Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Boleh dikatakan sudah berkali-kali Izard menukar siaran. Semua siaran yang dipaparkan dikaca televisyen tidak kena dengan citarasanya.

Sebenarnya dia bosan saat ini. Setiap kali hendak bercakap dengan Alisha, gadis itu seolah-olah mahu mengelak darinya.

Macam sekarang ini, dia berada diatas katil sedangkan Alisha sedang menyibukkan diri membaca novel dari luar koridor. Tumpuannya terarah kearah Alisha yang sedang khusyuk membaca sambil tangannya menggosok-gosok lengan dek kerana kesejukan. Rambutnya yang hitam panjang berterbangan ditiup angin malam. Baju tidur satin yang dipakainya turut melekap sehingga menampakkan tubuh badannya yang ideal dan

Seksi.

Izard memukul dahi. Apa jadah dia menungkan sampai ke situ. Terus matanya berkalih kepada siaran televisyen. Bantai jelah cerita apa ada.

Tumpuannya terganggu seketika apabila nada dering panggilan masuk berirama di telefon pintar milik Alisha.

Izard memandang sekilas. Biarlah nanti Alisha dengar. Khusyuk baca novel romantik sampaikan orang call pun tak perasan. Itu baru orang call, dia ni? Yang besar tapi tak sebesar gajah pun tak pandang sebelah mata. Tunggu jelah masa semua novel Alisha akan dia sorokkan.

Hahahaha, Izard ketawa jahat.

Sekali lagi telefon pintar itu berdering. Izard sudah tutup telinga. Bising ya amat!

"Alisha!"

Laungnya perlahan.

"Woi, Alisha!"

Untuk kali kedua, laungannya tak berbalas. Dia sudah mendecit geram. Telefon dibirai katil diambil. Sempat juga dia melihat si empunya nama.

Abang Aiden.

Ceh, tak habis-habis nak menganggu isteri orang. Cita-cita tinggi sampai terbang ke awan tapi otak serendah-rendah manusia berpijak. Tanah kau!

Pintu gelangsar dibuka kasar. Hilang mood nak mengusik gadis itu seperti kebiasaannya. Kalau boleh nak aje dia sekat si Aiden ni.














"Kau ni pekak ke apa?"

Aku tersentak. Terkejut lahai tiba-tiba maki orang. Aku pandang ke tangan Izard, dia sedang mengenggam telefon pintar aku.

"Kenapa awak ni?"

Kedengaran Izard berdecit.

"Nah, abang kesayangan kau."

Abang kesayangan? Aku pandang Izard pelik. Dia mencerlung aku tajam. Telefon milik aku ditangannya aku rampas.

Abang Aiden? Ini lagi satu. Nak apa pula malam-malam macam gini telefon orang? Kalau sekali tak apalah juga. Ini 4 panggilan terlepas, kadang-kadang naik rimas juga aku dibuatnya. Tidak tahukah dia macam mana penat lelah aku seharian menguruskan pelbagai jenis ragam pesakit.

"Hello, ha nak apa?"

"Alhamdulillah, sihat. Abang?"

"Tak confirm lagi dapat cuti tidak. Ha? Abang Aiden nak datang? Eh, tak payahlah. Alisha duduk dengan kawan perempuan. Kalau abang jenguk nanti apa orang kata pula."

"Okeylah, Alisha pun sibuk ni. Bye abang."

Aku mendengus lalu meletakkan telefon diriba. Novel tebal ditangan aku buka. Tadi punyalah dah feeling nak menangis ending dia yang mengayat hati. Boleh pula si heroin mati, kesian suami dan anaknya huaaa.

"Dah habis?"

Aku terkedu melihat Izard yang sedang berdiri bersandarkan pintu gelangsar. Kedua belah tangannya disilangkan didada.

Uish segak naaa walaupun hanya memakai baju t-shirt putih dan strecht sweatpants berwarna kelabu. Aku agak dia memang mendengar perbualan aku dan Abang Aiden.

"Hmm." Balasku senada. Malas nak pulangkan paku buah keras. Sedangkan dia sendiri dengar perbualan aku dan Aiden tadi takkanlah tak dengar aku cakap BYE!

"Lepasni aku tak suka kau layan dia. Block je nombor." Ujar Izard dengan nada tegas. Matanya tepat menikam kearahku tidak berpuas hati.

"Kenapa sampai macam tu sekali? Saya bukan melebih-lebih pun dengan dia." Tadi memang aku kata nak sekat nombor Abang Aiden tapi tak ke rasa kesian? Nanti kalau ada apa-apa hal kecemasan kan susah. Hish.

"Aku kata block, block jelah. Bukan susah pun, apa yang kau tak faham bahasa sangat hah!" Suara Izard naik seoktaf membuatkan aku terhinjut bahu. Ya Allah dia ni. Takkan pasal itu je nak mengamuk.

Aku hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala. Jujur aku tak suka jika orang meninggikan suara kepada aku apatah lagi Izard, dia lelaki, bila-bila masa sahaja jika amarahnya meletus aku akan jadi mangsa dia lempiaskan barannya.

Izard meraup kasar wajahnya. Huh,

"Sorry."

***

Aku celikkan mata memandang jam yang menunjukkan masih lagi tengah malam. Pukul 3:31pagi.

Kuapan kecil aku lepaskan. Tiba-tiba pundi ini rasa nak terkucil. Dan, baru aku perasan tangan kiri aku dibawah badan Izard. Posisi kami sekarang ini adalah aku tidur berpelukan dengannya.

Jika kebiasaannya tidur sambil memeluk sesuatu adalah normal bagi manusia malah ada yang dikatakan habit berbalik pula pada aku,

Aku lain.

Kalau tidur peluk sesuatu tak sah kalau tak cium sampaikan pernah ketika arwah daddy masih hidup dahulu wajahnya penuh dengan air liur basiku.

Aku sudah termalu sendiri. Macam mana kalau aku buat benda yang sama pada Izard?

No, no.

Perlahan-lahan aku tarik tangan aku dari bawah bimbang kalau-kalau dia terbangun. Terus aku berdesup ke tandas di ruangan bilik.

Izard mencelikkan mata setelah beberapa saat Alisha berdesup lari ke tandas. Dia tersenyum kecil.

Pipinya yang basah dipegang. Masih lagi terasa kehangatannya. Badannya disandarkan di kepala katil sambil disokong oleh bantal.

"Aw..awak terbangun ke?" Sapa satu suara setelah keluar dari tandas. Ikatan rambut yang terlonggar diketatkan.

"Tak... Aku tak tidur pun."

Kata-katanya itu membuatkan mata gadis dihadapannya terbuntang.

"Tak...tak tidur?"

Izard senyum nakal. "Iyalah, kau cium aku rakus sangat."

"Hah? Bi...biar betul? Sorry ganggu awak." Gadis itu masih lagi berada di tepi katil. Wajahnya berbahang malu. Alahai baru usik sikit dah blushing. Boleh dikira basah juga muka dia kena cium. Ish tak tahan!

"Tak apa, meh sini." Izard tepuk katil disebelahnya. Mempelawa Alisha duduk.

Dia memerhatikan gadis itu memanjat katil. So cute...

"Kalau aku kata nak kau bagi?" Keningnya diangkat-angkat.

"Huh? Nak apa?"

"Nak kau." Ujar Izard sebelum menayangkan senyuman gatal.

***

Pen di tangan aku perhatikan lama. Urat ditangan terasa lenguh seketika. Mengambil sedikit masa setelah selesai menulis dokumentasi pesakit yang baru masuk wad.

Kebiasaannya jika waktu-waktu lapang seperti ini aku akan mencuri masa dengan berbual kosong dengan beberapa orang jururawat dan doktor.

Sebenarnya ada juga aku tercari-cari kelibat Fahad. Semenjak dari hari itu dia langsung tidak mendekati ataupun menegur aku. Kecewakah dia? mungkin juga dia sibuk sepertimana Humaira. Sejak kebelakangan ini juga kami berdua jarang berbual.

Huh....

Kalaulah aku ini jenis peramah mesti tak lonely macam sekarang ini.

Apabila jam sudah menunjukkan waktu bekerja aku telah tamat, kalut-kalut aku mengemas. Hari ini Intan yang menjemputku dan dia akan menghantarkan kereta untuk aku.

Berkaitan dengan Izard aku sudah beritahu dia awal-awal lagi dan dia nampaknya tidak kisah.

Tak mengapa sekurang-kurangnya selepas ini aku tak menganggu dia hendak keluar berdua dengan 'tunang' dan tidak akan susahkan Haifa untuk mengambil aku. Jika dia adalah tunang seperti yang diperkatakan Haifa beberapa hari lepas, aku tetap masih lagi boleh bertahan dari rasa sakit. Kerana selagi Izard belum menceritakan hal yang sebenar selagi itu aku masih percaya padanya. Aku bukanlah seorang yang tidak berfikir secara rasional dan

KOLOT.

Sedang aku melewati kawasan parkir kereta aku terlihat sosok tubuh kanak-kanak mengaduh sakit. Dia berjalan mengengsot menghampiri kerusi batu yang memang disediakan pihak hospital.

Dengan berhati-hati aku menghampiri kanak-kanak itu. Jubin lantai hospital ini kelihatan bersinar mungkin pihak kerja pembersihan baru selesai mengemop dan tidak memasang angin untuk mengeringkan lantai. Cis!

"Adik? Kenapa ni?"

Bahu kanak-kanak perempuan itu terhincut-hincut. Wajahnya comot dipenuhi dengan tangisan. Tetapi nampak sangat comel dengan kulit sawo matang dan pipi yang sangat tembam.

"Sakit...tsk...tsk..Amani. Tsk....tsk...jatuh." Tangannya memggosok - gosok lutut yang terdedah dan ya, lebam. Memandangkan kanak-kanak perempuan itu hanya memakai gown satin.

"Ouh, Amani jatuh? Okey tak apa. Akak tolong ya?"

Dia mengangguk.

"Amani dengan siapa?" Aku pandang sekeliling. Rasanya kanak-kanak ini mungkin terpisah dengan ibunya. Adakah ibubapa kanak-kanak ini tidak peka?

"Amani?"

Aku pusingkan kebelakang memandang suara yang aku kenal. Aku tersenyum hambar.

"Thanks god. Rupanya my niece ada dengan awak. Saya fikir dia hilang tadi."

"Your niece? Nasib baik saya jumpa dia ketika dia jatuh tadi. Awak tak jaga dia ke? Bahaya tau nasib baik saya yang jumpa dia cuba bayangkan kalau penculik." Bersama ceramah sekali aku berikan. Sedikit kesal kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 tahun ini dibiarkan seorang diri.

"Taklah kakak, tadi Amani yang larikan diri dari uncle." Amani yang sedang duduk diriba aku bersuara.

Fahad tersenyum. "Dia lari tadi. Sebab tu saya bersyukur pada tuhan awak jumpa dia. Amani come, kenapa ni lari?" Amani yang turun dari ribaku menghampiri Fahad. Fahad mengusap lembut kepala anak saudaranya.

"Amani rindu mama. Uncle tak kasi Amani jumpa mama. Amani lari. Amani minta maaf." Amani peluk Fahad erat. Dihamburkan tangisan dibahu Fahad yang sudah duduk mencangkung menyamai ketinggian kanak-kanak kecil itu .

"Shhh... Dah, dah." Bahu Amani ditepuk perlahan. Fahad bangun sambil mendukung Amani.

Aku tersenyum. "Dia jatuh nasib baik tak injured. Saya minta maaf sebab salah sangka."

"It's okay."

"Mana mama dia?"

"Mama dia dekat NICU. Ada komplikasi sewaktu melahirkan anak kedua tadi. Itu yang saya tak bagi dia tengok. Takut terperanjat je Amani ni." Fahad menepuk-nepuk punggung Amani. Nampaknya Amani sudah tertidur dalam dukungannya.

"Amani comel sangat. Saya boleh tertawan kalau ada anak macam dia." Aku ketawa hambar.

Fahad mengerutkan dahi. "Awak tak ada rasa nak ada nak ke dengan suami awak?"

***

"Kawan aku tu dah sampai lama ke?"

Intan yang sedang khusyuk membawa kereta mengangguk. "Dah lama juga. Kalau nak diikutkan diorang dah sampai dari pukul 2 petang tadi."

Aku mengangguk-angguk. Patutlah beberapa hari lepas sewaktu kami berhubung melalui aplikasi skype mereka ada meminta alamat. Aku fikir mereka mahu menghantar barang melalui talian. Cis, tak guna.

Kereta yang dipandu Intan memasuki perkarangan rumahku.

Semenjak ketiadaan arwah daddy semua segala urusan mengenai hal kerja diuruskan oleh bapa saudaraku. Itupun dia satu-satunya merupakan adik daddy.

"Assalamualaikum."

Kosong.

Intan yang sedang meletakkan kasut di rak aku pandang.

"Mana diorang?"

"Ada dekat bilik tetamu kot."

Aku angguk perlahan sebelum langkah berjalan menaiki anak tangga.

Pintu bilik tetamu itu aku tolak perlahan. Dan sosok empat mata itu membulat terkejut.

"ALISHAAAAA!"

Aku tersenyum. Tidak sangka mereka akan datang untuk berjumpa dengan aku.

"Kau orang buat apa sampai kesini?"

"Kami nak buat suprise. Tapi tak sangka kau yang bagi kami pula suprise."

"Babe, aku tak sangka kau ni kira orang berada. Besarnya rumah!" Deavina yang berada diatas katil memandang sekeliling teruja. Seakan-akan jakun.

Rachel menjeling tajam. Dasar tak malu!

"Rach... Apa maksud kau ni?" Soalan Deavina aku abaikan. Yang sekarang ini Rachel dengan muka ketat aku pandang risau.

Tak... Diorang nak buat suprise apa ni?

"Kaulah. Aku ingat aku datang sini nak bagitahu kau, aku akan berhijrah dekat sini. Tak sangka kau dah berkahwin. Kenapa tak bagitahu aku?"

Aku terkedu seketika.

"What? Ma..mana kau tahu ni?"

"Mek Ida dah ceritakan segalanya. Dia kata kau dah tak duduk dekat sini. Kau duduk dengan laki kau. Tapi mana husband kau Sha? Aku nak tengoklah. Handsome ke idok?"

Rachel picit dahi. Dia baru nak feeling merajuk dengan kawannya itu. Tapi tak sangka pula Deavina yang spoilkan. Halahai....

"Tak penting pun kalau aku nak ceritakan perkahwinan aku ni. Kitorang kahwin pun bukan sebab cinta." Aku berikan mereka senyuman hambar. Kalau dengan mereka aku tidak kisah jika luahkan apa segalanya. Aku sudah ada dengan mereka dah lama. Jadi aku percaya mereka.

"Like seriously babe? Bila kau kahwin? Kalau bukan cinta kenapa kau orang kahwin?" Bertalu-talu Deavina menanyakan aku soalan.

Biasalah Deav tidak seperti Rachel yang mana gadis itu jauh lebih matang.

"Dah lama. Kami berkahwin pun sebab dalam keadaan yang memalukan 7 tahun lepas..."

"What!!"

"Like seriously 7 years ago?"

Aku angguk. "Aku...aku minta maaf sebab tak bagitahu kau orang pasal ini. Tapi aku rasa aku muda lagi nak jadi isteri dan dia pun, dia tak pernah cintakan aku dari dulu lagi."

"Kau ambil masa 7 tahun untuk matangkan diri jadi seorang isteri?"

"Entahlah Deav. Aku rasa hubungan aku ni hanya sekadar basa-basi je." Tuturku perlahan sambil mengeluh.

Hurm betul ke kau buat ni Alisha?

"Jadi inilah sebabnya kau tolak Jay Daniel sewenang-wenangnya?"

Angguk.

"Ish, kalau JD pun kau tolak, mesti husby kau gila-gila handsome kan?" Deavina sudah tersenyum-senyum. Yang nama Deavina ni pantang nampak lelaki handsome. Kalau tak kena minta atau autograf ataupun bergambar bukan perkara baru.

"Eeei, kau ni Deav. Gatal." Rachel mencubit lengan sahabatnya kasar. Dasar miang.

"Auch sakit lah. Anjinglah kau ni." Deavina tarik muka cemberut. Lengannya yang dicubit diusap-usap. Confirm berbekas macam kena gigit semut Charlie.

"DEAVINAAAA!!"

Kami sama-sama menjerit. Perempuan ni tak sah tak mencarut benda yang bukan-bukan. Tercemar telinga sesiapa sahaja yang masih dara jika ada yang berani-berani mengusiknya.

Eh jap-jap lom habeh awok


1





















2




























3




















































Lol XD

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro