Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 8

"Lagi seminggu hyung nak berangkat ke mana?"

Jin terus menoleh ke belakang dengan terkejut. Dia tidak menyangka ada yang mendengar perbualannya dengan Bang PD-nim. Orang tersebut memandang Jin dengan tatapan memohon.

"Hyung... Please tolong bagitau perkara sebenar" kata orang tersebut.

Jin terus menghela nafas. Mungkin sudah tiba masa untuk beritahu tentang perkara ini.

"Baiklah, hyung akan terang kepada kamu sekali saja" kata Jin serius.

Keesokan paginya, semua ahli BTS mula melakukan rutin harian masing-masing. Hari ini mereka dibenarkan berehat sempena Jin keluar dari hospital semalam. Esok baru mereka mula kerja semula. Di dalam bilik, Jin hanya termenung di balkoni miliknya. Dia masih teringat akan perbualannya dengan orang tersebut.

'Tak sangka... Dari sorang je nak ke luar negara, sekarang dah jadi dua orang' kata Jin di dalam hati.

Ya. Dia sudah bersetuju untuk bawa orang tersebut bersamanya ke luar negara. Jin juga telah menghubungi Bang PD-nim tentang perkara ini. Bang PD-nim hanya menghela nafas dan membenarkan dia mengikuti Jin ke Australia. Jin terus duduk di atas kerusi yang telah disediakan oleh pihak resort.

Jin hanya termenung sahaja. Dia terus memikirkan pelbagai perkara. Entah kenapa, kepalanya rasa sungguh serabut dengan semua masalah yang timbul termasuk Keberangkatannya ke Australia. Tinggal seminggu lagi, sebelum dia ke Australia. Dan tinggal seminggu lagi, dia berada di Korea untuk meluangkan masa bersama BTS.

'Aku akan rindukan mereka semua nanti' bisik Jin di dalam hati.

Jin sentiasa meluangkan masa bersama BTS. Dia betul-betul akan rindukan mereka nanti. Dalam dua hari berikutnya, mereka semua pun balik ke Seoul semula selepas semua kerja sudah siap. Seminggu sudah berlalu dengan begitu sahaja. Pada suatu pagi, ahli BTS digemparkan dengan berita ketiadaan Jin dan... Jungkook di dorm mereka.

Mereka terus berjumpa dengan Bang PD-nim untuk beritahu perkara ini. Bang PD-nim terus memberitahu mereka bahawa Jin dan Jungkook sudah berangkat ke Australia pada awal pagi lagi.

"Kenapa mereka pergi tanpa kami?!" soal Namjoon.

"Mereka pergi untuk perubatan Jin. Jin harus menjalani pembedahan untuk pulih semula. Pada mulanya, Jin ingin pergi seorang tapi Jungkook dapat tau. Jadi Jungkook pun pergi bersama Jin untuk temankannya" jawab Bang PD-nim.

"Bila mereka balik ke Korea semula?" tanya Suga.

"Mereka akan balik semula ke Korea... Tahun depan" jawab Bang PD-nim.

Terus mereka terkejut besar.

"Tahun depan?! Setahun mereka dekat sana?!" kata Taehyung.

"Sebelum pembedahan, Jin harus menjalani rawatan terlebih dahulu. Dia juga perlu buat beberapa rawatan dan ia akan mengambil masa yang agak lama untuk selesai" kata Bang PD-nim.

"Kenapa mereka pergi tak cakap?" soal Jimin sedih.

"Mereka tak cakap sebab tak nak kamu semua sedih apatah lagi Jin. Dia tak nak kamu sedih bila kamu tahu tentang perkara ni. Jadi hyung minta sangat, kamu semua tolong tunggu Jin dan Jungkook untuk balik ke sini semula. Hyung tau semua ni payah sebab setahun bukan satu waktu yang singkat tapi hyung harap kamu semua boleh menunggu untuk satu tahun ni. Hyung harap kamu boleh pegang pada kata-kata dan janji kamu terhadap Jin" kata Bang PD-nim.

Mereka semua terus terdiam. Betul kata Bang PD-nim. Mereka tidak patut mungkir janji terhadap Jin. Mereka harus bertahan selama setahun. Mereka akan menunggu kepulangan Jin dan Jungkook semula ke Korea. Bang PD-nim juga telah memberitahu kepada pihak media yang BTS akan bercuti selama setahun atas hal peribadi.

Dalam masa tersebut, mereka buat kerja masing-masing. Tiap-tiap hari, mereka terasa sunyi. Tiada lagi gangguan dari golden maknea. Tiada lagi ketawa dari hyung tertua. Semua ini hanya untuk setahun. Memang bukan waktu yang singkat tapi mereka harus bertahan. Mereka perlu pegang janji yang dibuat pada Jin. Mereka tidak akan memungkirinya walau sesaat sekalipun.

Setahun kemudian~

Jin memandang ke arah langit yang biru. Kini, dia dan Jungkook berada di dalam kapal terbang untuk pulang ke Korea semula. Akhirnya, Jin sudah disahkan sembuh semula. Tiada lagi batuk berdarah dan kemurungan.Wajah Jin kelihatan berseri-seri. Tiada lagi wajah pucat atau bibir yang pucat.

"Perhatian kepada semua para penumpang. Tidak lama lagi, kita akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul, Korea. Semua penumpang diminta bersiap sedia dengan barang masing-masing. Harap maklum"

Pengumuman itu sahaja sudah buat Jin dan Jungkook gembira. Jin memandang kearah Jungkook yang berada disebelahnya. Jungkook turut memandang Jin lalu tersenyum. Di dalam hati, mereka tidak sabar untuk tiba di Korea. Mereka amat merindukan kawan-kawan mereka yang lain.

Tidak lain juga dengan perasaan ahli BTS. Mereka sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul sejak dua jam yang lalu. Mereka tidak sabar untuk menunggu kepulangan Jin dan Jungkook. Akhirnya, penantian selama setahun ini akan tamat tidak lama lagi. Mereka akan kembali semula sebagai tujuh ahli BTS.

"Perhatian kepada para penumpang. Kapal terbang dari Australia sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul. Para penumpang dibenarkan keluar dari kapal terbang sekarang"

Mendengar pengumuman itu, terus mereka rasa gembira sekali. Mereka terus berlari menunggu Jin dan Jungkook berhampiran dengan pintu dimana penumpang lain sedang keluar. Apabila tiada lagi penumpang yang keluar, terus pintu ditutup kembali. Kelibat Jin dan Jungkook tidak kelihatan. Jimin dan Taehyung mula ingin menangis. Tiba-tiba sahaja, ada seseorang menegur mereka dari belakang.

"Janganlah sedih. Nanti hyung pun rasa sedih juga"

Mereka berlima terus pusing belakang. Rupanya, orang yang menegur mereka ialah Jin. Jungkook yang berdiri disebelah Jin tersenyum memandang kearah mereka. Mereka terus memeluk Jin dan Jungkook. Rindu yang tertahan di dalam hati, akhirnya dapat dilepaskan juga. Akhirnya, mereka bersama semula.

Mereka terus berjalan ke kereta lalu pergi dari situ. Mereka semua bertanya pelbagai perkara kepada Jin dan Jungkook. Namjoon yang sedang memandu hanya tersenyum. Semasa setahun Jin dan Jungkook di Australia, Namjoon sudah belajar  cara-cara memandu. Bukan Namjoon seorang sahaja tapi Suga dan Jhope juga.

"Namjoon hyung~" panggil Jungkook.

"Hm? Ada apa Jungkook?" tanya Namjoon.

Matanya tidak sekalipun diahlikan dari depan. Dia takut kalau dia pandang ke belakang, mereka mungkin boleh terlanggar apa-apa lalu kemalangan. Jungkook hanya tersengih sebelum menjawab semula.

"Jungkook laparlah. Namjoon hyung, jom kita pergi makan dulu sebelum balik" ajak Jungkook.

"Tae pun lapar juga!" kata Taehyung.

"Chim pun!" sahut Jimin.

Akhirnya, mereka buat keputusan untuk singgah mana-mana kedai makan sebelum balik. Apabila mereka tiba di sebuah kedai, Jin perasan ada sebuah kereta hitam tidak jauh dari mereka. Dia sedar kereta hitam itu mengekori mereka dari lapangan terbang lagi.

Kereta hitam terus pergi dari situ. Mungkin pemandunya ternampak yang Jin memandang kearah mereka. Mereka? Jin tidak perlu teka lagi. Dia tahu siapa pemandu itu dan siapa penumpang yang duduk di belakang.

"Hyung... Kenal ke dengan orang yang duduk kat belakang dalam kereta hitam tu?" soal Suga.

Terus Jin memandang kearah mereka semula. Rupanya, mereka sedar yang Jin dari tadi merenung sebuah kereta hitam yang tidak jauh dari mereka. Mereka sedar yang mereka diekori apatah lagi Namjoon. Dia yang memandu tadi. Jin terus menghela nafas.

"Hyung kenal dengan orang yang duduk belakang tu" jawab Jin.

"Siapa orang tu hyung?" tanya Jhope.

Jin terus terdiam seketika sebelum menjawab semula yang menyebabkan mereka terkejut.

"Ketua gengster yang pukul hyung sehingga masuk hospital a.k.a appa hyung sendiri"

~Bersambung

Fuh... Siap juga chapter kali ni😂 Sebenarnya, Nia nak completekan story ni cepat tapi tak tahulah sempat ke tak sebelum PT3😅😂. Okaylah semua. Kalau suka vote, nak kata apa-apa komen! Bye!!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro