Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Suasana di persekitaran kawasan Kuala Lumpur International Airpot sesak dengan pelbagai jenis ragam manusia. Disini aku dapat melihat pelbagai jenis manusia dari sudut kaum yang berbeza.

Buat pertama kalinya semenjak hari itu, aku menapak ditanah air tercinta. Cinta?

Aku menghela nafas. Lebih kurang 7 jam lebih perjalanan aku dari Melbourne. Terbit pula rasa rindu. Mana tidaknya, aku sudah menetap disana lama. Belajar disana, beraya disana dan semuanya disana. Bila tiba negara sendiri, rasa seperti orang asing pula. Ouh no, Alisha jangan cakap kau ni kacang yang lupakan kulit.

"Miss?"

Siapa pula yang panggil aku? Aku pusing kebelakang dan sepantasnya aku menekup mulutku.

Ouh, no.

"Goddd, is this you Alisha? OMG, damn you're so beautiful!"

Dengan riak teruja aku tersenyum riang. Like seriously? Macam mana boleh terjumpa Abang Aiden? Aku pandang tangan kirinya yang sedang memegang bagasi manakala tangan kanannya diseluk ke dalam poket seluar hitam.

"Wow. Abang Aiden ups no, Kapten Aiden. Segaknyaaa." Balasku sambil memberikan Abang Aiden senyuman yang sangat manis. Manislah dapat jumpa sepupu sendiri. Nak pula, juruterbang. Sat, tercekik air liur kaum hawa bila pandang abang Aiden dalam keadaan macam ni. Berpakaian rasmi. Badan pula semakin sado. Ini mesti selalu rajin work out.

"Kenapa balik Malaysia tak cakap dengan abang? Tak except pula balik saing. Dah lama sangat-sangat abang tak jumpa Alisha. Its been 7 years Alisha. Selama ni abang cuma dapat tengok Lisha kat skrin je but kalini, depan mata." Kami berbual sambil berjalan.

Aku tersenyum. Ya, selain daddy dan Haifa, Abang Aiden adalah orang yang selalu menanyakan khabar tentang ku sepanjang aku berada di Melbourne.

"Betullah tu. Kalau diikutkan Alisha tak balik tau, tapi disebabkan lusa wedding reseption Kak Aida, Lisha baliklah."

Aiden memandangku sambil membulatkan matanya. "Nasib baik Aida kahwin. Kalau tak sampai ke sudah abang tak jumpa Alisha."

Aku tersenyum sambil memukul bahu Abang Aiden. Memang dari dahulu lagi dia sering berjenaka denganku.

"Alisha ni kan, makin besar makin comel, makin cantik. Kalaulah tak jumpa abang tadi confirm dah kena ngayat. " sekali lagi Abang Aiden memujiku. Sepanjang kami berjalan, matanya langsung tidak kalih dariku. Asyik menenung wajahku. Kadangkala bahaya juga Abang Aiden ni.

Mulai saat ini, apa yang kau buat aku yang tanggung tolong jangan bebankan aku.

Senyuman aku mati. Aku pandang Abang Aiden. Dia mengangkat kening mengapa-denganku.

"Abang Aiden."

"Ye, saya."

"Abang janganlah pandang Alisha macam tu. Takut, Lisha." Ujarku sambil menundukkan kepala.

Aiden tersenyum. Dia geli hati melihat Alisha yang semakin dewasa semakin pemalu.

"Okey abang tak pandang macam tu dah." Kepalanya dikalihkan kedepan. Aku senyum paksa.

"Abang habis flight dari mana tadi?" Soalan aku memecahkan suasana sepi antara kami. Sebenarnya rasa bosan pula melihat Abang Aiden berdiam diri. Kalau nak tahu memang dari dahulu lagi abang Aiden seorang active-talker. Bermacam-macam soalan akan ditanya jika berjumpa denganku.

"Dari Amsterdam." Aku hanya meng'oh'kan.

"Siapa ambik Lisha? Pak usu ke?"

"Tak ada siapa. Lisha balik naik teksi je. Lisha nak buat suprise kat daddy."

"Teksi? Why not tumpang abang je." Aiden mempelawakan diri. Berharap si gadis tidak menolak.

"Hish takpayahlah. Buat susahkan abang Aiden je." Aku menolak dengan sopan. Bukan apa, diri ini rasa janggal pula.

"Susahkan apa. Tumpang abang je. Bukan siapa pun, Lisha je."

'Kalaulah abang Aiden tahu siapa sebenarnya Lisha.'

Tak bercakap banyak, aku hanya akur dengan pelawaan Abang Aiden. Benar juga kata abang Aiden. Sekurang-kurangnya jimatlah duit.

***

"Assalamualaikum."

Aku pandang sekeliling banglo 3 tingkat ini. I miss all of the moments. Rasanya banyak juga perubahan rumah ini sewaktu ketiadaanku. Gila rindu, lama sangat tak balik rumah. Rasa macam nak peluk setiap penjuru rumah ni.

"Waalaikumussalam. Eh, Alis ke ni?"

Wajah tua itu terus aku peluk. Eee rindu sangat dengan Mek Ida ni. Wanita yang tidak jemu mengasuhku. Menjaga makan dan pakaian untukku. Saban hari wajahnya semakin dimamah usia tapi wanita itu masih aktif dan cergas.

"Ya allah nak, kenapa kamu balik lama sangat. Mek Ida rindu sangat-sangat. Dahlah lama sangat kamu tak balik lepastu tak sempat Mek Ida nak masak sedap-sedap."

"Alah tak apalah. Alisha saja je ni nak buat suprise untuk semua orang dalam rumah ni. Ouh ya, mana daddy dan Intan?"

Kebiasaannya jam malam sebegini daddy akan duduk di sekitar ruang tamu sama ada berbual kosong dengan Pak Lan, minum kopi sambil menonton televisyen ataupun berbual dengan rakan sekerjanya tentang hal-hal berkaitan bisnes.

"Lupa nak bagitahu kamu, daddy dah balik kampung. Intan pula, ada dalam bilik dia. Nak jumpa dia ke? Nanti Mek Ida panggilkan dia. Mesti dia teruja nanti."

"Takpela Mek Ida. Biar Lisha je jumpa Intan. "

Daddy dah balik kampung? Kenapa awal sangat. Ingatkan balik sini bolehlah buat kejutan untuk daddy. Baru aku teringat, mesti daddy berfikir aku tidak hadir.

Kalau tak datang nanti apa pula kata? Nak pula sudah bertahun dia tidak menjenguk nenek dan atuknya. Mestilah rindu. Kadangkala daddynya sanggup pulang ke kampung semata-mata mahu kami berhubung melalui teknologi. Almaklumlah sudah berapa kali aku tegaskan supaya membelikan mereka telefon tetapi mereka berkeras mahu menolaknya. Macam-macamlah nenek dan atuk ni.

Lama berfikir cepat-cepat aku mencari telefon dalam beg tangan. Kalau namanya perempuan, cakaplah apa saja dalam beg tangan mereka. Semuanya ada.

"Hello, Assalamualaikum."

"Hello, waalaikumussalam. Ya Alisha ada apa?" Kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan dari corong telefon.

"Abang Aiden kat mana ni?"

"Abang baru matikan enjin. Sekarang ni abang kat rumah kawan." Balas Aiden disertakan dengan menguap. Penat sangat.

"Maaf, ganggu. Lisha nak tanya abang bila balik Johor?"

"Abang balik esok. Kenapa ya?"

"Boleh tak Alisha nak tumpang abang?"

"Ouh takde hal. Esok pagi pukul 9.00 abang ambik Alisha."

Aku jauhkan jarak telefon. Tadi dengar suara macam mengantuk. Tapi kalini bersemangat pula.

"Ok abang. Balasku sebelum kami mematikan perbualan.

***

"Ni kamu dah nak gerak ke, Alis?" Tanya Pak Lan. Di banglo aku dan keluarga Pak Lan yang diami. Sebenarnya Pak Lan, Mek Ida dan Intanlah yang menjadi separuh dalam keluarga ku. Kami sudah menjadi seperti keluarga diawal pernikahan kedua ibubapaku.

Pak Lan. Disini tugasnya sebagai seorang drebar daddy. Seperti yang aku katakan, dia dan Mek Ida walaupun sudah tua tetap gagah. Ini kerana mereka mengamalkan susu Anlene halamak tersasul pulak.

"Ya, Pak Lan. Alisha tunggu Abang Aiden sampai."

"Alishaaaaa aaaaa aaaaa aaaa!" Tersangkut-sangkut Intan menjerit dari dalam rumah. Mana tidaknya pagi tadi dia bangun tiba-tiba ibunya memberitahu Alisha diluar rumah. Cepat-cepatlah dia dengan tidak mandinya berlari keluar.

"Ya Allah, kamu ni Intan. Cubalah bawa bertenang bukan teriak macam ni. Malu ayah dengan jiran." Aku tertawa kecil mendengar sibapa memberikan teguran untuk si anak. Kadang aku terasa bahagia melihat keluarga mereka. Terubat rinduku pada daddy.

"Alah ayahnya ni pun. Intan rindu kat Alisha bukan ayah. Kalau ayah rindu Intan teriak cakap jelah." Omel Intan sambil mendepakan tangan kearahku.

Pak Lan hanya menggeleng melihat perilaku anak daranya yang mempunyai pelbagai kerenah.

"Eee, nak suruh orang peluk dia lahtu. Memang taklah dahlah tak mandi." Aku mengibas-ngibaskan tangan dihidung. Terus wajah ceria Intan bertukar cemberutnya.

"Alishaaaaa. Kau dahlah balik tak bagitahu aku. Dahlah makin cantik. Kau ni makin hot tau tak. Tiap-tiap hari aku scroll instagram kau. All of you posts aku saved. Hari-hari dm kau. Sampai hati kau buat aku macam ni? Apa salah aku? Tak layak ke aku nak rasa dipeluk?" Ah sudah. Mulalah dia keluar dengan sikap dramatik. Intan, Intan. Ingatkan makin besar makin matang, ini tidak. Makin Intan Raihana membesar, makin menjadi-jadi perangainya.

"Alololo. Iyalah. Meh sini kita peluk!" Aku menghampiri Intan. Dan kami sama-sama mengeratkan pelukan. Rindu tau.

Pon! Pon!

"Alisha, Aiden dah sampai tu. Tak usahlah kamu peluk si Intan tu lama-lama. Dia tu belum mandi lagi." Seperti biasa, Mek Ida dan Intan bagaikan kucing dan harimau. Pantang bergurau. Ada sahaja ayat mereka yang membuatkan semua orang menggeleng kepala.

"Hahaha, betul tu Mek Ida. Melekat air liur basi kat pipi Alisha. Aduhai. Alisha pergi dulu ya. Jaga rumah elok-elok. Apa-apa telefon ya." Aku memberikan lambaian sebelum berangkat kepada mereka bertiga.

Begitu juga dengan rumahku. Rindu you lah rumah.

"Hai abang!!" Sapaku ceria. Yela pagi-pagi takkan nak moody? Spoil mood satu hari nanti.

"Hai Lisha. Nampaknya tak sabar nak balik kampung dah ni." Balas abang Aiden yang sedang meletakkan beg aku di dalam bonet kereta.

"Maybe." Sebenarnya aku tidaklah terlalu teruja hendak pulang kesana. Bukan apa, buat masa sekarang aku ingin berehat dan mengelakkan dir beberapa hari ini.

Pertama sekali, aku malas hendak menjawab segala pertanyaan keluarga disana. Masakan tidak kalau boleh soalan mereka dalam kertas, tak muat bilik kebal peperiksaan.

Kedua, teruja aku hanya untuk berjumpa daddy, datuk dan nenek. Kalau yang lain tiada tak apa, asalkan bukan mereka bertiga. Mereka adalah orang yang penting dalam hidup aku.

Ketiga,

Rahsia itu.

Aku belum bersedia.

Belum bersedia.

Belum.




















Sebenarnya nak buat penulissn secara baku dan formal, tapi saya tak rasa saya boleh buat. Pada saya, penulisan secara santai adalah sangat sempoi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro