Bab 10
Bersedia untuk konflik? Do vote and comment
"Manakala hati menggeliat mengusik renungan,
Berulang kenangan saat cinta menemui cinta,
Suara sang malam dan siang seakan berlagu...."
Lagu dan nyanyianku terhenti. Aku celikkan mata memandang Izard. Jahat!
"Kenapa matikan, saya nak nyanyi lah." Melihat siaran radio di kereta bertukar kepada lagu klasik aku mendengus. Pagi-pagi buat mood orang spoil. Ini lagu kegemaran aku paling Asia.
Radio klasik, menggamit kenangan
"Kaulah, melalak pulak. Menyampah pula aku." Izard meneruskan pemanduan masuk kedalam pintu gerbang gah Hospital Kuala Lumpur sebelum mencari tempat parkir keretanya.
"Lagu ni favourite saya tau since saya study dekat Melbourne dulu. Kena gila dengan jiwa."
Izard memandangku sambil mengherotkan bibir. Sebenarnya dia cukup terbuai dengan suara merdu Alisha. Apa sahaja yang tidak ada pada Alisha? Mempunyai suara yang memukau dan paras rupa yang menarik perhatian kaum Adam.
Tetapi ada satu yang selama ini Alisha tidak dapat merasakan, kasih sayang seorang ibu. Dia tidak sempat dibelai, disusui dan ditatang oleh ibunya. Oleh kerana itu Zulkarnain kerap menghantarnya pulang kekampung.
"Tak apalah kalau macam tu. Bak tangan." Aku terus menarik tangan Izard yang masih lagi memegang stereng kereta.
Cup!
Nah pakej cium tangan sekali. Aku tersengih tak bersalah. Izard mengerutkan dahi tak lama kemudian terasa seakan-akan bibir hangatnya menyentuh dahiku.
Auuu, he stole my second kiss again!
Buat pertama kalinya Izard tersengih tak bersalah pada aku. Bertambah comel sebaik sahaja melipat lesung pipitnya dikedua belah pipi. Auch, melting habis!
"Seronok pula cium-cium kau ni."
"Dahlah malas nak layan awak."
***
Urat badan aku regangkan memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 5. Aku bangun dari kerusi, mahu membuat tinjauan sebelum pulang.
Aku memandang sekeliling, kebanyakan pesakit yang lain sudah tidur dan kalau yang masih belum tidur mereka akan berbual dengan pesakit yang lain ataupun menghabiskan masa dengan berzikir. Subhanallah.
"Aku nak balik.... Aku nak baliklah!"
Aku merapati seorang wanita tua yang masih lagi berbaring tetapi seakan meracau-racau. Matanya tidak lepas dari memandang siling.
"Mmak cik? Ada apa yang boleh saya bantu?" Walaupun masih takut aku beranikan diri menghampirinya. Baru aku perasan branula di tangan wanita tua itu tercabut dan dia menyedari kehadiranku. Matanya mencerlung aku tajam. Aku datang menghampirinya dan memasang kembali branula yang tercabut.
"Woi, kau tak faham bahasa ke! Aku nak balik!" Jerkahnya kuat. Semua yang ada disitu memandang kearah wanita tua tersebut. Saat ini juga aku mengharapkan seseorang datang. Jururawat disekeliling tiada!
Wanita tua itu meringkis kesakitan sebaik sahaja branula ditangannya dicabut. Dia berdiri menghampiriku.
"Kan aku cakap aku nak balik. Kau tak faham bahasa ke!" Terkejut aku melihat wanita tua itu seakan-akan mahu menyerangku walaupun sudah berusia, dia kelihatan gagah.
"Mak cik, mak cik tak boleh macam ni. Mak cik kena berehat, mak cik sakit." Aku cuba memujuk supaya bertenang. Kekalutan masih menyelubungi fikiran memandangkan aku masih baru, ini kali pertama aku berhadapan dengan keadaan seperti ini.
"Aku nakkkk balikkkk!"
Secara mengejut wanita itu menyerang tiba-tiba kearahku. Dia mencakar lenganku tidak puas dengan itu dia menggigit lenganku.
Aku berundur kebelakang setapak dengan sambil menahan sakit. Aku hilang keseimbangan.
Tak semena-mena ada satu tangan menyambut aku.
Doktor Fahad.
"Ddoktor?"
"Feel better?"
Aku mengangguk seraya cuba meregangkan tangan. Boleh kira cedera ringan sahaja tetapi cakaran daripada wanita tua itu cukup hebat. Tak sangka pula dia boleh seagresif sedemikian. Mujur sahaja tidak terseliuh.
"Okay. Macam mana dengan keadaan mak cik tadi?" Tanya aku.
"Jangan risau, nurse dah bagi ubat penenang. Keadaan dia pun stabil."
Aku mengangguk faham. Mujur sahaja Doktor Fahad membantuku tadi kalau tidak sudah tentu tiada siapa yang dapat menyelamatkan keadaan.
"Thanks, Dr Fahad." Aku senyum lalu menunjukkan lenganku yang dibungkus dengan bandage.
"Sama-sama, Alisha dan pembetulan, just call me Fahad okay?"
"Baiklah, Fahad kalau macam tu saya minta diri dulu lah iya?" beg tangan aku capai. Kata Izard hari ini dia pulang agak lewat dan dia ada menyuruhku untuk menghubungi Haifa agar menjemputku tetapi rasanya lebih baik aku pulang menaiki pengangkutan awam sahaja. Teksi.
Nak suruh Haifa kesian pula budak itu tak lama lagi nak exam. Mesti tengah berperang dengan otak nak mengulangkaji.
***
Sejak dari tadi lagi pandangan mataku melilau memandang sekeliling. Takkanlah tak ada satu pun teksi waima bas lalu di kawasan sebegini?
Ya Tuhan!
Botol air mineral ditangan aku teguk. Pesan Izard padaku agar jangan lupa membawa botol mineral setiap kali keluar kerumah dan kini aku tahu kegunaannya sekurang-kurangnya dapatlah membasahkan tekak. Bahang tengahari dikala senja masih lagi terasa. Tidak cukup dengan itu asap tercemar yang terhasil dari kenderaan yang lalu lalang. Sekali lagi aku mengeluh, sudah hampir setengah jam berlalu kelibat teksi pun tiada satu yang lalu. Huh, terpaksalah menyusahkan Haifa untuk menjemputku. Lepas ini aku bercadang untuk menggunakan kereta Volvo kepunyaan daddy yang disimpan di garaj kereta. Apa guna ada kereta sampai 3 tapi tak ada siapa pun pakai.
Pin! Pin!
Mata beralih memandang kehadapan. Dimana sebuah kereta berwarna merah menghentikan keretanya dihadapan perhentian bas. Aku mengerutkan dahi. Siapa pula ni? Ini bukan kereta Izard.
"Akak!"
Aku tersenyum. "Hey Haifa, akak baru nak call."
"It's okay. Abang pesan tadi kena juga ambil wife dia ni." Haifa tersenyum manis pada kakak iparnya. Dia rasakan semakin cantik Alisha sekarang. Tidak dinafikan Alisha dan abangnya bagai pinang dibelah dua, kedua-duanya sama padan. Dia amat berharap sekali dia bakal menimang anak buah. Ah, tak sabar nak dukung!
"Sorry akak susahkan Haifa harini."
Haifa berkerut dahi. Susahkan? Alahai comel je perangai hakaks ipaw dia ni. "Tak pun. Sekarang ni akak ada plan nak pergi mana-mana tak?"
Aku menggeleng. Ingatkan lepas balik harini nak ajak Izard beli barang dapur tapi dia pun ada hal lain.
"Tak kut."
"Okay kalau macam tu bolehlah Haifa pinjam akak sekejap cari hadiah untuk birthday party kawan Haifa."
"Hah, kak kenapa tangan tu?" Jemari kiri Haifa memegang tangan kiriku yang dibalut.
"Biasalah patient mengamuk."
"Alahai, sebab tulah Haifa tak nak jadi doktor. Macam mana nak rawat pesakit dalam keadaan ngeri kalau kemalangan ey, tengok darah lagi. Lagipun dalam keluarga kita banyak yang jadi doktor tak femeslah Haifa nanti." Haifa menggeleng kepala. Ei betullah tu nanti dah ramai sangat jadi doktor dah tak famous dah dia lagipun dia jenis yang suka kelainan. Dia nak dia sorang je ada yang lain tak payah sibuk-sibuk nak jadi macam dia.
"Habistu apa impian Haifa?"
Haifa tersenyum suka. Ting! Dia suka bila ada orang bertanya mengenai dirinya. Kalau kebiasaannya dia teringin nak berkongsi cerita tentang impiannya kepada abangnya, cepat-cepat lelaki itu mengubah topik. Sebabnya pada Izard, impiannya itu hanyalah sekadar remeh semata. Eleh, kalau tak ada pereka fesyen, tak adalah manusia nak kahwin teringin pakai baju pengantin idaman yang gorgeous dan tak ada juga kemeja harian berjenama yang Izard selalu pakai ketika hendak pergi bekerja.
"Fashion designer."
"Ouh wow, menarik." Aku tumpang gembira.
"Terima kasih kakak."
Aku simpulkan senyuman. Rasa seronok pula bila ada yang menggelar aku kakak. Aku tak pernah ada adik jadi selama ini aku anggap Haifa adalah adik aku.
"Akak rasa hadiah apa yang sesuai erk. Haifa ingat nak bagi bouquet chocolate je tapi dah selalu sangat orang bagi." Haifa mengurut dagunya sambil matanya melilau disekitar mall. Apa nak cari dah ni.
"Kawan tu suka apa?" Tanya aku sambil kami sama-sama berjalan di sekitar mall.
"Kawan Haifa suka bergaya. She just like to collect heels from her wardrobe, yeah something like that."
Dan tak semena-mena kami memandang sesama sendiri.
Ting!
Heels is the best gift for now.
Kami sama-sama tersenyum. Sebelum pergi ke gedung kasut.
"So, kak. What is the best colour?"
"Red is always a gift, white and black, the colors people often use."
Aku meletakkan jari telunjuk didagu. Kata orang pemikiran secara profesional. Selepas itu kami mula mencari heels yang bersesuaian. Sejujurnya aku terhibur dengan Haifa, dia seorang yang ceria dan mudah didekati.
Dia tidak marahkah aku mengambil abang kesayangannya? Hahahaha. Kenapa dengan kau ni Alisha.
"Kak, jom minum. Haifa hauslah."
"Boleh tu memang boleh tapi akak tak cakap dengan abang lagi ni."
Risau kalau Izard tercari-cari aku. Sudah hampir Maghrib kami masih belum pulang. Eh kejap, kisahkah Izard tentang aku?
Tapi Alisha, walau apa sekalipun kau dan dia masih lagi suami isteri. Selagi dia tak lafazkan cerai selagi tu tempat kau ditelapak kaki suami kau.
"Ololo akak ni sweetlah. Okeylah kalau macam tu..."
Saat itu aku terkedu.
Jadi inilah yang daddy maksudkan? Agar aku dapat mengejar kebahagiaanku dan tumpaskan pihak lawan?
Kemenangan akan berpihak pada akukah?
"Akak." Tutur Haifa perlahan. Dia menarik aku masuk kembali di gedung kasut. Dia seperti memahami keadaan aku.
"Kenapa ni Haifa? Akak okay jelah. Looks? Tadi kata nak minum kan? Jomlah." Aku senggol bahu Haifa. Apa kes minah ni jadi slow motion tiba-tiba.
"Akak, hurm. Kita balik?"
***
"Terima kasih, Haifa hantarkan kakak." Kereta milik Haifa sudah sampai ke perkarangan rumah teres kami. Tali pinggang keledar aku sebelum pergerakan tangan aku ditahan.
Aku pandang Haifa pelik. Kenapa?
"Akak nak tanya Haifa atau akak nak luahkan segalanya pada Haifa?"
Aku terpana.
Apa maksud Haifa? Dia tahu ke apa yang aku rasa ni?
Tak mungkinlah.
Aku bukan sesiapa dalan hati Izard. Ingat tu!
"Tak."
Haifa mengeluh. Perlu ke perempuan pendam perasaan? Dia pun perempuan dia tahu bagaimana hakikat jika seorang isteri melihat suaminya bahagia, tetapi dengan orang lain. Dia tahu sakit diduakan.
"Just tell me." Haifa kecilkan suaranya. Enjin kereta masih lagi terpasang. Dia masih lagi mendesak Alisha supaya berterus terang dengannya. Dia tidak suka melihat orang yang dia sayang terluka dan berpura-pura gembira depannya. Sungguh, dia tidak suka kepalsuan!
"Siapa dia?" Terkedu aku dengan ayatku. Sebenarnya bukan ini yang aku mahu soalkan tetapi bibir yang menuturkan.
Haifa tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya takut-takut juga dia hendak bercerita tetapi sudah tiba masanya dia rasakan. Alisha berhak tahu. Keadilan wanita mesti ditegakkan!
"Tunang abang, Nadia."
***
Izard meletakkan beg sandangnya di tepi katil lalu melunjurkan kedua kakinya disofa. Badannya disokong dengan kusyen empuk untuk berbaring.
Pelik.
Tidak seperti kebiasaannya, Alisha akan datang menyambut kepulangannya selama sebulan mereka serumah. Hari ini batang hidung pun dia tidak nampak.
Ting!
Notifikasi me
Nadia, 8.41 pm
Terima kasih teman I tadi!
Izard bangun dari perbaringan. Dia tersenyum kecil.
You, 8.43pm
Your welcome, Nad.
Telefon dimatikan. Stokin dibuka benarlah hari ini Alisha tidak membuka stokinnya seperti selalu.
Tidurkah dia?
Pintu bilik ditolak. Kelibat Alisha tiada. Dia duduk di sofa bersebelahan katil. Agaknya Alisha sedang berada di dalam tandas.
Benar telahannya selang beberapa minit kemudian Alisha keluar dari tandas sambil mengenakan robe satin kimono.
Gulp! Izard teguk liur melihat Alisha selamba sahaja berjalan menuju ke meja solek. Betis putih milik isterinya ditatap. Aish, bukan nak pakai seluar legging ke apa perempuan ni.
"Alisha, siapa hantar tadi?" Tanya Izard sambil memandang kearah Alisha yang leka menyikat rambutnya.
"Adik awak."
Izard mengangguk seraya menanggalkan tali leher. Badan pun dah rasa melekit dia ambil keputusan untuk mandi.
Telefon diletakkan di atas tepi lampu katil. Dia agak sedikit pelik hari ini memandangkan Alisha tidak seperti kebiasaannya. Sudah bisukah isterinya itu? Bercakap pun sepatah dua.
Ah lantaklah.
***
"Bro macam mana kau jatuh cinta?"
Izard tepuk dahi. Apa benda kau menyanya ni wahai sahabat. Tak lain tak bukan ni mesti kes angau.
"Kau pahal ni tiba-tiba je? Suka dekat siapa? Mai ke?" Sakat Izard. Macamlah dia tidak tahu Humaira ada hati pada Fahad disebalik perangai anjing dengan kucing mereka.
"Tak adalah semenjak beberapa harini aku kerap jugak bertembung dengan houseman baru ni. Pergh muka dia kau tak payah cerita cun habis. Senyum pun Allah cair hati abang. Tapi tulah semalam baru aku perasan ada cincin kat tangan dia." Keluh Fahad hampa. Hurm, hasrat nak mengorat Alisha tidak kesampaian. Kenapalah yang cantik-cantik selalu kena kebas?
Ah kau, jantan tak guna pilih rupa. Hihihik.
"Kesiaaaan." Perli Izard meleret-leret. Kawan dia ni tak pernah kena sampuk cintan hak orang. Banyak kali dah jururawat reciks nak try dia tolak habis-habisan.
"Apa nama perempuan tu?" Baru hari ini dia teringin nak tanya siapa gadis yang diceritakan Fahad. Selama ini mana dia ambil kisah. Nampak kritikal dah kawan dia ni.
"Nama dia...."
Serentak itu ringtone telefon Izard berbunyi menandakan panggilan masuk.
"Sorry bro, Nadia call."
Fahad angguk. Kacau betul perempuan tu. Eeee, nak kerat 18 kali pun tak apa!
***
"Nah." Aku hidangkan satu mug teh hangat-hangat panas kepada Fahad.
Kebetulan sewaktu aku hendak membancuh teh di pantry dia juga masuk, jadi alang-alang itu aku tolong bancuhkan untuk dia sekali.
"Sorry saya tak minum kopi tu yang saya buat teh."
"Tak apa-apa. Asalkan awak dah buatkan air untuk saya." Fahad gelak hambar. Tak kisahlah sekarang ni air kopi ke air teh dia minum jelah apa yang ada.
"Saya nak minta maaf kalau selama ni saya layan awak macam hurm, saya tak tahu nak cakap macam mana." Aku pandang Fahad lama. Sebenarnya dia bukanlah seorang yang menggatal huhuhu dia ni lebih kepada peramah cuma peramahnya itu merimaskan aku. Maaflah Doktor Fahad saya cakap benda betul.
"Hahaha tak apa-apa."
"Kalau saya nak tanya soalan ni awak rasa awak boleh je jawab ke Alisha?" Tanya Fahad ragu-ragu. Dia tak naklah Alisha mengelak darinya lagi tapi dia memang nakkan jawapan. Kalau betul gadis dihadapannya ini sudah berpunya dia akan cuba jauhkan diri. Dia tak naklah dikatakan merampas hak orang. Bayangkanlah kalau dirinya sendiri terkena, merana weyh kifarah.
"Apa dia? Bunyi macam serius je?" Aku satukan kedua jari tangan sambil mengemam bibir.
"Awak dah berpunya ke Alisha?"
Membuntang mata aku mendengar soalan yang dituturkan Fahad.
Matanya memandang ke jemari aku yang menempatkan cincin berada meminta penjelasan.
"Errr... Kalau saya pakai cincin sekalipun memang orang akan anggap saya dah diikat; berpunya; bersuami ke?" Soalan Fahad aku tolak ketepi. Aku cuba menanyakan definisi kepada soalannya.
"Entahlah tapi kalau awak dah berpunya saya tak nak hati saya berharap pada awak."
Aku tersentak. Fahad berharap pada aku? Padahal tak sampai setahun kami berkenalan.
"Saya, saya tak tahu nak cakap apa. Tapi saya memang tak nak awak berharap pada saya. Saya takut awak akan menyesal satu hari nanti, Fahad." Sebenarnya aku turut terkilan melihat reaksi kecewa diwajah Fahad.
Kenapa kau nak terkilan pula Alisha?
Dia bukan suami kau!
"Saya dah kahwin. Dah bersuami dah pun."
Prakk!
Fahad senyum terkilan. Baguslah, sekurang-kurangnya dia sudah tahu kebenaran dan Alisha sudah jujur dengannya. Kalau tidak mungkin dia akan jadi lelaki psiko, jatuh cinta pada isteri orang. No, no.
"Kalau macam tu saya boleh jadi kawan awak kan?"
16 May 2020
4.35pm
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro