18 + pertemuan pertama
18 + pertemuan pertama
ORANG-ORANG mengatakan cinta itu cahaya yang indah, yang merupakan kebahagiaan untuk para manusia. Jatuh cinta hal yang lumrah, baginya perasaan itu hadir tanpa bersebab.
Apa cinta perlu sebab yang mengharuskannya?
Namun terbalik, sepatutnya saat ini ayah bertemu ibu, bukan anak bertemu ibu. Apa dia telah mengubah pertemuan pertama ibu dan ayah? Hayes berharap tidak akan membawa risiko. Tatapan sakuranya begitu menawan, ibunya yang umpama bidadari.
"Hali?"
Maaf. Andai sahaja ibu mengerti maksud ucapannya. Ternaik kening perempuan itu apabila Hayes berlari mendekatinya. Tergamam, tubuhnya hangat dipeluk Hayes tiba-tiba. Gadis itu tidak tahu apa perlu membalasnya, kedengaran esakan kecil Hayes.
Dia menangis?
"Maafkan Hayes, ibu... maaf. Hah... hah..." Nafasnya tersekat. Dia ingin meluahkan semuanya, namun ibu tidak akan mengerti.
Ibu tidak mengenalinya. Ayah juga begitu. Di dunia ini, tiada yang mengenalinya. Bahkan ibu ayahnya sendiri, Hayes merasakan sakit dilupakan.
"Awak... bukan Hali," ujarnya aneh buat esakan Hayes terhenti.
Hayes perlahan-lahan meleraikan pelukan di tubuh ibu, malu pula. Ibu bukannya mengenali dia. Pasti ibu menganggap jantan miang entah dari mana. Sedangkan dia memeluk ibu kerana sedang melepaskan rindu yang teramat.
Belakang kepala digaru oleh Hayes sedangkan tidak gatal.
"Macam mana awak boleh ada di dunia ni? Awak sepatutnya kembali ke dunia awak."
Ibu boleh melihat hantu. Kuasanya ialah mengawal dan mengembalikan hantu ke tempat asal. Ibu juga boleh menggunakan hantu untuk menyerang musuh serta membuat trauma bagi yang mencari pasal.
Hayes terlahir dengan dua kuasa iaitu kuasa ibu dan ayah. Kerana itu dia tahu ibu akan segera mengenalinya bahawa dia ialah hantu.
"Aku tak tahu cara kembali, ibu. Aku terperangkap dalam dunia ni dan tak tahu apa alasannya," jelas Hayes seraya mengurut dahi.
Terangkat kening gadis itu mendengarnya.
"Kenapa dari tadi awak panggil saya ibu? Dan macam mana awak boleh ada dalam badan tunang saya, ehem... Hali?" Sepertinya ibu masih malu-malu nak mengaku Halilintar itu tunang dia. Hayes hanya tersenyum tipis.
"Kalau aku cerita pun ibu takkan faham." Mengembung pipi gadis itu mendengarnya.
"Ceritalah! Saya akan cuba faham." Hayes hanya menggeleng tidak mahu.
Punggung dilabuhkan duduk di atas rumput berdekatan dengan pohon sakura, tidak jadi ingin kembali ke kelas. Gadis itu memgembungkan kedua-dua belah pipi, selama ini dia pernah mengintai Halilintar kerana tertanya-tanya siapakah tunangannya.
Tetapi kenapa boleh ada hantu rasuk tunangannya? Gadis itu turut duduk di sebelah Hayes, tatap tajam-tajam wajah lelaki itu.
"Ehem! Nama saya Alette, awak?" Sengaja Alette berdehem kuat, kut-kut hantu ini tidak mendengar.
Hayes berpaling memandang Alette.
"Hayes." Alette mengangguk mendengarnya.
"Kenapa tadi awak nangis? Awak ada masalah?" soal Alette yang sudah dapat meneka.
Hayes cuba cover mukanya. Aduh, ibu nampak pula dia menangis. Tetapi nak buat macam mana, dia menangis teruk sangat di hadapan ibu. Nak cover pun tidak dapat, haih.
"Tak ada apa-apalah. Habuk masuk je ni, biasalah habuk ni suka buat orang menangis." Entah karut apa yang Hayes reka sekarang, asalkan dapat cover malunya jadilah!
Alette mengiakan sahaja sedangkan sudah mencurigakan Hayes.
"Kalau awak ada masalah, luahkan kat saya. Orang panggil saya ni pendengar baik tau! Jangan pendam nanti awak sakit." Tergamam Hayes mendengarnya, tidak lama itu tawa kecilnya terletus.
Ada-ada sahaja. Namun benar, memendam lebih sakit dibandingkan meluah. Teragak-agak Hayes ingin membuka mulut, apa dia perlu meluahkannya kepada ibu? Wajah jelita Alette ditatapnya.
"Boleh ke hantu macam aku ni luah kat manusia? Tapi ibu, aku betul-betul lelah. Aku berharap aku mati sahaja, tapi aku nak selamatkan ayah. Aku nak selamatkan ibu. Aku nak selamatkan semuanya, tapi siapalah aku. Aku tiada usaha, semuanya sia-sia. Bahkan tiada siapa yang kenal aku." Akhirnya Hayes memilih untuk meluah. Rasa lawak pula dengan luahannya.
Sepatutnya dia bersyukur kerana masih hidup. Tetapi Hayes malah mengeluh begini, seperti bukan dirinya. Dia ingin kuat seperti orang-orang lain menghadapi ujian, kalau dia mengeluh begini, satu habuk pun tidak dapat.
Alette yang mendengarnya hanya tersenyum tipis.
"Kalau awak rasa nak jatuh, bangkit lagi. Tak apa Hayes, saya ada bersama awak. Saya juga berkawan dengan hantu, maksudnya awak juga kawan saya. Kawan tak boleh suka pendam, okey?" ujar Alette seraya tersenyum lebar memandang Hayes.
Kebaikan hati ibu buat Hayes sebak. Ibu masih sama sahaja, selalu baik dengan sesiapa sedangkan tahu orang itu akan memanfaatkannya bila-bila masa. Bibirnya cuba membalas senyuman Alette.
"Peliklah ibu kawan dengan hantu. Tak takut ke?" Sengaja Hayea mengusik Alette, perasaannya semakin baik setelah meluah.
Alette menggeleng laju.
"Nope! Buat apa nak takut, saya boleh kawal hantu. Saya ni kuat, baru tahu ke?" Meledak tawa Hayes dibuatnya, tidak sangka ibu begini. Yakin sekali, tetapi benarlah. Ibu sangat kuat.
Bahkan sampai akhir nafas ibu, ibu tetap tersenyum kerana ibu kuat.
"Aku juga kuat ibu. Kalau ibu nak tahu, aku pernah lawan 50 orang dalam satu malam bla, bla, bla..."
"Seriuslah? Awak tak main-main, kan?" soal Alette yang mendadak teruja. Biar betul Hayes ni!
Hayes buat muka perasan.
"Lah, baru tahu ke? Tak payahlah terkejut sangat. Lepas tu kan ibu, bla, bla, bla..."
Terangguk-angguk teruja ibu mendengarnya. Betapa polosnya Alette mempercayai kata-kata Hayes. Makin Alette teruja, makin perasan pula si Hayes ini!
Wajah teruja Alette ditatap Hayes, tidak sedar bibirnya tersenyum. Dia tidak sangka akan bertemu ibu hari ini, meluahkan masalahnya dan berborak seperti ini. Sungguh Hayes merindukan detik bersama Alette.
+++
"AYAH, ingat nanti pujuk si gila tu selamatkan Taufan."
Halilintar teringatkan kata-kata Hayes. Hari ini dia kembali ke tubuh asalnya. Apa dia perlu menyelamatkan Taufan? Tak sangka lelaki itu begitu penting bagi Hayes. Entah kenapa Halilintar tidak begitu menyukainya.
Air kotak berperisa susu coklat digenggamnya kuat sehingga tidak sedar airnya mengalir keluar. Tajam tatapan merah Halilintar. Dia fikir hubungannya dengan Hayes sudah cukup rapat, tetapi Hayes ada hubungan yang rapat dengan Taufan!
Sedang Halilintar ingin kembali ke kelas usai membuang air kotak berperisa coklat, tiba-tiba ada yang melanggarnya. Habis basah seragam sekolah Halilintar terkena air coklat milik gadis itu.
"Oh my god! Sorry, sorry! Saya tak sengaja!" Ni nak minta maaf ke memang sengaja? Sudahlah mood Halilintar tidak baik hari ini.
"Eh, Hali? Be... benar Hali? Bukan Hayes?" Tersentak Alette. Oh my, dia jumpa tunangannya!
Ini pertemuan pertama mereka berdua. Terangkat kening Halilintar saat nama Hayes keluar dari bibir gadis berambut putih seperti nenek beruban sahaja rupanya. Dah tua ke apa?
"Apa hubungan kau dengan Hayes?" soalnya berbaur dingin. Alette mengetap bibir, dia tahu Halilintar sangat dingin dan tatapannya tajam terus, tetapi ini...
Ini membuat jantungnya berdebar kencang! Dia sudah lama crush dekat tunangannya, yalah kan. Siapa je tidak jatuh hati terhadap Halilintar yang paras rupanya hampir buat semua perempuan di muka bumi ini gila.
Ternaik kedua-dua bahu Alette apabila Halilintar menahan tubuhnya ke dinding. Sudahlah di tempat yang tidak banyak lalu ini, apa yang cuba Halilintar lakukan? Tubuh Halilintar terlalu dekat dengannya buat jantung Alette berdegup kencang.
Ini serangan mendadak.
"Aku tanya kau, apa hubungan kau dengan dia?" Halilintar menyoal sekali lagi. Alette mengemam bibir.
Kenapa suara Halilintar begitu menggoda? Boleh pengsan Alette dibuatnya. Wajahnya sudah membahang panas.
"Ke... kenapa awak nak tahu?" Gagap pula Alette dibuatnya.
Entahlah, bila Hayes dalam tubuh tunangannya tiada pula Alette nak berdebar. Ni tuan punya badan sendiri, berdebar kencang bukan main!
"Jawab aku." Alette ketap bibir. Main paksa-paksa pula mamat ni.
"Kalau saya tak nak jawab, apa awak akan buat?" lawan Alette selamba. Jangan fikir dia akan turut sahaja perminatan Halilintar.
Tetapi kenapa Halilintar sibuk nak tahu hubungan dia dengan Hayes? Tidak mungkin tunangannya cemburu. Alette tersentak, apa Halilintar menaruh perasaan terhadap seorang lelaki? Dan itu Hayes?
Kenapa fikirannya boleh jauh begini? Alette menggeleng laju. Mungkin perasaannya sahaja. Mata sakuranya tatap tajam sepasang iris berwarna merah milik Halilintar.
Halilintar mengangkat kening. Dari tadi gadis ini bertingkah aneh. Sekejap geleng kepala, sekejap tatap wajahnya tajam.
"Kau tanya apa aku akan buat?" Alette terkelu lidah. Halilintar tiba-tiba semakin mendekat buat jantungnya tidak keruan.
"Awak mendekat macam ni nak cium saya ke?" Dengan keyakinan entah dari mana dapat Alette menyoal Halilintar. Wajahnya sudah merona merah memandang lelaki itu.
Halilintar hanya beriak biasa. Tiba-tiba bawah dagunya diangkat buat Alette tersentak hebat. Lelaki ini benar-benar menciumnya? Tetapi ini di sekolah! Mereka bahkan belum menjadi sepasang suami isteri, belum punya anak juga.
Hei, fikirkan baik-baik, Hali! Boleh gila Alette dibuatnya.
"Kalau aku cium kau, aku tak nak kau ada hubungan dengan Hayes." Terkebil-kebil Alette. Ditolak kuat dada lelaki itu buat Halilintar terundur ke belakang.
Tidak mungkin tunangannya menyukai lelaki. Bagaimana ini boleh terjadi? Alette menggigit kuku sendiri, apa yang dia harus lakukan?
Ini benar-benar membuatnya gila!
"Saya... saya dan Hayes saling mencintai!"
Mati sudah.
+++
ALETTE SEYMOUR [hantu]
[warna mata : merah jambu]
+ berusia 15 tahun
+ tunang halilintar, mabuk cinta terhadap halilintar
+ mudah ramah dan selamba
+ pantang menyerah
+++
"Cinta itu cahaya yang indah" sy ambil dari salah satu webtoon, To You Who Doesn't Love Me ❤️
Finished on Friday, 23 February 2024
Published on Wednesday, 6 March 2024
1421 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro