Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

"Thanks tau. Sambil kau bekerja sambil berbual dengan aku, hihihi."

Aku hanya tersenyum memgangguk. Tidak sangka niat nak mengambil sampel urin dari pesakit dan ternyata pesakit itu sendiri merupakan ibu kepada Rachel yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas.

Sebenarnya aku turut terkejut, Rachel sepatutnya berada di Singapura dan tak sangka dia sudah berhijrah ke sini. Alasannya adalah hal keluarga.

Macam mana dengan bapa dan adik-beradiknya yang lain?

Bukan masalah kau, Alisha!

***

"Nadia? Serius lah?" Mata Najjah dikerdipkan berkali-kali. Sungguh dia tidak percaya dengan niat berani mati adiknya ini.

Nadia mengangguk perlahan. Dia tidak gentar walaupun sedikit. Apa yang perlu dia lakukan saat ini hanyalah untuk kebaikan masa hadapannya. Dia bukanlah jenis hendak merosakkan rumah tangga orang tapi memang dia perlu lakukan sesuatu.

Sesuatu yang tak mustahil untuknya.

"Lantaklah. Akak doakan niat kau ni tak kesampaian." Najjah menggeleng kepala sendiri. Penat lelah dia berleter setiap hari bukan dicerna sekalipun. Apa yang dia cakapkan kepada Nadia seperti mencurah air ke daun keladi.

"Ni dah berbincang ke dengan Izard pasal hal ni?"

"Buat apa nak berbincang dengan dia? Inikan urusan Nadia dan isteri dia. Rasanya tak perlulah Izard nak tahu."

"Haish, lantak awaklah Cik Nadia oi! Suka sangat buat keputusan sendiri. Nanti padahnya sendirilah merasa, ya?"

Nadia memekakkan telinga. Masalahnya sekarang bukan kakaknya yang akan menentukan hidupnya tetapi dia. Jadi biarlah dia buat keputusan. Manusia mampu merancang dan hanya Allah yang akan menentukan.

***

"Fuhhh!" Seperti biasa waktu petang sekarang ini akulah yang akan pulang dulu kerumah. Izard pula seperti rutinnya, dia akan pulang lebih lewat dari aku dan jarang sekali untuk pulang awal.

Dia memang sibuk sehinggakan sudah hampir 2 bulan kami tidak menziarahi atuk dan nenek di kampung.

Walaupun Izard hanyalah ada Uncle Amirul.

Ding! Dong

"Masuk," laungku dari sofa. Siapa sahajalah yang selalu menjenguk kerumahku kalau bukan Haifa ataupun Intan. Hmm----

Aku celikkan mata. Hairan juga tadi aku sudah pelawa masuk tapi dah lebih 15 minit tak masuk-masuk? Kot-kotlah yang tekan loceng tadi bukan manusia.

Eyyyy

Terus aku jadi gelabah. Nak buka pintu ke tak nak ni? Takut-takut pula nak pegang tombol. Aish, seram!

"Bismillah."

"Assalamualaikum,"

Terbuntang terus mataku sebaik melihat empunya sosok tubuh dihadapanku.

Termasuk kali ini adalah kali kedua aku menerima kejutan tentang orang luar datang kerumah ini.

"Wa...waalaikumussalam," liur aku teguk. Matilah aku, kalau dia tanya kenapa aku ada disini.

"Cik ni, urm cik cari siapa?" Aku garu kepala seolah-olah kami baru pertama kali bertemu.

Kejap, kalau dia ada disini mestilah cari Izard, kan?

"Saya cari...."

"Izard.... Izard tak ada, dia belum balik lagi. Kalau cik nak tunggu dia masuklah dalam dulu." Pintu aku buka lebih luas. Mempelawa gadis yang manis berhijab itu masuk.

Dia hanya tersenyum sebelum membuntuti aku ke ruang tamu.

"Tunggu sekejap ya, saya ambil air untuk awak."

"Eh, tak perlu susah-susahlah Alisha. Saya okey je." tetapi aku hanya menggeleng, tetamu datang membawa berkat bukan? Jadi seeloknya kitalah yang harus melayani dengan baik.

"Tak susah pun."

Beberapa minit kemudian aku datang membawa 2 gelas jus oren.

"Terima kasih." tuturnya lembut. Aku hanya mengangguk.

"Sebenarnya saya datang sini bukan nak cari Izard atau sesiapa."

Dahiku kerut. Kalau bukan cari Izard buat apa datang sini? Takkanlah nak cari aku. Aku pun bukannya kenal gadis dihadapanku ini.

"Then?"

"Saya nak jumpa awak, Alisha."











Tumpang lalu, ajumlah vote part ni~~~~ hihihihi








"Kenapa awak nak jumpa saya?"

Nadia pandang Alisha lama-lama. Sejuk je tengok raut wajah cantik isteri Izard.

Tapi tulah, Izard ada isteri yang baik dan cantik tetapi dia tak pernah menghargainya.

"Awak kenal saya sebagai apa Alisha?"

Wanita itu hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian dia menjawab, "awaklah bakal isteri dia kelak."

Dan tipulah jika dia tidak terkejut dengan jawapan yang diberikan. Dia rasa seperti ingin merampas kebahagian orang pula saat ini.

"Macam mana awak tahu saya isteri dia? Dia ceritakan pada awak? Saya rasa malu pula dengan awak,"












Aku tersenyum hambar. Malu pula bila teringat pertama kali mereka berjumpa dia bersikap tidak rasional dihadapan gadis itu. Siap panggil Fahad sayang lagi.

Ya Allah, sumpah malu. Dan nasib baik ketika itu juga Fahad tak berapa dengar rasanya sebabnya dia nampak Fahad bersikap tenang dan selamba tanpa menanyakan dia sebarang soalan sekalipun.

"Betullah tu. Hmm, saya ada benda nak bercakap dengan awak sekarang ni." tangan aku ditarik perlahan oleh Nadia. Aku hanya memerhatikan tingkahnya. Jangan dia ambil sudah.

"Bagitahulah saya apa dia?"

" Janjilah dengan saya bila saya beritahu hal ni pada awak, jangan marahkan saya?"

Jangan marah? Aku ketawa sinis dalam hati. Tipulah aku tak marah, kalau nak diikutkan perasaan dah lama nak bunuh je gadis yang berjaya datang menjadi orang ketiga dalam hubungan aku dan Izard.

Tak kisahlah dia dah lama bersana dengan Izard atau tidak, tapi kalau orang tu dah berpunya takkanlah masih nak stay?

"Saya tak tahulah kalau hati saya okey, awak beritahu jelah." balasku malas mahu berbasa-basi.

Tak boleh ke direct je?

"Saya tahu saya ni teruk sangat. Saya sibuk nak dengan Izard walaupun saya dah tahu awak dan dia suami isteri. Dan saya nampak, perasaan awak pada dia..."

"Saya tak ada perasaan pun dengan dia. Izard mesti ada ceritakan pada awak kenapa kami berkahwin bukan?" celahku tanpa sempat Nadia menghabiskan kata-katanya.

Dia ketawa merujuk kepada riak wajahku yang sedaya upaya menafikan apa yang diperkatakan tadi. "Janganlah tipu, kalau tak ada kenapa gelabah dan bahasakan diri 'sayang' kepada Fahad hari itu?" sindir Nadia.

Melihat reaksi yang tidak membalas dan diam sejak dari tadi lagi, Nadia menyambung "Sorry, saya tak ada niat pun nak cakap macam tu."

"Awak nak cakap apa sebenarnya?" Ujarku malas-malas. Pantang betul bercakap dengan orang yang suka meleret-leret.

"Saya dan Izard tak pernah bertunang pun selama ni sepertimana yang semua orang tahu."

"Hah?" Walaupun terkejut besar reaksi wajah aku cuba kawal. Biar betul tak pernah bertunang? Habistu yang selama ni apa?

"Saya tahu mesti awak terkejut. Sebenarnya ada sebab kenapa kami memalsukan hubungan ni." Nadia tersenyum kelat. Entahlah dia sebenarnya tidak yakin hendak menceritakan hal sebenar.

"Saya tak faham. Boleh awak ceritakan sebetulnya?"

"Izard tu kawan saya, kami dah berkawan lebih dari 6 tahun. Selama ni dia cuma tolong saya."

Aku berkerut dahi. "Tolong?"

"Bekas kekasih saya cuba nak berkeras dan ganggu hidup saya, dia siap ugut lagi nak bunuh saya. Parent saya pun paksa saya bersama dengan dia. Tapi saya tak nak, nasib baik ada Izard, dia yang selamatkan saya." Bersungguh-sungguh Nadia menceritakan hal yang sebenar kepada Izard. Berharap aku mempercayainya.

Namun entah kenapa, aku masih ragu-ragu dengan ceritanya. "Betul ke Izard nak tolong awak? Dan bila benda tu berlaku, awak dan dia 'tunang' dah 2 tahun kan? Terus apa hubungan awak berdua sekarang ni?" Bertalu-talu soalan itu aku ajukan. Keraguan masih menerpa dalam hati. Boleh percayakah gadis ini?

"Awalnya Izard tak nak, tapi saya merayu dan akhirnya dia berniat nak bantu saya. Tentang hal itu dan hubungan kami sekarang ni hanyalah sekadar kawan rapat. Saya harap awak tak salah sangka."

Aku hela nafas lega. Sikit demi sedikit aku mula mempercayai. Jadi Izard tidak pernah menduakan aku selama. Aku tersenyum gembira.

Berbalik pula pada Nadia dia memandang senyuman aku dengan penuh makna.

One problem is solve.... and now,

"Tapi ada satu lagi perkara yang saya nak beritahu pada awak."

"Apa dia?"

"Hati saya dah terpaut dengan dia."

Prakkk!

"Apa awak cakap ni Nadia! Tadi awak kata dengan saya, awak dan Izard hanya sekadar kawan rapat." Aku bangun dari sofa dek kerana terlalu geram dengan sikap gadis yang bernama Nadia ini cuba membelitkan keadaan.

"Ya, memang tadi saya kata kami kawan rapat. Tapi saya perempuan macam awak juga, Alisha. Bayangkanlah dalam masa 2 tahun kami selalu berdua tipulah kalau saya tak jatuh cinta. Dan sekarang saya rasa saya tak boleh kehilangan dia."

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dasar tak tahu malu!

"Saya isteri dia. Awak tak fikir ke perasaan saya?"

"Yes, perasaan awak. Tapi apa pula saya? Isn't fair!"

Aku memandang Nadia penuh kebencian. Sumpah rasa nak bertaekwando sekarang jugak!

"Habistu awak nak saya buat apa untuk adilkan keadaan?"

Aku pandang Nadia atas dan bawah. Tak guna betul muka je bertudung cantik tapi attitude kelaut.

"Saya nak kahwin dengan Izard. Ss..saya tak kisah kalau kita bermadu." Nada Nadia seakan-akan merayu.

"Gila."

***

"Meow....meow....meow"

Berkali-kali dia memanggil si kucing. Sejak pulang dari kerja tadi dia tidak nampak kelibat kucingnya berkeliaran digaraj kereta. Jika kebiasaannya si Gidan lah yang akan menyambut kepulangannya. Manakala Alisha pula sibuk berperang dengan dapur.

"Gidan!"

"Gidan!" Laungnya sekala lagi. Puas dia melingas sekeliling dapur. Tak ada!

Dia beralih pula kepada seseorang yang sedang khusyuk menungkan sesuatu di ruang tamu.

Izard mendekati Alisha perlahan-lahan. "Kalau nak berangan sekalipun janganlah membazir elektrik." Sindirnya sambil menghempaskan punggung disofa. Kakinya dilunjurkan kebawah sehingga bertemu dengan hujung kaki Alisha yang sedang bersila. Kepalanya dilentokkan keatas meja kopi. Dahlah bertentangan mata dengan Izard. Cepat-cepat dia menutup mata.

Izard menjeling tajam kearah isterinya yang hanya mematungkan diri. Sakit pula hati. Gidan yang berada diriba Alisha dirampas. Punyalah orang mencari merata. Haish.

"Baba panggil bukan nak dengar. Eyy, dia ni." Gidan digomol kuat. Comelnya siapa jelah tak sakit hati!

"Kenapa dengan tangan tu?" Fokusnya pada Gidan beralih kearah lengan Alisha yang sedang menggosok-gosok mata.




Aku belek-belek lenganku, "Tak ada apa."

Izard mendecit. "Tak ada apa-apa tulah Fahad yang tolong kau kan?"

Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak bertekak dengan Izard. Aku penat! Tak puas lagi sakit hati dengan Nadia petang tadi.

"Diam, huh. Kau memang ada affairkan dengan dia. Come on Alisha, dia kawan aku kot."

"Apa awak merepek ni?! Bila masa pula saya berniat nak duakan awak melainkan awak sendiri yang duakan saya." Telinga aku cukup panas dengan sindiran pedasnya.

"Wow, dah pandai melawan. Great job, bila dah bertahun duduk negara orang mana hilangnya taat kau?"

Aku cuba bertahan untuk bersabar. Malas mahu membalas sindirannya terus aku berjalan menuju ketangga.

"Kau kan.." Tangan aku ditarik kasar oleh Izard. Aku meringkis kesakitan. Tak sangka dia boleh berkasar denganku hanya kerana perkara remeh.

"Sakitlah, awak ni kenapa!"

Aku cuba mengusap perlahan lenganku. Kesan lukajarum branula yang lepas belum pulih sepenuhnya. Kini Izard pula yang cuba untuk menyakitiku.

"Kau cintakan orang lain selain aku?" tanyanya tegas tapi senada.

"Tak. Saya tak cintakan sesiapa melainkan awak." balasku bersama tangisan yang terhambur. Dia mencengkam bahuku kasar.

Izard tersenyum. "Seriously? Tapi aku tak pernah pula ada hati untuk kau."

Aku pejam mata erat. Sakitnya hati Ya Allah. Cukup terguris dengan kata-kata Izard.

"Tapi saya isteri awak, takkanlah, tsk...tsk... Awak cintakan Nadia?" kali ini aku tak tertahan lagi. Harap-harap Nadia hanyalah sekadar bertepuk sebelah tangan. Aku tidak kisah kalau Izard tidak mencintai aku sekarang ini sekurangnya-kurangnya aku boleh membuatnya mencintaiku.

"Ya, aku cinta dia."

Aku gelengkan kepala. "Tak, tak.. Awak tipu. Awak cuma tolong dia bukan awak cinta dia."

"Kenapa kau nak menafikan perasaan aku pada dia? Aku cinta dia kau faham?! Kau meroyan ke sebab tak boleh terima hakikat kan?

Sudahlah Alisha. Jangan terkejarkan cinta yang tak akan berbalas." Ujar Izard sebelum berlalu melintasi Alisha mendaki tangga.

"Sampai hati awak, Izard." Terhinjut-hinjut bahuku menghamburkan tangisan.




Minta maaf semua ambillah masa kejap.

Minta maaf lagi saya update lambat. Hurm terukkan saya? Actually phone buat hal. Bila nak touch tak boleh. Sampai dah fade up nak menulis. Nak tulis I-talik pun tak boleh. Nasib baik boleh hitamkan word ni. Tu pun kena tekan berkali-kali dengan mencarut. Unresponsive touch ni rasanya takde penawar. Kena ganti baru, huhuhuhu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro