Chapter 7
"Jungkook"
Jin memandang Jungkook dengan agak terkejut. Sementara Jungkook memandang Jin lama. Serta merta, dia berlari kearah Jin lalu memeluknya. Jin yang masih terkejut, terus semakin terkejut.
"Jungkook... Kenapa ni hm?" tanya Jin lembut.
Mendengar suara Jin terus membuat Jungkook menangis. Nada suara lembutnya bagaikan menusuk ke hatinya tepat. Ia seolah-olah mengingatkan Jungkook akan sikap teruknya terhadap Jin. Jin yang melihat Jungkook menangis terus memeluknya kembali. Jin mengusap belakang Jungkook lembut.
"Jin hyung... Jungkook nak minta maaf dengan sikap Jungkook selama ni. Jungkook selalu cakap kasar dengan hyung. Jungkook selalu marah-marah hyung bila pratice. Jungkook juga hina hyung. Jungkook tak sedar lama ni, hyung selalu bersabar dengan karenah Jungkook. Hyung tak pernah marah balik dekat Jungkook macam Jungkook buat kat hyung" kata Jungkook.
Jin yang mendengar mula mengerti kenapa Jungkook datang ke sini dan kenapa dia menangis. Jin tersenyum lembut tetapi ianya sebuah senyuman sedih. Air matanya mengalir.
"Jungkook tak perlu minta maaf. Hyung tak terasa langsung dengan semua tu. Memang pada mulanya, hyung rasa marah, sedih dan kecewa. Tapi lama-lama, hyung mula terbiasa. Setiap kali hyung rasa sedih, hyung selalu bayangkan senyuman kamu semua. Terus hyung rasa tak sedih. Dan... Hyung tak marah Jungkook balik sebab... Hyung sayang Jungkook dengan yang lain. Kamu semua adik hyung" kata Jin.
Mendengar kata-kata Jin, Jungkook memandang kearah wajah Jin. Jin tersenyum lembut kearahnya. Melihat wajah Jin, membuat Jungkook sedih. Dia memeluk Jin seolah-olah tak ingin Jin pergi walau sesaat darinya.
Malam makin berlarut. Akhirnya, Jin mengajak Jungkook untuk masuk ke bilik nya semula. Bila mereka dah masuk ke dalam bilik Jin, Jin terus nak tertumbang. Jungkook cepat-cepat menyambut Jin. Jungkook terus membawa Jin ke katilnya.
Jungkook membantu Jin untuk berbaring. Jungkook terus memandang Jin dengan tatapan risau. Jin yang perasaan akan riak wajah Jungkook terus menggelengkan kepala sambil tersenyum tanda dia okay sahaja. Jungkook terus memeluk Jin seketika sebelum berbaring di atas sofa yang ada lalu tertidur.
Jin hanya tersenyum memandang Jungkook. Jin hanya termenung seketika. Air matanya terus mengalir. Dia teringat semua kenangannya bersama BTS. Entah kenapa pada malam itu, dia berasa takut. Setiap malam yang berlalu membuat Jin rasa takut sangat. Dia takut yang dia tak mampu untuk bertahan.
Dia takut dia akan kehilangan mereka semua. Dia takut kehilangan senyuman indah itu. Senyuman mereka semua. Jin tidak ingin lepaskan semua ini. Selama ini, dia menunggu setiap saat untuk gembira semula. Dia menunggu setiap minit untuk kembali. Dan dia menunggu setiap jam, hari, minggu, bulan malah tahun untuk mereka menerimanya semula.
Dia berharap agar dia mampu bertahan. Dia ingin pulih semula. Dia ingin bersama mereka kembali. Dia terus tertidur selepas penat berfikir tentang pelbagai perkara. Keesokkan paginya, Jin dikejutkan dengan kehadiran semua ahli BTS yang lain. Jungkook yang sudah bangun turut terkejut.
Akhirnya, mereka buat keputusan untuk bersarapan bersama-sama dengan Jin. Ketika bersarapan, mereka semua diam sahaja. Seorang pun tidak berkata apapun. Jin yang melihatnya hanya mengembungkan pipinya tidak berpuas hati.
"Sudahlah tu" kata Jin.
Terus mereka semua berhenti makan Mereka memandang kearah Jin. Masing-masing tidak memahami apa maksud Jin. Jin terus menghela nafas.
"Maksud hyung... Tolonglah jangan diam sangat. Bosan lah..." terang Jin.
Terus mereka semua menganggukkan kepala. Baru mereka faham apa maksud Jin. Namjoon terus meletakkan sudu serta garpu lalu memandang kearah Jin.
"Hyung... Joon nak minta maaf. Minta maaf untuk segalanya..." kata Namjoon.
"Namjoon, Suga, Jhope, Jimin, Taehyung dan Jungkook... Hyung dah maafkan korang. Memang betul, hyung sakit tapi ini tak bermakna ini salah korang. Memang takdir hyung. Memang hyung tipu korang pasal sakit ni. Pada awalnya, hyung fikir dengan sembunyikan perkara ni tak akan jejaskan apa-apa tapi hyung silap. Hyung semakin bersalah. Hyung semakin murung. Hyung juga semakin sakit. Malah hati hyung rasa sakit sangat... Terlalu sakit... Sampai hyung tak mampu buat apa-apa lagi" kata Jin.
Air matanya menitis ke atas baju hospital yang dipakai. Mereka semua terus bangun dan memeluk Jin. Air mata mereka semua mengalir mendengar kata-kata Jin.
"Hyung... Lepasni tolong jangan rahsiakan apa-apa lagi dari kami semua" kata Suga.
"Hyung jangan sedih. Kami ada untuk hyung" kata Namjoon.
"Kami akan sentiasa bersama dengan hyung" kata Jhope.
"Kami akan sentiasa buat hyung gembira dan tertawa" kata Jimin.
"Kami akan bantu hyung pulih semula macam dulu" kata Taehyung.
"Kami tak akan pernah buat hyung sakit lagi disebabkan kami" kata Jungkook.
Jin yang mendengar ucapan adik-adiknya terus tersenyum terharu. Dia rasa gembira sekali. Buat kali pertama, Jin rasa gembira macam ni lepas apa yang terjadi diantara mereka semua. Dia berasa amat gembira sehingga tidak mampu mengatakannya.
Seharian itu, bilik Jin dipenuhi celoteh adik-adiknya. Mereka ceritakan pelbagai perkara kepada Jin. Jin sentiasa tersenyum dan tertawa mendengar celoteh masing-masing. Mereka sentiasa buat Jin gembira. Mereka tidak mahu Jin sedih lagi. Mereka juga menjaga Jin dengan baik sekali.
Tiga hari sudah berlalu, Jin sudah dibenarkan keluar dari hospital. Doktor ada berpesan kepada Jin untuk makan ubatnya mengikut waktu yang telah ditetapkan. Jin telah dijemput oleh Bang PD-Nim. Dalam perjalanan, Jin berasa tidak sabar untuk berjumpa dengan yang lain.
Setibanya di resort, Jin terus turun dari kereta dan berjalan ke pintu masuk utama. Tiba-tiba, sekumpulan lelaki memeluknya sehingga menyebabkan dia agak terkejut. Rupa-rupanya, sekumpulan lelaki tersebut ialah ahli BTS. Mereka semua memang merancang untuk menunggu Jin di pintu masuk utama.
Bang PD-Nim yang melihatnya hanya tersenyum. Jin terus diheret ke tempat makan untuk menjamu selera oleh ahli BTS yang lain. Mereka semua makan beramai-ramai. Mereka juga bergelak ketawa mendengar lawak Jhope dan Jimin.
Pada malam itu di tepi balkoni, kelihatan Jin sedang berdiri di situ sambil memandang ke langit. Ahli yang lain ada hal yang perlu mereka selesaikan. Bang PD-Nim terus pergi kearah Jin apabila ternampak Jin berdiri sendirian di situ.
"Jin" panggil Bang PD-nim.
"Ouh, hai hyung" kata Jin.
"Buat apa kat sini sorang-sorang?" soal Bang PD-nim.
"Saja. Jin bosan duduk dalam bilik. Jadi Jin datanglah sini" jawab Jin.
Terus mereka berdua diam. Mereka memandang langit malam yang amat indah pada hari itu. Bulan penuh memunculkan diri pada malam itu. Bang PD-nim terus menarik nafas lalu menghela nafas semula.
"Jin..." panggil Bang PD-nim.
"Hm?" balas Jin.
"Apa kamu tak nak bagitau yang lain pasal tu? Lagi seminggu saja sebelum kamu berangkat pergi" kata Bang PD-nim.
"Entahlah hyung. Saya pun tak pasti nak cakap macam mana dengan mereka. Tapi kalau tak cakap, saya rasa amat bersalah sekali" kata Jin.
"Hyung harap kamu boleh cari cara untuk bagitau kepada mereka sebelum kamu berangkat. Hyung tak nak mereka sedih dan hyung juga tak nak kamu sedih" pesan Bang PD-nim.
"Baiklah hyung" balas Jin.
Bang PD-nim terus pergi dari situ sementara Jin masih setia berada di situ. Dia ingin pandang lebih lama pemandangan pada malam ini. Tanpa disedari, ada seseorang dengar perbualan Jin dengan Bang PD-nim. Orang tersebut berjalan kearah Jin.
"Lagi seminggu hyung nak berangkat ke mana?"
~Bersambung
Hola gaisss!!!😄😄 harini Nia happy sangat!! Sebab apa? Sebab Nia dapat anugerah untuk kehadiran penuh!😆okaylah... Nia gi dulu. Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen! Bye gaiss!!😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro