Bab 4
Just continue your reading and enjoy, okay?
"Ya Allah bukan macam tulah abang." Geli hati aku melihat usaha Abang Aiden yang sedang melilit manggar walaupun sudah berapa kali ditegah olehku.
"Fade up!" Fuh, Aiden meniup jambul dikepalanya. Geramnya, asal aku nak buat ada je yang tak kena. Padahal benda tu nampak macam mudah, tapi sangkaannya meleset. Bila kena tangan dia, semua hancur. Tapi bila tengok Alisha buat, lincah sahaja.
Betul lahtu perempuan lebih teliti berbanding lelaki, sebab itulah perempuan ni complicated.
"Mehlah sini Alisha ajar." Aku ambil batang lidi yang baru. Batang lidi yang tadi sudah bengkok dek dikerjakan oleh Abang Aiden. Pelik memang pelik. Kita buat okay je takdelah sampai bengkok jadi huruf U. Apa kenalah abang Aiden ni. Tadi beria nak tolong. Tapi bila buat je mulalah dia mendecit.
"Abang lilit bunga ni pastikan jangan sampai lidi patah. Lilit kemas-kemas jangan nampak batang lidi tak cantik. Kita cover dia. Lilit dia sampai habis. Taraaa- dah siap."
Aiden ternganga.
Lajunya. Dia baru nak tangkap.
"Apa la yang riuhnya ni. Lah, Aiden dengan Alisha rupanya" Kak Aida melabuhkan punggungnya disebelahku. Sebenarnya abang Aiden dan Kak Aida ni kembar. Tapi lain jantina.
Lainnya Abang Aiden lebih kepada lelaki yang baik hati dan peramah manakala Kak Aida seorang yang lasak dan juga pendiam. Tapi diam-diam dia ni ada isi, dah nak kahwin dah pun. Isinya tu kita tunggu la lepas kahwin. Huhuhu tak sabar dapat newbie
"Hai Kak Ad." Sapaku teruja. Eee, tak sangka esok dah jadi isteri orang. Perangai pun dah behave takde nak sepak terajang abang Aiden macam dulu-dulu. Yelahkan, kalau tak hilang seri pengantin esok.
"Baru balik lah ni? Datang pun. Akak ingatkan Alisha tak datang."
"Lah of courselah kak, Lisha datang. Dahlah masa akak engaged Lisha tak datang. Nanti sedih pulak Lisha tak dapat join lepastu bila bergambar Lisha je yang tak ada."
Kak Aida tersenyum. Tangannya lincah mengelus badan kucing yang gebu dan automatik aku usap kepalanya kerana geram. Kalau kaulah tengok kucing terlajak gebas ni takkan nak biarkan je huish.
"Tak apalah, akak tak kisah. Akak faham kamu tu sibuk. Ni bila balik sana lagi?"
Aiden yang sejak lagi tadi menjadi pendengar perbualan kedua wanita itu berkerut dahi. "Apalah akak ni, Lisha baru je balik."
Aida memandang adiknya. Eh sibuklah dia ni bukan aku tanya dia sekali pun. "Kau sibuklah Den."
Aku senyum. Tiba-tiba terdetik pula hati ini nak merasai gurauan senda dengan adik beradik. Mesti seronok bukan? Sejak dari dahulu lagi aku sebagai anak tunggal merasa kesepian. Dan hanya menumpang kasih dari sepupu-sepupuku.
"Entahlah, kak. Tapi kan kak, Lisha rasa nak praktikal kat Malaysia lah."
"Praktikal apa?"
"Medic."
"Uwah. Eh samalah dengan Serri dan Izard. Tapi tak silap akak Serri ambil bidang fisioterapi dan Izard surgery." Kak Aida menepuk-nepuk bahuku. Dia tumpang gembira. Begitu juga dengan Aiden dia menunjukkan ibu jari yang ternaik. Good!
Izard? Dia doktor?
Aku tersenyum hambar.
"Comelnya!" Sekali lagi kucing tangan Kak Aida aku usap. Ni mesti kucing baka.
"Aiden rasa nak pergi luar lah. Tak manis pula join perempuan berbual." Ujar Aiden sambil bangun dari tempatnya. Bukan tak manis sebenarnya dia terasa seperti tunggul disitu. Kak Aida dan Alisha tidak menghiraukannya yang sedang menonong mendengar perbualan mereka.
"Kucing orang Alisha. Akak tolong jaga je ni."
"Alisha nak pegang boleh?"
Kak Aida mengangguk. Si comel bertukar tangan.
"Ya Allah beratnya dia ni. Banyak makan ke? Alololo semangat sangat ni." Seakan-akan bercakap dengan bayi. Aku tergelak sendirian. Duh kau ni dah kenapa Alisha!!!
"Isn't baby." Kak Aida turut tergelak.
"I know." Balasku dengan tawa masih bersisa. Sebenarnya sewaktu menyertai aktiviti kemanusiaan di Melbourne dahulu, aku belajar banyak perkara. Dan sempat juga menjadi babysitter sementara. Jadi tak pelik kan?
"Kenapalah Kak Ad rasa Alisha ni kena kahwin. Timang anak sendiri baru seronok lagi dari timang kucing."
Kahwin? Aku perli diri sendiri dalam hati. Hanya atuk, nenek dan keluarga Mak Long saja yang tahu akan hal ni. Jadi tidak hairanlah kalau Kak Aida dan Abang Aiden tidak tahu status aku. Sebenarnya bukan niat aku hendak berahsia, tetapi aku tidak mahu nama baik Izard tercalar kerana peristiwa lalu.
"Aduh akak ni jauh sangat dah ni. Lisha nak buat kerjalah. Kang nanti tak kahwin akak" aku meneruskan aktiviti aku dengan melilit bunga manggar disekeliling lidi.
"Betul okey. Dah meh sini Kak Ad tolong sekali."
***
Seusai makan malam bersama-sama kami semua sibuk bersiap untuk majlis pernikahan Kak Aida dan suaminya selepas isya'. Jadi kami semua tidak dapat solat Isya' berjemaah dan mengambil keputusan untuk solat sendiri.
Memandangkan daddy dan beberapa orang pak cik ku diberanda sedang berbual-bual kosong. Tidak jadi niat aku mahu berbual manja dengan daddy. Huaaa biasalah orang tua, bukan macam perempuan. Nak berbual kena ikut golongan umur dan berpuak. Lelaki ni siapa-siapa je boleh kamceng. Asal boleh diajak bual.
Hari ini aku mengenakan baju kurung opah. Tema malam ni kampung sikit, mengenakan baju yang bercorak flora lembut dan kain batik. Cantik sangat.
Bawal berwarna light brick plain aku lilitkan dikepala. Okay dah siap tak payah nak bersusah payah make up. Hanya mengenakan beberapa sapuan bedak compact dan gincu yang berwarna soft autumn. Ah sudah. Cukup memukau!
Pintu bilik tetamu aku tutup. Walaupun hari ini ramai sanak saudara yang pulang kerumah aku tidak perlu memikirkan tentang tidak cukup ruang untuk tidur. Buat pengetahuan semua, rumah atuk ini agak besar dan cantik dan mempunyai 11 ruang bilik. Ha banyak tak? 5 orang untuk anak-anaknya selebihnya adalah ruang kosong yang digunakan untuk cucunya yang sudah berkahwin atau tetamu. Boleh je kalau nak masuk tetapi ramai juga yang suka tidur diruang tamu. Walaupun rumah atuk ini separuh kayu separuh batu dari luar tetap nampak seperti istana kampung yang sangat cantik dengan warna bernis yang menyinari pandangan mata. Sebelum ini pernah juga ada beberapa penggambaran dilakukan disini.
Kebanyakan cucu dan cicit atuk disini lebih suka tidur lambak. Aku pun suka tapi aku rasa sudah cukup dewasa. Huhuhu, iyelah aku jenis tidur berguling-guling kalau terguling di toto sepupu yang lain? Buat malu sahaja kemudian hari kena kecam.
"Ya ampun lawanya you, babe." Tombol pintu aku lepaskan seraya memandang kearah empunya suara. Ouh, god!
Dia juga memakai pakaian sama sepertiku cumanya dia tidak memakai tudung.
Serrina, anak kepada Mak Lang. Walaupun ibunya seorang kepochi dia tidak sedemikian sebaliknya dia hampir menyamai aku. Sama cantik, sama tinggi bak model. Tapi percayalah, kata orang aku tetap cucu paling gorgeous dalam keluarga ini. Highlite my word!
Aku angkat kening sambil menghampirinya. Kalau aku Davika Hoorne, dia adalah Urassaya Sperbund. Ah tolong jangan pertikaikan kecantikan kami cukup hanya aku paling gorgeous.
"Back to you, Serrina."
Serrina meletakkan tangan kirinya dibahu. Matanya mencerlung aku tajam.
"I swear, you look like angel this night. But I swear too, for this time. Not any day."
Aku buat muka selamba. Malas nak ambil kisah. Walaupun Serrina lebih tua 2 tahun dari aku, dia tetap beriak biasa seperti kami sebaya. Umur bukan penghalang.
"Nak pergi rumah Mak Ngah dengan Alisha tak?" Aku tawarkan niat aku. Huhuhu takkanlah aku nak pergi sorang diri? Malulah.
"Of course. But, wait a minute okay? I get my handphone. " sambil masuk bilik tamu bersebelahan bilikku, sempat dia mengibas rambutnya kearahku.
Urh, busuknya!
***
"Aku terima nikahnya Nur Aidannisa binti Muhd Omar dengan mas kahwinnya sebanyak 600 ringgit Malaysia."
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
Alhamdulillah. Kami menghela nafas lega. Secara sahnya Kak Aida sudahpun menjadi isteri orang.
Sebenarnya majlis malam ini mengingatkan tentang aku peristiwa beberapa tahun yang lepas.
Kenapa aku rasakan seperti aku ini digantung tidak bertali?
"Hei, you berangan apa ni? Tak nak join bergambar ke?" Sapaan dari Serrina mengagetkan lamunanku.
Aku menggeleng. Bukan apa tiba-tiba terus tak ada mood. Hurm.
"Ouh come on. Janganlah macam ni. Satu gambar pun tak apalah. Asalkan you ada."
Nak tak nak aku terpaksa jelah tunaikan permintaan Serrina. Satu je pun tak apa. Lepastu aku rasa nak tidur. Ngantuk sangat ni!
Walaupun jam menunjukkan pukul 11 malam, aku masih manusia paling awal yang pulang kerumah atuk. Eh tidak juga, ada juga beberapa ketul sepupuku yang under 18 sudah dibuai mimpi tapi tetap aku rasakan aku paling awal. Selepas dari bergambar sekeping dua tadi terus aku pulang. Mata ini tak tertahan nak katup. Berbalik pula sepupu aku yang lain jam segini mereka masih lagi berswafoto dengan pengantin, ada yang berkaraoke tengah malam. Hari ini terasa penat sangat. Banyak kerja yang aku lakukan petang tadi. Badan aku rasa kebas dan sakit-sakit. Jadi aku perlukan rehat yang secukupnya.
Sekalipun aku rasakan mata ini tersangatlah berat nak celik tetap aku buka seluas-luasnya. Biliknya ni pun. Kenapa banyak sangat plus jauh.
Tiba di bilik tudung yang aku lilitkan di kepala aku tanggalkan. Handphone, purse juga aku letakkan dibirai katil.
Memandangkan tiada orang dirumah atuk. Nope, I mean tak ramai dalam rumah ni. Aku keluar dengan senang hatinya menuju ke dapur sambil bernyanyi kecil. Nak sedapkan mata korang je baca, padahal aku melalak seperti rockers dah ni. Ey nasib baik jiran sebelah pasang DJ.
Pintu peti ais aku buka. Susu HTL aku ambil lalu tuangkan dalam gelas yang sudah tersedia ada diatas meja. Sambil meneguk air mataku terkalih pada pintu dapur yang terbuka luas dihadapanku.
"Ni siapa pula buka tak tutup pintu ni kalau penculik masuk tadi macam manalah. Nasib baik Alisha gorgeous ni perasan. " sambil mengomel sendirian aku pegang tombol pintu untuk ditutup tetapi seakan disekat. Seperti ada yang menarik tombol dari luar.
"Siapa pula--"
Siapa tu!!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro