NK1
Kopi di atas meja komputer di hirup sedikit kerana masih panas. Dia termenung memikirkan nasibnya yang baru menjadi sebatang kara. Mengapa tuhan begitu kejam padanya tak layak ke dia untuk hidup dengan tenang.
Dalam kegelapan dia menarik senyuman yang mengerikan. Matanya tertumpu pada skrin monitor laptopnya. "Kalau kau nak main-main sangat dengan aku okay kita main. Kita tengok siapa yang akan back up kau kalau tahu perkara sebenar. Disini semuanya akan terungkap."ucap lelaki itu dengan menundingkan jarinya ke arah skrin tersebut.
6 tahun Kemudian
Kring!!!!!!! pap! Jam loceng tersebut berbunyi menandakan sudah masa untuk dia solat subuh. Namun perlukah dia solat subuh jika dia kini tidak yakin pada tuhannya sendiri?
Lelaki itu menepuk jam loceng tersebut maka berhentilah bunyi yang sangat membingitkan itu. Dia bangun berpisat-pisat akibat rasa mengantuk yang menguasai diri.
Dia bangun lalu berjalan ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Seusai itu dia memesan nasi goreng dari kedai mamak yang sering dia beli. "Hello,aku nak nasi goreng dengan milo panas. Ye, macam biasa korang hantarkan. Ok nanti aku tambah RM3. Bye."
Dia menutup panggilan lalu duduk di atas sofa yang yang berdebu. "Dasar tamak rumah aku dekat saja dengan kedai mamak cap ayam tu pun perlu dibayar penghantaran." Dia mengomel sesekali memandang persekitaran dalam rumahnya. Berdebu, kotor, makanan di mana-mana,sampah tak dibuang sehinggakan berulat. Semua itu hanya dipandang dengan pandangan kosong.
Belum lagi melihat halaman rumah yang seperti hutan tropika. Begitu lebat rumput sehinggakan seperti tiada penghuni mungkin juga ada ular di dalam rumput itu.
"Ini yang kau mahukan kan, aku dah ikut apa yang kau nak jadi kenapa kau tak mampu bagi apa yang aku nak!" terjerit-terjerit dia. Matanya sudah berlimpah dengan air mata yang bakal keluar sebentar lagi. "Kenapa? Kenapa hah!"
"Aku.." "Hello ada orang tak. Abang hensem ada orang tak?"
Dia menyeka air mata dengan baju lengannya. "Ada! Sabar sekejap." Dia membuka pintu rumahnya sedikit." Kau tinggalkan je dekat situ nanti aku ambil." melihat mamak itu menggoyangkan kepalanya yang menandakan 'okay'. Dia menutup kembali pintu tersebut.
"Oh ya abang hensem nanti bersih-bersihkan lah rumah tu macam reban ayam saja. Tapi reban ayam lagi bersih dari rumah abang hensem hihihihi. Okaylah saya pergi dulu." Dia mengambil duit dalam peti surat lalu beredar dari kawasan rumah tersebut dengan ketawa kecil.
"Tak guna punya mamak boleh pula dia mengutuk rumah umi abah aku. Aku tidak akan beli dekat dia lagi." Dia keluar dan terus mengambil plastik makanan itu. Dia makan nasi goreng sambil menonton berita menyaksikan kekejaman yang dipamerkan oleh manusia sendiri.
"Heh."dia mengukir senyuman sinis. "Lihat hamba yang kau banggakan sangat itu. Mereka sendiri menunjukkan kekejaman mereka tidakkah itu bodoh? Untung aku tidak seperti mereka."
Dia menyudahkan suapan terakhirnya dan hanya meninggalkan bekas itu di situ sahaja. Dia yakin pasti akan ada orang yang akan membersihkannya kerana dia kawasan perumahannya mereka semua mengenali Haden Ien. Lelaki yang begitu malang sekali.
Justeru itu,mereka akan membersihkan rumahnya sekali sebulan. Serta tolong membayar bil elektrik dan air.
Lelaki itu keluar dari rumah untuk pergi mencari kekejaman dunia. Pelik bukan? Mengapa perlu dicari? Ianya akan datang sendiri padanya jadi dia hanya perlu menunggu berita yang disiarkan. Namun itu bukanlah dia, dia lebih suka untuk mencarinya sendiri.
Dia memakai mask dan sarung tangan serta jaket yang didalamnya mempunyai pisau lipat. Dia menaiki motornya dan terus berlalu.
...
Terima kasih kerana sudah sudi untuk membaca nota kecil. Agak agak Haden ni baik ke jahat ek. Apa apa typo bolelah komen nanti saya betulkan.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro