Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6.AWANG ALAK BETATAR

Tersebutlah satu kisah disebuah negeri dipanggi Kencanapura, negerinya elok dan amat makmur. Seluruh isi negeri hidup rukun damai, orang datang berdagang juga ramai. Kencanapura juga negeri yang aman, pembesarnya sangat adil dan saksama manakala rajanya pula amat bijaksana.

Raja negeri Kencanapura adalah seorang permaisuri dan digelar Permaisuri Gemita Kencana Sari,puteri raja tunggal Raja Sakti Kencana Kartika yang mangkat akibat gering. Permaisuri Gemita Kencana Sari pun naiklah takhta menggantikan ayahandanya pada usia muda.

Negeri Kencanapura terus makmur, kerana lanun, perompak dan penyamun seringkali ditangkap oleh Awang Alak Betatar. Orang kampung memanggilnya adiwira. Datangnya seperti hantu, tangkas seperti harimau,pandai bermain senjata dan licik bermain ilmu silat. Tiada siapa tahu asalnya Awang Alak Betatar, ada yang meneka adiwira itu berasal dari kalangan bunian, ada yang berkata dia asal-usul bangsa gergasi dari Dika.

Walaupun Kencanapura dan segala isi negeri dari kota ke kampung aman makmur, disempadan negeri seringkali orang dagang sama-sama anak negeri dirompak dan disamun oleh Sinhala Lanun, lanun yang kejam lagi durjana. Sinhala Lanun ada raja, Gadang Gedembai namanya dan orang-orang yang ikut menjadi lanun ini ramailah jua. Awang Alak Betatar dengan titah Permaisuri sering ke sempadan negeri melawan Sinhala Lanun dan melindungi orang dagang.

Disatu hari setelah tiga purnama Awang Alak Betatar berkampung disempadan negeri menjaga keamanan, Gadang Gedembai serta bala tenteranya turun menggempur kota kara sempadan dan membakar kampung-kampung. Segala harta anak negeri dirampas lanun. Hulubalang yang masuk melawan Gadang Gedembai, tewas satu persatu kerana sakti perkasanya raja lanun itu seolah ada saka yang melindunginya. Ditembak dengan bedil, bedil pun tak lut. Ditikam dengan keris, keris pun tak lut. Ditetak dengan sundang, sundang pun tak lut. Ditembak dengan rentaka, rentaka pun tak lut. Begitu sakti Gadang Gedembai sampaikan Awang Alak Betatar pun lelah, mengutus surat memohon bantuan dari Permaisuri :

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH,
DAULAT DULI YANG MAHA MULIA PADUKA PERMAISURI GEMITA KENCANA SARI, PENGUASA SEGALA ISI NEGERI KENCANAPURA.

Mohon sembah keatas Duli Tuanku patik hamba rakyat Negeri berdaulat ini sudah lelah melawan Sinhala Lanun, musuh negeri yang tidak henti membawa durja dan malapetaka kepada kita semua.
Maka ramailah anak negeri lari ke kota meninggalkan kampung kerna takut akan Sinhala Lanun yang membawa porak peranda.
Orang dagang pula mengadu, hasil dagang mereka dirampas. Walaupun sudah dikerah hulubalang dan pendekar menjaga sempadan negeri, Sinhala Lanun berserta raja mereka masih juga berbuat durja keatas Kencanapura.
Sudah sepurnama hamba dan para pendekar bertahan dikota kara, bedil juga semakin habis,meriam lela pula sudah retak.
Hamba adiwira yang diberi amanah oleh Tuanku, memohon dihantar lagi adiwira bagi membantu patik, kerana kuatnya sakti Gadang Gedembai hamba tak terlawan. Carilah adiwira yang tinggi ilmu laduninya,yang tangkas bermain buluh runcing dan licik berbuat perangkap,harus bijak menyembuh sihir,harus pandai menawar racun dan tidaklah kekok bermain senjata bedil.
Permintaan hamba ini agar dapatlah nanti dia dan hamba melawan Gadang Gedembai sampai alahlah dia.

SEMBAH DAULAT TUNAKU PERMAISURI
AWANG ALAK BETATAR
ADIWIRA NEGERI KENCANAPURA

Lalu bilamana surat diutus Awang Alak Betatar,maka Permaisuri pun mengerah segala isi negeri mencari adiwira.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro