Bab 2 : Perselisihan
Pagi pertama di Kampung Lembah Geruh bermula dengan ceria. Meskipun tiada televisyen, penduduk dan para pelajar memulakan hari dengan berbagai aktiviti yang telah disusun. Ada yang membantu membaiki rumah penduduk, ada yang mengadakan bengkel teknologi asas untuk penduduk, dan ada juga yang mendalami seni kraf tradisional. Suasana kampung yang damai sedikit sebanyak menyalakan obor keterujaan serta mencambahkan perasaan kagum terhadap keunikan adat budaya setempat.
"Tudung saji rotan ni mesti laku keras kalau dijual kat bakul kuning tiktok shop." Aina berseloroh kepada Farah sambil mengangkat tudung saji dan raga yang selesai dianyam di rumah angkatnya.
"Man, jangan lupa bawa peralatan bengkel nanti." tegur Rizal ketika mereka bersarapan di rumah angkat mereka.
"Jangan risau, bos. Aku dah siap semuanya," balas Azman dengan senyuman.
Namun, sebenarnya Azman lebih berminat untuk berjalan-jalan dan menjelajah ke kawasan sekitar kampung ini sambil mengambil rakaman gambar dan video aestetic. Ketika baki bateri telefon pintar kurang daripada separuh selain berbekalkan sebuah powerbank, ini adalah masa yang sesuai bagi merakam momen-momen tepat untuk mendokumentasikan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang Program Bakti Siswa. Selain itu, Azman berpendapat bahawa Program Bakti Siswa ini adalah peluang untuk mencari pengalaman, termasuklah perkara meneroka perkara baru yang tidak ada di bandar.
Selepas sarapan, kumpulan pelajar berkumpul di balai raya untuk mendengar taklimat penuh daripada Pak Leman selaku ketua kampung..
"Hari ini, kita akan mulakan dengan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan kampung.."
"Ingat pesan saya semalam, jangan melakukan perkara yang boleh menganggu ketenteraman kampung ini. Ingat tu." ujar Pak Leman dengan nada yang serius.
Sesi gotong-royong bermula dengan meriah. Para pelajar bersama-sama membaiki pagar, membersihkan longkang serta membantu warga emas dalam menyudahkan kerja-kerja harian mereka. Ada sebahagian pelajar juga yang turut sama mengikut beberapa orang penduduk kampung menoreh getah, memikat ayam hutan serta mendulang emas dikawasan pinggir hutan dan ditebing Sungai Geruh.
Ketika sedang menebas kawasan semak-samun yang berada dipingggir denai, Azman menemui sesuatu yang menarik.
"Eh, apa ni?" Azman mendekati dengan perasaan penuh ingin tahu. Sebuah objek seakan patung wanita yang diukir pada sebatang kayu cengal berwarna merah manggis dengan motif bunga tanjung dibahagian tangan dan kaki patung itu.
"Farah, kau tengok ni. Patung ni macam patung antik, kan?" Azman memanggil Farah yang kebetulan sedang membakar daun-daun kering dibelakangnya.
"Azman, jangan usik benda tu," balas Farah dengan nada cemas bercampur panik.
"Aku rasa....ini salah satu benda adat yang Pak Leman maksudkan. Jangan buat masalah." Farah cuba menasihati Azman yang sudah dikenali dengan perwatakan keras kepala.
Namun, Azman langsung tidak mengendahkan amaran Farah. Tangannya kemudiannya menyentuh bahagian kepala patung itu, memutar-mutar motif bunga tanjung yang telah pada tangan patung tersebut.
"Biasa je. Tak ada apa-apa pun." Azman berseloroh kepada Farah dengan suara yang kuat.
Sejurus selepas itu, angin tiba-tiba bertiup kencang. Angin bertiup dari arah kawasan pinggir hutan sehingga menyebabkan daun-daun pokok berguguran serta api yang membakar daun-daun kering tadi kian marak.
Farah terdiam, wajahnya pucat lesu.
"Azman, kau buat apa ni? Dah, jom balik. Hati aku rasa tak sedap duduk kat sini lama-lama." desak Farah sambil menarik tangan Azman untuk menjauhi patung itu.
Ketika mereka kembali ke kawasan dimana aktiviti gotong-royong diadakan, tiba-tiba suasana mulai terasa aneh. Beberapa orang penduduk kampung merenung tajam kearah Azman dan Farah, seolah-olah mereka telah menyedari sesuatu telah berlaku.
Pak Leman yang berdiri di tepi balai raya memandang Azman dengan wajah yang bengis. Kali ini, matanya di kelihatan bundar dan bewarna kemerahan.
"Kamu ada usik sesuatu kan? Pak Leman melontarkan pertanyaan kepada Azman dengan nada yang serius. Pelajar-pelajar yang berada disekitar kawasan itu merasa agak terkejut dengan perubahan karakter Pak Leman daripada seorang pak cik yang agak friendly kepada seorang pak cik yang agak bengis.
Azman nyata terkejut dengan dengan perubahan mendadak karakter Pak Leman.
"Err... saya... takk.... ada... buat... apa-apa, Pak Leman." jawab Azman tergagap-gagap.
Pak Leman menghela nafas panjang.
"Patung tu bukan patung sebarangan tau. Ia penjaga kampung ini. Kamu sudah melanggar pantang larang kampung!"
Suasana sekeliling menjadi hening dan sunyi. Kini, bukan sahaja reputasi kumpulan Program Bakti Siswa ini yang bakal tercalar di kalangan warga Kampung lembah Geruh, tetapi juga memberi kesan kepada reputasi universiti. Kini, pelajar-pelajar lain memandang Azman sebagai seorang yang suka membuat masalah dan tidak mendengar arahan.
Pak Leman mengelengkan kepala. "Apa yang telah berlaku, biarlah berlalu. Namun, baik atau buruk kesannya nanti, saya harap kamu semua bersedia menghadapi apa-apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. Saya sudah terlebih awal mengingatkan." nada suaranya sedikit kesal bercampur sayu.
Selepas daripada itu, kesemua mereka bersurai dan kembali ke rumah angkat masing-masing. Yang pasti, keadaan pasti tidak akan sama dengan sebelum-sebelum ini. Hari itu berlalu dengan perlahan.
Pada sebelah malamnya, suasana kampung terasa lebih hening dan dingin. Seperti biasa, tiupan angin sepoi-sepoi bahasa seakan-akan membawa suara-suara bisikan halus yang sukar difahami.
Di rumah angkat Azman dan Rizal, suasana terasa menyeramkan. Rizal sempat menegur Azman dengan nada serius. Wajahnya kelihatan sedikit bengis. Nada suaranya kedengaran penuh tegas.
"Kenapa kau degil sangat, Man? Pak Leman kan dan cakap awal-awal hari tu, jangan usik apa-apa benda pelik yang kita jumpa."
"Aku tak sangka pun benda tu serius. Lagipun, aku cuma sentuh sikit je," jawab Azman cuba mempertahankan diri. Wajahnya kelihatan tenang bersahaja. Tidak ada sekelumit perasaan bersalah pun jelas terpancar daripada riak wajah Azman.
Namun, sebenarnya jauh di sudut kecil hatinya, Azman mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Badannya terasa tidak selesa. Sesekali, bulu romanya naik, tetapi tidak pasti apakah puncanya. Mungkin, dia tidak dapat melupakan renungan mata Pak Leman yang keras dan tajam ketika melontarkan kata-kata amaran keramat lelaki tua itu.
"Pantang larang perlu dijaga. Jangan buat perkara yang boleh mengganggu ketenteraman kampung ini." terngiang-ngiang suara Pak Leman dengan lontaran ayat peringatan ini.
Malam itu, Azman tidak dapat tidur dengan lena. Badannya dipusing-pusingkan, namun tetap juga mata tidak mahu terkatup. Dalam keheningan malam, dia seakan-akan terdengar bunyi seperti seseorang yang sedang berjalan di luar rumah. Kadangkala, bunyi patahan ranting turut kedengaran. Tetapi, apabila dia menjenguk ke jendela, hanya kegelapan pekat bersama tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang menyambutnya.
Namun, apabila diperhatikan secara rambang sayup-sayup di kawasan hujung kampung dengan bantua limpahan cahaya bulan, dia dapat melihat kelibat seseorang berdiri tegak. Seseorang wanita berambut panjang berdiri tegak di pinggir hutan - secara tepatnya di tempat patung kayu berbentuk wanita itu berada.
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang, butir-butir peluh mulai membasahi dahi Azman. Dia lantas menutup jendela lalu merebahkan badan di tempat tidur. Matanya dipaksa juga untuk katup sehinggalah dia terbuai lena.
*Disclaimer : Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan sebagai pengajaran kita bersama. Untuk penganut yang beragama Islam, sebarang perbuatan ataupun kepercayaan tentang patung yang boleh menjadi penjaga kepada sesuatu tempat adalah karut dan boleh menjadikan perbuatan itu mensyirikkan Allah S.W.T.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro