3: Cemerlang Aturan Keluarga
Hampir tiga bulan selepas insiden KLCC, Sarah dan Luth bersua lagi di sebuah di kenduri di rumah keluarga Luth di Kuala Terengganu.
Waktu itu, Casiopeia sudah ceritakan tentang Ginafuwara, ramalan yang dia terima mengenai makhluk Utarid itu dan Luth, serta yakinkan Sarah cuma dia yang boleh bantu Casiopeia.
Sarah yang masih bingung nak pilih universiti mana dengan keputusan SPMnya yang agak bagus itu terpaksa terima saja tugas barunya. Dan kehadiran cahaya hijau - nujum diraja Zuhal yang dititahkan raja planetnya untuk melindungi Luth dan penduduk Bumi - di bahunya.
Cahaya itu, cuma dia seorang yang nampak. Suara Casiopeia, hanya dia yang dengar.
"Hei Sarah Senget. Sukacita nak diingatkan, rumah aku ni ada enam tandas. Kau pun ingat kan, yang paling jauh, tu di hujung kebun. Jangan berani nak buat lawak bodoh kau di sini, aku kurung kau pula nanti," desis Luth di telinganya.
Sarah senyum kelat. "Haha! Berbudi-bahasa betul la Luth ni," balasnya. Bila Luth jegilkan mata, menggeletar dia. Dia bergegas ke khemah makan.
"Hah, Sarah! Luth dah pilih universitinya. Dia ambil architecture macam ayahnya. Sarah pilihlah universiti yang sama. Sarah dan Luth bukan tak biasa, sejak kecil dah kenal. Sama U, bolehlah tengok-tengokkan satu sama lain," cadang Mama yang cuma nampak interaksi mereka dari jauh tadi.
Sangka Mama, mereka selesa berkawan!
"Jangan berani!" desis Luth hanya untuk jamahan telinga gadis disebelahnya sambil tersenyum pandang Mama si Sarah.
"Tengoklah Mama, Sarah nak ambil engineering, tak sama," balasnya.
"Eh, U yang Luth pilih tu ada Fakulti Kejuruteraan yang terkenal juga, Sarah," promosi percuma dek Encik Ahmad Mahmud, ayah Luth, aka Pakcik Michael. Michael as in Michael J Fox, sebab dia baru disahkan ada mild Parkinson.
"Bolehlah tu, Sarah," pujuk abangnya Shafiq Amri, dan kakak iparnya Azaleia angguk-angguk. "Luth ada, taklah kami risau."
Luth mula menyumpah dalam hati. Sarah pula mengenang nasib diri.
"Nanti Papa uruskan," kata putus Papa buat Sarah dan Luth terdiam. Adik pandang Sarah dengan gembira. Pada Maya, Kakak comel tapi tak mahu bergaya. Balik-balik jeans, kemeja flannel. Tak pun baju-baju Goth yang hitam.
Ada peluanglah Kakak rapat dengan Luth yang handsome tu! Kata lirik mata Maya pada Sarah.
Casiopeia yang bertenggek di bahu Sarah turut desak dia melalui komunikasi minda.
Cakap OK, Sarah. Ramalan aku, kau akan banyak bantu Luth di sana. Kalau kau menolak, buat masa ini, yang aku nampak, dia akan terbunuh dalam sebuah lif bangunan lama di universitinya pada tahun terakhir pengajian. Sebelum itu, Luth akan ditimpa kemalangan sebab dia tolak Ginafuwara demi cintanya pada seorang gadis berkulit perang gelap, cerita Casiopeia cepat-cepat.
Tersentak Sarah dengar. Luth akan mati?!
Memanglah Sarah tak suka sangat Luth dan mulutnya yang tak ada insurans tu. Tapi, walaupun tak rapat, tak sampai hati pula Sarah biarkan dia mati!
Muka Luth dipandangnya. Huh, macam cuka.
"OK," turut Sarah pada kata Papanya.
"Siaplah kau," desis Luth di telinganya.
Tapi dengan suara yang lebih kuat, Luth berkata, "We're gonna have fun, uni-mate!" dan bahu Sarah dilaga mesra.
Sarah ketawa, sumbang sekali bunyinya.
"Jom, aku tunjukkan pada kau laman web universiti," ajak Luth, manis sekali.
"Pergilah Sarah!" suruh Mama. Gembira Mama nampak Luth begitu mesra. Ayah Luth dan Papa angguk juga.
"Adik, teman Kakak?" Sarah ajak Maya.
Maya cepat-cepat sumbat popia basah ke dalam mulutnya. "Temgaf mafan la kaf," balasnya enggan.
"Huish Maya, bersembur lah," marah Abang. Azaleia hulurkan tisu.
"Sorry Kak. Nak makan. Tadi Intan kata dia nak ambilkan rojak untuk Adik. Kesian dia nanti tercari-cari Adik pula," tambah Maya, kali ini gunakan adik Luth pula sebagai alasan.
Dia tahan dirinya daripada mencebik ke arah Maya, dan Sarah ikut juga Luth. Mereka ke bilik pejabat Encik Ahmad Mahmud dan Luth pasangkan komputer.
Laman web universiti di ceruk entah mana di England itu dilayarinya.
Klik, klik, klik, bunyi Luth menekan tetikus.
"Inilah universiti kita. Kau tengok ni. Luas. Mari, aku cetakkan untuk kau peta," tawar Luth.
Eh, baiknya dia, cetus hati Sarah.
Casiopeia hantarkan pesanan pada Sarah melalui telepati saja: Tunggu dulu Sarah...
Peta Luth letakkan di atas meja.
Dengan pen marker merah, Luth bulatkan sesuatu di atas peta. "Ini, Fakulti Senibina," katanya.
Bangunan di sebelah Fakulti Senibina turut dibulatkan. "Ini, Fakulti Kejuruteraan. Ini pula, garisan sempadan. Kau jaga, jangan terlepas masuk sempadan ni. Aku tak nak bertembung langsung dengan kau, faham tak Senget?" katanya.
Berkerut Sarah dengar.
"Kau ni buat lawak ya?" desis Sarah. Dalam hati dia mula menyesal selamatkan Luth yang sombong itu.
"I'm dead serious, Sarah Senget. Jangan masuk kawasan aku. U ni luas. Pandai tak baca ni, spesifikasi keluasan kampus. Kita tak perlu jumpa. Tak payah nak tanya khabar. Kalau Papa kau atau Ayah aku tanya, tipu je cakap aku sihat dan sibuk," balas Luth.
Dia akan mati kalau kau tak jaga dia Sarah, dan nasib galaksi kita bergantung pada dia. Oh, dan kalau dia tahu tentang makhluk asing yang mahu tawan dia, ada kemungkinan dia boleh jadi orang gila, Casiopeia hantar mesej lagi.
Jadi apa yang boleh Sarah buat?
Iyakan saja dan tipu Luth bulat-bulat: "OK."
Bila pulang ke meja makan dan Mama tanya Luth tunjuk apa, Sarah cuma jawab, "Semua yang best-best je di U tu Mama."
Dan Mama tepuk-tepuk belakang Luth berterimakasih.
(Nota khas untuk pembaca: Terima kasih kerana sudi melawat Sarah dan Luth dalam Nujum Casiopeia. Sedikit trivia comel: Kali pertama nama Luth dan Sarah muncul dalam dunia #Siriloka ialah dalam cerita Jejaka Jelmaan Jemala [#JJJ]. JJJ merupakan kali pertama saya keluarkan hasil tulisan saya untuk tatapan ramai. Kalau sudi, mohon baca ya. Boleh cari di profil saya. Kalau suka tulisan saya... Sudilah sokong Nujum Casiopeia dalam bentuk cetakan fizikal. Anda boleh Whatsapp 0175289831 Tebuone Press dan preorder ya. Sekian terima kasih.)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro