Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6 + lelaki dari atlas

6 + lelaki dari atlas

"KENAPA epal merah makin kurang? Kau curi, hah?"

"Tak... bu... bukan saya bos!"

"Mari sini kau!"

Seorang di atas dengan papan luncur anginnya cuba menahan tawa. Bakul penuh dengan epal merah dicurinya, digigit rakus epal merah sambil memerhati pekerja tersebut ditarik telinga. Bola mata biru langitnya bercahaya, lencana ahli Sakura terpampang pada blazer hitam.

"Apa benda yang menyeronokkan, ya?" katanya sendiri. Lelaki dengan bola mata biru langit itu mula beredar ingin mencari perkara lain.

Taufan Atlas. Keluarganya terkenal dengan penciptaan kapal terbang yang mewah untuk golongan berpangkat tinggi. Dunia ini dipenuhi pelbagai jenis kuasa, Oak Valley merupakan tempat bagi orang-orang yang ingin mengembangkan kuasanya.

Bagi Taufan, dunia ini tempat bermain yang menyeronokkan.

Ring! Ring!

"Ketua?" Taufan mengangkat keningnya apabila Gempa tiba-tiba menelefon.

Taufan mula berhenti di atas pohon pokok. Panggilan dari Gempa dijawabnya.

"Hello, ketua! Kenapa call, rindu aku? Aku pun rindu ketua!"

Gempa menjarakkan sedikit telefonnya mendengar suara nyaring Taufan. Lelaki ini kalau tidak menyakitkan telinganya dalam sehari memang tidak sah. Apalah nasib.

Taufan menggigit epal merahnya, dikunyah perlahan.

"Kau free?" Tersentak Taufan mendengarnya. Tiba-tiba?

"Ketua cadang nak dating dengan aku? Malulah aku nanti," balas Taufan selamba buat Gempa di dalam talian menggelabah.

Comel je gelabah.

Gempa menghembus nafas berat. Mata kuning keemasannya melirik ke arah Halilintar a.k.a Hayes sedang cuba merangkai bunga, dari tadi adik lelakinya bercakap sendirian. Apa Halilintar sudah gila? Tanpa diketahui alasannya.

"Kau kan cepat berkawan dengan orang. Boleh kau ajak Hali jadi kawan kau? Sejak akhir-akhir ni dia gila semacam, aku pun risau tengok dia."

Hali? Apa Gempa maksudkan adik dia yang tidak pernah bereaksi sedikit, pun? Tidak sangka lelaki dengan wajah tenangnya itu boleh menjadi gila. Taufan tersenyum senget, ketua tiba-tiba sahaja memintanya menjadi kawan Halilintar.

Ini menjadi lebih menyeronokkan.

"Tak nak. Ketua tahu aku tak suka dia, kan? Lagipun aku dapat masuk Sakura sebelum masuk Oak Valley, aku tiada masa nak layan orang rendahan."

Gempa sangat tahu Taufan sedang bermain-main dengannya.

"Apa kau masih teringat apa yang dia buat kat kau? Taufan, stop bersikap kebudak-budakan. Benda dah lepas. Hali pun mesti tak ingat." Taufan menggigit rakus epal merahnya.

Ketuanya ini memaksa betul. Dalam banyak-banyak orang, kenapa dia juga yang dicari? Apa dia perlu berjumpa dengan adik ketua lagi? Taufan mengeluh berat, panggilan ditutup tanpa keizinan Gempa.

"Taufan? Tau... hello! Budak ni tutup panggilan." Gempa mula menyerabutkan rambutnya sendiri. Entah-entah giliran dia yang gila nanti.

Halilintar Grandville. Mata merah itu dan pemiliknya, Taufan ingat lagi. Tatapan tajam dan sombong, seolah-olah tiada siapa boleh mendekatinya. Rambut Taufan beralun kerana angin. Bukan niatnya ingin bertemu Halilintar lagi.

Tetapi Gempa memohonnya.

+++

HALILINTAR memerhati Hayes yang sedang cuba merangkai bunga ros. Kenapa boleh ada manusia yang bahkan tidak tahu nama bunga ros? Cara merangkai bunganya payah sekali, seolah-olah tidak pernah menyentuh bunga.

"Ah, aku tak nak buat lagi!" Dicampak bunga ros tersebut dengan perasaan marah. Mana mungkin dia boleh sekelip mata merangkai bunga dengan benar? Ini hanya membuang waktunya sahaja.

Halilintar hanya merenung bunga ros yang dicampak Hayes. Selamba sahaja Hayes membuka pakaiannya, bahkan di hadapan para pelayan dan Gempa yang curi-curi memerhati. Membeliak mata Gempa, laju sahaja lelaki itu mendekati Hayes.

Hampir pengsan para pelayan dibuatnya.

"Hah, panas." Dia perlukan aircond. Sesuatu yang mendinginkan.

"Hali, kau gila? Pakai baju kau!" Tajam mata Hayes menatap Gempa. Saat Gempa ingin menyarungkannya baju, kasar Hayes menepis tangan lelaki itu.

Lelaki ini dari tadi memerhatikannya, ingat Hayes tidak perasan?

"Suka hati akulah nak telanjang ke nak berbaju. Kau siapa nak halang aku? Dari tadi kau perhati je aku! Aku nak makan aiskrim," bidas Hayes tidak puas hati. Gempa tercengang.

Belum sempat Hayes melangkah kaki ingin pergi, pergelangan tangan ditarik Gempa. Hayes berpaling memandang lelaki beriris kuning keemasan itu dengan perasaan marah.

Halilintar yang duduk dalam udara hanya memerhati. Mereka berdua kelihatan rapat.

"Aku abang kau. Jangan bertindak memalukan, Hali. Badan kau tak sepatutnya kau tayang kat semua orang!" Terangkat kening Hayes. Tangan Gempa yang sedang menarik pergelangan tangannya dilepas kasar oleh Hayes.

Lagipun dia bukan Halilintar. Selamba sahaja Hayes menarik pakaian Gempa, bercadang-cadang ingin merobek pakaiannya buat Gempa hilang kata. Senyuman sinis terlakar di bibir Hayes, sengaja menguji lelaki itu.

"Kau juga boleh buat macam aku. Telanjang. Apa kau malu?" Gempa mengetap bibir. Apa adiknya sudah gila?

Semakin kuat Hayes menarik pakaian Gempa, memberi peringatan bahawa dia benar-benar akan merobek baju lelaki itu. Iris merahnya sinis memandang wajah Gempa, lelaki yang mengaku 'abang' malah hilang kata-kata.

Gempa mula menarik tangan Hayes dari terus menarik pakaiannya. Aneh. Semua ini ada yang tidak kena. Apa di hadapannya benar-benar Halilintar? Seperti dirasuk oleh sesuatu.

"Hayes. Jangan buat abang marah, tak baik," beritahu Halilintar yang tiba-tiba berada di sebelah Hayes. Tersentak kedua-dua bahu Hayes menarik perhatian Gempa.

Tajam sahaja Gempa menatapnya. Kenapa ayah tiba-tiba ada di sebelahnya? Hampir terjerit Hayes.

"Kenapa? Aku cuma cabar dia untuk telanjang." Selamba Hayes membalas. Gempa mengerut dahi, sekarang adik lelakinya bercakap seorang diri?

"Aku dah janji takkan buat masalah." Hayes melastik dahi Halilintar walaupun tetap tembus, agak kesal.

Halilintar mengangkat keningnya.

"Ayah, aku takkan buat benda yang buat ayah kena masalah. Ayah percaya aku?" Senyum dihadiahkan untuk Halilintar, sebenarnya Hayes belum pasti.

Tetapi yang utama, pujuk ayah dulu. Halilintar hanya diam dan angguk buat senyum Hayes melebar. Tatapannya mula beralih ke arah Gempa.

"Adik aku pada akhirnya jadi gila. Aku agak sedih." Entah kenapa Hayes kesal mendengarnya.

Terangkat kening Gempa dan Hayes perasan sesuatu. Angin yang datang menyejukkan suasana tiba-tiba. Halilintar berpaling memandang gerangan yang masuk ke dalam ruangan, buat seketika Halilintar terdiam melihatnya.

Mata merahnya bertembung dengan sepasang iris biru laut itu. Mana mungkin Halilintar melupakannya. Atlas, dia lelaki dari keluarga itu yang pertama kali mengajaknya berkawan. Senyumannya bak matahari dan tawanya indah.

Halilintar bertemunya.

"Gempa, hai! Ah, aku tak sangka aku tersesat ke sini." Matanya sinis memandang Gempa dengan senyuman di bibir. Pakaiannya yang mewah dan menonjol menarik perhatian para pembantu rumah.

Taufan Atlas.

Hayes berpaling memandang gerangan yang tiba-tiba meniupkan angin ke dalam ruangan ini. Gempa tersenyum kecil, dia fikir Taufan menolak ajakannya.

+++

"AKU tak suka lelaki tu," beritahu Halilintar kepada Hayes yang sedang menyarungkan pakaian.

Hayes melihat gerangan yang tidak disukai Halilintar. Taufan kelihatan sedang seronok menyakat Gempa. Apa ayah tidak suka Taufan? Kenapa?

"Wae? Mesti ada sebab." Terangkat kening Halilintar.

"Wa... wae?" Halilintar menyoal aneh. Tidak pernah dengar bahasa itu. Hayes menggaru belakang kepala.

"Wae maksudnya kenapa. Kenapa ayah tak suka dia?" Terdiam seketika Halilintar dibuatnya.

Mata merah Halilintar memandang Gempa yang hanya melayan kerenah Taufan. Sesekali bibir Gempa tersenyum dengan usikan Taufan buat Halilintar menggenggam tangannya nembentuk penumbuk. Hayes yang perasan akan hal itu menelan liur.

Tiba-tiba Hayes berasa takut.

"Dia rapat dengan abang. Aku tak suka." Terkebil-kebil Hayes.

Apa ayahnya sedang cemburu? Tawa Hayes meledak menarik perhatian Halilintar. Keningnya terangkat. Kenapa ketawa tiba-tiba?

"Hahahah! Apalah ayah. Kenapa cemburu sebab..."

"Hali." Terhenti Hayes meneruskan kata apabila ada yang memanggilnya.

Halilintar mengetap bibir. Lelaki ini.

"Ternyata kau betul-betul gila sampai ketawa seorang diri. Aku agak kasihan. Gempa pasti sedih sampai menangis," sindir Taufan sengaja mengusap bahu Hayes.

Hayes tiba-tiba berasa kesal mendengarnya. Gila? Kenapa lelaki ini sungguh menjengkelkan? Iris biru laut itu asyik sinis menatapnya buat Hayes ingin marah.

Taufan menghadiahkan senyuman manis buat Hayes. Ternaik bahu Hayes apabila Taufan menyentuh bahunya. Tatapan lelaki itu buat Hayes berasa merinding tiba-tiba, hembusan nafas Taufan berhembus di telinganya. Membisikkan sesuatu.

Air liur ditelan Hayes.

"Yang akan bunuh kau tu abang kau. Apa kau masih belum mengerti?"

Ditolak tubuh Taufan buat lelaki itu tertawa sinis memandang Hayes. Tajam tatapan Hayes menatap Taufan yang menayangkan wajah tidak bersalah setelah mengatakannya. Apa maksudnya? Siapa yang akan bunuh ayah?

"Aku tak tahu siapa kau. Apa tujuan kau sebenarnya?" Taufan mengangkat kening, wajahnya mula berubah memandang Hayes.

"Kau betul-betul tak ingat aku?"

Entah kenapa nadanya seakan mengancam. Hayes mengetap bibir, mula berpaling tidak memandang Taufan. Buat masa sekarang dia tidak boleh mendedahkan identitinya yang sebenar. Kalau ayah dalam bahaya gara-gara dirinya, apa yang Hayes harus lakukan?

Halilintar melirik ke arah Taufan. Andai lelaki itu tahu yang sedang berada dalam tubuhnya ialah Hayes.

"Tak ingat," balas Hayes selamba.

Belum tiba masanya lagi.

Finished on Monday, 29 January 2024
Published on Friday, 9 February 2024

1378 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro