6.VIDEOGRAF
Yang mana satu realiti?
Aku juga sudah tidak pasti.
Kehidupan dua alam berbeza, dunia videograf dan dunia realiti ternyata memang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ramai yang lari ke dunia videograf kerana tidak tahan menghadapi realiti darsawarsa kini. Kekalutan kos sara hidup yang menekan, kemajuan teknolohi yang terlalu pantas, tekanan akibat kerja yang keterlalun, hubungan keluarga yang berantakan adalah antara alasan mengapa ramai mencari jalan keluar dari realiti.Antara yang ramai itu, aku adalah salah seorang darinya. Videograf adalah candu untuk aku lupakan realiti.
Dunia realiti aku berantakan dan berkisar tentang percakaran antara ayah dan ibu yang tidak berkesudahan. Jerit pekik, maki hamun, cercaan demi cercaan seoramg ayah dan suara tangisan ibu. Ruang tamu yang kelihatan umpama medan perang. Dinding yang pecah akibat tumbukan dan hentakan. Hanyir darah, pekat alkohol dan bau asbak rokok serta ganja yang menusuk rongga nafas serta menyesakkan. Selang seli udara lembab dek perpaipan yang sudah lama tidak diperbaiki, keriang keriuk lantai yang semakin usang, rumah aku umpama neraka. Itu realiti aku yang amat bobrok.
Lalu aku lari membawa diri. Suara perkelahian mereka dimatikan oleh fon telinga yang disambung pada telefon pintar. Tiap kali mereka hanyut dalam keganasan domestik aku lari ke dunia videograf, merakam cerita eksistensial mengenai sekujur tubuh dengan kamera berpiksel tinggi berserta alunan lagu tekno.
Dunia videograf aku pula seolah mimpi diluar lena, dimana aku disirami kemahsyuran yang tidak terhingga. Kenalan berjuta dari segenap pelusuk dunia. Disini aku membawa diri dari realiti yang porak peranda, yang bobrok serta penuh sengsara. Kisah yang aku tampilkan dalam alam videograf adalah mengenai diri aku, yang mana aku mengusik pengikut dengan usikan nakal dan acap kali aku lakarkan dengan rupa ekspresi nafsu nafsi. Kesemua yang aku rakam membawa cerita aku sebagai objek sembahan nafsu, diterjemah dalam lenggok tari kekar tubuh yang putih mulus dan digilai jejaka berhidung belang dan gadis yang tidak lurus orientasi nafsunya.
Cerita yang aku tampilkan dalam video-video yang dirakam mulanya ringkas, sekadar satu dua babak pendek dengan watak yang bisu tanpa bicara tetapi pergerakannya cukup mengghairahkan dan menggentarkan hati yang menonton.
Kemudian pengikut mahukan lebih lagi, kerana jiwa mereka tersentuh dek paparan yang mampu menyampaikan ekspresi nafsu serakah manusia yang di dalam realiti semakin terhakis.
Tatkala diluar ruang tamu, ibu dan ayah bercakaran aku hanyut dalam dunia videograf yang mahsyur dengan noda serta penuh dengan keghairahan. Dulu aku kerap kali menangisi nasib keluarga, namun semakin lama aku semakin tidak peduli. Air mata aku sudah kering dan aku sudah jelak. Jarang sekali aku bertegur dengan keduanya dan seringkali aku berkurung dalam kamar. Pada aku mereka tidak lagi wujud. Videograf menghargai kewujudan aku adalah pengikut maya yang setia menantikan babak berikutnya.
Dunia videograf inilah tempat melupakan realiti, memancing perhatian penonton dan pengikut tegar dengan keberahian dimana sepanjang masa babak yang dimuatnaik menjentik titik nafsu pengikut yang menyembah tubuh berbalut sutera nipis dan renda bagaikan berhala erotis.
Aku tahu videograf inilah realiti aku yang sebenar. Disinilah syurga dunia. Disinilah lubuk kebahagiaan. Videograf inilah candu alam maya yang dicari buat galang ganti realiti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro