Bab 15
Sebelum baca saya harap awak cemua tak murung. Bab ni barai dan hambar. Huhuhu ; )
...
"MAKAN?"
"Haah, I teringin nak makan-makanan isteri you. You kata dia serba bolehkan?" Suara Nadia di corong telinga kedengaram beria. Entah apalah yang menyebabkan dia beria hendak makan hasil air tangan Alisha.
"Ouh, nantilah I tapaukan."
"Eh tapau? No, lah. I nak makan dengan korang. I kan kalau boleh nak kenal-kenal dengan Alisha tu."
Izard berkerut dahi. "Kenapa tiba-tiba?" Tanyanya hairan. Ia, cukup hairan sekali.
"Saja." Balas Nadia sepatah. Suaranya sengaja dileret-leretkan manja.
Hmmm, dia tak adalah antagonis mana cuma hanya sekadar teringin.
"Haih, malam ni kalau free datanglah. I suruh dia masak lebih."
Nadia sudah tersenyum girang! Yeay, yeah. Jimat duit hari ini. Tak adalah hari-hari kena makan telur goreng kicap by Kak Najjah.
Dia bukan tak pandai masak okay, cuma malas!
"InsyaAllah. Bagitahu dia tau saya datang. Takut salah faham je nanti. Hmm---"
***
Pintu kereta ditutup perlahan. Aku memandang kesebelah. Sebuah kereta milik Izard sudah tersadai disebelah keretanya.
"Awalnya dia balik..." Gumamku perlahan. Hairan.
Selama 2 bulan lebih aku duduk bersamanya tak ada pula Izard pulang awal. Kebiasaannya senja-senja dah hampir azan barulah boleh dengar deruman keretanya.
"Assalamualaikum, erm awak." Izard yang sedang berbaring disofa dicapai tangannya. Seperti biasa Izard tidak menolak dia hanya memandang Alisha selamba. Iya, dia tahu dari raut wajah isterinya yang kehairanan. Terkebil-kebil.
"Awal awak balik."
"Kenapa?" Izard mengangkat kening.
"Tak ada apalah. Saya naik atas dulu." pamitku sebelum melintasi Izard mendaki tangga.
"Ada tetamu nak dinner dengan kita malam ni." balasnya senada.
"Tetamu?" aku pula sudah berkerut seribu. Jaranglah ada tetamu datang. Malah, selama dia menetap disini tak pernah pula kawan Izard ataupun saudara-maranya datang.
"Uncle Amirul ke?"
"Bukan Abi. Kawan aku. Aku dah beli barang kat dapur tu, nanti masaklah."
Aku hanya mendiamkan diri. Mungkin kawan sekerjanya nak datang. Macam mana kalau Kak We datang? Ish, boleh terkenal satu hospital dia. Hehehe.
"Kawan awak tu bila sampai?" tanya aku perlahan sambil memandang kearah Izard yang sedar menyembur minyak wangi di kiri dan kanan leher. Setelah membantu menguruskan hal makanan di dapur tadi, aku tidak sempat untuk membersihkan badan. Sibuklah sangat padahal ada je masa.
"Nanti sampailah."
"Bolehke saya nak join?" ujar aku takut-takut. Mana tahu nanti bolehlah berkenalan dengan rakan-rakan perempuan Izard.
"Up to you."
***
Izard kata malam ini kawan dia mungkin seorang diri jadi aku hanya mengenakan pakaian ringkas sahaja.
Sebaik sahaja mendengar bunyi loceng rumah kedengaran, segera aku membuka pintu.
"Assalamualaikum."
"Awak?" Terkejut bukan kepalang aku melihat sosok tubuh Nadia yang manis bebaju kurung bersama seorang wanita yang nampak sedikit tua darinya. Mungkin kakak atau rakannya?
"Kot ye pun jawaplah salam saya dulu." Sindirnya sambil menanggalkan kasut.
"Wa-waalaikumussalam. Humm, jemputlah masuk." Malas berbahas lebih-lebih aku menyambut kedatangan mereka.
"Terima kasih pelawa kami." Balas wanita yang berada dibelakang Nadia.
"Sama-sama. Kak."
"Hai, you."
"Eh awal sampai. Kata pukul 9.30 sekarang baru 9.00 sharp." Izard tersenyum lebar memandang rakannya.
"Why not? 30 minit awal je. Ni Kak Najjah pun ada sekali I bawa. Nanti tak manis pula kalau I seorang je. Apalah orang akan kata kan?" mata Nadia mencerlung kearahku atau lebih tepat kata-katanya itu ditujukan untuk membarakan hati aku.
know what? Dia fikir aku kesah?
"Betullah tu. Jemputlah duduk. Alisha sediakanlah dulu dinner malam ni."
Aku hanya akur dengan arahan Izard. Bila depan diorang ni pula boleh je cakap dengan sopan santun siap berlemak lagi.
Setibanya didapur aku menghentak-hentakkan tangan yang dikepal kabinet dapur. Geram!
"Eee, hipokrit!"
"Apa yang hipokrit?" aku terus tersentak mendengar suara tersebut.
"Eh, akak."
"Awak ni mesti Alisha kan? Panggil akak Najjah je. Kalau tak selesa Kak Najjah. Akak tu macam dah kahwin je."
Aku tersenyum sahaja. Peramah pula Kak Najjah. Tak adalah busuk hati macam adik dia. Macam langit dengan bumi. Huh!
"Ni akak nak tanya mana toilet? Sorrylah datang rumah orang menumpang tandas."
"Eh tak apa. Akak belok kiri sebelah stor tulah tandas."
"Terima kasih."
***
Kerusi ditarik perlahan. Awal-awal lagi dia cop tempat duduk bersebelahan dengan Izard. Lelaki itu pun kelihata selamba dan seperti tiada apa-apa. Berlainan pula kakaknya yang sejak dari tadi lagi asyik menjeling-jeling tajam memandangnya.
"You nak makan apa I ambikkan?"
"Eh tak apalah. Kan I boleh ambil sendiri." Izard menolak pelawaan Nadia. Dia bukan apa setakat nak ambil makanan dia tak adalah pemalas mana sampai nak suruh orang.
Nadia menayangkan muka pasrah. Muka Alisha yang sinis itu dipandang jelek.
"Izard dan Alisha ni bila kahwin?" melihat kesemuanya hanya mendiamkan diri, Najjah cuba berbual dengan kedua pasangan itu. Biar hati adiknya panas!
"Errr..."
"Dah lama dah Kak. Lebih setahun dah." Izard membalas. Dia pandang Alisha, isterinya itu seperti terkesima dengan soalan yang diajukan.
"Seronoklah lepas ni ada baby pulak." tambah Najjah sambil meneruskan suapan makanan.
"Hah?"
Nasib baik tak tercekik. Kalau tak dah lama aku cekik soalan tu.
"Hahaha, akak ni. Macam tak ada soalan lain hek?" sampuk Nadia. Dia pun rasa janggal agaknya dengan soalan kakak dia.
"Saya rasa tak sedap badanlah. Saya minta diri dulu ya?" pinggan kotor aku angkut ke dapur. Sumpah bukan nak lari tapi kepala dah berdenyut-denyut dah ni.
Bukan baru kali ini aku dilanda migrain tapi memang dah selalu kalau stress dan tidak cukup rehat.
"Awak.."
Langkah aku ke dapur terhenti apabila tubuh kecil Nadia menghalang ke laluanku.
Agak jauh dari meja makan. Jadi tidak hairanlah kalau Izard dan Kak Najjah tak nampak.
"Ke-kenapa?"
"Pening ke nak lari?" dengan muka selamba Nadia menanyakan aku soalan.
Nak lari apa mende dia ni???
"Saya migrain dah ni. Boleh tak kalau awak ke tepi? Saya bukan tak hormat tetamu tapi kalau nak diikutkan dekat atas meja makan tadi dah saya baring." aku cuba naikkan sedikit nada suara aku tetapi masih boleh dikawal.
"Okay. I don't care about it. Yang pasti sekarang ni macam mana dengan awak?"
"Macam mana dengan saya?" aku ajuk balik soalannya. Tak faham apa yang cuba dimaksudkan.
"Haih, awak macam mana? Dah restu belum hubungan saya dan Izard akan datang?"
Nadia sudah menjulingkan bebola matanya. Kenapalah lembab sangat nak berfikir?
"In your dream." ujarku sambil mendengus kasar. Ni mesti nak ikut jejak langkah watak antagonis dalam novel sampai dalam realiti pun nak terkejar-kejar suami orang. Walhal haritu kata mereka berdua hanyalah sekadar berkawan rapat.
"Saya bukan nak jadi orang ketiga, Alisha. Tapi saya nak awak berhenti berharap. Dan kalau awak nak tahu Izard dah beralih pada saya." .aku perasan Nadia tenung aku dengan pandangan sayu. Huh aku dahlah nak pitam sekarang ini dia boleh pula buat drama.
"Awak fikir saya percaya?" duga aku tak mahu kalah.
"Terserah pada awak nak percaya atau tidak. Saya ni masih ada iman lagi tau nak buat dosa. Kalau awak tak nak sakit kemudian hari, baik awak mulakan dari sekarang. Sekarang orang memang dah kenali status kami dengan bertunang. Cuba awak bayangkan kalau dah hari-hari spend time berdua dah macam pasangan kekasih walaupun hanya sekadar kawan takkanlah tak ada sekelumit perasaan right? Think twice. Minta maaf kalau kata-kata saya akan buat awak terguris." Nadia menepuk-nepuk bahu aku lembut. Entahlah sama ada mahu percaya ini satu agenda ataupun tidak.
"Seriously? Tapi aku tak pernah pula ada hati untuk kau."
"Ya, aku cinta dia."
"Kenapa kau nak menafikan perasaan aku pada dia? Aku cinta dia kau faham?! Kau meroyan sebab tak boleh terima hakikat kan?"
Seperti pita rakaman kata-kata itu berlayar di benak fikiran aku. Arghhhhh! Kenapa kau bodoh Alisha?!
***
"Hamboiii, berangan ke tu?" Humaira menyisip jus oren. Dia memandang sekeliling kantin hospital. Tak adalah ramai mana harini. Tidak seperti selalu, sesak.
"Bukan beranganlah. Saya tengah berfikir." balasku cuba menafikan. Pandangan mata terhala ke tepi penjuru kantin. Rasanya sosok tubuh itu seperti dia kenal.
"Fikir apa ni?"
"Tak ada apa-apalah."
"Orang kalau ada masalah selalu cakap macam tu kan? Bila ada masalah tak nak share. Tapi nanti lama-lama pendam depresi terus salahkan orang sekeliling yang tak nak ambik tahu." Humaira berleter panjang. Dia dah biasa sangat dengan fikiran orang yang sebegini. Macam-macam ragam pesakit yang dia pernah merawat jadi tentang ini dia lebih arif.
"Alololo, sweetnya awak ni, Mai." pipi Humaira aku gomol seperti anak kecil.
"Yeah, I know 'bout it."
"Sewel. Err jomlah cepat makan awak kata nak ziarah kakak Fahad kan?"
Humaira mengangguk-angguk. Makanan dan jus oren cepat-cepat dia habiskan.
Nak tengok bakal akak ipar ni!
Tunggu kak, Mai sampai 5 minit dari sekarang!
Buru-buru mereka keluar. Sehingga tanpa aba-aba Humaira yang tadi tergesa-gesa terlanggar seseorang yang kebetulan juga hendak keluar.
"You, what!"
"Sorry, sorry encik. I memang tak sengaja. I terlanggar you. Ouh my god? Ada lebam ke?" Humaira belek tubuh lelaki dihadapannya. Kot-kotlah dia terlanggar sampai berlebam bahu lelaki itu.
Dahlah lelaki dihadapannya ini kacak. OMG, berkarisma giler!
"Eh, it's okay. Girl always like that." Balas jejaka itu dengan penuh sensual.
"OMG, abang! Abang Aiden buat apa kat sini?"
Abang Aiden menolak kaca mata hitamnya ke bawah. Senyuman mula terukir dibibir merah jambunya.
"Heii, apa yang abang nampak ni?" Balas Aiden teruja. Tak sangka betul boleh terjumpa sepupu kesayangan disini.
"Nampak Alisha lah. Alisha praktikal disini."
Humaira disebelah sudah membengkokkan lutut. Penat pula dia jadi patung disini.
"Alisha I pergi dululah. Nanti mesti Kakak Fahad tertunggu-tunggu." Aku hanya menganggukkan kepala.
"How small world. Abang tak expect pun boleh jumpa Alisha dekat sini." Termasuk kali ini adalah kali kedua aku dan abang Aiden berjumpa secara tidak sengaja.
Aku menarik kerusi bersebelahan di pintu. Tempat dimana abang Aiden duduk tadi.
"Abang buat apa dekat sini? Nak skodeng nurse lawa-lawa ke?" duga aku.
Dari pemakaian abang Aiden dia sedang mengenakan baju seragam juruterbang. Nampak segak! Tipulah kalau orang sekeliling tak pandang kami. Mesti mereka akan fikir sama ada kami sedang bercinta.
"Kesitu pulak. Abang hantarkan kawan abang, check up."
"Kenapa dia mengandung ke?"
Aiden geleng kepala. "Bukanlah, dia ada barah. Nasib baik baru stage 1. Itupun baru perasan minggu lepas." terang Abang Aiden bersama senyuman.
"Ouh, kasihan. InsyaAllah kalau selalu rajin treatment boleh ada harapan nak sembuh."
"Iyalah doktor to be." aku tersenyum suka. Bila dengan abang Aiden ni macam-macam je perangai keluar.
"Petang ni lepas kerja free tak?"
"Free, kenapa?"
"Jom keluar." abang Aiden goyangkan kepala sambil memandangku.
"Hmmm, tengoklah nanti. Abang jangan paksa-paksa Alisha pulak tau."
"Paksa jugak!" omel Aiden manja. Gedik!
Tanpa mereka sedari sepasang mata mula mencerlung tajam kearah mereka berdua dengan hati yang membara.
***
"8.00 malam baru nak balik, like seriously Alisha?" beg tangan, kunci kereta dan telefon pintar aku letakkan diatas laci meja. Awal-awal lagi Izard sudah tercegat depan pintu bilik rumah.
"Saya dah text awakkan yang saya nak keluar?" belakang badan yang terasa sengal-sengal aku regangkan. Ingatkan nak terus mandi tapi bila dah kena soal dengan lagak polis pencen ni terus terbantut niatku.
"Lepastu? Kau boleh sesuka hati keluar dengan jantan lain sedangkan aku dekat rumah balik kerja penat-penat tunggu kau nak masak. Kau ni isteri jenis apa?"
Tercengang aku dengan soalan yang diajukan spontan oleh Izard. "Tapikan saya dah masak lebih semalam? Awak boleh je kan panaskan?" takut-takut aku menjawab. Dia fikir aku sesuka hati jeke nak keluar tanpa sebarang aba-aba?
"Kau bagitahu aku, kau pergi mana dengan jantan tu tadi?" kolar kemeja aku ditarik kasar. Badanku sedikit terjungkit dek kerana cengkaman Izard.
Tak teratur nafas aku menahan kecur liur. Wajah Izard saat ini memang bengis dan penuh amarah.
"Awak, s--saya. Lepaskanlah." aku cuba tarik tangan kekar Izard namun dia semakin menguatkan cengkaman. Apalah sangat nak dibandingkan sangat kudrat seorang wanita dengan lelaki.
"Kenapa Alisha? Kau memang dah tergila-gilakan dengan Aiden sejak dari dulu lagi! Sebabtu kau boleh menggeletis dengan dia belakang aku." Gigi diketap kuat sambil menuturkan kata.
Air mata aku meluncur laju membasahi pipi. Gerun dengan kelakuan Izard.
"Sundal!" tempelaknya kasar.
PANG!!!
Tak semena-mena tangan aku hinggap dipipi maskulinnya. Semakin deras air mata saat ini. Hanya tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hati aku sekarang ini.
"Awak ni memang melampau kan? Jaga sikit mulut awak. Saya tak jahil lagi untuk jadi bodoh dalam hal hukum hakam. Sampai macam tu sekali kan awak gelarkan saya?"
Izard pegang pipinya yang sudah berbekas dek kerana tamparan hebat isterinya.
"Kau memang kurang ajar kan! Kau tampar aku kau ingat kau siapa? Apa dah yang jantan tu ajar?"
"Awak ni kenapa? Jantan tu sepupu awak tahu! Sepupu awak. Aiden dan saya tak ada apa-apa! Apa yang awak tak puas hati sangat?"
"Selama ni saya boleh sabar lagi awak duakan saya. Walaupun awak sendiri tahu macam mana saya jaga diri saya selama 7 tahun. Selama 7 tahun itulah saya sedar saya bawa nama isteri awak dan sekarang ni bila saya balik, awak dah ada seseorang yang selalu mendampingi awak, yang awak cintakan dia. Awak tahu tak perasaan saya macam mana? Sakit. Sumpah sakit!
Saya manusia Izard. Saya bertahan ini pun sebab saya rasa saya kuat. Tapi sekarang? Saya dah lemah. Lemah bila suami sendiri tohmah tanpa usul. "
Lengan kemeja lencun sepenuhnya dek kerana air mata yang tak henti-henti mengalir. Beg pakaian diatas almari aku capai. Pakaian yang berada di almari aku campak diatas katil mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk hubungan kami.
"Kau nak pergi mana?" tanya Izard dengan suara serak basahnya. Mungkin tadi dia terkesima dengan kata-kata aku.
Mungkin.
"Izinkan saya keluar dalam masa beberapa hari ini. Saya nak cari ketenangan. Saya penat dengan awak. Awak tak pernah nak fikirkan perasaan saya. Apa yang awak tahu sakitkan hati saya." beg pakaian terus aku zip. Kunci kereta, telefon pintar dan beg tangan aku capai.
"Aku tak izinkan kau keluar. Selangkah kau keluar dari bilik ini aku ceraikan kau talak satu Alisha!" tertahan-tahan nada suaranya menahan amarah.
Langkah aku terhenti. Semakin deras saat ini air mata merembes keluar. "Awak ugut saya? Awak ingat tak 7 tahun lepas awak pernah cakap pada saya hubungan ni takkan kekal lama. Kita akan bawa haluan masing-masing right? Dan sekarang inilah masanya. Halalkan makan minum saya, Izard. Terima kasih kerana awak jaga saya selama 3 bulan ni." dua langkah kehadapan dan kini aku sudah berada dihadapan pintu bilik.
Secara amnya aku bukan lagi bergelar isteri kepada Izard. Raut wajah Izard aku pandang buat kali terakhir. Aku hulurkan senyuman kecil.
"Kita bukan lagi suami isteri sekarang. Terima kasih untuk segala-galanya." ujarku sebelum mara kehadapan.
Sebelum itu aku sempat berpusing memandang Izard yang sedang tercegat dibirai katil.
"Bila awak dah kahwin dengan pengganti saya, jangan lupa jemput saya." dan aku pandang sekeliling rumah ini. Ini kali terakhir aku disini. Goodbye Gidan!
Izard raup kasar wajahnya. Dia mengucap bersama nafas yang tersekat-sekat.
"Apa kau dah buat Izard?"
Hahah cerai pon. Baiklah saya minta maaf buat storyline berterabur macam yini. Part barai teruk huhu. Maap salah silap. Stay tuned jangan remove tau dalam library awak shemua .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro