Bab 8
Lama aku berdiam diri. Rasa takut masih lagi bersisa. Izard memandangku pelik.
"Kau jogging ke tadi?"
Aku gelengkan kepala. Bila pula masa aku nak jogging. Tak nampak ke aku tengah bersembang dengan kawan-kawan?
"Aku yang berjogging kau yang berpeluh lebih-lebih."
"Saya takut." Balasku pendek. Tak mahulah lebih-lebih nanti dia ingat aku jenis perempuan macam mana pula.
"Kau takut apa? Tak sampai setengah jam aku tinggalkan kau. Come on, Alisha. Kau dah besar kot. Takkan penakut macam budak-budak lagi."
Aku membulatkan mata memandangnya. Aku tak adalah penakut kalau benda biasa-biasa, habis kalau benda yang menyeramkan macam ni? Kalau iman senipis kulit bawang macam ni?
"Tak apalah aku pun dengar juga tadi." Melihat reaksi wajah aku sudah lain macam Izard memujuk. Ditarik tangan aku untuk mengikutnya kedapur.
"Kau ada buat apa-apa ke tadi?" Izard hentikan langkah sambil memandangku lama.
Dahiku berkerut, aku buat apa je tadi? Ouh, ya goreng nugget jelah kan tadi. "Saya goreng nugget je awak. Kalau awak nak saya ada lagi ha tu..."
Krik...krik...krikk
"Nampak tak, itu Gidan."
Terlopong aku sebaik sahaja melihat satu lagi makhluk yang sedang memandang kami. Matanya lebih tepat memandang kearahku! Ouh shit.
"Gidan. Kenapa jatuhkan barang ni?" Izard menghampiri kucing kelabu yang gemuk itu yang sedang makan saki baki nugget yang aku tinggalkan. Aik? Kebulur ke binatang ni makanan aku pun nak dikebas.
Besen yang terjatuh aku letakkan kembali ditempat asalnya. Alahai, yang prang-prang kat dapur ni bukan kerja syaitan tapi makhluk berbulu comel ni! Nakal betul awak ni kan. Kaca gelas yang pecah tadi sudah dikemaskan Izard.
Aku memangku si comel yang diberi nama Gidan. Sambil mengelus bulu lebatnya perlahan. Sementara Izard siap membuang kaca yang pecah ke luar rumah. Dia masuk kembali dengan membawa makanan kucing.
"Alisha bawa dia ke sini." Aku turutkan sahaja kehendak Izard. Dia meletakkan makanan kucing ke dalam bekasnya dalam sangkar.
"Saya macam pernah nampaklah dia ni. Kak Aida pernah pegang." Iya, kucing ini adalah kucing yang pernah aku belai sewaktu sehari sebelum majlis perkahwinan Kak Aida berlangsung.
"Kucing aku." Balas Izard pendek. Gidan yang berada ditangan Alisha diambil. Beri kucingnya itu makan. Macam manalah boleh lupa nak beri makan sampai terlepas dari sangkar. Lepastu curi makanan dalam rumah. Siap dah pandai memanjat lagi tu.
"Gidan ni kucing British shorthair ke?" Tanyaku sambil menatap Gidan yang sedang mengunyah whiskes. Dia nampak begitu rakus sekali. Mungkin benar dia kelaparan.
"Haah. Felis catus nama saintifik dia"
"Spesies British shorthair ni salah satu kucing yang dikenali dengan sifat tenang dan cool. Jarang berlaku agresif. Tapi kenapa dia jatuhkan besen dan gelas tadi?" Ujar aku hairan. Berdasarkan pengalaman akulah. Aku juga pencinta kucing tapi tak pernah ada kucing.
"Sama macam manusia. Kadang sifat dia ni tak boleh dijangka. Banyak kau tahu, ambik vet ke?" Tanya Izard sambil menutup sangkar kucingnya.
"Haah, saya dulu pernah berangan nak ambil veterinarian tapi daddy kata elok jadi doktor manusia."
Izard berhenti menutup sangkar. Dia memandang aku lama seperti ada yang tidak kena. "Minggu depan saing aku pergi HKL."
"Awak tahu?" Pelik, rasanya aku tak pernah beritahu sesiapa mengenai karier aku. Hendak pula Izard, bercakap pun jarang. Bertembung pula hanya pandangan mata berbicara.
"Tak ada benda yang aku tak tahu." Balasnya dengan nada sinis. Aku kecilkan mata, ni mesti arwah daddy yang beritahu kan.
"Awak nak saya masak apa hari ini?"
"Masak jelah apa-apa. Barang adakan?"
***
Hari ini kedua aku bertugas sebagai houseman. Baru 2 hari pun dah rasa macam nak keluar cepat apatah lagi 2 tahun mendatang.
Nasib baik semalam aku dikenalkan Doktor Humaira, yang juga rakan Izard. Lepas sahaja kami sama-sama tiba di HKL dia terus tinggalkan aku. Tipu tak sedih kena tinggal dengan laki!
Jam ditangan aku pandang. Masih awal lagi. Aku berjalan kearah kaunter. Menuju kearah papan putih. Hendak melihat senarai pesakit yang perlu aku uruskan hari ini.
"Ermm, Encik? Boleh ketepi sikit tak?" Pinta aku. Kalau baru-baru lagi kenalah jaga attitude. Nanti tak tentu pasal kena marah dengan pihak atasan. Rating pun boleh menurun.
"Upss, sorry--adik"
"Miss." Aku betulkan.
Doktor itu pandang aku lama. Seperti terpaku. Pandangan itu membuatkan aku tidak selesa. Apa pandang lama-lama ni!
"Boleh awak ketepi sikit tak? Saya nak tengok list patient saya." Walaupun rasa janggal. Aku menghadiahkan senyuman. Senyuman itu satu sedekah. Sedekah amal jariah.
"Ouh, houseman? Eh. Sure. Maaf saya halang awak." Fahad melarikan pandangan. Aih, ni kira cinta pandangan pertama ke?
"Haah saya houseman. Baru 2 hari, Doktor." Fahad memerhatikan gadis dihadapannya yang sedang mencari-cari sesuatu dari atas ke bawah. Jemari runcing gadis itu ditenung.
"Doktor? Kenapa ya?" Tanya aku hairan. Gulp, jangan macam-macam sudah. Tak pasal-pasal heel ni boleh cucuk mata dia.
" Ha? Errr, tak ada apa-apa. Erm by the way pray had that you don't get a complicated case." Balas Fahad sebelum pergi. Buat kali pertama jantungnya berdegup laju. Dis pegang dadanya. Haish, Fahad jangan cakap kau dah jatuh cinta pandang pertama. Tak mau, tak mau. Bukan taste Fahad.
Terkebil-kebil Alisha memandang kelibat doktor tadi. Dia beri kata semangat ke apa? Syukurlah sekurang-kurangnya dia dapat semangat nak bertugas. Alisha mengukirkan senyuman dibibir mugilnya.
***
"Hai, Humaira maaf saya lambat." Tersangkut-sangkut nafas aku berlari melihat Humaira yang sedang berdiri menungguku. Memandangkan sekarang waktu makan tengahari, aku dan Humaira merancang untuk makan di kantin hospital.
"It's okay, Sha. So jom? Perut I dah lapar ni." Humaira memegang perutnya. Sambil menayangkan wajah cemberutnya.
"By the way, I ada ajak kawan I tau. Sebab harini kawan dia lunch date dengan his fiance so kawan I dia decide nak makan dengan kita. Tapi dia tak tahu yang I bawa you sekali."
"Hurm, bagus juga tu. Sekurang-kurangnya saya bolehlah berkenalan dengan kawan awak tu."
Humaira tersenyum penuh makna. Eloklah tu dia memang nak kenalkan Alisha kepada kawannya yang satu itu pun.
Humaira menarik pintu kafe untukku. Aku tersenyum sebagai tanda mengucapkan terima kasih. Dan kami berjalan menuju kearah meja makan dihujung sekali. Disitu aku dapat melihat seorang lelaki yang masih memakai uniform doktor yang sedang menatap skrin telefon pintarnya.
"You duduklah dulu. I nak pesan makanan. You nak apa cakap, I belanja."
"Eh, Humaira. Awak tak perlulah susah-susah nak belanja saya makan. Saya pun ada duit sendiri." Tolakku dengan harapan Humaira tidak terasa hati walau dalam hati berharap sangat Humaira memujukku untuk menerima tawarannya. Kenalah buat baik sikit, cover ayu! Walaupun aku bukanlah gadis Melayu terakhir tetap kena martabatkan status gadis melayu. Ecewah.
"Bosanlah I dengar ayat tu. Tak kira sekarang ni I memang nak belanja you pun sebab I baik hati nak bersedekah. Hihihi" yes! Aku sorak kemenangan dalam hati. Sekurang-kurangnya jimatlah duit aku. Terima kasih Humaira selain Rachel dan Deavina awak adalah kawan saya yang baik.
"Kalau macam tu terima kasih ya. Erm, saya nak order Green Tea Matcha untuk minum kalau makan saya pilih pilihan awak." Aik? Dah hilang nak cover malu macam gadis melayu? Aish lantaklah. Setengah hari bertugas melayan pelbagai jenis kerenah pesakit sampai perut berkeroncang minta diisi.
"Alright." Balas Humaira pendek sebelum dia pergi menuju kearah kaunter. Haish kenapalah tak ada waiter yang pesan makanan. Aku seluk telefon dalam beg tangan. Aplikasi WhatsApp aku buka untuk memberitahu Izard.
-saya lunch dengan Doktor Humaira XD
Sent.
Mataku sempat menangkan beribu mesej daripada Deavina dan Rachel. Macam manalah nak jelaskan kepada mereka berdua nanti. Semasa bersama dengan mereka selama ini aku tidak pernah berkongsi cerita atau memberitahu mereka tentang lelaki melainkan daddy. Sebenarnya ada je akal mereka mahu menjodohkan aku dengan jejaka tampan di Melbourne tetapi aku menolak sekeras-kerasnya mengenai hal tersebut. Bahaya betul mereka ni kadangkala.
Humaira yang sedang berjalan menghampiri aku perhatikan. Lagaknya seperti model. Tidak dinafikan Humaira adalah tua 3 tahun dariku tetapi dia masih lagi seakan-akan remaja. Maksud aku, tubuhnya. Ya, dia pendek lebih kurang 156 sentimeter. Ahaha pendek lahtu kan?
"Sha, macam mana tadi kerja?" Humaira memulakan perbualannya dengan Alisha. Sebenarnya berbagai jenis soalan yang mahu diajukan terhadap gadis yang baru dikenalnya tak sampai 48 jam. Alisha seorang gadis yang peramah dan lemah lembut selain dari mempunyai raut wajah yang sangat cantik. Sebenarnya ada juga dia terdengar-dengar sewaktu melintasi sekumpulan jururawat lelaki yang mengatakan hal yang sama.
"Alhamdulillah baik-baik je. Pesakit pun baik-baik dengar cakap. Cuma tulah kalau yang jenis tak boleh terima hakikat ni saya janggal sikit."
Humaira mengangguk faham sambil menongkat dagunya. Biasalah tu dulu sewaktu mula-mula dia bertugas pun dia rasa takut dengan pesakit yang sebegitu. "Kena biasakan diri you tau. You kena friendly and kena faham perasaan diorang. And, plaese jangan cepat melatah. Ragam orang sakit kan? Kita layan ajelah."
Aku angguk faham. Kenalah dengar pendapat orang yang berpengalaman juga.
"Hai, Mai sorry I lambat." Sapa satu suara yang agak garau. Dan aku percaya aku dia adalah kawan yang Humaira maksudkan.
Hurm ingatkan doktor yang sedang bermain telefon dihujung sana adalah kawan yang dimaksudkan Humaira rupanya bukan.
"You memanglah Had selalu lambat. Macam I tak biasa." Omel Humaira lalu memukul bahu jejaka yang menarik kerusi bersebelahan aku.
"Eh, Mai. You bawak kawan ke ni?"
"Haah. Alisha this is Fahad, Fahad this is Alisha. She still junior doctor. Jangan berangan nak taste dia." Kata Humaira dalam nada bergurau selepas memperkenalkan kami.
Aku berikan Doktor Fahad senyuman manis. Eh kejap, ini bukan ke doktor yang...
"Eh awak ke?" Fahad seakan teruja untuk mengenaliku. Dan aku mengangguk-angguk seperti burung belatuk.
"Mai. Nilah girl yang I cerita pada you haritu." Sekali lagi riak wajah Doktor Fahad seakan teruja bercerita mengenaiku kepadaku Humaira. Apa yang dia cerita tentangku kepada Humaira? Sound weird.
"Hahaha, how small world. By the way, Alisha. Fahad ada cerita dekat I yang you junior yang tegur dia masa dia tengah semak rekod pesakit haritu dan Fahad ni cuba nak berkenalan dengan you. Bila I dia cerita I memang dah guess itu memang you."
Aku tersenyum kekok memandang mereka berdua. Pelayan yang baru sampai menghidangkan kami makanan dan minuman yang dipesan. Dengan lafaz bismillah aku terus mengisi perut tanpa menunggu mereka berdua makan bersama-sama. Bukan sebab kebulur tapi aku rasa sangat kekok tika ini. Membiarkan mereka berdua berbual kosong.
Seusai makan tengahari, kami bertiga memulakan tugas masing-masing. Sebelum itu aku sempat singgah di hospimart. Hendak membeli coklat. Harap-haraplah ada. Macam budak-budakkan? Ya itulah aku.
"Hey." Satu suara menegurku dan aku sudah dapat mengenal suara tersebut.
"Err, hai." Aku tidak mahu melayan lebih-lebih cukuplah dengan hanya menegur. Nanti kalau tidak tegur dikata sombong.
Fahad pandang Alisha lama. Gadis itu masih sibukkan diri dengan mencari sesuatu. Sepertinya Alisha agak kekok untuk bercakap dengannya. Hendak pula ketika dia menyertai Alisha dan Humaira makan tengahari tadi hanya dia dan Humaira yang rancak bercerita sedangkan gadis itu akan menjawab pendek sahaja jika di tanya. Mungkin masih malu dan mahu biasakan diri dengan suasana baru disini.
"You cari apa?"
"Hah? Oh, Sa..saya cari Toblerone. Saja buat makan kalau bosan. Mana tau sambil-sambil tu boleh sedekahkan kepada patient saya." Ujarku sebelum meneruskan pencarian. Hish, Doktor Fahad ni pun tepilah sikit ek! Memang dia ni jenis kereta kebal ke apa? Dia je yang dapat ruang besar.
Fahad ketawa kecil. Toblerone dihulurkan kepada Alisha yang masih tercari-cari.
"Nah."
"Errr.., Doktor. Erm terima kasih." Aku tak tahu mana Doktor Fahad dapat coklat tersebut tapi yang pasti dia telah menghulurkan aku lalu cepat-cepat aku ambil. Terima kasih kepada Doktor Fahad kerana memudahkan kerja pencarian aku.
Aku meninggalkan terus Doktor Fahad yang masih lagi terpinga-pinga. Memandangkan sekarang ini waktu hospimart agak lenggang cepat-cepat aku keluarkan duit.
"Alisha. Wait..wait."
Aku hentikan langkahku. Ya Allah apa lagi kalini Doktor Fahad tu nak! Kang tak pasal-pasal kena bebel dengan MO bila tengok aku tak ada dengan dia.
"Sorry to say, can I ask you about your status?" Lah, ingatkan soalan penting tahap manalah yang dia akan ajukan pada aku. Aku tepuk dahi. Ya Allah complicatednya seorang Fahad ini.
"Doktor saya rasa bukan masanya untuk saja jawab soalan Doktor. Saya ada kerja mungkin kita sepatutnya bincang hal ni di luar. I mean, be a professional." Kali ini aku dah rasakan Doktor Fahad ni seorang yang semak! Ei, kau boleh tak jangan kacau aku.
"Sorry saya menganggu."
Jangan lupa baca lagi satu bab!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro