Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 + hospital

16 + hospital

"ANAKKU, dengarkan ibu. Jadilah yang tak terkalahkan supaya ibu tak perlu bunuh kamu. Kamu satu-satunya anak ibu, anak ibu boleh lakukannya?"

Kata-kata itu dia mendengarnya ketika berusia lapan tahun. Dan tidak lama itu, ibu menghembuskan nafas terakhir. Bahkan ibu tidak sempat membunuhnya, itu membuatkan dia ingin mengejek ibu apabila memikirkannya.

Shrak! Shrak!

Bibirnya tersenyum menyeringai. Sebab siapa yang mengubahnya begini? Gara-gara kau yang bergelar ibu, kau yang mengajarkan aku bahawa untuk membunuh yang lemah. Ibu jenis apa kau ni?

Tetapi terbiasanya melakukan ini, Solar tidak peduli kalau harus bermandikan darah. Dia mula menyukainya, melihat orang-orang lemah yang mengimpikan menjadi yang teratas. Pada akhirnya dibunuh kerana gagal melindungi diri.

Menyedihkan, bukan? Angan-angan yang tidak menjadi kenyataan.

"Ibu, aku melakukan ini kerana ibu. Apa ibu suka melihatnya?" Solar menyoal sendirian seraya tersenyum memandang orang yang dibunuhnya.

Dia tiada masa lagi, dia harus menjadi yang teratas. Menjadi yang tidak terkalahkan agar dapat mewujudkan angan-angan ibu. Ya, teratas.

Biar dunia ini menjadi kekuasaannya, mereka yang lemah tidak akan berani berbuat apa-apa. Tidak apa, ibu sentiasa menemaninya. Ibu akan sentiasa menyokongnya, kan?

Solar mulai resah saat memikirkannya.

"Ma... mati kau! Mati! Menghilang dari dunia ni! Orang-orang lemah!" teriaknya bagai orang gila. Sedangkan orang yang dibunuhnya sudah mati, namun dihancurkan tubuhnya sehingga rosak.

Orang-orang yang tidak sengaja melihat mula menekup mulut. Tubuh mereka sudah menggigil ketakutan melihat perbuatan Solar. Solar yang perasan dari tadi ditatap mereka, mula berdiri dari terus duduk mencangkung.

Berani-berani mereka menatap perbuatannya!

"Apa lihat-lihat? Kau orang nak mati? Aku tanya, kau orang nak mati ke, hah?" herdiknya kuat.

Solar mengetap rahang.

"Pergi matilah!" Tangannya bersiap sedia ingin menyerang sekaligus manusia-manusia yang sedang melihatnya.

Perasaan bersalah? Solar tidak memerlukannya.

Dia harus cepat. Termengah-mengah Hayes berlari mencari Solar, akhirnya jumpa. Bawah bibir diketap. Bahkan di dunia ini juga penuh masalah, ya? Hayes tidak menyangka akan menggunakan kuasanya untuk benda seperti ini.

"Aku tak tahu apa masalah kau, tapi tolong diam sekejap!" Kakinya berlari mendekati Solar, seraya melompat lalu menyalurkan kuasa kilat pada tapak tangan.

Tangannya menepuk kuat belakang tubuh Solar buat Solar jatuh meniarap. Solar mengerang kesakitan. Tercungap-cungap nafas Hayes, tidak sia-sia dia mengembangkan kuasanya bagai nak gila semata-mata ingin jadi ahli Sakura.

Solar cuba angkat kepala memandang Hayes. Tubuhnya tidak dapat bergerak akibat tamparan pada belakang tubuhnya. Apa perkara ini boleh berlaku?

Gempa, Taufan dan Blaze yang berlari keluar mengejar Hayes berhenti serta-merta. Terkejut melihat Hayes yang berjaya menghentikan perbuatan Solar.

"Ke... kenapa kau? Jangan halang aku!" marah Solar agak kesal. Hayes mula mengelap keringat yang mengalir pada wajahnya.

"Hah... berhentilah bunuh orang, gila. Aku tak kenal kau, tapi kau begitu kurang ajar."

Solar serta-merta marah mendengarnya. Dia cuba berdiri walau belakang tubuh sangat sakit sekarang. Tajam tatapan kelabunya menatap mata merah Hayes. Dia sudah buat lelaki ini berlutut di hadapan dia, berani-beraninya lelaki ini menghalang perbuatannya?

"Aku... aku bunuh kau!" Uwah, dia benar-benar sahaja. Hayes sudah meneguk liur.

Solar mula berniat menyerang Hayes dengan kuasa cahaya. Pisau cahaya yang sememangnya kehandalan Solar, hampir mengenai halkum Hayes. Hayes terus mengelak, tanpa sedar matanya bertembung dengan iris kelabu itu.

Decitan kesal keluar dari bibir Solar. Dia benar-benar ingin membunuh lelaki menjengkelkan ini!

"Lawanlah, sial! Kau mengelak buat apa?" Ingat Solar tidak kesal? Dia sangat kesal!

Hayes mengemam bawah bibir. Kang serang takut terlebih pula kuasa yang digunanya. Solar yang mula menyerang secara agresif mengejutkan Hayes. Meringis sakit Hayes tatkala lengannya terkena mata pisau cahaya Solar, membakar kulitnya.

"Hah... hahahah! Sebab tu aku suruh kau lawan, kau tak nak! Aku akan pastikan kau jadi mayat hari ni!" Boleh pula Solar gelak time Hayes tengah menahan sakit. Lelaki ini gila ke?

Taufan yang melihat dari tadi mula berasa risau.

"Gempa, kau sepatutnya hentikan mereka. Adik kau boleh mati!" marah Taufan. Si Gempa ni berniat nak membiarkannya sahaja, ke? Biar betul.

Gempa berpaling memandang Taufan buat Taufan meneguk liur. Gigi diketap, dia jadi tidak berani menatap mata emas milik Gempa.

"Kalau kau rasa nak hentikannya, hentikanlah." Taufan tidak menatap Gempa tatkala mendengarkannya.

"Kau... kau kan abang dia! Kau kata kau sayangkan dia macam adik sendiri, kau berubah fikiran ke, hah?" marah Taufan sudah tidak dapat menahannya. Blaze yang dari tadi curi-curi dengar tidak ingin masuk campur. Sebenarnya takut dengan Gempa.

Gempa mengeluh berat.

"Jadi kau fikir tujuan aku selama ni tak penting? Semua ni berlaku kerana dendam aku, jadi jangan sibuk dia akan mati ke tak."

Bahu Taufan disentuhnya buat Taufan merinding seketika. Gempa sedang berbisik sesuatu di telinganya.

"Kalau dia tak dapat bertahan disebabkan semua ni, lebih baik aku buang dia." Tergamam Taufan mendengarnya. Gempa melangkah pergi meninggalkan tempat buat Taufan berasa kesal.

Membuang Halilintar? Apa si Gempa ni betul-betul sayang Hali? Ah, boleh gila Taufan dibuatnya. Kerana terlalu fikirkan ayat Gempa sebentar tadi, Taufan lengah.

"Sial, kau guna cara macam ni nak bunuh aku?" Hayes menyoal, dia sudah tidak dapat tahan lagi. Kepantasan Solar lebih laju berbanding dengannya.

Tanpa sedar cahaya Solar menembusi pahanya. Kedua-dua lutut sudah jatuh terduduk atas lantai sambil tangan menahan darah dari keluar terlalu banyak. Solar tersenyum menyeringai, mata pisau cahaya diacukan pada leher Hayes.

"Ha... Hali..." sebut Taufan. Dia tidak percaya apa yang dia lihat sekarang. Blaze yang melihat hanya mampu mengetap bibir, dia tidak boleh masuk campur.

Kalau dia cuba melindungi Halilintar, pasti Gempa akan menghukumnya. Kerana membantu orang yang bakal dibunuh ialah kesalahan besar di Oak Valley. Blaze selama ini takut, dia pernah membantu orang lain yang bakal mati dan mendapat hukuman.

Hukuman yang begitu mengerikan, Blaze sempat merasakannya.

Hayes mengetap bibir. Dia tidak ingin menggunakan kuasanya untuk membunuh. Tetapi sakit ya Tuhan. Begitu sakit.

"Taufan!" Tersentak Blaze apabila Taufan maju tanpa memikirkan akibatnya.

'Floating.' Automatik orang-orang sekeliling termasuk Solar terapung dek kuasa angin yang dikenakan.

Taufan lantas mendekati Hayes lalu mengangkat tubuh Hayes agar pergi bersamanya.

'Slash!' Tergamam Blaze tatkala mereka yang tadi terapung kini dihiris dengan angin pada belakang tubuh.

Jatuh beberapa mangsa yang terkena angin milik Taufan atas lantai. Mereka automatik tidak sedarkan diri termasuk Solar. Blaze tahu Taufan kuat, tetapi tidak menyangka sekuat ini. Makanya sebab itu Taufan boleh masuk ahli Sakura sebelum masuk Oak Valley.

Pandangan Hayes mulai kabur. Dia terasa didukung oleh seseorang, wajah yang hampir tidak kelihatan.

+++

"HAYES. Hayes."

Ada yang memanggilnya? Perlahan-lahan Hayes mencelikkan mata, tiba-tiba dia merasakan sakit pada pahanya. Pandangannya yang kabur cuba diperjelaskan lagi. Ada seorang lelaki yang sedang menatapnya.

Bukan manusia, tetapi hantu. Hantu pun boleh membangunkan manusia, ya? Luar biasa.

"Aku kat mana?" soal Hayes lemah. Sepatutnya dia lawan Solar balik, namun dia memilih mengelak sahaja.

Halilintar menatap Hayes.

"Kau di hospital. Nanti ada penawar untuk kau, jadi esok kau dah boleh sembuh."

Tersenyum Hayes mendengarnya.

"Kuasa penyembuhan dekat dunia ni benar-benar hebat," puji Hayes. Dia cuba melihat sekeliling saat penglihatannya mulai jelas.

Benarlah. Ini hospital. Terangkat kening Hayes apabila ada seseorang masuk ke dalam. Halilintar hanya beriak tenang, lagipun tiada siapa yang dapat melihatnya kecuali Hayes.

"Kau dah sedar? Syukurlah." Siapa lelaki ini? Hayes berkerut aneh. Hanya dia seorang yang masuk.

Thorn tersenyum memandang Hayes. Ice dan Blaze terpaksa berkerja di Oak Valley kerana giliran mereka untuk menyiapkan kerja-kerja yang menumpuk. Gempa masih belum menemui adiknya buat Thorn berasa khawatir.

Taufan, dia sedang menjalani hukuman.

"Kau siapa?" soal Hayes malas-malas.

Thorn mengukir senyum tipis. Tangannya menyentuh dada kiri yang merupakan keberadaan jantung, memperkenalkan diri.

"Thorn Sebastian." Diam sahaja Hayes mendengarnya. Apa dia kawan si gila itu?

Malas memikirkannya, Hayes hanya diam melihat ke luar tingkap.

"Ah, kau suka teh? Teh ni boleh buat luka kau cepat sembuh. Keluarga kami mahir dalam bidang perubatan." Sempat Thorn membawa teh yang dibuatnya. Hayes mula menatap Thorn.

Sepertinya lelaki ini ikhlas. Tatapannya begitu polos. Dia menerima huluran botol yang mengandungi teh.

"Thanks. Kenapa kau baik dengan aku?" soal Hayes ingin tahu. Dia mula menuangkan teh ke dalam penutup botol, meminumnya perlahan.

Thorn tersenyum manis. Pertama kali melihat adik Gempa, Thorn merasakan lelaki itu baik. Bagi Thorn, semua manusia di muka bumi ini baik hati dan tidak suka menyakiti satu sama lain. Dia hidup dengan berfikiran positif kerana Thorn tidak suka permusuhan.

"Aku rasa Hali baik. Ah, boleh aku panggil Hali?"

Hayes terdiam mendengarnya. Perlahan-lahan membalas senyuman Thorn.

"Teh ni sedap. Kau boleh panggil aku sesuka hati kau."

Bahagia hati Thorn mendengarnya. Halilintar memuji teh buatannya. Dia angguk kecil mencuit hati Hayes. Kenapa lelaki ini lebih comel berbanding dengan lelaki lain?

Selama ini ayah dikelilingi lelaki-lelaki pelik dan agak gila, tetapi lelaki yang satu ini kelihatan baik dan polos! Hayes harus berkawan dengannya.

I N F O

- Jika salah seorang menyelamatkan mangsa yang bakal dibunuh akan menjalani hukuman, manakala jika salah seorang menyelamatkan mangsa yang sudah dibunuh tidak akan menjalani hukuman.

Finished on Wednesday, 21 February 2024
Published on Saturday, 2 March 2024

1464 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro