Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Media tu ala ala cast Izard. Encem an!





"Siapa pula--"

Bermula pandang pertama,

Terlihat kamu di depan mata,

Terasa debar di dada,

Menahan rasa bila kau ada,

Mata aku.

Ouh tuhan. Hati ini kelu. Lidah pula seakan - akan terkunci. Mata ini sudah lama tidak melihat wajah itu. Wajah yang mampu mencairkan hati kaum hawa. Tetapi berbeza pula dengan aku, aku tidak tahu pandangan ku mengenainya. Tiada jawapan kerana jantung aku seakan mahu putus saat ini. Berdebar mengikut rentak nafas. Nafas yang tersangkut-sangkut.

Ha, ha, ha,

Aku ketawa,

Terasa aku tak tentu arah,

Kau buat ku terpaku,

"Ehem."

Dia berdehem setelah beberapa saat kami kaku seperti patung cendana.

"I-izard?" Aku jauhkan badan ke belakang. Entah mengapa saat ini kami seakan-akan dekat walaupun dia di luar dan aku di dalam rumah.

"Aku, aku bukan hantu. Kau takpayah lah nak buat muka macam tu sekali." Balasnya sambil mengalihkan pandangan kearah lain.

Buat muka? Tak, sekarang ni award cucu paling hot atuk aku tolak tepi. Tak kisahlah muka aku sekarang ini seperti badut sarkas ataupun beruk sekalipun.

"What you doing here?" Walaupun wajahnya berpaling dariku, aku tetap pandang dia.

Kenapa aku boleh lupa? Izard juga cucu atuk. Memang patutlah tika ini dia berada di sini. Ouh tuhan, kenapa terlalu kecil untuk aku bersembunyi tika ini? Dan tadi, aku bercakap dengan dia?

Aku tidak tahu apa yang aku lakukan. Bukankah selama ini aku mahu mengelak dari berjumpa dengannya? Tetapi lain pula ketika ini, dia seakan-akan ada magnet yang menyebabkan semakin aku tertarik untuk mendekatinya.

Sepertinya diri ku yang mahu,

Diri kamu,

"Bukan masalah kau."

Kali ini aku tersentak. Matanya tepat memandang retina mataku begitu juga dengan aku. Eye to eye. Tak betah dengan renungannya, aku mengeluh sambil berjalan menuju ke kerusi di meja makan.

Duduk.

Izard juga duduk didepan aku.

Suasana sepi. Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jujur aku rasakan saat ini aku menyesal pulang awal dan aku berharap sepupuku yang lain pulang.

"Long time no see." Sarkastik. Dengan selamba dia mengambil gelasku yang masih ada baki yang aku minum tadi.

Aku pandang Izard tidak puas hati. Eee, tak malunya ambil gelas orang sesuka hati dia. Tapi aku masih lagi was-was. Benarkah didepan ku ini Izard? Bukankah dia memang dari dahulu lagi tidak sukakan aku. Sejak dari kami kanak-kanak.

Entahlah aku pun tidak tahu motif dia membenciku. Rasa menyesal pula dulu aku terkinja-kinja dengannya.

Budak perempuan kecil itu terkedek-kedek berlari kearah 3 orang budak lelaki yang sedang bermain di pokok yang rimbun dan renek itu.

"Hai abang Izard." Sapanya mengharapkan abang saudaranya itu membalas. Dia sebenarnya bosan bermain dengan si anak patung seorang diri. Mahu mengajak Haifa gadis itu juga mengikut sepupu perempuan yang lain teman neneknya bercucuk tanam di kebun. Iyalah hari ini cuti disember. Semua saudara mara dia balik.

"Hai Alisha!" Alisha mogok. Kenapalah bukan abang Izard yang balas.

Aiden turun dari pokok menghampiri Alisha yang sedang mendongak keatas memandang mereka bertiga yang bertenggek diatas pokok.

"Abang Izard, kenapa tak nak jawab!" Alisha menjerit dari bawah sambil memandang Izard yang sedang bersandar didahan pokok.

"Kau nak apa ha!" Marah Izard. Geram. Dia baru nak main dengan Aiden dan Aidel. Si Alisha pula datang. Sibuk!

Mata Alisha hendak memerah tetapi ditahan. No, tak boleh nangis. Daddy kata kalau nangis nanti boleh jadi buta. Dia tak nak menangis nanti tidak dapat melihat wajah Abang Izard kesayangannya itu.

"Alisha, Alisha tak ikut nenek ke pergi kebun?" Tanya Aiden. Berharap si gadis tidak menangis. Dia turut tidak faham kenapa Alisha terlalu mahu mendekati Izard sedangkan Izard seperti rimas dan mahu menjauhi dari Alisha.

Alisha menggelengkan kepalanya. "Tak naklah. Lisha tak suka pegang tanah. Nanti kuku hitam. Kuman tau."

"Siapa suruh tak potong kuku. Yang lain semua okey je tolong nenek. Kau je mengada, Alisha." Perli Izard sambil mencerlung tepat kearah Alisha. Kenapalah dia datang waktu nak main dengan Aiden. Aiden ni pun, kenapa tak halau je perempuan tu.

"Izard, mak aku kata kita kena buat baik dengan Alisha. She's orphan."

Izard memutarkan bebola matanya. Iyalah speaking mentang-mentang mak dia cikgu panitia bahasa inggeris.

"Whatever, Aiden. Aku nak masuk dalam dulu. Better tengok tv dari tengok muka dia ni." Kali ini Izard pula cuba speaking. Macamlah dia tak boleh. Walaupun mulut kata nak masuk dalam rumah, dia masih lagi tercegat diatas pokok.

"Wait lah, Abang Izard. Jomlah main dengan Alisha. Alisha suka abang tahu tak eeeei. Kenapa la abang asyik marah-marah Alisha."

Aiden dan Izard terlopong. Begitu juga dengan Aidel yang tadi baring diatas bangku terus terbangun. Betul ke apa yang dia dengar? Alisha suka Izard?

Aku ketawa sebelah. Long time no see? Memanglah sebab aku yang tak nak jumpa kau dan kau, bukannya nak cari aku.

"It's been a while. You grew up pretty."

What? Dia kata aku cantik ke tadi? Walaupun rasa dalam perut ini seperti ada rama-rama terbang aku tolak perasaan ini jauh-jauh. Bukan waktunya untuk aku jadi macam dulu. Aku dah besar dan semakin matang. Aku juga inginkan kebahagiaanku sendiri.

"Awak pandang rupa saya, Izard?" Tanya aku dengan nada riak tak bersalah. Innocent. Walaupun lidah ini mahu menggigil, aku gagahkan juga untuk menuturkan kata dengan betul. Bukannya aku pelat pun, cuma apabila dengan dia, buatkan lidah ini jadi tak keruan. Ouh pleaselah! I hate this.

"Then?"

Aku tersenyum sarkastik. Dia memang begitu. Bukan jenis direct, kalau direct sekali pun benda yang menyakitkan hati. Macam tadi, kalau bercakap tak sah tak menyakitkan hati orang. Sakit pula diri ini kena tempiasnya.

"Bukan lelaki kalau tidak pandang wanita itu hanya pada rupa." Ya aku tahu tak semua lelaki begitu. Tetapi kenapa kebanyakannya semua lelaki ini hipokrit? Masih terbayang lagi diriku yang dahulu. Cengeng, tak malu, naif. Izard tolak aku mentah-mentah.

Tak ada pula Izard nak melekat. Yang dia tahu sakitkan hati aku dan lafazkan kata kuatnya bencinya terhadapku.

"Bila balik?" Tutur Izard selamba. Badan disandarkan dikerusi.

Heh, lari dari topik Izard.

"Tengah hari tadi. Awak ?" Eh, eh aku ni pun. Dah kenapa dok nak menggeletis tanya dia soalan pula. Rasa nak hentak kepala ni kat dinding. Ni bukan Alisha tapi sisi jahat dia. Yang cuba mengeruhkan keadaan. Jadi jangan keliru tau!

" Sehari sebelum kau sampai, aku keluar kejap lepastu. Maghrib tadi baru balik."

"Ouh."

Sebenarnya walaupun sudah berapa minit kami berjumpa setelah sekian lamanya tetapi tetap aku rasakan suasana terlalu janggal. Janggal gila sampaikan tak ada benda boleh cakap! Cengkerik ke lipas ni mana pulak aih. Bunyi DJ sebelah rumah pun dah berhenti. Agaknya tak nak mengganggu jiran-jiran yang dah nak masuk tidur. Huhuhu baguslah tu. Takdelah nak kena tekup telinga ni dengan bantal.

"Saya minta diri dulu. Kalau awak nak apa-apa cari saya dibilik sebelah Serrina." Aku minta izin untuk minta diri. Niat ke dapur tadi cuma nak minum susu sebab tekak ini terasa kering kontang haus lagikan kemarau. Tak sangka boleh berbual dengan, urh. Siapa dia dalam hidup aku? Suami? Kawan? Crush? Sepupu? Okey stop. Sambung yang pasal haus tu, dah macam duduk dekat padang pasir. Urh merepek!

***

Hari ini kami semua lebih dari sibuk berbanding malam tadi. Masing-masing seperti dilanda badai, kelam kabut mereka semua bersiap-siap.

Walaupun dalam rumah besar atuk ini mempunyai 5 ruang bilik mandi, tetap tak cukup juga untuk kami semua.

Bayangkanlah keluarga Mak Long, Mak Lang, Pak Ndak. Itu belum lagi cucu-cucu atuk yang sudah berkahwin lepastu yang ada anak lagi. Huaaa keluarga besar ni memang tak menang tangan dalam hal berkumpul macam gini. Riuh tu memang satu hal, bab - bab berebut tandas . Ouh hell !

Aku keluar dari pintu bilik sambil sangkutkan tuala pada bahu. Toiletress juga dalam bakul aku bawa sambil sebelah lagi tangan aku pegang plastik  baju t-shirt bersama seluar tracksuit. Iyalah takkan nak keluar dari jamban terus pakai baju cantik-cantik? Kogile ah. Jam sekarang masih menunjukkan pukul 6.15 minit. Bila dah ramai-ramai gini tak sahlah tak bangun awal. Kalau lambat kang tak menyempat nak buat semua benda.

Ladies up in here tonight

No fighting

We got the refugees up in here (no fighting)

No fighting

Shakira, Shakira

Pagi-pagi telinga ini dah dengar lagu barat. Dey, bilik sebelah boleh perlahankan sikit tak.

"Serrina, can you slow down the song?" Teriakku dari luar. Menganggu betullah. Dia fikir ada ke yang nak berkaraoke subuh gini. Alangkah baiknya kalau pagi-pagi macam ni buka ayat-ayat suci Al-Quran ke tazkirah pagi. Sekurang-kurangnya bangun pagi je dah dapat pahala. Rezeki mudah masuk, insyaAllah.

"Urh!" dari dalam bilik, Serrina mendengus. Huh, lagu masih terpasang tapi volume suara diperlahankan.

"Mama, plaese! Fittingkan sikit je baju Mel. Mel tak naklah waktu bergambar nanti baju Mel ni sorang je nampak gemuk. Mama ni apa guna tailor tapi anak sendiri tak nak bantu. Kalau jahit baju orang lain, laju je. "

"Awak nak mama fitting macam mana lagi Melissa? Awak tu dah keping dah sayang. Malang betul nasib mama dapat anak obesofobia. Lagi satu, kalau mama buatkan baju orang at least mama dapat duit tau. Awak tu mama dapat komen yang berdas-das tau. "

"Mama ni. Dengan anak sendiri pun nak berkira."

"Memanglah mama berkira, kalau tak mama tak ada untung tau."

"Jahatlah mama ni."

Perbualan antara Mak Ndak dan Melissa aku curi-curi dengar. Hurm tak curi pun sebenarnya. Aku cuma terdengar sewaktu nak melintas dari bilik tu. Seronok kan ada ibu? Bolehlah bergurau senda, tempat mengadu, bermanja dan dapat rasa kasih sayang seorang ibu. Aku pun dah lama rasanya teringin nak merasa. Tapi tak apalah. Doakan yang baik-baik serta sedekahkan Al Fatihah untuk ibu yang sedang menantiku di pintu syurga.

"Morning kak," sapa Haifa bertentangan sewaktu dia berjalan bertentangan denganku. Dikepala masih bersarung telekung dan tangan kirinya disangkutkan kain telekung. Baru lepas solat kut budak ini.

"Morning, Haifa."

"Nak mandi ke ni?" Aku angguk. Ish takkanlah nak ke pergi rumah Mak Ngah pulak bawa tuala lepastu toiletress dalam keadaan macam ni.

"Kalau bilik air semua penuh akak mandi lah dekat bilik tamu abang tu. Rasanya dia dah bangun. Haifa nak solat dulu lah."

Aik tadi ingatkan dah solat belum lagi rupanya.







Disebabkan dalam rumah sesak dengan tandas yang penuh, terpaksa lah kaki ini berjalan menuju tandas dapur dibelakang rumah. Nasiblah tak jauh mana beberapa meter dari sinki kosong yang diletakkan di luar rumah. Kiranya kawasan belakang rumah tidaklah gelap mana, lampu memancar cerahnya. Kebetulan pula ketika itu ibu-ibu yang sudah selesai solat subuh sedang sibuk didapur jadi tak adalah rasa janggal nak mandi belakang sorang-sorang. Janggal eh bukan takut!

" Alisha nak mandi tandas belakang ni ka?" Tegur nenek ketika dia sedang meletakkan besen dirak dapur luar rumah. Aku angguk sahaja. Aih nenek ni jangan kata bukan-bukan pulak dah, aku ni dah lah nak mandi semua tandas penuh!

"Ada yang tak kena ke nek?"

Nenek senyum. "Tak adalah. Cuma tandas tu takda air pancut. Ada kolah ja, sejuk. Pemanas air kat situ pun dah rosak. Kalau ada pun dekat tandas dalam."

Huh, aku hela nafas lega. Ingatkan apalah tadi. "It's okaylah nenekku. Dulu masa Lisha kecik dulu, nenek juga selalu ingatkan Lisha mandi pagi-pagi lepastu sejuk-sejuk baik untuk mood kita ni. Nenek kalau nak bahagiakan hati Lisha tak perlu nak buat semua benda ni. Alisha ni sama je macam dulu. Cucu kampung nenek paling kebaboom!" Sempat juga aku puji diri sendiri. Eh tak-tak, aku bagitahu nenek fakta sebenar.

"Aih, sudahlah kang tidak mandi kamu nanti." Ujar nenek sebelum meninggalkan ku. Ish memang kebanyakan orang ingat kalau dah duduk lama dinegara orang macam gitu ke?

"Nuna, nuna Alisha wait, wait. Eee, tunggulah kejap. Plaese ergh, urh tak tahan dah ni." Ya Allah apa lagi pula kalini? Asal nak mandi ada je nak bertembung dengan manusia-manusia. Tadi Haifa lepastu nenek kalini?

"Kenapa ni Sabrina? Akak nak mandilah." Penat nak bercakap lagi dah, aku ni dahlah belum gosok gigi nasib baik dah cuci muka kat singki tadi. Boleh jatuh saham aku kalau yang terbau waktu ni.

"Duwajuseyo, Sabrina tak tahan dah ni. Nak berak ahhh tepi kak!" Tak semena-mena aku ditarik keluar. Eh, melampo betul pompuan ni. Aku baru nak masuk.

"Sabrina ni. Akak dapat dululah!" Jerit aku. Geram wei geram gila dengan minah ni. Kalau dah tak tahan berak sekali pun tepuk lah punggung sikit mana tau reda kejap punggung tu. Aku dapat dulu tandas ni. Dia senang-senang nak rampas!

Terpaksalah masuk dalam kejap. Iyalah, takkan nak duduk luar tunggu si Sabrina ni habis berak lepastu dia mesti terus mandi. Nak tunggu di luar sejuk dia menusuk sampai ke tulang. Dahlah aku pakai t-shirt lengan pendek. Nipis pulaktu. Dugaan untuk Alisha disini. Huaaaa!

Nuna: kakak
Duwajuseyo: Tolonglah












Teaser Bab 6

"Kenapa awak tarik saya?"

"Apa tu?"

"Apa, apa awak ni?"

"Tu."

Ouh tuhan, aku mahu pengsan atau ghaib sekarang ni juga!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro