52 + luahan perasaan
52 + luahan perasaan
BERDEBAR-DEBAR!
Halilintar cuba menenangkan dirinya, menunggu kehadiran seseorang. Kedua-dua pipi tersipu malu sendiri, lantas dia meraup wajahnya berkali-kali. Apa penampilannya nampak bagus hari ini? Hari ini Halilintar ada sesuatu yang ingin dilakukan.
Dating.
"Ha... Hali, hai!" Suara yang kedengaran gugup, dengan wajah kemerahan.
Halilintar terpaku. Gadis itu cantik mengenakan gaun biru kembang, rambut putih yang dipotong pendek cantik dengan ikatan tocang kecil sebelah kanan. Bunga ros biru terlekat elok pada rambutnya, menyerlahkan lagi kecantikan. Nampak manis.
Seperti angsa putih.
"Maaf... sepatutnya masa tu kita dating tapi aku kat hospital. Kau dah lama menunggu?" soal Halilintar cuba beriak tenang. Belakang tengkuknya membahang, lantas Halilintar mengurut perlahan tengkuk.
Tiba-tiba rasa canggung dengan tunang sendiri.
"Tak apa. Lagipun masa tu awak dalam keadaan yang tak dapat dielak, saya faham," balas Alette seraya mengukirkan senyuman manis.
Hari ini, Halilintar nampak tampan! Sebelumnya juga tampan, tetapi hari ini luar biasa. Matanya diberkati dengan keindahan ciptaan Tuhan yang satu ini. Untung siapa yang dapat menjadi isteri Halilintar suatu hari nanti. Pasti isterinya setiap hari blushing!
"Okey. Sekarang kau nak pergi mana?" Halilintar bertanya gugup.
Alette terdiam memikirkan sesuatu. Dia tidak terfikir pula! Kerana terlalu teruja bahawa Halilintar mengajaknya bertemu, Alette sampai mimpikan lelaki itu. Apa dia sudah angau terlalu teruk? Laju Alette menggeleng, kenapa pula dia fikir benda lain?
Melihat Alette yang seronok melayan perasaan sendiri, mengundang tanda tanya Halilintar. Melamun pula tunangnya, entah fikirkan siapa.
Apa Alette memikirkan Hayes? Halilintar tidak suka.
"Kau fikir apa?" Tersentak Alette, suara dingin Halilintar sudah keluar. Takut!
"Eh... saya."
"Jangan fikir benda lain bila dengan aku." Berkerut dahi Alette, tidak sangka Halilintar akan berkata begitu.
Halilintar memalingkan wajah tidak memandang Alette. Sengaja dia membuka langkah terlebih dahulu meninggalkan Alette buat Alette tercengang. Berlari kecil dia cuba menyamai langkah Halilintar, apa Halilintar ingin meninggalkannya sendirian di sini?
Sudah kenapa Halilintar bertingkah begini? Buat Alette tertanya-tanya sahaja.
"Awak, tunggulah! Laju sangat la awak jalan, ingat saya boleh kejar ke? Tunggu!" bebel Alette tidak puas hati.
Halilintar buat-buat tidak peduli. Hatinya berasa panas setiap kali menganggap Alette memikirkan Hayes, apa yang Alette suka dalam diri Hayes? Apa kurangnya dia?
Ah, perasaan seperti apa ini?
"Awak ni kan! Buat-buat tak dengar pula!" Akhirnya Alette dapat mengejar langkah Halilintar, laju bukan main!
Sesekali Halilintar melirik ke arah Alette yang sedang mencari nafas. Tanpa sedar wajah Halilintar sedikit merona merah, tidak menyangka Alette sanggup mengejarnya. Apa dia terlalu mengada nak lihat Alette memikirkannya?
Kenapa dirinya seperti ini kerana seorang perempuan? Halilintar menekup mulut sendiri, dapat merasakan bahang pada wajah. Rasanya benar-benar sudah gila, Alette terlalu mempesonakan di mata.
Alette mengembungkan pipi. Siapa suruh jatuh cinta dengan lelaki tiada perasaan seperti Halilintar, setiap hari boleh sakit hati!
"Kau ada perasaan dekat mana-mana lelaki?" soal Halilintar tiba-tiba mengundang batuk terkeluar daripada mulut gadis itu.
Buang tabiat betul tunangnya hari ini. Luar jangkaan.
Alette angkat kepala menatap Halilintar, hampir sahaja dia terkena panahan cinta dek ketampanan luar biasa milik lelaki bermata mawar merah tersebut. Ini kalau sudah kahwin, setiap hari pandang pun tidak akan jemu!
"Uhuk! Kenapa?" soal Alette tidak faham. Tiba-tiba betul Halilintar bertanya begini.
Halilintar mula mengepal penumbuknya, cuba mengawal ekspresi wajah.
"Kau suka Hayes, kan?" Tersedak angin Alette mendengarnya.
"Mana ad..."
"Aku tahu. Kalau aku ni mengganggu hubungan kau orang, aku akan pergi. Kita boleh putuskan tunang." Tergamam Alette mendengar kata-kata itu keluar daripada bibir Halilintar.
Apa dia salah dengar? Halilintar tidak menatap Alette, terus melangkah. Hatinya berasa sakit saat menuturkan kata-kata tadi, kalau benar dia cuma pengganggu hubungan mereka, itu lebih menyakitkan, bukan?
Lebih baik dia menyerah. Alette berhak bahagia meski bukan dengan dirinya.
"Tu... tunggu!" Pergelangan tangan Halilintar digapainya buat Halilintar tersentak. Lelaki itu berpaling memandang Alette.
Alette cuba menahan marahnya. Halilintar selalu begini, suka mengatakan hal yang dia tidak faham. Suka merahsiakan sesuatu dan merancang sendirian. Sedangkan bertahun-tahun dia memendam rasa cinta, kenapa Halilintar tidak dapat menyedarinya?
"Kenapa awak fikir saya sukakan Hayes pula? Sampai awak nak putuskan pertunangan kita, awak tak fikirkan perasaan saya? Apa yang family saya akan hadap bila awak putuskan tunang macam ni? Awak tak fikir semua tu. Hali... kenapa awak tak sedar juga?" Ingin menangis tetapi ditahan sebaik mungkin. Tergamam Halilintar mendengar kata-kata itu.
Kepala lelaki itu tunduk memandang tangan Alette yang masih menarik tangannya. Halilintar tidak tahu cara berhubungan, bahkan mengekalkan hubungan tersebut. Kerana semua ini terasa baru baginya.
Cinta... itu hal yang pertama kali terasa baru dalam dirinya. Tidak sama seperti dia menyukai Hayes dulu.
"Kau pernah kata kau dan Hayes saling mencintai. Kalau aku terus ikat kau dengan pertunangan ni, aku rasa jadi lelaki yang paling teruk sebab pisahkan kau orang. Kerana aku... kau orang tak dapat bahagia." Akhirnya terluah kata-kata itu daripada bibir Halilintar.
Alette tersentak. Tanpa sedar dia melihat Halilintar yang sedang mengepal penumbuk, seperti menahan sesuatu.
Jadi Halilintar masih ingat? Itu hanya kata-kata bohong belaka! Bagaimana dia ingin meluruskan salah faham ini?
Halilintar mengetap bibir. Apa Alette benar-benar mencintai Hayes? Gadis itu hanya diam, seperti betul tekaannya. Hati Halilintar bagaikan dirobek-robek, sakit tidak terkata. Baru sahaja dia ingin mencintai seseorang semula, akhir-akhir disakiti begini.
"Saya..." Terangkat kening Halilintar. Alette menarik nafas sedalamnya, wajah sudah merah seperti epal masak ranum.
"Yang saya cintai tu awak, Hali."
+++
"YANG saya cintai tu awak, Hali."
Merah padam wajah Halilintar apabila mengingati kejadian semalam. Sejak Alette meluahkan perasaannya, mereka berdua jadi canggung. Hayes yang sedang mengikuti ayahnya berkerut dahi, tiba-tiba sahaja Halilintar merah muka.
Hayes berdecit geram.
"Ayah! Ayah menungkan apa?" soal Hayes geram. Ayahnya ini pelik semacam!
Terhinjut kedua-dua bahu Halilintar. Baru sedar Hayes mengikutinya dari tadi. Sekarang Hayes masih menjadi hantu. Riak tenang kekal pada wajah Halilintar, menutupi semuanya. Sedangkan hati sudah berdebar-debar memikirkan Alette.
"Kau tak jalan-jalan? Hari ni kau ikut aku," tanya Halilintar seraya mengurut belakang tengkuknya.
Hayes kalau jadi hantu, memang mengembara ke luar sahaja tahunya. Tersengih-sengih Hayes mendengar itu mengundang tanda tanya Halilintar.
Sejak Halilintar beritahu rahsianya, Hayes jadi lebih berhati-hati. Awal-awal memang terkejut, tetapi Hayes cuba menerima.
"Saja. Lagipun aku bosan. Lebih baik aku ikut ayah." Halilintar diam tidak membalas.
Langkah Halilintar yang sedang berjalan di tengah-tengah koridor diperhati ramai pelajar. Mungkin kagum dengan kekacakan wajahnya. Bahkan ada pelajar perempuan yang sanggup menyamar jadi pelajar lelaki semata-mata ingin melihat Halilintar.
Hayes yang perasan keadaan sekeliling sangat tertumpu terhadap ayah, berasa kesal tiba-tiba. Baru sedar bahawa ayah mempunyai wajah kacak yang langka.
"Halu Hali! Tak sangka jumpa kat sini!" Nampak sahaja idolanya, terus Blaze mendekati Halilintar.
Ice yang terpaksa ikut kehendak Blaze cuba menahan rasa geram. Halilintar hanya diam sahaja apabila didekati Blaze tiba-tiba.
"Ayah kawan dengan Blaze?" soal Hayes sambil menatap Blaze. Lelaki bermata jingga hari ini bersemangat seperti biasa.
Kawan? Halilintar terdiam tidak menjawab. Dulu, ya.
Mereka kawan. Kawan 'sementara'.
Halilintar mula menyelukkan sesuatu dalam kocek seluarnya menarik perhatian Hayes, Blaze dan Ice. Kebetulan semalam dia dan Alette pergi membeli barang, Halilintar membeli gula-gula ini tetapi belum dimakan lagi.
Gula-gula strawberi.
"Nah, aku beli lebih." Gula-gula strawberi itu disuakan ke arah Blaze yang terpinga-pinga.
Hayes di sebelah sudah terkejut bukan main. Ayahnya tiba-tiba memberi gula-gula.
"Untuk... aku? Serius? Thanks, idolaku!" Ingin bercucuran air mata Blaze, tidak sangka hari ini dia sangat-sangat bertuah.
Kena notice dengan idola, siapa sahaja tidak gembira, bukan?
"Ayah nak sikit gula-gula tu!" pinta Hayes. Halilintar tidak memberinya gula-gula langsung.
"Dah habis," balas Halilintar tenang buat Hayes cuba bersabar. Selalunya seorang ayah kena bersabar dengan kerenah anak-anak, tetapi dia yang seorang anak ini kena bersabar dengan ayah.
Blaze dan Ice sudah meneguk liur sendiri. Kaget kerana Halilintar berbicara sendiri, betullah khabar angin yang mengatakan Halilintar sudah menjadi gila. Tetapi tidak sangka dapat lihat depan mata.
Halilintar kembali menatap Blaze yang sedang menatap gula-gula strawberi, mata mawar merah tajam merenung iris jingga milik Blaze buat Blaze sedar akan tatapan tajam Halilintar. Hampir sahaja gugur jantung Blaze kerana Halilintar menatapnya seperti itu.
"Kau betul-betul tak ingat?" soal Halilintar mengundang kerutan pada dahi Blaze.
Ice yang mendengar itu mula berasa tidak sedap hati. Apa yang cuba disampaikan Halilintar sebenarnya?
"Hah?" Blaze blur.
"Gula-gula strawberi. Kau pernah beri kat aku gula-gula ni."
Hayes jadi tertanya-tanya. Sebenarnya situasi apa yang berlaku sekarang?
Gula-gula strawberi? Memang ada cerita tentang gula-gula tersebut? Halilintar diam, sudah lama dia ingin menanyakan ini kepada Blaze namun tiada kesempatan.
"Aku... tak ingat." Blaze berasa resah tiba-tiba. Dia cuba mengingat, namun satu pun tidak muncul.
Kepala yang terasa pening tiba-tiba disentuh Blaze, mengundang perhatian Halilintar, Hayes dan Ice. Pelik melihat Blaze seperti dalam keadaan tidak baik-baik.
"Blaze, kau okey?" soal Ice berasa khawatir. Dia cuba memapah tubuh Blaze yang hampir jatuh. Blaze masih sibuk mengurut kepalanya yang tiba-tiba pening.
Halilintar terkaku. Sebenarnya apa yang berlaku? Tatkala tangan Halilintar ingin menyentuh Blaze, dengan pantas Ice menepis buat Halilintar tersentak. Hayes yang berada di sebelah ikut kehilangan kata-kata.
Tajam Ice menatap buat Halilintar terkelu lidah. Sekali lagi... tatapan mata itu. Halilintar pernah melihat tatapan ini.
Tatapan yang tidak mempercayainya.
"Apa yang kau cuba buat?" Ice bertanya dengan nada kesal. Halilintar masih mengekalkan wajah tenang, tidak goyah sedikit pun.
"Aku tak buat apa-apa."
Ada sesuatu yang tidak diketahui, dan itu mengundang tanda tanya.
Masa lalu Hali, Blaze dan Ice akan diceritakan di chap seterusnya! Tyy atas sokongan readers tercinta <3
Finished on Tuesday, 28 May 2024
Published on Thursday, 6 June 2024
1558 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro