Prolog
Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan bersendirian di sebuah taman. Selepas terasa penat akibat berjalan terlalu lama, dia terus duduk di sebuah bangku kayu yang tersedia di situ. Daun-daun kering yang jatuh ke tanah dipandang.
Lelaki itu mengambil earphone miliknya lalu dipakai di telinga. Lagu Darkside dari Alan Walker dipilih dari playlist lagunya. Sejak kebelakangan ini, dia suka mendengar lagu bahasa inggeris. Semua lagu itu seolah-olah menceritakan tentang kehidupan dirinya.
Dia menghela nafas seketika. Padangannya memandang ke arah langit. Kebetulan, waktu itu tidak ramai orang sedang bersiar-siar di taman. Langit biru yang luas itu dipandang lama.
'Alangkah baiknya, jika aku boleh terbang ke sana. Pergi jauh dari sini. Jauh dari semua masalah dan semua orang' kata lelaki itu di dalam hati.
Dia terus bangun lalu berjalan semula untuk pulang. Jam tangan jenama Swatch berwarna hitam dipandang sekilas.
'Pukul 9:21 pagi. PD-nim hyung nak jumpa pukul 10:15 pagi' bisiknya lagi di dalam hati.
Dia terus berjalan keluar dari taman. Dia terus nampak sebuah kedai serbaneka di seberang jalan. Topeng mulut berwarna hitam dipakai dan hoodie berwarna hitam miliknya ditarik menutup kepalanya. Dia terus menyeberang jalan sambil melihat kanan dan kiri.
Dia membuka pintu kedai serbaneka tersebut dan bunyi loceng kedengaran tanda pelanggan datang. Seorang jurujual yang sedang menyapu sampah tersenyum dan menunduk sikit kepadanya. Dia juga turut tunduk lalu berjalan ke bahagian air.
Dia terus mengambil air kopi satu. Dia perlukannya kerana dia berasa sedikit penat pada hari itu. Dia menuju kearah kaunter untuk membayar air nya. Jurujual tadi terus scan air tadi.
"Harganya RM 3.45 encik" kata jurujual tersebut.
Dia terus memberikan wang tersebut kepada jurujual itu lalu diambilnya airnya. Dia menunduk sedikit dan terus keluar dari kedai serbaneka tersebut. Penutup tin dibuka lalu diteguk airnya. Selepas beberapa kali meneguk air tersebut, air tersebut sudah habis. Dia terus membuang tin itu ke dalam tong sampah berhampiran.
Dia meneruskan perjalanan ke pejabat Big Hit. Dia terus masuk ke sebuah bangunan besar lalu menuju kearah lif. Selepas menekan butung, lif terus terbuka. Dia menekan nombor tiga untuk ke pejabat Big Hit. Selepas sampai ke tingkat tiga, pintu lif terus terbuka.
Dia keluar dari lif dan terus berjalan masuk kearah pejabat Big Hit. Kelihatan tiada orang di situ pada masa itu. Dia terus berjalan kembali menuju ke bilik PD-nim hyung. Dia terus mengetuk pintu kaca bilik tersebut.
"Masuk!" laung PD-nim dari dalam bilik itu.
Dia terus membuka pintu lalu berjalan masuk. Dia terus menunduk kepada PD-nim hyung. Topeng mulut dan hoodie yang dipakai dibukanya. PD-nim hyung tersenyum memandang orang tersebut.
"Kim Seok Jin. Marilah duduk dulu" ajak PD-nim.
Jin terus duduk di sofa berwarna hitam dalam bilik tersebut. PD-nim pula duduk berhadapan dengan dia.
"Kamu tahu ke tidak, sebab apa saya nak jumpa kamu ni?" tanya PD-nim.
Jin hanya menggelengkan kepala tidak tahu. PD-nim hanya menghela nafas lalu sambung bercakap semula.
"Saya panggil kamu ni sebab risau pasal kamu. Kamu pergi mana tadi? Awal-awal pagi dah tak ada kat dorm" soal PD-nim.
"Maafkan saya PD-nim hyung. Pagi tadi, saya keluar pergi ke taman sekejap. Lepas pergi taman, saya singgah ke kedai serbaneka beli air" jawab Jin sambil memandang kebawah takut memandang wajah PD-nim.
"Jin... Saya bukannya nak marah kamu. Saya cuma risau kalau jadi apa-apa kat kamu. Kamu tu tak sihat. Nanti jadi apa-apa macam mana?" kata PD-nim kerisauan.
"Saya tak kisah. Kalau saya mati sekalipun, tak ada sesiapa kisah" balas Jin.
Kelihatan PD-nim terkejut mendengar kata-kata dari Jin. Dia terus bangun lalu duduk disebelah Jin.
"Jin, kenapa kamu cakap macam tu? Semua orang ambik tau pasal kamu. Mereka ambik kisah pasal kamu" kata PD-nim.
"Betullah apa saya katakan PD-nim hyung. Mereka tak pernah kisahkan saya. Mereka tak pernah pedulikan saya. Mereka tak pernah nampak yang saya ni wujud. Mereka tak per-hisk hisk nah sa-hisk yang hisk kan saya" balas Jin mula menangis teresak-esak.
PD-nim yang melihat keadaan Jin itu, terus memeluknya. Dipeluknya erat. Jin sudah dianggap bagaikan adiknya sendiri. Dia sendiri sedih melihat keadaan Jin itu.
"Shuh... Seokjin. Dengar sini, masih ada orang yang mengambil berat pasal kamu. Masih ada ambik kisah tentang kamu. Masih ada orang yang nampak kewujudan kamu. Masih ada yang menyayangi kamu. Salah satunya, hyung sendiri. Hyung dah anggap kamu macam adik sendiri" ucap PD-nim.
Jin terus melepaskan pelukan tersebut dan memandang PD-nim. PD-nim hanya tersenyum kearah Jin. Jin terus tersenyum kecil.
"Jangan sedih lagi okay? Nanti sakit, risau nanti hyung. Balik nanti, makan ubat kamu. Jangan lupa pula" nasihat PD-nim kepada Jin.
"Baiklah, hyung. Saya tak akan lupa" balas Jin lalu bangun.
PD-nim juga turut bangun. Jin terus memeluk PD-nim sekali lagi lalu mengucapkan terima kasih dan terus keluar. PD-nim hanya tersenyum sehingga kelibat Jin hilang dari pandangan matanya.
"Kalaulah semua orang tau pasal sakit kamu. Pasti mereka akan menghargai dan menyayangi kamu sebelum terlambat" kata PD-nim kepada dirinya sendiri.
Dia hanya memandang sebuah bingkai gambar dimana gambarnya bersama semua ahli BTS termasuk Jin. Ketika itu, BTS baru sahaja debut untuk kali pertama pada tahun 2013. Kelihatan Jin tersenyum lebar ketika itu.
'Kalaulah Jin yang sekarang ialah Jin yang sama ketika itu' bisik hati PD-nim.
Jin hanya berjalan menyusuri laluan untuk ke dorm. Langit yang cerah bertukar gelap tanda hujan ingin turun. Akhirnya, Jin dah sampai hadapan dorm. Terus dia mengambil kunci lalu membuka pintu. Dia terus masuk dan tutup pintu semula. Kelihatan dorm itu senyap sunyi sahaja.
'Mesti mereka semua keluar kecuali Suga sebab dia jenis pemalas nak keluar. Dia mesti duduk dalam bilik' bisik hati Jin.
Jin terus naik ke atas dan mengambil ubatnya lalu turun semula kebawah. Dia berjalan masuk ke dapur dan mengambil segelas air. Dia terus mengambil ubatnya dan telan lalu terus minum air tadi. Di dapur itu, hanya kedengaran nafas Jin sahaja.
Gelas tadi terus dibasuhnya dan diletakkan ditempatnya semula. Hoodienya dibuka lalu disangkut pada kerusi. Ubat yang belum disimpan telah dimasukkan ke dalam poket. Apron berwarna ungu yang tersangkut di dinding dicapainya. Apron itu terus disarungkan dekat badannya. Dia ingin memasak untuk tengah hari untuk ahli nya yang lain.
Semua bahan masakan diambil lalu kerja memasak terus dilaksanakan. Sepanjang Jin sedang memasak, suasana amat sunyi. Cuma sekali-sekala akan kedengaran bunyi petir dari luar tanda hujan lebat akan turun. Selesai sahaja memasak, semua hidangan diletakkan atas meja lalu ditutup supaya habuk atau lalat tidak akan masuk dalam makanan.
Apron terus ditinggalkan lalu disangkut kembali pada tempatnya. Hoodie hitamnya yang disangkut pada kerusi diambil lalu dia berjalan naik ke atas dan terus masuk ke biliknya. Hoodienya dicampak ke dalam bakul baju supaya senang dia nak basuh nanti.
Jin terus baring diatas katilnya. Ubatnya yang berada di dalam poket dibawa keluar dan diletakkan atas meja tepi katilnya. Matanya terasa amat berat sekali. Hujan akhirnya turun setelah sekian lamanya.
'Kalaulah aku boleh tersenyum seperti dulu lagi' kata Jin di dalam hatinya.
Air matanya mengalir tanpa paksaan. Tanpa esakkan. Tanpa perasan. Jin terus tertidur. Bunga rose berwarna putih yang dijaga Jin, salah satu kelopaknya terus jatuh ke atas lantai. Seolah-olah, ia juga merasai kesakitan yang dialami oleh Jin.
~Bersambung
Hai semua! Nia disini dengan cerita baru lagi! Harap para ARMY yang menyukai Kim Seok Jin a.k.a. Mr Worldwide Handsome kita ni akan meminati cerita ni juga! Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye semua!💕💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro