Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 5

Sunghoon masuk ke dalam bilik karaoke,di mana Jiyoon dikurung di dalam sana.Masuk sahaja bilik karaoke tersebut,boleh Sunghoon melihat yang gadis itu sudah pun dibuai mimpi.Dilihatnya gadis itu seketika,lena sungguh sampai mulut pun ternganga.Sunghoon menggeleng perlahan dan lelaki itu duduk di sofa.Air mineral diambil lalu diminum.Usai meneguk air,botol mineral itu dilihat lalu diletakkan di meja.Sunghoon mengeluarkan telefonnya lalu bermain game.Dengkuran Jiyoon akhirnya terdengar,lelaki itu masih fokus dengan gamenya.Dengkuran semakin lama semakin kuat dan bising membuatkan Sunghoon mengerutkan dahi.Lelaki itu menggerakkan bebola matanya ke atas lalu sambung bermain gamenya.Lama kelamaan,dengkuran Jiyoon membuatkan Sunghoon rimas lalu menggaruk kepalanya.Jiyoon yang ternganga itu dilihat jengkel.

'Dia tidur macam tidur kat rumah sendiri pula ya'

Sunghoon meletakkan telefonnya lalu mendekati Jiyoon.Gadis itu masih ternganga.Jari telunjuk lelaki itu perlahan lahan menyentuh dagu Jiyoon dan menutup mulutnya.Gadis itu mengerutkan dahi sambil bergerak sedikit ke kiri untuk mencari keselesaan.Ingin Jiyoon bersandar di dinding tetapi kepalanya belum mencapai dinding lagi,membuatkan kepalanya jatuh ke bawah.Sunghoon dengan lantas menahan kepala gadis tersebut.Kepala Jiyoon didekatkan ke dinding untuk gadis itu bisa bersandar.Senyuman dari bibir Jiyoon akhirya muncul tanda gadis itu selesa.Sunghoon menghembuskan nafasnya.Lelaki itu berdiri dan keluar untuk pergi ke tandas.

-

-Hari ke 3-

Kedua dua ahli GOAT'S HEAD keluar.Merekalah yang disuruh oleh Daekyung itu.Disuruhnya mereka untuk mencari di mana tempat Minhee berkerja.Nama mereka ialah,Bae Goojin dan Han Taehi.Mereka mula mencari keberadaan Minhee.Dicarinya lelaki itu di macam macam kedai restoran,tetapi lelaki itu tidak ada.Di mall juga dicari tetapi masih tidak jumpa.Goojin dan Taehi akhirnya menuju ke pasar tamu.Sungguh ramai penjual penjual dan pelanggan pelanggan yang datang.Suara yang bising itu meriahkan keadaan.Goojin melihat sekeliling.Sesekali,Goojin ternampak seorang lelaki yang sedang melayan pelanggannya dengan begitu ramah sekali.Tubuh lelaki itu macam kenal.Goojin menyiku siku Taehi.Taehi mengangkat kening.Goojin menundingkan jarinya.

"Tu"

Taehi melihat ke arah yang Goojin tunjuk.Senyuman sinis terukir.Taehi mengeluarkan telefon bimbitnya.Nombor telefon Daekyung segera didail.Tidak mengambil masa yang lama,boss mereka mengangkat panggilan.

"Apa kau nak?"

"Kami dah jumpa tempat Minhee berkerja"

"Bagus"

"Jadi,apa yang kami nak buat?"

"Hmm..."

Taehi dan Goojin menunggu sahaja arahan daripada Daekyung.Daekyung akhirnya bersuara.

"Kecohkan pasar tamu tu"

Taehi langsung mematikan panggilan.Mereka semua mula kecohkan pasar tamu tersebut.Sayur dihancurkan,bekas bekas tempat letak ikan ayam dijatuhkan dan buah buahan dipecah lalu dipijakkan.Semua orang yang berada di pasar tamu itu takut lalu melarikan diri.Pasar yang paling hujung agak terpinga pinga apa yang bising sangat didepan itu?Kebetulan,pasar Makcik Jeon di hujung sekali,jadi Taehi dan Goojin belum lagi menuju ke pasar hujung.Semua orang berbisik bisik.Minhee juga melihat ke depan.Makcik Jeon muncul.

"Kenapa ni Minhee?"

Minhee melihat Makcik Jeon.Lelaki itu mengangkat bahunya.

"Entahlah,tapi kat depan tu..bising semacam"

Makcik Jeon mengikut menonton.Akhirnya kebisingan telah menguasai bahagian tengah tengah membuatkan semua penjual di bahagian tengah menjerit lalu melarikan diri.Pasar tamu di bahagian hujung akhirnya bisa tau apa yang terjadi.Mereka jadi panik di saat dua orang lelaki jahat mula merobohkan khemah semua penjual.Salah satu daripada mereka maju ke bahagian hujung.Baru khemah pertama dihancurkan,semua orang sudah pun melarikan diri ketakutan.Makcik Jeon dan Minhee membulatkan mata mereka.

"Eh,siapa dorang ni?"

Minhee menelan air liurnya.Mereka berdua itu ialah ahli GOAT'S HEAD.Taehi dan Goojin.Makcik Jeon ingin maju tetapi Minhee menghalang.Kening dikerutkan.

"Makcik nak pergi mana?"

"Nak halang dorang lah.Buat kecoh kat pasar kita,kenalah halang"

Minhee menggeleng kepalanya laju.

"Tak makcik,biar saya yang pergi halang"

Makcik Jeon hanya mengangguk.Minhee melihat lagi mereka yang masih sibuk menghancurkan sayur sayur,lobak lobak dan kubis kubis yang ingin dijual.Minhee mendekati mereka.

"Woi Taehi,Goojin!"

Serentak mereka berdua.Goojin mengukirkan senyuman senget.Dengan pantasnya lelaki itu mendekati Minhee lalu memukul kepala Minhee dan memeluk lehernya.

"Minhee~Woi Taehi ni haa budak ni"

Taehi mengangguk lalu lelaki itu mendekati Minhee.Dagu Minhee diangkat.

"Minhee hai"

"Korang buat apa kat sini?"

"Saja nak tengok tengok,apa yang boleh kami beli"

Bebola mata Minhee melihat Goojin.Dengan kasar dia melepaskan pelukan Goojin.Lelaki itu sedikit terkejut.Goojin melihat tangannya lalu melihat Minhee.Minhee menguak rambutnya ke belakang.

"Blah lah.Buat kacau je"

Senyuman Taehi terus pudar.Lelaki separuh abad itu ketawa sinis sambil menepuk tangan.

"Wah,berani kau menghalau kami?Siapa lah yang ajar kau seberani ni ya?"

Kolar baju Minhee digenggam kuat.

"Baru tiga hari kau dah tunjuk sombong?"

"Bukan nak sombong,cuma aku rasa...orang macam korang ni tak layak kat sini-"

Pipi Minhee langsung ditumbuk kuat oleh Goojin.Lelaki itu sudah lama geram.Inilah peluang yang ada.Dibelasahnya Minhee habis habisan.Taehi hanya senyum jahat.Tiba tiba,seseorang mendekat untuk menghentikan mereka.

"Eh eh apa ni,cukup cukup anak orang ni!"

Makcik Jeon menolak Goojin menjauh dari Minhee.Wanita tua itu duduk lalu memegang kepala Minhee.Makcik Jeon juga sudah pun mengalirkan air mata.

"Tolong jangan dibelasahnya budak ni,dia tak salah apa apa pun.Orang zaman sekarang ni,takde hati perut betul!"

Taehi tanpa balas kasihan menampar Makcik Jeon membuatkan wanita itu terjatuh.

"Makcik!"

Minhee mengusap usap pipi makcik Jeon.Taehi menguak rambutnya ke belakang.

"Makcik kau dengar sini!Ini hal aku dengan Minhee je,takde kena mengena dengan kau!Kalau kau tak nak kena lebih parah lagi,jangan sesekali masuk campur urusan aku dan budak tak guna ni!"

Untuk kali terakhir,sayur disebelah Taehi ditendang untuk melepaskan marah.Baseball dihalakan ke arah Minhee.

"Kau jangan ingat kau selamat Minhee,minggu depan kami akan datang lagi"

"Pastikan duit dah ada"

Taehi senyum sinis.Minhee agak sesak nafas.Mereka berdua akhirnya berlalu pergi.Minhee menghayal sebentar sebelum dia menolong makcik Jeon untuk bangun.

-

Sesampainya Taehi dan Goojin di kelab,mereka terus menceritakan kesemuanya kepada Daekyung.Boss mereka hanya menganggukkan kepalanya.

"Takpe,nanti korang pergi ajak aku sekali.Biar aku ajar betina tua tu.Dah,korang pergi rehat"

Taehi dan Goojin berlalu pergi.Daekyung mengeluarkan sepuntung rokok lalu memasukkan rokok tersebut ke dalam mulutnya.Hujung rokok tersebut dibakar lalu Daekyung mula mengisap rokoknya.Pada masa yang sama Sunghoon keluar daripada tandas.Daekyung melihat Sunghoon.Lelaki tersebut ingin menuju ke bilik karaoke semula.

"Sunghoon"

Lelaki itu terhenti lalu menoleh ke arah Daekyung.Kedua dua kening diangkat.Daekyung menyuruhnya untuk mendekatinya.Lantas sahaja Sunghoon mendekati Daekyung.Bahu Sunghoon dipegang lalu diurut urut.Senyuman sinis diukir.

"Macam mana dengan perempuan tu,okay?"

Sunghoon mengelus tengkuknya.

"Okay je,kenapa?"

Daekyung senyum sinis lalu membisik sesuatu ke Sunghoon.

"Kau tak nak cuba sentuh dia"

Sunghoon terdiam seketika.Dia menatap wajah Daekyung.Lelaki tua itu ketawa jahat.Air liur ditelan.Sebenarnya,ayat Daekyung agak menggelikan telinga Sunghoon.Tidak mungkin gadis muda seperti Jiyoon ingin dia sentuh.Dia tidak mahu masuk penjara.Biarpun dia tahu pihak polis tidak akan berani menangkap mereka,tetapi Sunghoon tau perkara sebegini sungguh salah dan tiada hormat terhadap wanita.Selama Sunghoon membuat kecoh di kota Seoul ini,belum pernah lagi dia membuat kes sebegini.Menyentuh gadis gadis,apa apa lagi yang masih sekolah.Sunghoon juga manusia,ada rasa hormat akan wanita.Sekasar mana pun Sunghoon terhadap Jiyoon,lelaki itu tidak lah sebodoh itu untuk membuat 'perkara itu'.Respect woman bro.Sunghoon menelan air liurnya.

"Senang je Hoon,kau bawa dia pergi bilik..kat sanalah korang mulakan"

Daekyung mengenyitkan matanya.Sunghoon terkebil kebil.Lelaki itu akhirnya pergi.Daekyung sempat menjerit.

"Kalau tak sanggup bagitau aku!Biar aku yang mulakan!"

Sunghoon memejamkan matanya.Jijik ingin mendengar kata kata Daekyung itu.Bilik karaoke dibuka lalu ditutup semula.Sunghoon melihat Jiyoon.Gadis itu masih tertidur.Kening dikerutkan.

"Apa juga yang dia mimpikan sampai tak bangun bangun ni"

Kepala digelengkan lalu Sunghoon duduk di sofa.Rupanya,lelaki itu juga terbuai mimpi.

Bersambung...

Hai love ! Sorry late upd , sorry kalau ep kali ni agak hambar . Ini je yg mampu hshs but hope u like it !!!

Bye bye !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro