Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 + penyamaran

30 + penyamaran

TIADA yang tahu.

"Ah... kalau kau betul-betul dapat lihat hantu, bermakna kau dapat kawal hantu, kan? Tolong kawal aku. Arahkan aku untuk berlawan."

Kalau setelah ini berakhir, Halilintar akan terus berhubungan dengan tunangannya. Alette Seymour, dia gadis berambut putih bersih. Sejak kecil, bertunang dengan Halilintar terasa mimpi. Tunangannya tampan, namun tidak tertarik untuk mengenali Alette.

Seymour dan Grandville, dua keluarga yang bersahabat sejak dahulu lagi.

Namun sekarang Halilintar sedang meminta pertolongannya. Pipi Alette yang tersipu-sipu merah, menatap wajah Halilintar bak karya agung.

"Ke... kenapa saya kena tolong awak?" soal Alette seraya mengalihkan pandangannya. Hatinya tidak kuat jika terus bertembung dengan sepasang iris kemerahan itu.

Alette merasakan canggung jika berdua dengan Halilintar.

"Nenek beruban, kau sedang menolak aku?" Tersentak Alette mendengarnya, automatik pandangan berpaling menatap Halilintar.

Wajah Alette merah padam.

"Ma... mana ada! Dan lagi satu, jangan panggil saya nenek beruban!" tempik Alette kuat buat Halilintar terangkat kening.

Jelas-jelas rambutnya warna putih seperti uban. Kalau bukan nenek, apa nenek moyang? Aneh-aneh sahaja. Halilintar mula memegang belakang tengkuknya, dia fikir dapat memujuk Alette dengan mudah. Namun sangkaannya meleset.

"Nenek, aku sedang minta tolong. Hayes dalam bahaya, bukannya kau patut selamatkan kekasih kau juga? Kita berdua juga sama-sama untung," jelas Halilintar tenang.

Entah kenapa Alette kesal mendengarnya. 'Nenek beruban' dipendekkan jadi 'nenek' panggilan Halilintar buat dirinya. Memang tidak separah 'nenek beruban', tetapi kenapa tetap kena memanggilnya 'nenek'?

Terundur ke belakang Alette apabila Halilintar mendekat tiba-tiba. Tanpa sedar dia hanyut memandang mata mawar merah milik Halilintar. Bawah bibir digigit Alette, tenanglah wahai hati.

"Apa yang awak cuba buat? Saya kena bunuh syaitan sekarang, tak ada masa nak layan awak. Tolong... ke tepi." Tersekat-sekat Alette dibuatnya. Semakin merah wajah Alette apabila Halilintar mendekatkan wajahnya.

Tanpa sedar wajah Alette merona merah. Dia tidak mengerti sebenarnya. Mengapa Halilintar membuatnya begini? Jantungnya tidak dapat berhenti berdetak kencang. Berkali-kali Alette menelan liur cuba menghilangkan rasa gugup.

Berdebar.

"Kalau aku cium kau dulu, baru kau akan terima aku? Awal pertemuan kita sepertinya kau sukakan ciuman," beritahu Halilintar tanpa bertapis lagi. Semakin merah wajah Alette mendengarnya.

Spontan Alette menolak kuat dada bidang Halilintar, namun aneh. Alette cuba angkat kepala memandang Halilintar yang mengangkat kening. Akh, sekarang Halilintar jadi hantu. Jadi tembus, kan? Malu!

Bagaimana dia boleh lepas daripada Halilintar?

"Kau cuba tolak aku? Tapi tak berhasil. Aku tak berharap kau bersikap baik, tapi aku sedang terdesak. Aku tak ingin kehilangan lagi. Abang dan Hayes sama-samanya berharga. Mereka cahaya yang menarik aku keluar dari kegelapan," luah Halilintar buat Alette terdiam.

Lama Halilintar menatap sepasang iris sakura milik Alette, menatapnya terus.

"Aku selalu pendam sebab aku rasa tiada siapa yang akan mendengarkan aku. Kalau kau rasa aku sedang raih simpati, terpulang. Aku akan paksa kau supaya terima aku. Hanya kau yang boleh tolong aku, satu-satunya kau yang boleh lihat aku selain Hayes."

"Aku merayu."

Halilintar tidak menunduk, tidak mengalihkan pandangan. Tepat memandang Alette tanpa melirik ke tempat lain. Mengatakannya dengan jelas tanpa ragu-ragu buat jantung Alette semakin berdegup kuat.

Bawah bibir diketap Alette. Selamba dia tembus ke dalam tubuh Halilintar, sedang keluar dari tahanan lelaki itu. Kenapa dia tidak melakukan ini dari tadi? Kerana jantung ini asyik berdegup, dia jadi tidak tahu ingin berbuat apa. Kaku!

Halilintar berpaling memandang Alette yang berjaya menembusnya.

"Ba... baiklah. Tapi dengan syarat! Kalau saya tolong awak, awak kena tunaikan tiga permintaan saya. Kalau tak nak, sudah! Saya tak nak tolong, hmph!" kata Alette seraya menyilangkan tangan. Kalau ada almari, sudah lama dia menyorok kerana wajah merah seperti epal masak ranum.

Halilintar masih kekal dengan wajah datarnya.

"Jadi apa yang perlu aku buat?" soal Halilintar. Alette mula mengukir senyum, menatap Halilintar.

"Buang perasaan awak dekat Hayes. Mudah, kan?" Terdiam seketika Halilintar mendengarnya. Belakang tengkuk diurut perlahan Halilintar, tidak sedar peluhnya mengalir.

"Aku... aku memang sedang lupakan perasaan aku. Dia kata aku menjijikkan," balas Halilintar perlahan.

Air liur ditelan Halilintar.

"Jadi apa permintaan keduanya?" soal Halilintar ingin tahu.

Alette tersengih.

"Rahsia! Memandangkan saya akan kawal awak, nanti orang lain boleh lihat awak, tau? Apa awak perlukan topeng?" Mendengarnya buat Halilintar berfikir sejenak.

Topeng, ya?

+++

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Blaze. Dia cuba fokus menyerang beberapa syaitan yang sedang menghampirinya. Bola api tidak henti-henti dilempar.

"Solar, sekarang!" jerit Blaze buat Solar cepat menaikkan cermin matanya.

Seluruh ruangan tersebut ditutupi dengan cahaya buat syaitan-syaitan mula mengerang kesakitan. Laju sahaja Solar menutup mata Blaze agar tidak terkena kuasa cahayanya. Bebola api yang dilemparkan Blaze hanya untuk membuat mereka lengah.

Pergelangan tangan Blaze ditariknya, lari usai menyelesaikan syaitan-syaitan yang berada di gimnasium. Perlahan-lahan Blaze mencelikkan matanya apabila tidak terasa lagi cahaya.

"Aku kena cari Ice. Kalau boleh aku tak nak mengaku, tapi Ice lebih kuat dari aku!" jelas Blaze. Ternyata benar kata Hayes, ada syaitan di sekolah ini.

"Tiada yang lebih kuat dari aku. Jangan mengarut," balas Solar kesal. Blaze mencebik, kalau bukan sebab Thorn memintanya menyelamatkan Solar, tidak ingin Blaze bekerjasama dengan Solar menyerang para syaitan.

Tetapi tidak dapat diragukan juga, Solar mempunyai pengawalan kuasa yang luar biasa hebatnya. Namun sikap teruk Solar buat Blaze tidak dapat mengakuinya.

Ah, tidak akan Blaze akui!

"Apa kau kata? Ice lebih kuat!" Kasar Blaze menarik kolar seragam sekolah Solar buat Solar tersentak.

Tangannya cuba melepaskan tangan Blaze yang terus menarik kolarnya. Dia pernah dengar kesabaran Blaze sangatlah tipis, ternyata benar.

"Lepaskan aku, gila!" teriak Solar. Main tarik-tarik pula mamat api ni. Hampir rosak seragam sekolahnya, penat-penat Solar mengubah seragam sekolah menjadi lain daripada yang lain dengan seragam sekolah asli.

Ini mahal tau!

Blaze tetap tidak melepaskan. Ingat dia akan mengalah terhadap junior? Semakin kuat Blaze menarik kolar Solar buat Solar terteguk liur tanpa sedar.

"Cuba kata kau lemah! Aku nak dengar baru aku lepaskan kau," ugut Blaze masih belum menyerah. Dalam kamus hidupnya, menyerah bermakna lebih baik mati.

Tersentak Solar mendengarnya.

"Kau gila! Siapa nak ikut cakap aku? Aku kata lepaskan aku, lepaslah!"

"Jangan sampai aku bakar muka kau!" Blaze sudah siap sedia mengarahkan apinya mendekati wajah Solar buat Solar hampir menjerit ketakutan.

Sah, lelaki yang sedang menarik kolarnya ini gila!

Belum sempat Blaze ingin membakar wajah Solar, tiba-tiba ada yang mencelah. Api tersebut lantas dipadam Blaze sebelum berpaling memandang dua orang yang dikenalinya. Turun naik nafas Solar, dia fikir wajahnya benar-benar terkena api.

Mentang-mentang Solar junior, Blaze sesuka hati sahaja membulinya.

"Apa kau buat, Blaze? Sempat lagi bergaduh dengan keadaan sekarang," bebel Ice sambil memandang tajam wajah Blaze.

"I... Ice? Macam mana kau boleh jumpa aku? Aku baru je nak cari kau!" kata Blaze. Dia mula mendekati Ice bersama senyuman di bibir.

Ice tayang wajah jengkel. Kalau dia lambat sedikit, pasti Blaze benar-benar membakar wajah Solar. Mungkin Blaze kena ada kelas mengawal perasaan marah agaknya, barannya tidak boleh dibawa bincang.

"Blaze, Solar, hai!" sapa Taufan yang sedang bersama Ice. Solar tidak membalas, Blaze hanya pasang wajah terkejut.

"Kau bukan masih ditahan ke? Ma... macam mana kau ada kat sini?" soal Blaze agak blur. Taufan hanya tersengih-sengih.

"Entahlah. Aku keluar sendiri dari tempat tu. Kebetulan aku jumpa Ice, jadi kami berdua sama-sama serang syaitan. Hahah," balas Taufan bersama ketawanya. Blaze terangguk-angguk.

Ice memandang sekeliling. Ternyata syaitan-syaitan sudah dihabisi Blaze dan Solar. Blaze yang seronok berbual dengan Taufan diperhati Ice. Tidak lama itu, matanya melirik ke arah Solar yang dari tadi menyilangkan tangan.

"Mana Hali?" soal Ice buat Blaze dan Taufan berhenti berbual, memandang ke arah Ice.

"Dia dengan Gempa," jelas Blaze.

Ice terangkat kening.

"Oh, ya?" Blaze mula mengerutkan dahi.

Tergamam Solar saat ada perubahan terhadap diri Ice. Cepat-cepat Solar bertindak membawa Taufan dan Blaze menjauh dari Ice.

"Dia bukan Ice!" jerit Solar buat Blaze tersentak. Apa maksudnya?

Taufan yang tidak mengerti cuba melihat lelaki yang menyerupai Ice. Lelaki itu hanya melemparkan senyuman seringai, perlahan wujud aslinya keluar buat Taufan, Blaze dan Solar terpempan. Selama ini Taufan bersama dengan syaitan?

"Sial, mana Ice?" soal Blaze mula menyerang dengan bebola apinya.

Taufan dan Solar tersentak, kenapa Blaze malah menyerang dahulu?

Terangkat kening Blaze apabila syaitan tersebut tidak terkesan dengan apinya.

"Bos pasti suka kalau kau orang semua mati."

Ternyata ini menjadi lebih rumit.

Readers tercinta, tyy citer ni dah capai 2k 🐰💖

Finished on Sunday, 17 March 2024
Published on Wednesday, 3 April 2024

1351 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro