Ep 6
-Hari ke 4-
Jiyoon ternganga.Gadis itu melihat sahaja Sunghoon menghirup ramyeon carbonara bersama sosej menjadi lauknya.Di tepinya,terdapat air coca cola yang makin membuatkan Jiyoon terliur.Selama 4 hari gadis itu berada di sini,mereka sama sekali tidak pernah memberinya makan.Gadis itu selama 4 hari juga menahan rasa laparnya,tetapi selepas sahaja memerhatikan Sunghoon makan membuatkan Jiyoon gila.Dia mahu makan!Dia lapar!Sunghoon menghirup lagi ramyeon tersebut dan terus menggigit sosejnya.Sunghoon menikmati makanannya.Sesekali Sunghoon melirik ke arah Jiyoon.Gadis itu dari tadi melihat sahaja dia membuatkan Sunghoon terpinga pinga.Gadis itu dipanggil.
"Oi,apa tengok tengok?"
Jiyoon baru tersedar.Matanya dikebil beberapa kali sambil menggeleng kepalanya.Air liur ditelan melihat ramyeon Sunghoon.Jiyoon senyum kekok.
"Encik..."
Wajah sedih dipasang.Jiyoon melihat perutnya lalu melihat Sunghoon kembali.Bibir dimuncungkan.
"Boleh tak...saya rasa sikit ramyeon tu?Saya dah 4 hari tak makan,perut ni tak berhenti berhenti bunyi.Boleh?"
Jiyoon memasang wajah manjanya supaya Sunghoon memberi kasihan.Tetapi,semuanya hanya sia sia.Sunghoon hanya menjelirkan lidah dan sambung memakan ramyeonnya hingga habis.Jiyoon memasang wajah jengkel.Kedekut betul!Usai Sunghoon menghabiskan makanannya,dia terus sahaja membuang semua sampah ke dalam tong sampah.Sunghoon duduk lalu bermain dengan telefonnya.Manakala Jiyoon,bertahan untuk tidak merasa lapar.Padahal dia sudah sangat lapar.Gila,tidak dikasi makan bahkan tidak makan selama 4 hari.Kau rasa?Perut gadis itu pula tidak henti henti berbunyi.Sunghoon dari jauh pun boleh dengar tetapi lelaki itu tidak peduli.Sesekali Jiyoon bergumam.
"Lapar..."
"Sakitnya..."
Jiyoon kena gastrik.Jikalau gadis itu tidak dikasi makan,gadis itu boleh pingsan tidak pun muntah.Air mata perlahan lahan mengalir.Jiyoon menundukkan kepalanya,tidak mahu Sunghoon melihat kalau dia sedang menangis kelaparan.Tengah seronok lelaki itu bermain game,tiba tiba bunyi esakan terdengar.Sunghoon menghentikan gamenya lalu meletakkan telefon di atas meja.Kening dikerut.Sunghoon melihat sekeliling.Siapa yang menangis tu?
"Siapa yang.."
Sunghoon akhirnya menoleh ke arah Jiyoon yang masih menundukkan kepalanya.Dari jauh bisa dia melihat yang bahu Jiyoon terhinjut hinjut sedikit.Kedua dua kening diangkat.Dia menangis?Sunghoon berdiri lalu mendekati Jiyoon.Dan barulah Sunghoon tau.Memang betul,Jiyoon menangis.Menangis sebab lapar.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.Kaki gadis itu
ditendang lembut.Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.Jiyoon tersentak lalu cuba untuk tidak mendengarkan esakannya.Tetapi Sunghoon masih menendang nendang kaki gadis itu.Ditendang lagi dan lagi.Jiyoon sudah mula rasa rimas.Gadis itu mengangkat kepalanya biarpun air matanya masih mengalir.
"Tak payah kacau orang la-"
Jiyoon hilang kata kata di saat Sunghoon mengusap air matanya menggunakan ibu jari.Jiyoon membulatkan matanya.Sunghoon yang sudah membongkokkan badannya itu menghela nafas.
"Tak kena bagi makan,menangis pula"
Air mata gadis itu dihapuskan sehingga habis.Jiyoon mendengus kasar.
"Siapa je tak nangis?Dah lah saya takde makan selama 4 hari.Lapar tau...encik pun tak bagi saya makan.."
Sunghoon agak terasa jengkel dengan jawapan gadis itu.
"Eh betina,kau tu kami culik bukannya bela macam kucing.Faham tak?"
Jiyoon menjeling tajam.Sunghoon menegakkan balik badannya.Lelaki itu masih berdiri di hadapan Jiyoon.Tangan disilangkan ke dada.
"Bagitau aku,kau nak makan apa?"
Jiyoon terdiam.Sunghoon mengerutkan dahi.
"Asal diam?Kata nak makan"
"Tak payah lah.Saya sebagai mangsa culik tak layak kena bagi makan"
Sunghoon menghela nafas.
"Tadi kau sendiri juga yang cakap nak makan kan?Jadi,bagitau aku sekarang"
Jiyoon tetap diam.Sunghoon mengetap bibirnya.Tadi bukan main merayu minta makanan orang sikit,lepas sudah diberi peluang ingin makan apa diam pula.Rimas orang dibuatnya.Sunghoon menggaruk keningnya lalu duduk mencangkung.Wajah gadis yang masih basah kerana air mata itu ditatap.
"Aku tanya lagi,kau nak makan apa?Aku tengah baik ni tau,jangan sampai kau mati kebuluran.Kau nak mati?"
Jiyoon tersentak.Agak takut juga dengan kata kata Sunghoon tadi.Gadis itu tidak mahu mati.Lagi lagi mati kelaparan.Gadis itu harus makan untuk terus hidup.Masih banyak lagi perkara yang ingin dia mahu lakukan di dunia ini.Jiyoon menoleh ke arah Sunghoon.Gadis itu berfikir seketika.
"Saya nak...nasi goreng kimchi.Lepastu gimbab,lepastu daging bakar lepastu ayam goreng lepastu air pula air cola macam encik tadi lepast- adui!"
Terasa sakit di dahi Jiyoon.Sunghoon melastik dahi gadis itu tadi.Sunghoon menggerakkan bebola matanya ke atas.
"Kau ingat aku ni tukang ambil order orang ke?Minta banyak banyak.Dah lah guna duit aku"
"Mestilah guna duit encik sebab duit saya dah habis"
Jiyoon memasang wajah tidak bersalahnya.Sunghoon terkejut mendengar kata kata Jiyoon.Baru pertama kali dia menculik orang yang sungguh berani berkata kata seperti Jiyoon.Jiyoon agaknya sudah anggap Sunghoon ini seperti kawannya sahaja.Sunghoon menelan air liurnya.Kepala digelengkan.Lelaki itu berdiri.Rambut dikuak ke belakang.
"Aku keluar dulu"
Jiyoon senyum manis sambil mengangguk.Sunghoon akhirnya keluar.
-
"Rindu doh aku dengan Jiyoon"
Gadis yang berkaca mata itu mengangguk setuju.Waktu persekolahan sudah habis dan mereka berdua duduk di perhentian bas untuk menunggu bas.Dua orang pelajar gadis ini ialah sahabat Jiyoon.Mereka selalu rehat bersama.Terkadang,mereka selalu usya usya pelajar pelajar lelaki yang kacak.Persahabatan mereka ini ada gilanya juga.Tetapi mereka tetap saling sayang menyayangi.Gadis yang berkaca mata ini namanya Moon Goyoung manakala gadis yang mempunyai lesung pipit ini pula ialah Kim Baebie.Mereka berdualah yang selalu ada dengan Jiyoon.Tetapi peliknya pada suatu hari,Jiyoon tidak datang ke sekolah.Mereka kenal Jiyoon,gadis itu sungguh jarang sekali tidak hadir ke sekolah.Kalau ya pun tidak hadir,Jiyoon akan memberitahu mereka di Whatsapp bahawa Jiyoon tidak boleh pergi ke sekolah kerana sakit atau sebagainya.Tetapi,baru pertama kali ini Jiyoon tidak hadir kesekolah tanpa memberitahu mereka.Sudah 4 hari tetapi gadis itu belum muncul muncul.Mereka mula risau.Seperti sekarang inilah.Baebie melihat sahaja mesej yang dia hantarkan kepada Jiyoon 2 hari yang lalu.Langsung tidak dibaca bahkan tidak dibalas.Baebie menoleh ke arah Gooyoung.
"Kau rasa kenapa Jiyoon tak pergi sekolah ya?Aku rindu dia lah.."
Gooyoung mengangkat bahunya.Dia juga rindu dan risau akan kawannya.Gooyoung melihat langit langit yang berwarna jingga pada petang hari itu manakala Baebie melihat gambar gambar mereka bertiga bersama untuk melepaskan rindu terhadap Jiyoon.Tiba tiba,seseorang dari seberang menarik perhatian Gooyoung.Itu lelaki.Lelaki itu ingin menuju balik ke arah rumahnya.Gooyoung mengangkat keningnya.Dia kenal lelaki itu.Gooyoung berdiri lalu maju sedikit.Gadis itu menjerit.
"Abang Minhee!"
Minhee terhenti lalu menoleh ke empu punya suara.Baebie terus sahaja mengangkat wajahnya.Gooyoung pula melambaikan tangannya.Minhee mengerutkan dahi.Kepalanya cuba memproses,siapa diseberang memanggilnya tadi?Dan Minhee akhirnya boleh teka.Itu ialah kawan kepada Jiyoon.Gooyoung masih lagi melambaikan tangannya.
"Abang Minhee sini!"
Baebie juga akhirnya melambaikan tangannya.Minhee mengenali mereka berdua sejak Jiyoon berkawan dengan mereka dari umur 7 tahun.Minhee juga sudah menganggap Gooyoung dan Baebie ini seperti adiknya sendiri.Minhee senyum lalu melambai balik Gooyoung.Lelaki itu melihat kiri kanan dulu baru menyeberangi jalan.Sesampainya Minhee di hadapan mereka,Baebie berdiri dan mendekati Minhee.
"Gooyoung,Baebie.Sihat?"
Mereka berdua mengangguk serentak.Baebie yang senyum itu terus menghilangkan senyumnya.Tangannya menyatu.Wajah sedih dipasang.
"Abang Minhee.."
Minhee mengangkat keningnya.
"Kenapa Jiyoon dah tak pergi sekolah?Apa yang terjadi dengan dia?"
Minhee hilang kata kata.Dia tidak mahu mereka tahu yang sekarang ini Jiyoon dalam genggaman seseorang.Minhee menelan air liurnya kesat.Lelaki itu cuba berfikir apa jawapan yang harus dia bagi kepada kedua dua sahabat karib Jiyoon ini.Akhirnya jumpa satu.
"Jiyoon balik kampung.Dia nak lawat nenek yang sedang sakit"
Gooyoung menyengetkan kepalanya ke kanan.
"Habis tu abang?Tak pergi sekali?"
Minhee menguak rambutnya ke belakang.
"Abang err...ada urusan kat sini.Jadi,tak dapat nak ikut"
Mereka mengangguk faham.Baebie menggigit bibirnya.
"Erm...rasanya,bila Jiyoon nak balik sini?"
Minhee senyum kecil.
"Nanti dia balik lah tu.Jangan risau.Kalau nenek sakit,Jiyoon memang akan tidur kat kampung lama.Tunggu je tau"
Minhee mengusap kepala Baebie seperti yang dia selalu lakukan kepada adiknya.Baebie senyum lalu mengangguk juga.
"Err dah lah.Abang nak balik dah ni.Ada masa kita borak lagi tau"
Gooyoung mengangguk.Minhee akhirnya berlalu pergi.
-
Sunghoon kembali bersama beberapa plastik yang berisikan nasi.Jaeyi yang berada di tepinya melihat Sunghoon.Kening dikerut.Bahu Sunghoon ditahan membuatkan lelaki itu terhenti.Plastik yang berisikan makanan itu dilirik.
"Banyak makanan kau beli.Nak bagi siapa?"
Tangan Jaeyi ditepis menggunakan bahunya sendiri.Sunghoon melihat Jaeyi.
"Untuk aku lah.Siapa lagi"
"Aik,bukan kau dah makan ke tadi?"
Sunghoon menguak rambutnya.
"Suka hati aku lah nak makan banyak mana pun"
Sunghoon menjeling tajam lalu meninggalkan Jaeyi.Jaeyi menggaruk kepalanya bingung.
"Orang tanya,tiber emosi"
Jaeyi hanya mengangkat bahu.Sesampainya Sunghoon di bilik karaoke,pintu dibuka.Bahu Jiyoon terhinjut sedikit.Gadis itu didekati lalu plastik dijatuhkan begitu sahaja.Senyuman gembira diukir.Jiyoon melihat Sunghoon.
"Encik belikan semua ni?"
"Terima kasih"
Sunghoon berpeluk tubuh.
"Makan"
Jiyoon menatap sahaja Sunghoon yang sudah duduk di sofa itu.Sedar bahawa diperhati,lantas sahaja Sunghoon menoleh ke arah Jiyoon.Kening kanan diangkat.
"Kenapa tak makan lagi?"
Tangan yang terikat rapi itu ditayangkan.Sunghoon juga baru sedar yang Jiyoon ini sudah pun diikat tangan dan kakinya.Hembusan dilepaskan lalu lelaki itu berdiri dan mendekati Jiyoon.Sunghoon duduk bersilah di hadapan gadis tersebut.Makanan dikeluarkan daripada plastik tersebut.Tapau yang berisikan gimbab dibuka.Chopstick diambil lalu Sunghoon mengambil satu biji gimbab.Gimbab yang sudah diambil itu dihalakan ke Jiyoon.Gadis itu tampak seperti bingung.Sunghoon dengan muka datarnya mengerutkan dahi sambil kening kanannya diangkat.
"Kenapa tak makan lagi?"
Jiyoon senyum kekok.Ikatan pada tangannya ditayangkan lagi.
"Tak boleh ke buka je ikatan ni?Lepas saya dah habis makan baru encik ikat balik"
Sunghoon menggerakkan bebola matanya ke atas.
"Tolong jangan banyak cakap"
"Buka mulut,aku suap"
Bersambung...
Hello love !
Malam ni wapa upddd yeyyy
Sorry kalau ep kali ni agak hambar . But hope u like it lah yerr hehe . Bye bye and goodnight ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro