

"Aku tak kawan dengan orang rendahan. Memalukan, bagaimana kau boleh bersikap bodoh bila aku tunjuk respon tak suka dengan pemberian kau?" Tatapan dan bicara yang tajam. Merona merah Taufan mendengarnya, dia malu apabila dikatakan seperti itu.

Seperti orang bodoh katanya? Halilintar mula berpaling meninggalkan Taufan yang mula merenung kek coklat jatuh mencium rumput. Bibirnya bergetar hebat, perlahan-lahan mengetap bibir. Alasan kenapa Taufan tidak menyukai Halilintar kerana tatapan lelaki itu.

Tatapan yang merendahkannya.

Bibir itu tersenyum saat melihat orang yang dikenalinya. Kakinya menghampiri lelaki itu yang sedang tertidur di perpustakaan. Pak! Meja ditamparnya kuat mengejutkan lena lelaki itu.

"Good morning!" ucapnya sengaja ingin memekakkan telinga lelaki itu. Hayes mencelikkan matanya, pandangan yang samar-samar.

Taufan Atlas.

"Tidur kau nyenyak? Jom main. Tapi kenapa aku nak main dengan orang gila, kan?" ujar Taufan seraya ketawa sendiri. Entah kenapa Hayes jadi kesal mendengarnya, siapa yang gila sebenarnya?

Hayes mula membuka buku yang ingin dibacanya. Matanya berasa ingin pejam kerana kantuk. Kenapa Halilintar menyuruhnya belajar mengenai keluarga ini? Sejarah keluarga ayah panjang sekali. Ini menyeksanya.

Taufan mengangkat keningnya, sengaja mendekatkan diri dengan Hayes.

"Kau tak tahu sejarah keluarga sendiri?" Semakin kesal Hayes mendengarnya.

"Ya. Jadi kau nak ejek aku?" Hayes berpaling memandang Taufan sambil mengangkat kening. Taufan tersenyum mendengarnya.

"Aku tak sangka lelaki yang fikir dirinya lebih hebat bahkan tak tahu sejarah keluarga sendiri."

"Apa kau tiada kerja? Jangan ganggu aku." Hayes memukul kepala Taufan menggunakan buku. Lelaki ini terus mengganggunya.

"Aku cuma nak lebih rapat dengan Putera Ros Merah yang selalu dibicarakan orang lain. Kau cukup beruntung sebab orang seperti aku nak kenal dengan kau." Apa yang lelaki ini mengarut? Hayes menayangkan wajah jengkel.

Taufan tersenyum kecil. Dia dianggap anak kecil yang suka bermain. Halilintar yang sentiasa menjadi tarikan ramai membuat hatinya terdetik.

Apa suatu hari nanti lelaki bermata tajam itu akan meliriknya?

"Tapi aneh. Kenapa orang yang aku benci tiba-tiba berubah gaya bicaranya? Kadang aku terfikir, kau bukan Halilintar. Tapi mana mungkin begitu, kan? Hahahah." Gulp! Hayes hanya mampu menelan liur, entah kenapa terasa panas tiba-tiba.

Bibirnya tersenyum nakal, merancang sesuatu. Taufan berdiri seraya menarik bahu Hayes buat lelaki bermata merah itu tersentak.

"Kalau bukan disebabkan Gempa, aku takkan tertarik dengan kau lagi. Jom bersiar-siar di taman."

Ayah, ada lelaki aneh yang agak gila.

"Lepaskan aku!"

Jap, dari tadi Hayes tidak melihat ayah. Di mana ayahnya sedang berada? Di saat dia diheret Taufan pergi ke taman, ayahnya malah bersenang-senang? Ini tidak adil! Hayes benar-benar ingin kembali menjadi dirinya!

+++

"WAH, aku tak sangka aku dapat bersiar-siar dengan lelaki yang selalu didambakan orang lain! Hari ini aku agak beruntung, ya?" Dasar gila. Hayes mengeluh berat, kenapa dia kena menemani lelaki ini bersiar-siar di taman?

Mata Taufan bersinar-sinar melihat taman bunga ros yang berada di kediaman Grandville. Taufan mula berhenti seraya melihat bunga ros merah yang menarik perhatiannya. Bunga ros merah itu kelihatan lebih mekar dan bersinar berbanding yang lainnya.

Hayes mengangkat kening.

"Dulu aku fikir aku dapat akrab dengan kau. Tapi ternyata aku salah, ya?" ujarnya sendiri. Hayes mengetap bibir, apa dia perlu membalasnya?

"Aku tak begitu suka ros merah," jawab Hayes sedangkan topik perbualannya bukan ke arah itu. Taufan terpinga-pinga.

"Hah? Kau kan terkenal kerana obses dengan bunga ni!"

Kenapa dia sampai terkejut begitu? Entah kenapa Hayes agak jengkel mendengarnya. Hayes tidak tahu ros merah kerana tidak pernah ambil tahu.

"Aku lebih suka sakura. Lebih besar dan indah dipandang."

Ibu bertemu ayah di bawah pohon sakura.

Taufan tiba-tiba ketawa menarik perhatian Hayes. Kenapa lelaki ini ketawa? Memang benar otaknya bermasalah. Taufan cuba menatap Hayes sedangkan air matanya sudah mengalir kerana tidak henti ketawa.

"Kenapa kau tiba-tiba berkongsi tentang bunga yang kau suka? Aku berasa tak percaya di hadapan aku ni betul-betul Halilintar."

Memerah wajah Hayes mendengarnya. Apa menyukai bunga sakura merupakan satu kesalahan? Hayes mula melajukan langkah, dia berasa tidak mahu menatap Taufan sekarang kerana lelaki itu terus mengusiknya.

"Apa kau malu-malu? Hahahah! Tunggu aku, hahahah!"

Silapnya menemani orang gila ini bersiar-siar di taman. Sedang Hayes sibuk melarikan diri daripada Taufan, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila bertembung dengan sepasang iris itu. Bawah bibir diketap menarik perhatian Taufan yang mengejar Hayes.

Gempa Grandville. Ugh, dasar abang protective.

"Kau free? Aku nak ajak kau pergi beli barang keperluan. Tak lama lagi kau kena masuk Oak Valley. Jadi bersiap-siap, Hali." Oak Valley?

Oak Valley yang itu? Taufan yang mendengarnya memasang wajah tegang.

"Kau nak membahayakan adik kau, Gempa? Kau tahu Oak Valley tu seperti apa," celah Taufan tiba-tiba buat Hayes tertanya-tanya. Gempa hanya kekal dengan raut wajahnya yang datar sambil menyilangkan tangan.

"Apa maksud kau?" Hayes menyoal tidak mengerti.

"Hali dah cukup besar dan boleh melindungi diri sendiri. Aku tak boleh memanjakannya. Dan sila panggil aku ketua."

Taufan berdecit kesal. Memang apa yang sedang Gempa fikirkan sekarang ini? Ternaik bahu Hayes apabila Taufan menarik pergelangan tangannya tiba-tiba. Menariknya agar tidak berhadapan dengan Gempa.

Kenapa lelaki gila ini menarik tangannya? Berkali-kali Hayes meminta melepaskan tangannya. Apabila Taufan berasa sudah jauh daripada Gempa, dilepaskan tangan Hayes secara kasar buat Hayes agak tidak percaya.

"Dia tak beritahu kau?" Taufan menyoal kepada Hayes. Hayes mengangkat keningnya seraya menyilangkan tangan.

"Tentang apa?"

"Aku dah kata abang kau yang akan bunuh kau! Kenapa kau masih berpura-pura bodoh?" Entah kenapa Hayes kesal mendengarnya.

Taufan hanya mengurut dahi. Dia fikir Gempa amat menyayangi adik angkatnya seperti adik kandung, tetapi itu hanya fikirannya semata. Tidak mungkin seorang abang dengan rela hati menyuruh adiknya bertahan hidup di sekolah itu.

Kedua-dua bahu Hayes digenggamnya spontan. Hayes agak terkejut.

"Dengar sini. Abang kau tak sebaik yang kau sangka."

+++

OAK Valley, Hayes fikir itu tempat yang mengagumkan. Kim Yerin pernah bersekolah di situ dan berjaya menjadi idol kerana impiannya. Namun apa yang Taufan katakan terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Kalau kau betul-betul nak masuk Oak Valley, aku harap kau tak terkejut selepas melihatnya."

Hayes mengeluh berat. Memang Oak Valley itu sekolah seperti apa? Katanya si bermata kuning itu akan membunuhnya. Tiada siapa yang Hayes boleh percaya di dunia bukan tempat tinggalnya ini.

"Kau dah balik?" Terhinjut kedua-dua bahu Hayes saat dikejutkan tiba-tiba. Lantas Hayes berpaling, siapa yang masuk ke dalam kamarnya?

Halilintar yang sedang duduk di atas katil menatapnya buat Hayes menelan liur. Seharian ini dia tidak melihat ayah, tetapi ayah muncul tiba-tiba! Halilintar mula bangun dari terus duduk di atas katil, mendekati Hayes.

"Jangan terlalu dekat dengan Taufan," beritahu Halilintar buat Hayes mengangkat keningnya.

Ayah yang terlalu banyak rahsia.

"Apa maksud ayah?" Halilintar menatapnya. Tangannya mula menyeluk sesuatu dalam kocek seluar.

Surat tersebut ditunjukkan kepada Hayes buat Hayes tergamam.

"Mungkin sahaja dia yang menuliskan surat ni."

Surat yang menyuruh Halilintar mati.

Finished on Wednesday, 31 January 2024
Published on Tuesday, 13 February 2024

1255 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro