Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

Hambar wey!!!😭




Air mata menjadi peneman saat ini. Aku takut jika aku kehilangan seorang lagi satu-satunya yang aku ada dalam dunia ini. Fikiranku jadi tak tentu arah saat ini.

"Minumlah air ni dulu." Izard menghulurkan aku sebotol air mineral. Aku memgambil tanpa berkata apa-apa. Pagi tadi aku telah menerima panggilan dari Intan yang mengatakan daddy mengalami sesak nafas yang teruk dan tidak seperti kebiasaannya. Cepat-cepat aku memberitahu hal ini kepada atuk dan nenek. Dan kebetulan juga ketika itu Izard terbangun dan dia menawarkan diri untuk menghantar aku ke hospital.

"Alisha, dah subuh dah ni. Kau tunggu sini ya, aku nak solat dulu."

Angguk.

Buat masa sekarang ini aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku benar-benar buntu. Takut-takut kalau daddy akan meninggalkan aku. Patutlah semasa dimajlis perkahwinan Kak Aida daddy nampak sangat lain dan pelik. Banyak kali dia berkata tentang aku jika ketiadaannya.

Tak, tak! Daddy tak boleh tinggalkan aku dia adalah satu-satunya lelaki yang setia disisiku selama ini. Ya Allah, kali ini cecair hangat mengalir laju dipipiku.
Ya tuhan, janganlah rampas orang yang aku sayang.

"Sha, kau okey tak?" Selepas Izard pergi Intan mengambil tempat duduk Alisha.

"Intan, kau cakap dengan aku kau tahu kan semua ni?" Pertanyaan Intan aku tidak jawab. Aku rasa seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan tentang daddy.

"Alisha, aku-, aku bukan tak nak bagitahu. Tapi uncle, dia tak nak kau tahu dan dia tak nak susah hati."

Aku ketap bibir. Menahan sabar. "Perlu ke kau berahsia hal ni dari aku? Aku ni anak dia. Bila dah jadi semua, kau tahu tak apa aku rasa? I feel like a useless."

Intan serba salah. Dia mengusap belakang badan Alisha perlahan. Kalau dia tahu hal ini akan terjadi, tidak akan sekali dia bersekongkol dengan ibubapanya.

"Aku minta maaf. Selama ni bukan aku tak nak cuba bagitahu kau tapi aku tak nak sebab aku terhutang budi pada keluarga kau. Kalau tak ada kau dan uncle, mungkin kami dah merempat tepi jalan suatu ketika dulu."

"Tak apalah Intan. Tak perlu kau nak rasa bersalah. Benda dah jadi, dan aku akan cuba terima hakikat kalau semua ni akan terjadi."

Bunyi pintu dibuka kedengaran. Aku dan Intan memandang kearah seorang doktor wanita muda yang menghampiri kami

"Errr, cik. Maaf. Waris Encik Iskandar?"

Aku mengangguk. Doktor wanita itu tersenyum kelat. Seperti cuba menyampaikan khabar duka. Air mata aku bertambah mengalir deras.

"Is that a bad news?"

Doktor muda itu mengangguk. Dia tarik nafas dalam-dalam. "Kami tak dapat nak selamatkan Encik Iskandar, semasa dia dimasukkan hospital pagi tadi pun kondisi dia dah kritikal. "

Saat itu, dapat aku rasakan duniaku kelam. Pandangan semua jadi hitam dan aku bukannya pengsan. Saat ini aku rebah. Terduduk. Tak kuat ya Allah.

"Dadddddddddyyyyyyy!!!"

Mulai saat ini, aku adalah seorang gadis yatim piatu.

***

Sudah sebulan semenjak kematian daddy. Kini aku boleh menyesuaikan keadaan dengan baik. Walaupun kadangkala kenangan lalu masih terngiang-ngiang.

Pintu bilik daddy terbuka sedikit. Niatku hendak turun kebawah terhenti. Perlahan-lahan kaki ini melangkah. Bersama titisan air mata. Aku tak tahu kenapa air mata ini mengalir tanpa aku sedari. Aku pandang sekeliling. Sangat sebak.

"Terkejut daddy. Ha buat apa dalam bilik daddy pulak ni?" Zulkarnain meletakkan kot kemejanya dibirai katil. Dia baru lepas pulang dari pejabat. Mahu lepaskan lelah tetapi terus hilang sebaik melihat anak gadisnya yang baru berusia 6 tahun diatas katil. Zulkarnain tahan gelak melihat anaknya berpura-pura tidur sedangkan kalau dia tahu jika anaknya itu tidur pasti akan memeluk sesuatu.

"Bagusnya anak daddy. Dah buang tabiat nak peluk-peluk lagi dah. Lepasni sebelum Alisha tidur tak payahlah daddy jadi bantal peluk." Zulkarnain tahan tawa dari meletus. Dia memang sudah agak penipuan anaknya itu sebaik sahaja dia rasakan bahu Alisha bergerak-gerak.

"Eh tidur nyenyak betul dah ni. Senanglah kerja daddy lepas ni."

"Daddy!" Ketika itu Alisha sudah berdiri diatas katil dengan rambut serabainya. Tangisannya bercampur dengan tawa.

"Eh, dah bangunlah anak daddy ni." Zulkarnain masih teruskan lagi dengan lakonannya.

"Ampun daddy. Alisha main-main je. Alisha tak naklah daddy berhenti jadi bantal peluk Alisha. Ampunkan patik, daddy." Alisha terkedek-kedek menghampiri Zulkarnain.

Dek kerana terasa lucu melihat telatah anaknya dia ketawa gembira. Benarlah kata orang, bila bersama dengan anak, hilang semua rasa terbeban.

"Wah, mana dapat perkataan patik ni? Anak daddy ni kan. Dah pandai iya bergurau." Zulkarnain mencubit hidung mancung anaknya sambil pipi tembam itu digomol. Comel! Tak tahu ikut muka siapa nak kata muka dia jauh sekali. Mungkin inilah wajah arwah isterinya ketika kecil dahulu.

"Mek Ida ajar." Tersedu-sedan Alisha menuturkan kata. Dia masih lagi menangis. Dia tak nak daddy dah tak mau jadi bantal peluk ketika dia hendak tidur.

"Alisha dah buang tabiat dah ke?"

Alisha geleng kepala. Air mata merembes laju. Plaese daddy!

"No daddy."

"Alahai dah, dah. Daddy gurau je kenapa nangis alahai. Buat apa dalam bilik daddy ni?"

"Sajalah baring."

"Ke nak curi minyak wangi daddy?"

Alisha tersengih. "Kantoilah daddy."

"Nakalnya!"

"Alisha." Suara Mek Ida menyapaku bersama tepukan tangan pada bahu buatku terkejut.

"Eh, Mek Ida." Aku cuba beramah. Walaupun hati ini masih lagi dipagut sedih.

"Kalau Alisha teringatkan daddy, sedekahkan Al Fatihah. Biar dia tenang dekat kubur sana." Aku tersenyum melihat keprihatinan Mek Ida.

"Baiklah, Mek Ida. Nak kemas bilik daddy ke?"

"Taklah. Mek Ida nak panggil Alisha. Ada orang nak jumpa."

"Siapa ya?" Hairan. Rasanya semua sudah menjenguk aku.

Siapa pula kali ni?

"Izard? Apa awak buat kat sini?" Sekali lagi aku hairan.

Izard menggaru tengkuknya. Dia nak cakap pun rasa malu. "Err, kau sihat?"

Aku angguk. "Saya tanya awak ni Izard. Kenapa datang?" Aku ketap bibir manakala Izard masih beriaksi biasa. Memandang aku tepat!

"Aku nak ajak kau duduk dengan aku."

"Hah?" Aku terkejut. Duduk serumah? Maksudnya duduk macam suami isterilah? Aduhai aku ni pun bengong juga. Kalau duduk serumah mestilah ada sebarang pertalian lagipun aku dan Izard adalah suami isteri.

"Kau setuju tak?"

Aku berfikir lama. Seriuslah nak tinggal serumah dengan Izard? What daa--

"Nanti-nantilah fikir."

"Sekarang!" Tegas. Izard memang tegas dengan keputusannya. Dia tidak mahu keputusannya itu ditolak sewenang-wenangnya.

"Ugutlah awak ni. Boleh faham tak keadaan saya sekarang ni?" Alisha memicit kepala. Stres! Apa Izard nak sebenarnya ni?

"Kau jangan banyak bunyi boleh tak Alisha?" Nah setepek, sakitnya hati bila bercakap dengan Izard. Mulut laser dia!

"Saya dah tak ada apa-apa dalam hidup"

Izard mendecit. Apa bendalah perempuan ni menyanya tiba-tiba.

"Kau ni pun. Should I say?" Izard pandang Alisha lama menatap tepat kearah iris mata membuatkan gadis itu menundukkan pandangan kebawah. Blushing! "Mungkin kau ada aku?"

"Berhentilah mengarut. Saya tanya Mek Ida dulu, kalau dia bagi saya ikut awak, kalau tak saya tak ikut awak." Sempat Alisha melanggar kaki Izard sebelum berlari anak naik ke tangga. Izard menggelengkan kepala. Childish!

***

"Masuklah." Jemput Izard sambik membuka kasutnya.

Aku pandang sekeliling kawasan perumahan ini. Cantiknya rumah ni, rumah teres 2 tingkat.

"Bila awak duduk, Izard?"

"Awak baru beli ke perabot ni?"

"Kalau betullah ini rumah awak, pandai awak jaga rumah."

Izard mengangkat bebola mata. Buat bolayan je. Kalau jawab sikit, macam-macamlah keluar material soalan dari Alisha. Kadang dia tak tahu Alisha yang mana satu, dia boleh jadi pendiam dan mesra dalam masa yang tidak boleh dia jangka.

"Where's my room?" Tanya aku setelah puas sekian kalinya menjelajah rumah ini. Cantik sangat. Izard memang pandai mendekorasikan bilik ini kelihatan tampak mewah.

"Ikut aku."

Beg bagasi ni berat sangat. Terpaksa aku menarik seorang diri. Nak harapkan Izard? Tak mahu kena bebellah aku. Lembik, sotong, slime! Macam-macamlah yang akan keluar dari mulutnya nanti.

Membuntang mataku sebaik sahaja melihat bilik yang luas walaupun tak seluas bilikku dibanglo. Takkanlah, Izard.

"Kita share bilik ke?" Tanya aku tak bersalah. Bukan apa kalau selalunya perkahwinan tanpa cinta ni kebiasaannya tak berkongsi bilik. Seperti yang aku baca dalam novel lah. Ini baik sangat hati Izard nak berkongsi bilik dengan aku. Sedangkan kalau Rachel ataupun Deavina sekalipun mahu tidur denganku aku tolak mentah-mentah. Bukan apa, aku jenis tidak suka berkongsi. Rasa tak tenang. Cis, kedekut kau ni Alisha!

"Tch. Kau ingat aku ni apa? Tak ada nafsu?" Gulp, aku telan liur. Menyesal pula cakap macam tu.

Melihat aku sudah memerah menahan malu Izard ketawa sinis. "Aku tak adalah kejam mana. And now, you're my wife. Aku ada hak keatas kau. Remember that!" Izard mendekati aku sambil tangan kanannya mengusap kepalaku.

Aku terkedu seketika. Adakah dia sudah tidak membenciku? "Are you sure you have my rights? the wife on the paper you hate the most?" Tanyaku lirih sekali.

"How badly you think? Wife on the paper?" Izard tunduk menyamai ketinggian aku. Aku bukannya pendek pun beza berapa sentimeter je dengan Izard. Dasar galah!

"Listen here..." Izard cuit hidung aku sehingga memerah. Sempat aku beri jelingan maut. "Aku bukanlah hero yang kejam macam yang kau sangkakan. Kenapa kalut sangat pemikiran kau Alisha? Kau sukakan kisah klise ke?"

Aku menggeleng menafikan. Bukan apa aku selalu terbaca kisah romantik yang selalu Rachel karang ketika kami menjadi housemate suatu ketika dulu. Kisah ceritanya sangat klise tetapi mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan pembaca.

"Dahtu? Kau kemaslah barang kau. Aku nak keluar dulu. Kalau nak makan aku ada beli barang dapur." Kunci kereta dan telefon pintar diletakkan diatas meja. Langkah menuju kearah wardrobe. Izard pandang aku pelik. Cepat-cepat buat reaksi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kata nak keluar rumah.

"Aku nak solat dulu." Seperti memahami fikiranku dia menjelingkan mata kearahku. Ewah, ewah, dia apa tahu? Kita dah solat tepat-tepat azan habis berkumandang!

Seusai mengemas pakaianku tadi aku cepat-cepat turun kebawah. Tiba-tiba pula saat ini perut berkeroncang nak minta makanan ke minuman.

Kruk! Kruk!

Allahu perut ini pun, bawalah bersabar. Aku buka fridge. Walawei terkejut aku. Ini dah serupa peti sejuk aku dirumah. Cukup set. Ada sayur, ikan, ayam, sotong dan banyak lagi keperluan dapur yang lain. Tersenyum lebar aku sebaik sahaja melihat 3 mangkuk aiskrim. Ah suami mithali betullah Izard ni!

Bungkusan nugget dan tempura aku ambil. Minyak masak yang telah aku panaskan tadi aku kecilkan api, bila minyak dah panas aku masukkan nugget dan tempura yang hendak digoreng kalau api besar takut-takut kalau aku terleka dah makanan sudah tidak berupa! Hangus. Bila warna dah lain sikit barulah aku toskan. Garam aku capai lalu letakkan secubit sambil gaul. Buat tambah perasa! Selepas itu bolehlah cicas dengan mayonis ataupun sos cili. Siap! Simple! Kenyang! Now kena bersembang melalui Skype dengan

"Hello!!!!"

Aku tersenyum. Sambil mengunyah nugget.

"Babe! I miss both of you." teriak Deavina. Aku tanggalkan headphone. Yang namanya Deavina kalau dah menjerit berdesing telinga. Kalah petir!

"Slow down your volume, Deav. Nasib baik koklea I tak pecah tau." Marah Rachel sambil menayangkan telinganya.

"Alright." Deavina tayang muka pasrah. Hilang terus keterujaannya.

"By the way, how's your day Alisha?"

Aku senyum sambil tayang nugget. Tengah makan ni tak elok bercakap, bagi habis telan sat!

"I'm fine. So guys I have a good news wanna share to both of you!" Sambil kedua tangan dijulang aku seperti monyet terkinja saat ini. Nasib baik depan member ni kalau depan Izard dah kena herot dah bibir tu!

"God bless you, Alisha!" Teriak mereka berdua teruja. Turut tumpang gembira aku tayangkan senyuman kegembiraan. Suka tau tengok bila member suka tengok kita dapat rezeki! Walaupun mereka berdua berbeza agama tetap satu kepala! Bengong dan otak teluq!

"Aku akan jadi houseman soon. Macam biasa 2 tahun praktikal."

"Bila kau akan mula?" Seloroh Deavina. Kalini suaranya dikendurkan. Bimbang kalau-kalau Rachel itu mengamuk! Gadis berketurunan Cina itu sudahlah panas baran kadangkala. Hot temperatured!

"Next week. Doakan aku tau!"

"Iya kami sama-sama doakan kau. Nanti bila-bila kita buat reunion eh dah sebulan tak jumpa!"

Aku ketap bibir lama. Ada sesuatu yang menganggu fikiran ku sekarang ini. "Babe, kalau my dad ada lagi kan mesti dia happy tengok I dah berjaya sekarang ni." Aku ketawa kecil. Dahulu daddy yang beria-ria mahu aku menjadi doktor dan dia adalah orang pertama yang menyokong impianku. Dengan harapan aku boleh menjaga dan merawatnya tetapi angananku terkubur pula.

"Babe, janganlah bersedih. Kau tahukan semua yang berlaku ada sebab. Jangan sedih-sedih. Setiap agama percaya kalau kematian itu adalah suatu perkara yang mesti berlaku." Pujuk Rachel lembut.

"Ya, Allah ada sebab bagi setiap hambanya ujian. Kita kuat Alisha sebabtu kita diuji." Kata semangat dari Deavina membuatku tersenyum. Ouh ya, Deavina seorang muslim ketika dia baru berusia 11 tahun sewaktu ibunya mengahwini ayah tirinya yang seorang muslim. Dapat juga hidayah member sekoq nih!

"Lah jangan bersedih-sedih. Sekarang ni kan kita kena gembira. Tak lama lagi ada doktor baru!" Kami sama-sama tertawa melihat Rachel berseloroh. Comel je budak sepet ni kepochi!

Prang!!!

Terus tersentak senyuman aku. Bunyi apa pula ni? Takkan ada perompak masuk pulak? Aish jangan macam-macam sudahlah sudahlah aku seorang diri dirumah waktu ini.

"Bunyi apa tu?" Tanya Deavina hairan. Bunyi macam benda jatuh. Harap-harap bukan benda yang bukan-bukan.

"Errr, tak tahulah aku wei. Walawei takut pulak aku." Alahai kecut perut aku saat ini. Sudahlah sekarang jam menunjukkan 6.01 petang! Izard pula tiada tanda-tanda hendak pulang. Menyesal tak join dia jogging!

"Kau kat mana sekarang ni?"

Aku memeluk tubuh. Pandang sekeliling rumah. Aish rumah cantik macam ni takkanlah ada benda mistik pulak! Ya Allah Izard ni tak pasang pagar ke? Aku ni dahlah pengecut kalau dalam hal-hal mistik. Iman pun entah senipis kulit bawang dak!

"Guys, chill. Tenang okay tenang." Rachel seperti biasa, jika kami dalam kegelisahan dia pasti akan meredhakan keadaan. Dia seorang yang tenang dan lebih kepada keemak-emakan.

Deavina sudah mengenggam jemarinya yang basah. Hish mana boleh peram lama-lama tangannya ni jenis berair karang banjir kalau genggam lama-lama.

"Seramnya aku seorang diri sekarang ni. Lagipun aku baru pindah. I swear tak tahu apa-apa!" Aku sudah memegang leher baju. Takut gila!

"Fuh, chill." Deavina membantuku menenangkan diri. Dia turut gelisah. Nasib baiklah sekarang ni dia berada di Thailand. Bercuti di rumah neneknya. Sekurang-kurangnya tak adalah 'something creepy' yang berada dirumah Alisha terbang sampai ke sempadan Sungai Golok! Tak mau aih!

Prang!!!

Sekali lagi bunyi itu kedengaran. Kali ini Rachel yang tadinya kelihatan tenang turut gabra. Deavina terkekeh melepaskan tawa. Rasa cuak hilang serta merta melihat wajah buruk Rachel yang turut ketakutan. Lantaklah hantu tu nak mai ka la ni dia dak kisah. Kalau boleh tangkap gambar gadis itu ketika terkejut tadi mahu dia buat koleksi sticker WhatsApp!

"Wei, Deav. Tak lawak hanat!" Marah Rachel. Orang tengah bertarung dengan semangat jahat dia boleh pula ketawa meledak. Siapa je tak sakit hati.

Aku membiarkan sementara mereka berdua bertekak. Malas nak melayan. Aku masih memandang jam silih berganti. 'Ya Allah, aku adalah insan yang lemah janganlah kau lemahkan semangat aku. Tolonglah gerakkan hati Izard supaya pulang ke rumah!'

"Assalamualaikum."

Fuh, aku menghela nafas lega. Syukur ya Allah kau selamatkan aku. Nasib baik something creepy tu tak sempat nak buat apa-apa pada aku.

Prang!

Tanpa aba-aba aku terus berlari menghampiri Izard. Tangan aku peluk dia erat. Rasa takut ini semakin menebal apabila bunyi itu sekali lagi menerpa telinga. Kus semangat ya Allah!

"Kkau kenapa ni?" Tanya Izard yang juga terkejut melihat aku.

"Tah-takut" sangkut-sangkut aku bernafas. Aku jauhkan jarak antara kami. Macam mana boleh terpeluk pulak dah! Buat malu je. Peluhnya yang menyerap didada melekat di muka aku.

"BABE! WHO'S THAT GUY?" empat mata memandang aku tanpa berkelip. Saat ini baru aku tersedar sesuatu. Adegan kami ini dilihat oleh mereka! Ya tuhan.

Kalut-kalut aku menutup komputer riba. Lepasni tak tahu nak jelaskan kepada mereka. Confirm berdas-das soalan akan ditanya!

Aisya Humairah - drinknice

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro