Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

Sebelum baca saya nak minta sikit je tak banyak pun, tekanlah vote tu. Tekan je tak susah pun ><.

"Pffffttttt!"

Humaira membulatkan matanya. What de heck! Dia baru jatuhkan saham dia bila percuma sahaja dia menyembur air liur kepada rakannya dihadapan. Boleh dirasakan saat ini dia mahu pitam kerana geli hati. Kalau boleh gelak memang dia nak gelak kuat-kuat sekarang ini juga. Tapi dia kenalah jaga penampilan sebagai Dr Humaira.  Doktor yang dikenali dengan baik dan prihatin. Nasib baik tika dia menyemburkan semburan percuma hanya ada dia dan kedua orang rakannya. Siapa lagi kalau bukan Fahad dan Izard.

"Apa ni Mai, selekeh gila sembur-sembur saliva dekat orang. Kuman tahu!" Marah Izard geram. Dia paling pantang kalau saliva orang lain melekat dengan dirinya. Sumpah nak muntah!

"You, I tak tahanlah dengan cerita Fahad ni. But sorry, I rasa memang saliva I nak melepas tadi." Terkekeh-kekeh Humaira ketawa melihat Izard yang geli geleman itu.

"I rasa macam tak nak give up pulak nak mendekati junior doctor tu." Seperti seorang yang mabuk diawang-awangan, Izard mula terbayang saat dia bersama gelak tawa dengan Alisha. Hahahaha bangangnya!

"Ceh, menyampah gila I dengan you ni. Menyesal pulak I kenalkan dia pada you." Humaira menjegilkan matanya. Sumpah menyesal. Baik dia jodohkan Alisha dengan Izard. Sorang beku sorang lembut je perangai. Alahai!

"You tak payah kenalkan dia pada I pun I dah kenal dia, Mai." Fahad membalas jelingan mata Humaira. Maka bermulalah aksi jeling-menjeling antara mereka berdua.

Izard memicit dahi. Stres betul dengan kedua orang rakannya ini. Boleh dikatakan ada sahaja benda yang remeh mahu digaduhkan. Kali ini masalah apa pun dia tak tahu. Malas nak ambil tahu yang dia tahu sekarang ini...

"Dah Had. I rasa mesti Alisha rimas dengan you." Perli Humaira sambil mengibas rambutnya. Flip hair lah katakan.

"Malas I nak layan you. Better you tolong I cari maklumat tentang dia."

"What! I ni doktor okay bukan penyiasat upahan. You!" Jari ditudingkan kearah Fahad. Geram betul Humaira. Fahad ni muka je maskulin tapi perangai erh! Menyebalkan. Cepat-cepat fail dokumentasi pesakitnya diambil. Malas nak join diorang lepak. Sakit pula hati kita lama-lama tengok muka si sebal itu.

Sementara Izard pula terkedu. Alisha? Alisha mana yang mereka bualkan? Memandangkan disini ramai doktor pelatih dan jururawat yang kebetulan mempunyai nama seperti isterinya. Jadi dia tidak mahu salah anggap dan hanya menganggap Alisha yang dimaksudkan adalah bukan isterinya.

"Zard." Fahad menyenggolkan bahu Izard yang sedang menatap skrin telefon pintarnya.

"Hmm" balas lelaki itu pendek. Kalau kelakuan Fahad begitu mesti mahukan sesuatu.

"Tolong." Fahad senyum menyeringai.

***

Aku bangun dari perbaringan. Segala urat saraf aku betulkan. Memandangkan hari ini dapat balik awal, jadi aku dapat berpeluang untuk berbual dengan Rachel dan Deavina.

"Hai!"

"Hai!!!"

"Babe kau tak cakap pun dengan aku kau ada slave."

"Oh my god! Nasib baik kau hidup lagi. Aku mati-mati ingatkan kau kena makan dengan hantu dengan lelaki tu sekali."

"Hish. Itu bukan skandal or boyfriend aku lah." Ada ke patut tuduh aku ada skandal. Hish nasib baik kawan kalau tak dah lama kerat lidah atas bawah. Eh kejap, lidah ada satu je kan?

"Habistu? Wei aku rasa nak pergi Kuala Lumpur je sekarang ni." Deavina memicit dahi. Lagaknya seperti sekarang ini dia mahu pitam. Eleh, propa betul minah ni.

"Tu abang sepupu aku, kami kerja tempat yang sama jadi buat sementara waktu ni aku duduklah dengan dia."

"Alisha kau jangan main-mainlah. Aku ni belum jahil lagi tau agama. Kau dengan sepupu kau kan bukan mahram wei."

Alamak. Aku ketap bibir. Hailah budak ni pun, kenapa cerdik sangat akal tu. "I mean kami bukan berdua."

Fuh lega.

Selepas aku menjawab soalan cepumas Deavina terus mereka menukar topik.

***

Kebetulan hari ini kami cuti dan pagi ini aku sempat menyediakan samosa dan sempat hidangkan 2 botol susu HTL.

Izard turun tangga dengan hanya mengenakan seluar pendek dan berbaju T-Shirt Polo. Rambutnya yang berserabai dibiarkan melentur jatuh didahi. Nampak sangat seperti model yang maskulin.

Kunyahan samosa aku terhenti nasib baik tak tercekik. Kalau tidak buat sahaja. Sumpah Izard memang kacak ahh!

"Hai, good morning." Tegurku ceria. Sememangnya jika pagi-pagi sebegini aku memang suka menegur orang. Yah, mulakan hari dengan senyuman. Clik! Iklan gigi Darlie.

"Pagi." Balas Izard senada sambik tangannya mengambil samosa aku.

Ish, bila berdua macam ni rasa janggal pula nak bercakap. Hurmm...

"Sedap tak?"

Izard geleng. "First trial?"

Aku senyum hampa. Iyalah tu kata tak sedap tapi berselera je tengok dia makan. " Taklah. Saya memang talented dalam memasak."

"Yeke?"

Aku mendengus geram. Dia nampak aku seperti main-main ke? Dalam pada yang sama aku agak rasa hairan melihat Izard yang sekarang ini mahu berbual denganku. Sekurang-kurangnya tidaklah aku kebosanan dirumah. Ada teman disini yang boleh aku bercakap dan melayaniku.

"Yalah."

Izard tahan gelak. Dia rasakan Alisha comel sangat ketika ini.

"Izard awak free kan hari ni?" Tanya setelah kesekian lamanya kami berdiam diri. Rasanya mood Izard hari ini baik jadi dia teringin sangat nak mengambil kesempatan untuk mempulihkan hubungan mereka.

"Hurmmm, tak . Kenapa?"

Aku tersenyum membawa makna. Yes! Yes!

"Jom keluar. At least we can talk." Dahi aku tongkatkan. Mengharapkan Izard turut bersetuju dengan pelawaanku. Ish, rambut tu kenapalah kena jatuh pada dahi. Rasa macam nak buat pacak macam Ultraman dah ni.

"Keluar? Pergi mana?" Tanya Izard pelik. Susu HTL bekas dari cawanku di ambil. Ni lah dia, bukannya aku tidak sediakan cawan, siap dah tuangkan lagi dah. Cawan orang juga dia nak ambil.

"Mana-manalah, Aizard." Haish. Inilah kalau bercakap dengan Izard sungguh menyebalkan.

Vote!

Vote!

Vote!

"Sekurang-kurangnya bolehlah saya spend time dengan awak. " tambahku.

Izard senyum sungging. "Kau masih mengharapkan fairytale dalam hubungan kita, Alisha?"

Aku mengeluh. Memandang tepat kearah Izard yang juga memandang aku. Tapi pandangannya lebih kepada sinis! How cruel are you Izard!

"Tak apalah kalau awak tak nak." Aku terus ke sinki memandang ruang island kitchen tidak sebesar mana sekurang-kurangnya ia memudahkan urusan aku untuk mencuci pinggan dan memasak.

Aku mengutuk diriku sendiri dalam hati. Kenapalah bodoh sangat diri ini berani-berani nak luangkan masa dengan Izard konon. Bila disoal mengenai perkahwinan kami terus aku jadi patah hati. Hal perkahwinan aku dan Izard adalah sesuatu yang sangat sensitif. Tidak tahu sama ada perlukah aku merahsiakan perkahwinan aku dengan rakan sekerja sedangkan aku dan Izard belum lagi membincangkan hal sebegini. Tetapi perlukah? Aku dan dia kahwin pun kerana demi menjaga air muka atuk sedangkan kami tidak berbuat apa-apa. Ya Allah! Buntunya.

"Dahlah tu. Aku sentuh sikit pasal ni je kau nak muram. Jomlah tadi kata nak keluar."

Aku tutup pili air. Senyuman melebar mula terukir dibibir. Ish baru nak berdrama dengan hati.

Yeah!

***

"Dah sampai."

What! Membuntang mata aku ingatkan Izard nak bawa pergi beli-belah ke berenang ke ini tidak! Apa yang aku nampak inilah yang dia bawa.

Taman Eco Rimba

"Kesinikah kita?" Aku memandang Izard yang sedang membuka seat belt. Dia hanya mengangguk.

"Iyalah. Kau jangan banyak bunyi, aku bawa kau ke sini pun sebab selama ni kau punya mata tercemar tengok asap karbon dioksida, bangunan sana sini. Sekali-sekali cuci mata tengok keindahan alam."

Aku turut mengangguk. Lantak awaklah Izard. Asalkan awak bawa saya keluar rumah. Sekurang-kurangnya tak adalah aku terperuk dirumah menatap skrin handphone, skrin komputer riba dan skrin televisyen atau segala jenis skrin.

"Canopy walk? Ada jambatan gantung ke?" Tanya aku sambil memandang pintu gerbang dihadapan dengan jakun sekali. Like seriously?

"Hoi, kau ni tulah duduk negara orang lama sangat sampai negara sendiri pun lupa." Sindir Izard sambil menjentik dahiku.

Ya Allah sabarkan jelah hati. Memanglah selama ini aku tak tahu sebab aku banyak luangkan masa di kampung dahulu. Nak jalan ke Kuala Lumpur pun jarang-jarang. Adalah dulu teringin sangat nak menziarah sana-sini dengan rakan - rakan perempuan yang lain tetapi dihalang keras-keras oleh daddy. Daddy yang dahulu terlalu protective jadi terpaksalah aku membatalkan hasrat dengan kecewanya.

"Jangan gayat sangat, Canopy walk ni kira jauh dia 200meter." Gulp, aku telan liur. Nasib baik Izard ada pesan kepadaku supaya bawa beg sandang untuk dia tumpangkan handphone dan 2 botol mineral besar.

Dalam pada masa yang sama rasa gayat mula menerpa takut-takut aku memandang kebawah. Walaupun tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah tetap gayat. Huuuu seram. Sempat juga aku dapat menangkap beberapa foto menggunakan kamera Canon 60D milik Izard. Terima kasih kepada kerana memberikan aku pinjam.

"Bahh!"

"Aaa, Izard boleh tak awak jangan jadi budak-budak!" Aku mendengus marah. Dia tahu aku tengah gayat tetapi seronok pula melompat-melompat di titian salira. Ya Allah kalau budak kecil tak apalah jugak. Ini kalau titian kayu ni patah? Tak pasal-pasal dengan aku sekali terjunam.

"Again?" Usik Izard sambil mendekatkan mukanya di telinga aku.

"Awak plaese."

"Hahaha, coward." Perli Izard kakinya berura-ura mahu melompat.

Sepanjang perjalan selama 200meter aku sempat menghayati pemandangan hijau yang sangat cantik disini. Ia cukup kaya dengan flora dan fauna. 

"Dekat sini pun kaya dengan spesies Dipterokarpa dan Bukan Diterokarpa." Ulas Izard sambil menghirup udara segar dan bersih disini.

"Jom selfie." Dia mengajak dan aku mengangguk memandang telefon pintar yang telah diambil dari beg sandang.

Clik!

Clik!

Clik!

"Hmm, kak? Boleh tolong tangkap gambar kami tak?" Pengunjung wanita disitu mengangguk.

Clik!

Clik!

"Thanks."

Yeah. Aku tersenyum. Sekurang-kurangnya sekali lagi hubungan aku dan Izard semakin rapat walaupun dia masih menganggap hubungan kami atas dasar paksa tanpa kerelaan.






















Writer block sebenarnyaaaaa hurm 😩

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro