Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

45 + tonton

45 + tonton

"MEOW..."

"Tonton lapar? Jom kita pergi makan!" Kucing putih bernama Tonton itu mula diangkat Thorn. Sengaja Thorn geselkan hidungnya pada hidung Tonton, manja.

Dapur dituju. Makanan kucing mula dikeluarkan lalu diletakkan ke dalam bekas makanan. Tonton lahap memakan makanannya mencetuskan tawa kecil Thorn, kepala Tonton diusapnya lembut. Comel.

Usai Tonton makan dan minum, Thorn mula berniat membawa Tonton berjalan-jalan. Tonton seekor kucing yang sangat patuh, jadi Thorn tidak perlu susah payah memesannya banyak kali. Tonton ikuti sahaja langkah Thorn sambil mengiau ceria.

Buk!

Thorn tidak sengaja terlanggar seseorang. Lelaki itu mula membuka earphonenya, berasa kesal.

"Sorry... eh, Ice?"

Ice terkebil-kebil. Thorn? Ada kucing di sebelah Thorn mengagetkan Ice. Kucing itu mengiau perlahan, seakan-akan sedang menyapa Ice.

"Kau buat apa sini?" soal Thorn sambil tersenyum manis. Jarang nak lihat Ice jalan-jalan, selalunya hujung minggu terkurung dalam bilik sahaja kerjanya.

"Ah, aku nak beli plushie baru. Blaze tak sengaja bakar masa dia nak panggang ayam. Sial..."

Mendengarnya Thorn turut bersimpati. Dia tahu sangat plushie ikan paus yang selalu dibawa Ice ke mana-mana, sudah menjadi kebiasaan Ice untuk memeluk ikan paus kesayangannya. Pasti Ice sedih buat hati Thorn sedikit rasa sebak.

Ice yang perasan Thorn mula membuat muka sedih sudah tersentak hebat. Dalam beberapa saat pasti Thorn akan menangis.

"Ah! Kau... kau nak pergi? Nak... aku teman?" Aduh, bukan jni rancangannya! Tetapi Ice tidak mahu Thorn menangis hanya kerana hal remeh-temeh.

Automatik membaik perasaan Thorn mendengarnya. Baguslah jikalau ada yang teman dia berjalan-jalan, yang lain semua sibuk dengan kerja masing-masing sampaikan Thorn tidak tahu ingin mengajak siapa.

Laju Thorn mengangguk seraya tersenyum lebar.

"Jom! Ada satu tempat aku nak pergi, hehe," katanya riang. Pergelangan tangan Ice ditariknya buat Ice terpaksa mengikuti langkah Thorn.

Mulut Ice tidak sengaja menguap. Sejujurnya dia ingin tidur sekarang, namun Ice harus menahan kantuknya. Usai sampai ke tempat yang ingin Thorn pergi, lantas Ice menggosok matanya yang terasa mahu pejam.

Tangan Ice ditarik sekali lagi masuk ke dalam kedai tersebut.

"Selamat datang!"

Bersinar-sinar mata Thorn melihat pelbagai jenis tumbuhan berada di hadapan matanya. Ada pokok kecil yang berjalan menghidangkan secawan kopi, rumput-rumput yang menari mengikut rentak muzik bersama manusia yang mengenakan gaun kembang diperbuat daripada daun.

Ice tercengang hebat. Tempat apa yang sedang Thorn bawanya pergi? Thorn berlari kecil mendekati kaunter pertanyaan diikuti Ice sekali.

"Iya encik, nak tanya apa?" soal gadis itu ramah. Thorn melemparkan senyuman manis.

"Bunga apa yang selalu perempuan suka?" soal Thorn ingin tahu buat Ice di sebelah tersedak angin.

Tajam dia memandang Thorn, apa Thorn sudah ada kekasih? Tetapi sejak bila? Apa dia ketinggalan informasi tentang ini?

Gadis itu hanya tersenyum mendengar pertanyaan Thorn.

"Perempuan cenderung sukakan bunga ros. Apa sifat gadis yang ingin encik berikan bunga?"

"Hm, dia lebih tua daripada saya. Dah ada anak, heheh." Terbatuk-batuk Ice mendengarnya. Apa yang didengarnya sebentar tadi?

Gadis itu hanya tersenyum mendengar balasan Thorn.

"Encik nak hadiahkan bunga sebab apa?" soalnya lagi.

"Minta maaf."

Gadis itu mula mencari bunga yang sesuai seperti dikatakan oleh Thorn. Lihat gadis itu sudah pergi, Ice tiba-tiba menolak bahu Thorn dengan bahunya buat Thorn berpaling memandang lelaki itu. Mengangkat keningnya.

"Kau nak hadiahkan bunga tu kat siapa?" soal Ice tanpa basa-basi. Tonton sengaja menggeselkan kepalanya pada kaki Ice, mengiau perlahan.

Thorn tersengih-sengih.

"Rahsia." Jari telunjuk diletakkan pada bibir sendiri sambil tersenyum kecil diperhati Ice penuh curiga. Jarang Thorn nak berahsia dengannya, apa betul tekaannya?

Bahawa Thorn sudah mempunyai teman wanita. Tetapi teman wanitanya itu sudah ada anak?

Ice blur seketika.

Gadis itu tiba dengan membawa bunga. Thorn tersenyum melihat bunga yang ditunjukkan gadis itu.

"Nama bunga ni Hydrangea. Sesuai kalau kita nak memohon keampunan daripada seseorang," jelas gadis itu seraya menghulurkan bunga hydrangea kepada Thorn. Thorn menyambutnya.

"Terima kasih. Jom Ice." Usai membayar apa yang patut, Thorn kelaur dari kedai diikuti Ice.

Ice hanya melihat beg kertas yang berisikan bunga hydrangea dijinjit oleh Thorn. Dia masih tertanya-tanya siapakah wanita yang ingin Thorn berikan hadiah. Tiba-tiba Thorn berpaling memandangnya buat kedua-dua bahu Ice terangkat.

Kaget.

"Ice kata nak beli plushie baru, kan? Jom!" ajaknya ceria.

"Ah... iya."

Nanti-nanti sahajalah Ice siasat siapa perempuan itu.

+++

"BEGITULAH penjelasannya."

Tangan kecil Eirene yang digenggam lelaki itu ditatap Gempa. Gempa telan liur. Dia tidak sangka Halilintar a.k.a Hayes membawa seorang budak perempuan, katanya untuk dijaga. Hayes hanya pasang riak tidak bersalah.

Masih teringat kejadian yang menimpa ibu dan ayahnya buat wajah Hayes merah padam. Laju dia menekup muka merahnya agar tidak disedari Gempa. Itu benar-benar pemandangan yang tidak pernah terbayang dalam ingatan Hayes. Hayes sudah kembali menjadi Halilintar.

Setelah itu, Halilintar jadi suka melarikan diri apabila Hayes menanyakan tentang itu.

"Apa nama dia?" soal Gempa masih meneguk liur. Sudahlah mereka membawa anak kecil berjalan-jalan ke sekolah, semua jadi menatap mereka bertiga.

Eirene mula menatap Gempa buat Gempa berkerut dahi. Gadis kecil itu menghadiahkan senyuman manis lalu ketawa suka buat hati Gempa hampir meleleh. Dia memang lemah dengan benda-benda yang nampak comel di mata.

Hayes tersenyum tipis, tatap wajah Eirene. Pipi tembam Eirene dicubitnya manja.

"Eirene." Terangguk-angguk sahaja Gempa.

Sesekali Gempa curi-curi pandang Eirene, kedua-dua pipi tembam gadis kecil itu mengusik keinginannya. Gempa benar-benar ingin mencubitnya geram, tetapi ditahan sebaik mungkin. Kang jatuh harga dirinya yang ternyata amat lemah di hadapan anak kecil.

Tetapi, Eirene terlalu comel! Gempa mula memegang di mana keberadaan jantung saat Eirene berjalan sambil melompat-lompat kecil.

"Pak cik, siapa tu? Kawan pak cik?" soal Eirene mula menunjuk ke arah Gempa buat Gempa terhinjut bahu.

Hayes yang mendengarnya agak terkejut. Kawan? Dia menjeling Gempa yang masih mengekalkan wajah tenang. Entahlah, Hayes bukannya benci Gempa tetapi menganggap kawan itu agak aneh. Dia bukannya rapat sangat dengan Gempa.

"Kenapa Eirene nak tahu?" Hayes menyoal balik.

Eirene tersenyum lebar.

"Kalau tu kawan pak cik, dia juga kawan saya! Heheh," katanya dengan riang mengundang kemerahan pada wajah Gempa.

Pantas Gempa palingkan wajah sambil menekup separuh wajahnya. Co... comel!

Hayes tersenyum kelat mendengarnya.

Lama-lama berjalan, akhirnya mereka bertiga sampai ke hadapan pintu bilik Sakura. Lantas Gempa memegang tombol pintu, menjenguk keadaan yang berada di dalam. Alangkah terkejutnya pemandangan yang menanti mereka bertiga.

"Apa jadi ni?" Hayes menyoal tanpa sedar. Suasana bilik Sakura sangat tidak teratur.

Dengan rak buku yang jatuh menimpa lantai, bersama buku-buku yang berselerak. Tingkap pecah, sofa koyak seakan dirobek-robek, meja kerja Gempa turut patah. Langsir terlerai dan memiliki kesan lubang sana-sini, makanan kucing juga bertaburan.

Jap, makanan kucing?

"Ma... maaf ketua."

"Meow... meow!" Ice yang sedang tidur di atas lantai mula mencelikkan matanya, dia mendengar suara.

Thorn yang penuh dengan kesan kotor sedang memeluk seekor kucing putih, cuba menahan kucing tersebut daripada berulah lebih teruk. Mata hijau bersih berkaca-kaca menatap Gempa penuh harap. Takut Gempa memarahinya.

Bibir Thorn bergetar sedikit.

"Jelaskan kepada aku, Thorn."

+++

[tambahan]

Our thornn 🌿

Maaf tak pandai lukis badan dan baju hiks 🤧 selamat cuci mata 🐰💖

Finished on Thursday, 2 May 2024
Published on Sunday, 19 May 2024

1141 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro