Chapter 11
Jin hanya berjalan. Dia terus melangkah tanpa henti. Menebusi kegelapan yang berada bersamanya. Keadaannya tidak terurus. Rambutnya berserabai dengan baju dan seluar yang terkoyak disana sini.
"Suga! Namjoon! Jhope! Jimin! Taehyung! Jungkook!" panggil Jin.
Jin mula terasa takut. Kegelapan dan kesunyian membuat Jin rasa gelisah, sedih serta ketakutan. Tiba-tiba, dia ternampak ahli keluarga dia.
"Eomma! Appa! Hyung!" panggil Jin.
Keluarganya melambaikan tangan kepadanya. Jin terus berlari menunju kearah mereka tetapi satu cahaya muncul menyebabkan suasana sekeliling berubah. Jin menutup mata kerana tidak tahan dengan sinaran cahaya tersebut. Apabila Jin membuka mata, dia nampak dirinya dan yang lain berada di konsert comeback mereka. Kedengaran suara peminat dari sekeliling mereka.
"Baiklah! Kami meminta semua ahli keluarga kepada setiap ahli BTS untuk naik ke atas pentas untuk bersama-sama dengan ahli BTS" kata Bang Pd-nim.
Semua ahli keluarga BTS mula naik ke pentas. Orang yang terakhir naik ialah appa Jin. Mr Kim Minhyuk berjalan menuju kearah Jin dengan senyuman. Tiba-tiba, suasana jadi hura-hara apabila appa Jin telah ditembak tepat pada perutnya sebanyak lima kali.
Jin terus memangku kepala appanya. Air matanya mengalir deras. Tapak tangannya penuh dengan darah yang semakin banyak mengalir. Sang ayah hanya senyum lalu mengelap air mata sang anak. Minhyuk tersenyum buat kali terakhir sebelum matanya terus tertutup rapat. Jin terus tergamam.
"Tidak!! Appa!!" jerit Jin.
Jin terus membuka matanya. Degupan jantungnya laju. Dia terus melihat keadaan sekelilingnya. Jin terus menghela nafas lega bila mengetahui dia masih berada dalam biliknya di dorm BTS. Entah kenapa, mimpi tadi seolah bakal menjadi kenyataan.
Jin terus berjalan masuk ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dan pakai baju, Jin terus turun ke bawah. Kelihatan ahli BTS yang lain sedang duduk di meja makan menunggu kedatangan Jin. Jin terus duduk diantara Namjoon dan Taehyung. Mereka semua terus makan sarapan dengan tenang.
"Siapa yang masak sarapan ni?" tanya Jin.
"Jhope yang masak. Kenapa hyung? Tak sedap ke?" soal Jhope cemas.
Yang lain juga turut memandang kearah Jin untuk mengetahui jawapannya. Jin terus tersenyum mendengar kata-kata Jhope.
"Bukan tak sedap tapi sedap. Sedap sangat masakan Jhope. Pandai Jhope masak" puji Jin.
"Alahh~ Biasalah, kalau masakan Jhope sedap hyung" kata Jhope.
"Yelah tu. Itu pun sedap selepas banyak kali Jhope hyung masak makanan terlebih panggang" ucap Taehyung.
Terus mereka semua ketawa terkekeh-kekeh mendengar ucapan Taehyung. Jhope hanya mengembungkan pipi apabila Taehyung pecahkan rahsianya kepada Jin.
Selepas sarapan, mereka semua terus pergi ke dance room. Mereka teruskan latihan dance untuk konsert comeback nanti. Jin kelihatan serius ketika latihan walaupun hakikatnya, dia amat risau tentang mimpinya. Entah kenapa, dia dapat rasakan ia akan betul-betul berlaku waktu konsert comeback nanti.
Jin menelefon hyungnya sebelum dia makan tengah hari. Menurut Hyunji, appa dan eomma mereka sudah tiba di Seoul. Mereka tinggal di sebuah hotel berhampiran konsert comeback yang akan diadakan. Buat sementara waktu ini, tiada perkara buruk terjadi kepada mereka. Jin hanya menghela nafas lega mendengar kata-kata Hyunji.
Mereka berlatih bersungguh-sungguh selama seminggu ini. Comeback kali ni digabungkan tiga buah lagu BTS iaitu Dionysus, Not today dan Fire. Di akhir konsert, Jin akan berada di atas pentas lagi untuk menyanyikan lagu Tonight.
Seminggu telah berlalu. Kini, hari yang dinantikan telah tiba. Jin hanya termenung sahaja selepas siap dimake-up oleh pengaya artis. Jimin terus duduk di sebelah Jin menyebabkan Jin memandang kearah Jimin.
"Hyung... Hyung okay tak sebenarnya?" tanya Jimin.
"Hyung okay saja" jawab Jin.
"Are you sure?" soal Jimin lagi.
"Yes. I am very sure" balas Jin sambil tersenyum.
Jimin terus memeluk Jin seketika sebelum bangun lalu pergi ke arah pengaya artis yang memanggilnya. Jin hanya tersenyum kecil dengan tindakan Jimin. Jin cuba menenangkan hatinya yang dari tadi tidak tenang.
"Okay semua! Jom kita pergi backstage sekarang!" kata Namjoon.
Terus Jin bangun lalu pergi bersama ahli BTS yang lain ke backstage. Mereka mula pergi ke tempat masing-masing. Jin hanya menghela nafas. Suga yang berada di sebelah Jin mengusap bahu Jin perlahan untuk tenangkannya. Jin tersenyum kepada Suga begitu juga dengan Suga.
Terus mereka semua naik ke atas pentas. Masing-masing bersedia di tempat mereka. Jin ternampak keluarganya sekilas pandang. Mereka duduk berhampiran dengan pentas. Jin dan yang lain terus menari sebaik sahaja lagu dimainkan. Mereka sentiasa memastikan yang mereka buat semua benda dengan baik.
Jin mula berasa penat tetapi itu tidak menghalangnya untuk melakukan yang terbaik. Dia akan buat yang terbaik demi semua orang yang disayangi. Selepas sejam berada di atas pentas, semua ahli BTS kecuali Jin terus turun dari pentas kerana giliran Jin untuk menyanyi lagu miliknya iaitu Tonight.
Semasa Jin sedang nyanyikan Tonight, ada seseorang yang memakai topeng sambil memegang senapang memandang kearah Jin.
"Kamu sungguh baik walaupun selepas apa yang keluarga kamu apatah lagi appa kamu buat pada kamu Jinnie" kata orang tersebut.
Orang tersebut hanya menunggu masa yang sesuai untuk menembak seseorang. Ya, seseorang yang Jin sayangi. Selepas habis nyanyian Jin, semua peminat menepuk tangan beramai-ramai. Kali ini, persembahan Jin amat berbeza. Kali ini Jin menyanyi dengan sepenuh perasaan tanpa sesiapa sedar, Jin hampir menangis ketika itu mengingati masa silamnya.
Semua ahli BTS yang lain naik semula ke atas pentas bersama Jin. Mereka tunduk bersama-sama. Bang Pd-nim juga bersama mereka di atas pentas. Dia tersenyum gembira melihat semuanya berjalan lancar. Bang Pd-nim terus mengambil microphone lalu mula bercakap.
"Terima kasih kepada semua peminat BTS kerana selalu menyokong BTS selama ini. Terima kasih juga kepada semua yang berkerjasama membantu menaikkan nama BTS" ucap Bang Pd-nim.
BTS menepuk tangan mendengar ucapan Bang Pd-nim. Mereka juga berasa amat gembira apabila peminat mereka sentiasa menyokong mereka. Peminat mula bersorak gembira. Jin mula terasa ada sesuatu buruk mula berlaku.
"Baiklah! Kami meminta semua ahli keluarga kepada setiap ahli BTS untuk naik ke atas pentas untuk bersama-sama dengan ahli BTS" kata Bang Pd-nim.
Deg!
Jin terus tergamam. Dia melihat semua ahli keluarga masing-masing mula naik ke atas pentas. Macam di dalam mimpinya, appanya orang yang terakhir naik ke atas pentas. Tiba-tiba, Jin ternampak seseorang bertopeng dari jauh sambil mengacukan senapang kepada appanya. Jin nampak orang tersebut ingin menarik picu. Jin terus berlari kearah appanya.
"Appa! Hati-hati!" jerit Jin.
Bang!
Bunyi tembakan kedengaran di seluruh konsert. Jin terus terduduk sambil memegang bahu kirinya yang terkena tembakan. Darah mula mengalir deras. Semua peminat menjerit dan berlari meninggalkan tempat tersebut. Bang Pd-nim terus menelefon Polis dan Ambulans.
Kim Minhyuk tergamam seketika melihat anak bongsunya menyelamatkan dirinya. Dia terasa amarah mula menguasai diri. Dia tahu ini semua pasti berpunca surat amaran yang dia dapat. Sekarang, dari dia yang sepatutnya mati akhirnya Jin yang tercedera kerana menyelamatkannya. Matanya mula berkaca. Penyesalan mula muncul di dalam hati.
~Bersambung
Hello semua!! Sorry lah Nia tak update ye🙇🙇Nia sibuk sikit sekarang. Apapun, Nia harap korang suka chapter kali ni. Story ni dah nak tamat tak lama lagi gais. Kalau suka vote, nak cakap apa-apa komen. Bye!😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro