Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35 + cuti sekolah

35 + cuti sekolah

❝ Tingkah aku yang teruk bukan urusan kau, kerana aku tidak sebaik mereka ❞ -- Halilintar

MALAM itu, dia sepertinya sudah gila. Kedua-dua kaki masuk ke dalam wad yang ditempatkan Gempa, perlahan-lahan mendekati Gempa yang sedang nyenyak tidur. Bawah bibir digigit kuat, rasa marah membuak-buak dalam dirinya.

Sebentar tadi dia tahan, sekarang tidak boleh lagi. Hatinya yang tersakiti, tiada ubat selain nyawa dibalas nyawa. Gempa harus mati di tangannya, walau apapun yang terjadi.

"Dendam aku belum terbalas. Sebab kau... kau... kalau kau tak ada... semua ni takkan pernah terjadi dalam hidup aku." Mata jingganya tajam menatap wajah tenang Gempa yang masih tidur tidak sedarkan diri.

Air liur ditelan. Blaze tahu bunuh Gempa tidak akan dapat mengembalikan Asteria semula, namun dia dipenuhi dengan amarah yang tidak tertahan. Tangannya mulai mengeluarkan api merah, mendekatkan ke leher Gempa.

Rancangan balas dendamnya hancur gara-gara syaitan yang mendadak menyerang. Kerana inilah dia menggunakan cara yang boleh dikatakan pengecut. Sedangkan Blaze ingin membunuh Gempa apabila Gempa dalam keadaan sedia berlawan.

Tetapi kenapa seluruh tubuhnya menggigil? Sedangkan membunuh itu sangat mudah, mengapa dia jadi tidak tega? Masih terbayang air muka Gempa yang mengusir mereka berempat beberapa jam yang lalu.

Ternaik kedua-dua bahu Blaze apabila tangannya yang memasang api ditahan oleh Gempa. Kaget apabila Gempa sudah bangun dari lenanya. Dapat dirasakan betapa tajam Gempa sedang menatap iris jingganya.

"Apa yang kau cuba buat?" soal Gempa sedikit kasar. Laju Blaze menarik tangannya dari terus ditahan Gempa.

"Sebab kau..." Terangkat kening Gempa.

Jatuh terduduk Blaze menyentakkan Gempa. Seluruh tubuhnya menggeletar, kenapa dia tidak boleh membunuh Gempa? Sedangkan dia berdendam dengan lelaki ini. Kerana lelaki ini, Asteria berhadapan dengan kematian.

"Kenapa? Aku nak sangat bunuh kau... tapi aku tak dapat."

Apa dia jadi teringat air mata Gempa? Tidak mungkin. Selama dia mengenali Gempa, Blaze merasakan Gempa tidak berhati perut. Namun untuk pertama kalinya, dia melihat sisi lain daripada Gempa.

Seteruk-teruknya Gempa, lelaki itu telah melupakan kesalahan Thorn.

"Kenapa baru sekarang aku nampak sisi baik kau? Kenapa? Aku tak suka perasaan ni... aku tak suka bila aku rasa kalau tak ada kau semuanya hancur. Kenapa, Gempa? Kenapa kau buat aku macam ni?" soalnya berkali-kali. Tunduk memandang lantai sambil membiarkan air matanya mengalir deras.

Air mata, air mata, air mata terus. Sejak bila Blaze jadi orang yang suka menangis seperti Thorn? Dia tanpa sedar sudah menyayangi Gempa seperti abang kandung sendiri. Sedangkan kenangan mereka berdua terisi pergaduhan dan kata-kata menyakitkan.

Namun Blaze sedar, Gempa telah banyak membantunya. Bahkan ulangkaji untuk ujian sahaja, Gempa sanggup menolong sedangkan kerjanya bertimbun.

"Kau pasti kesal dengan aku," balas Gempa buat Blaze menarik hingusnya.

"Maaf, Blaze. Aku dah buat kau kehilangan orang yang kau cintai. Aku tahu sepatutnya aku lindungi orang yang kau cinta, tak. Aku patut lindungi semuanya. Semua ni kerana aku terlalu ikutkan dendam sampai aku juga membunuh seperti dia yang telah bunuh ibu ayah aku," jelas Gempa sambil menatap Blaze yang jatuh terduduk.

Kalau sahaja masa dapat diputarkan semula, Gempa ingin menunjukkan sisi yang baik lebih awal. Dia ingin melindungi semuanya dan tidak terlalu mengikut dendam. Penyesalan terbesarnya kerana menjadi ketua yang penuh kegagalan.

"Kalau dengan bunuh aku boleh buat kau rasa lebih baik, tapi aku tak benarkan. Aku tak nak kau jadi pembunuh disebabkan dendam macam aku buat selama ni. Aku takut kalau kau akan jadi macam aku, Blaze. Cukuplah aku yang teruk, jangan lain," pinta Gempa. Kedua-dua tangan erat menggenggam cadar katil, menahan air matanya daripada keluar.

Seharusnya dia tidak boleh menangis di hadapan Blaze. Blaze mengetap bibir, seolah-olah dia sedang mendengar kata-kata terakhir Gempa. Hatinya tidak boleh terima jika Gempa benar-benar meninggalkan Oak Valley.

Orang lain hanya lihat sisi kejam Gempa, mereka tidak pernah cuba memperhatikan sisi baik Gempa. Blaze ingin memperlihatkannya, bahawa Gempa yang dulu dan sekarang amatlah berbeza.

"Kalau kau tak nak aku bunuh kau, jadilah ketua semula. Hanya itu sahaja yang aku minta daripada kau. Disebabkan kau, pelajar kita suka membunuh. Tapi disebabkan tu juga, mereka jadi tidak lemah, kan? Mereka berjaya melindungi diri mereka sendiri tanpa perlu mengorbankan diri. Kau tak salah sepenuhnya, orang yang buat sekolah tu jadi macam tu la yang salah."

Tergamam Gempa mendengarnya. Bawah bibir dikemam lembut, dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang ini. Bahkan adiknya sendiri.

"Aku bukan ketua yang sebenarnya di Oak Valley, Blaze," kata Gempa buat Blaze terkedu. Apa maksudnya?

"Macam mana..."

"Setelah aku jadi ketua, aku bertemu seseorang yang merupakan ketua yang selama ni mengatur Oak Valley. Dia bersembunyi agar tak dilihat orang. Dia yang buat aku jadi lebih pentingkan dendam, dia juga yang beritahu cara untuk buat aku kuat dengan mengumpulkan otak para pelajar," jelas Gempa.

"Apapun Blaze, tolong rahsiakan apa yang aku katakan ni."

Pertemuannya dengan lelaki itu sangat canggung. Gempa ingat dalam setahun, hanya tiga kali pernah bertemu. Itupun untuk melaporkan apa yang terjadi di Oak Valley. Boleh dikatakan, Gempa ini timbalan ketua sahaja.

Blaze mengetap bibir. Perlahan-lahan dia berdiri semula di hadapan Gempa buat Gempa terkebil-kebil. Dia harus merelakan Asteria pergi. Asteria sudah mati. Namun Blaze orangnya setia, tidak mudah untuk dia mencintai seorang perempuan seserius itu.

Dia memang cepat jatuh cinta, tetapi cintanya tidak seperti apabila bersama Asteria.

"Walaupun aku dah kata begini, kau tetap nak aku jadi ketua?" Gempa bertanya sambil menatap Blaze. Sedangkan Blaze berdendam dengannya.

"Kau akan aku bunuh kalau kau tak jadi ketua," ugut Blaze.

Gempa terbatuk-batuk kecil. Di sebalik pintu wad yang terbuka sedikit, ada Ice yang dari tadi mendengar perbualan mereka. Susu strawberi disedut Ice.

+++

TERNYATA dia benar-benar boleh mengubah masa depan. Gempa yang dapat bertahan hidup di saat-saat terakhirnya, Hayes fikir dia akan gagal. Hayes tahu bukan saat ini untuk dia benar-benar gembira.

Masih ada lagi yang harus Hayes selesaikan.

"Ayah, wake up!" Bantal dibaling tepat mengenai wajah tampan Halilintar.

Perlahan-lahan Halilintar mencelikkan matanya. Siapa yang sebentar tadi membaling bantal ke arahnya? Halilintar mula duduk di atas katil dengan rambutnya yang kusut. Wajah Hayes ditatapnya, ternyata Hayes sudah jadi hantu.

"Apa?" soal Halilintar malas-malas. Kenapa Hayes malah mengganggu tidurnya?

Lepas peperiksaan, cuti datang melebarkan senyuman para pelajar Oak Valley. Kekacauan yang dilakukan syaitan tidak menggoyahkan hati mereka untuk melakukan yang terbaik buat menjawab peperiksaan. Halilintar menelan liur, ternyata hari ini cuti.

"Jom jalan-jalan! Aku tahu banyak tempat menarik."

Entah kenapa Halilintar jadi terbiasa dengan kehadiran Hayes dalam hidupnya. Tiba-tiba dia jadi teringat sesuatu, lantas Halilintar bergerak menuju meja belajarnya. Hayes hanya mengikuti sahaja.

Kenapa Halilintar menulis surat tiba-tiba?

"Ayah buat apa?" soal Hayes ingin tahu.

"Aku ada tunangan. Hari ni dia ulang tahun, jadi aku nak beri dia surat dan hadiah seperti yang aku lakukan sebelum ni," beritahu Halilintar. Usai menulis apa yang patut, kertas dilipatnya kemas.

Bunga ros merah yang berada di dalam pasu diambilnya lalu dilekatkan pada sampul surat tersebut. Setiap tahun dia memberi bunga ros merah sebagai hadiah. Walaupun Halilintar tidak pernah melihat tunangannya.

Tunangan? Apa ibu? Hayes pelik. Takkan Halilintar tidak tahu Alette itu tunangannya sampai sekarang?

"Wah, ayah romantik. Pasti tunang ayah suka." Apapun, mungkin ini menyeronokkan. Layankan sahajalah.

Halilintar tersenyum tipis. Dia sedang berusaha untuk membuka hatinya kepada perempuan, mungkin dengan menyukai tunangannya sendiri boleh buat dia berhenti menaruh perasaan terhadap Hayes.

"Kau kata nak jalan-jalan, kan? Pergi mana?" soal Halilintar. Almari dituju.

Kemeja putih dikenakan. Halilintar memerhati penampilannya melalui cermin, rambut menutupi dahi seperti biasa.

"Ayah kata hari ni tunangan ayah ulang tahun, kan? Rancangan aku berubah. Apa kata ayah jumpa tunangan ayah?" cadang Hayes buat Halilintar terkedu seketika. Tidak pernah terfikir untuk Halilintar menemui tunangannya.

"Ayah patut guna suit! Pakai tali leher juga, rambut jangan tutup dahi! Untuk buat perempuan jatuh hati ayah kena berpakaian rapi."

Eh? Halilintar agak blur. Dia tidak pernah setuju untuk jumpa tunangannya.

"Percayakan saja semuanya kat aku!"

Kesempatan cuti sekolah ini akan Hayes pastikan ayah dan ibunya boleh bersama!

+ TAMAT SEASON 1 +

❝ Perjalanan aku masih jauh, aku berterima kasih kerana masih setia berada di sini ❞ -- Hayes

Finished on Friday, 29 March 2024
Published on Friday, 12 April 2024

1325 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro