1 + putera ros merah
1 + putera ros merah
MENYEDARI bahawa kebahagiaan bukan selamanya. Hujan membasahi bumi, menenggelamkan bunyi tangisan yang tidak mahu berhenti. Sepasang mata merah itu memandang dua batu nisan yang tertera nama.
Harley Grandville dan Marianna Grandville.
"Ibu... ayah..." Mengalir deras air mata Gempa melihat dua kubur di matanya. Tubuhnya jatuh terduduk.
Halilintar diam tidak bersuara. Sedang memayungi Gempa agar tidak basah. Beberapa orang yang merupakan kerabat dekat sangat memahami perasaan Gempa, ibu dan ayahnya meninggal dunia kerana terjadi pembunuhan di kediaman.
Bola mata kuning keemasannya berair. Sedangkan usianya baru 14 tahun. Dia merasakan kehilangan, menyedari bahawa hanya dia dan Halilintar sahaja terselamat.
Gempa menggenggam tangannya, membentuk penumbuk.
"Aku akan bunuh kau... aku akan bunuh..." Mengatakan sambil air matanya tidak berhenti mengalir.
Halilintar mengemam bibir.
"Abang..." Perlahan Halilintar memanggil abangnya.
Ternaik kedua-dua belah bahu mendengar suara Halilintar. Gempa seraya berpaling memandang Halilintar. Pemandangan yang aneh, kenapa ekspresinya biasa sahaja? Halilintar tidak menangis, seakan boneka yang tidak mempunyai perasaan.
Gempa bangkit dari terus terduduk di atas tanah, mendekati Halilintar secara spontan. Alangkah terkejutnya beberapa orang yang menziarahi tatkala Gempa tiba-tiba menarik kolar baju Halilintar, payung yang memayungi jatuh mencium tanah.
Matanya jadi bertaut dengan sepasang mata kuning keemasan milik Gempa.
"Kau tak sedih? Ibu ayah dah mati! Mereka kena bunuh oleh lelaki sial tu! Menangis, gila! Aku suruh kau menangis!" rayu Gempa menarik lagi kolarnya lebih kuat.
"Tuan muda, berhenti!" Seorang pelayan cuba menghentikan Gempa, tetapi tidak berhasil.
Tangisan Gempa tidak indah, sungguh menyakitkan. Halilintar melihatnya, betapa menderita perasaan yang Gempa alami. Kehilangan, berulang kali Halilintar merasakan perkara tersebut, air matanya sudah kering.
"Aku suruh kau menangis, kan? Jangan buat muka macam tu... jangan remehkan aku." Andai dia dapat meniru ekspresi tiada perasaan milik Halilintar, tetapi Gempa tidak dapat menahan betapa sedihnya hati menginginkan air mata mengalir lebih deras.
Disembamkan kepalanya atas bahu Halilintar, menghamburkan segala tangisan. Halilintar hanya membiarkan, tidak berani mengusik Gempa. Untuk pertama kali, dia melihat Gempa sesakit ini. Perlahan-lahan tangannya mengusap belakang tubuh Gempa.
+++
Tahun 2023, tanggal 15 December,
"GOMEN."
"Wae?" Sosej digigitnya rakus. Tiba-tiba sahaja si gemuk ini meminta maaf guna bahasa jepun. Ingat nampak kiyowo ke?
Hayes memakan lagi sosej. Mempunyai kawan wibu memang selalu dengar bahasa lain selain melayu.
"Ah, Yerin! Saranghae!" Bibir mencium skrin telefon melihat idol kesayangannya muncul. Miguel, si gemuk menayangkan muka geli melihat Hayes begitu.
Siapa sahaja tidak kenal Hayes? Lelaki yang tergila-gilakan si Kim Yerin sedangkan Kim Yerin sahaja tidak mengenalinya. Miguel mula menghempaskan punggung duduk berhadapan Hayes, mereka berdua di dalam kelas.
Spontan telefon di tangan Hayes dirampasnya.
"Yah! Pulangkan phone aku!" marah Hayes cuba menarik semula telefonnya. Berani si wibu ini bertingkah dengannya.
"Aku nak minta maaf sebab hilangkan buku math kau, gila. Cantik sangat ke Yerin kau? Biasa je?" Miguel melihat Kim Yerin di skrin Hayes. Siap wallpapernya sahaja gambar Kim Yerin besar-besar terpampang.
"Jangan berani hina Yerin aku! Sekurang-kurangnya Yerin aku wujud, tak macam kau! Langsung tak wujud!" Tersentap hati Miguel mendengarnya. Tersengih-sengih Hayes saat mendapatkan semula telefonnya, diusap lembut gambar Yerin di kaca telefon, cuba menghilangkan kotoran tangan Miguel.
Miguel menggenggam tangannya menjadi penumbuk. Terangkat kening Hayes apabila mengingat sesuatu.
"Miguel, kau hilangkan buku math aku?"
"Ah... apa?"
Kolar Miguel ditariknya buat Miguel mengangkat kedua-dua tangan ke atas. Bibirnya tersengih-sengih, takut dengan tatapan milik Hayes.
"Kau tahu tak kau hilangkan buku apa? Sebab tu aku tak nak pinjam kat kau! Aish!" Pening kepala Miguel dibuatnya apabila Hayes tidak henti menarik-narik kolarnya.
"Aku nak kau cari sampai jumpa! Kalau tak, siap kau aku kerjakan." Miguel telan liur. Lantas dia menepis tangan Hayes dari terus menarik kolarnya.
"Aku tahulah," balas Miguel seraya mencebik kesal. Hayes siap menayangkan penumbuknya buat kedua-dua bahu Miguel tidak sengaja terangkat.
Miguel yang duduk di hadapan Hayes mula berpaling ke belakang. Hari ini cikgu ambil cuti, jadi memang bisinglah kelas. Hayes yang tersenyum-senyum melihat telefonnya, mesti lihat video Kim Yerin lagi. Entah apa yang Hayes suka tentang Kim Yerin pun Miguel tidak tahu.
"Hayes, tahun depan kau masuk Oak Valley?" Hayes mengangkat keningnya saat Miguel tiba-tiba bertanya.
"Wae? Kim Yerin dulu masuk sana."
Dasar Kim Yerin. Semuanya Kim Yerin!
Miguel mengeluh berat.
"Aku tak masuk Oak Valley. Mummy aku nak aku sekolah luar negara."
"Mwo? Ap... apa maksud kau gemuk?" Terperanjat Hayes mendengarnya. Bukan sejak kecil mereka sudah berjanji nak masuk Oak Valley sama-sama? Dasar penipu!
Miguel menggaru belakang kepalanya. Dia tahu Hayes tertanya-tanya, namun Miguel tidak berniat ingin memungkiri janjinya. Siapa sahaja yang tidak ingin masuk ke Oak Valley? Sekolah yang khas untuk anak dari keluarga kaya raya, dianggap sekolah terbaik sepanjang zaman.
"Gomen. Aku ingat kita boleh masuk Oak Valley sama-sama."
Hayes mengetap bibirnya.
"A... arasso. Mummy kau yang suruh, kan? Kau mesti jadi anak baik." Telefon yang memperlihatkan Kim Yerin ditatap Hayes semula. Kalau Miguel belajar di luar negara, tidak bermaksud dia tidak akan berjumpa dengan Miguel lagi. Mereka masih boleh video call, jadi tidak apa-apa.
Miguel mengelap air matanya yang sedikit mengalir. Hayes yang perasan Miguel tiba-tiba menangis, berasa tidak percaya.
"Omo... kau... kau nangis?"
"Kita dah lama kawan... tiba-tiba berpisah. Mestilah aku sedih, baka." Sempat Miguel menyakitkan hatinya. Sapu tangan dengan gambar anime dikeluarkan dari kocek seluar. Hingus ditarik keluar.
"Bukannya kita tak jumpa selamanya. Gwenchana."
Sroot! Miguel menarik hingusnya lagi. Sempat Miguel buat drama sedih, Hayes jadi berasa canggung pula.
"Cita-cita kau nak jadi ahli Sakura, kan? Kau kan Hayes. Aku kenal seberapa kuat diri kau."
Ahli Sakura. Tempat orang-orang kuat yang berada di Oak Valley. Mereka dipanggil Sakura kerana dianggap memiliki kekuatan terhebat. Dan sejak kecil Hayes mulai mengaguminya.
"Kau boleh lakukannya. Ganbatte."
Hayes tersenyum kecil. Yeah, kawannya memang wibu namun kadang menyenangkan. Tangannya mula menongkat dagu seraya berpaling memandang ke luar tingkap. Apa dia boleh melihat bunga sakura di Oak Valley lagi? Dulu dia pernah sempat melihatnya.
Pemandangan yang sangat indah.
+++
PUTERA Ros Merah. Orang-orang memanggilnya begitu. Tiada siapa yang dapat membaca fikirannya, bahkan melihat bibir itu tersenyum tidak pernah. Ketenangan yang dirasakan saat tangannya menyentuh ros merah.
Halilintar Grandville, 14 tahun.
"Kau ada dengar? Tuan muda Halilintar sudah bertunang."
"Siapa tunangannya?"
Lama mata merahnya merenung makanan di atas meja. Orang-orang kaya berkumpul, Halilintar berulang kali menghadirinya. Sempat matanya melihat beberapa orang bermain dengan telefon bimbit, sekarang benar-benar canggih. Katanya telefon tersebut dicipta menggunakan kuasa semula jadi manusia.
Halilintar mengambil segelas air putih. Diteguk.
Splash!
"Ah! Tuan muda... maafkan saya? Macam mana ni?" Spontan pakaiannya basah dek tertumpah air oleh si gadis bertubuh kecil.
Halilintar meletakkan segelas air di atas meja seraya memandang gadis yang menumpahkan air terhadap pakaiannya. Sebentar tadi gadis itu sempat memeluknya, apa memang sengaja?
Kancing kemeja putih dibuka Halilintar di hadapan gadis itu buat mata-mata jadi melihat mereka berdua. Tersentak gadis itu, apa yang lelaki ini cuba lakukan?
Usai melepaskan kancing, selamba Halilintar mencampak ke lantai. Di tubuhnya tidak mengenakan apa-apa selain beberapa parut kekal.
"Oh my god! Parut?"
Gadis itu mengetap bibir apabila Halilintar mendekatinya.
"Cuci. Aku tak suka benda kotor." Jari telunjuk menunjuk ke arah kemeja putih. Terhinjut bahu gadis itu dengan gaun kembang mendengarnya.
"Hali!" Lantas Halilintar berpaling saat mendengar suara yang tidak asing.
Warna bola matanya keemasan, berambut panjang melepasi bahu tetapi beralun indah saat berlari mendekatinya. Gempa Grandville yang berusia 16 tahun. Satu-satunya pewaris muda Grandville dalam sejarah.
"Abang?" Halilintar menyoal. Tercungap-cungap nafas Gempa. Dia mula membuka suit lalu dikenakan pada tubuh Halilintar.
"Kau gila? Kenapa pergi buka baju?"
Halilintar mengemam bibir.
"Dia." Jari telunjuk menunjuk ke arah gadis yang menumpahkan air. Ternaik bahu gadis itu dibuatnya.
"Dia tumpahkan air pada pakaian aku. Abang ajar aku, kalau ada orang buat salah, aku perlu hukum dia," balas Halilintar tenang.
Gempa mula mengurut dahi. Sampai berbogel bagai, nak kata adik lelakinya gila, 50% mungkin masih waras. Wajah tenangnya benar-benar menyebalkan, bagaimana dia boleh tiada rasa malu setelah membuka dan mencampakkan baju ke lantai di hadapan khalayak ramai?
Gadis yang tadi menayangkan riak bersalah itu ditatap Gempa. Kemeja putih yang dicampak Halilintar diambil Gempa buat Halilintar di sebelah melirik ke arah abangnya. Tidak mengerti dengan tindakannya.
"Maafkan atas tindakan adik saya, cik Eme. Ikut aku!" Pergelangam tangan Halilintar ditarik kasar buat mata-mata yang memandang terkejut serentak.
Halilintar cuba menarik tangannya daripada terus digenggam. Sedangkan hari ini mereka dijemput datang ke parti hari jadi, apa dia telah memusnahkannya? Gempa kelihatan marah buat Halilintar tidak tahu ingin berbuat apa.
Di luar rumah agam milik keluarga Wilhelm, Gempa melepaskan pergelangan tangannya. Automatik mata merahnya bertembung dengan sepasang bola mata keemasan itu.
"Kau dah gila? Kau suruh cik Eme cuci baju kau? Apa kau berniat nak tayang badan berparut kau tu kat semua orang? Aku dah suruh jangan buat benda bukan-bukan!" marah Gempa tajam menatap wajah adik angkatnya.
Sah, Gempa benar-benar marah.
Anak rambut yang terjuntai jatuh ke dahi diraup ke belakang oleh Gempa. Kedua-dua bahu Halilintar digenggamnya, lama menatap sepasang mata merah itu. Halilintar bukan adik kandungnya.
Perasan Gempa menatapnya buat Halilintar membalas tatapan tersebut.
"Kau tahu aku tak boleh marah kau, kan? Aku minta jangan buat masalah. Jangan balas ucapan orang lain. Jangan sesekali bertindak. Diam seperti patung. Tunggu arahan aku baru bertindak. Faham?" Halilintar angguk kecil.
Bukan Putera Ros Merah, melainkan boneka yang hanya boleh digerakkan oleh pemiliknya. Gempa tersenyum kelat, sengaja tangannya menggosok rambut hitam milik Halilintar.
"Apa abang masih marahkan aku?" soal Halilintar ingin tahu setelah lama berdiam diri. Terangkat kening Gempa.
Tiba-tiba?
Di malam hari yang tidak berbintang, Halilintar menatapnya dengan tatapan itu.
"Aku takkan buat benda yang abang tak suka."
Finished on Friday, 5 January 2024
Published on Monday, 29 January 2024
1601 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro