2.JATAYU
"Kau tahu kenapa tempat ini dipanggil Jatayu?"
Rava mendongak keatas melihat tugu burung besar yang seakan terjelopok jatuh dari langit.
Sam yang berada disebelah Rava menggeleng sambil tangannya digosok pantas untuk sedikit kehangatan.
Rava menghela nafas. Dia cuba untuk melupakan malapetaka yang melanda puncak gunung ini dan menumpukan fikirannya pada kisah Jatayu.
"Jatayu adalah raja segala burung, anak kepada Aruna dan abang kepada Desampani dan disinilah ia tewas ditangan Rawana yang menculik Sitadewi. Jatayu bertempur dengan Rawana, dan pertempuran itu sangat hebat antara kedua seteru tersebut hingga mencetuskan gegak gempita diserata negeri. Jatayu cuba menyelamatkan Sitadewi tetapi sayapnya ditetak oleh Rawana lalu putus dan Jatayu lalu pun kalah sementara Rawana melarikan diri ke selatan."
Sam hanya diam. Wajah gadis tersebut semakin merah dek cuaca dingin yang menerpa tempat mereka berdiri. Angin pergunungan menambahkan lagi keadaan yang sudah sedia dingin. Tiada tanda ketakutan.
"Apa yang terjadi pada Jatayu selepas itu?"
Rava tersenyum mendengar suara halus Sam. Lega akhirnya gadis itu mahu berkata-kata.
"Kemudian Seri Rama bersama Laksamana datang, menemukan Jatayu yang sedang dalam kesakitan akibat putus sayapnya dan bersabung nyawa dengn maut. Keduanya cuba menyelamatkan Jatayu tetapi tidaklah berjaya. Dipenghujung hayat Jatayu memperkhabarkan kepada Seri Rama, siapa yang membawa lari Sitadewi tetapi Jatayu meyakinkan Seri Rama yang nanti Sitadewi akan kembali kepangkuannya. Seri Rama pun berasa amat sedih akan kehilangan Jatayu dan marahlah akan Rawana." Rava menyambung cerita.
"Kenapa Rawana jahat sampai bunuh Jatayu?" Sam melontar soalan.
Penceritaan Rava terbantut bila satu ngauman nyaring berkumandang diudara. Dia cepat-cepat memadamkan unggun api tak mahu tempat mereka berteduh ditemui.
"Sam apa pun yang terjadi saya takkan tinggalkan awak. Saya akan bawa awak keluar dari sini dengan selamat. Tunggu disini dan jangan kemana-mana."
Rava mengucup dahi Sam, sebelum berlari keluar dengan sebilah kukri ditangannya. Dia memerhati kelangit dan ngauman garang tadi kembali berkumandang diikuti suara yang menggegar seumpama guntur.
"PULANGKAN DESAMPANI KEPADA AKU RAVANA!"
Rava memanjat kearah kepala tugu Jatayu untuk menghadap seterunya.
"DIA MILIK AKU DAN AKU TAKKAN BENARKAN KAU MERAMPAS SAM!"
Sosok burung gadang bersayap lebar, lebih besar dari tugu batu tempat Rava berdiri membayangi seluruh puncak bukit seperti awan. Ia mengelilingi Rava seperti pemangsa. Ngaumannya kadangkala nyaring diikuti petir yang menyambar.
"DESAMPANI ADALAH ADIKKU, ANAK KEPADA ARUNA. BUKAN HAK KAU RAHWANA."
Rava menghunus kukrinya kelangit.
"KAU TIDAK LAIN JATAYU AGUNG,HANYA MAHKLUK PENAKUT. CUMA BERANI DENGAN SOSOK KECIL MANUSIA. KALAU KAU BENAR SEPERTI DIKATA SIDA-SIDA RAJA PURBA TURUN KESINI DAN HADAP AKU SATU LAWAN SATU."
Lalu burung gadang yang merupakan Jatayu itu turun lalu berubah menyerupai manusia maka bertempurlah Rava dengan sosok itu diatas tugu tersebut, berpencak saling menghunus senjata keatas satu sama lain merebut Desampani. Petir dan kilat saling bersahutan bilamana kukri dan sundang bertemu, diselangi jeritan kedua sosok manusia yang masing-masing tidak mahu kalah dalam peraduan. Jurus dibalas jurus, besi senjata berkelentangan cuba menetak antara satu sama lain.
Sam yang tadi berlindung dibalik tugu kemudian berlari keluar, menyuruh keduanya berhenti.
"SUDAH!!
"HENTIKAN PERKELAHIAN KAMU BERDUA ATAU AKU SENDIRI MENCABUT NYAWA BIAR KALIAN MENYESAL SELAMANYA"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro