Ep 4
"1"
"2"
"3!"
"Lumba"
Kedua dua motor itu memecut laju serentak.Kumpulan MONSTERS dan GOAT'S HEAD melihat sahaja mereka sambil bersorak.Begitu juga dengan penonton penonton yang lain.Di situasi Kino dan Sanpyo,mereka mencuba untuk potong memotong.Tetapi tidak boleh kerana,jika salah satu daripada mereka belok ke kanan,lawan mereka mesti juga belok ke kanan.Begitu juga jika ingin membelok ke kiri.Jadi susah untuk mereka membelok pemain lawan.Sanpyo juga ada mencuba untuk menendang motor Kino,namun Kino pantas mengelak.Akhirnya,mereka cuma berlumba seperti biasa tetapi kelajuan yang teramat laju.Di situasi lain pula,semua orang yang tertunggu tunggu buat kerja sendiri.Ada yang bermain telefon,ada yang melihat motor motor mereka semua dan sebagainya.Sunghoon hanya duduk sambil menghayal.Kayu yang diambil itu dimain mainkan.Tiba tiba sahaja telefonnya berbunyi.Sunghoon mengangkat panggilan.Dia agak berbisik kerana yang menelefonnya sekarang ini ialah Sanpyo.
"Hyung,kenapa call aku?"
"Sunghoon,tolong aku boleh tak?"
Sunghoon mengerutkan dahi.
"Tolong apa?"
"Tolong aku tumbangkan Kino.Kau kan pandai dalam bak bak menipu ni.Aku nak duit tu"
Sunghoon melihat sekeliling,memastikan tiada sesiapa yang memerhatikannya.Sunghoon menjawab lalu panggilan dimatikan.Abang abangnya yang lain didekati.Dia menceritakan tentang ala sahaja yang Sanpyo beritahunya sebentar tadi.Mereka semua mengangguk setuju.Sempat Sunghoon minta mereka untuk melindunginya supaya bisa berjaya melarikan diri pergi menolong Sanpyo.Sunghoon menelefon Sanpyo lagi sekali.
"Hyung,korang dah kat mana ni?"
Sanpyo memberitahu jalan yang sekarang mereka pergi,Sunghoon dengan kaki panjangnya laju sahaja berlari untuk mendapatkan Kino.Dari jauh lelaki itu boleh melihat yang Sanpyo sekarang berada di belakang Kino.Memang betul cakap Sanpyo,Kino sungguh laju.Maklumlah,Sanpyo sudah berumur 40an jadi tidak peliklah kalau Sanpyo tidak dapat mengejar Kino.Yang muda berlumba dengan yang tua,kiranya siapa yang menang?Mesti yang muda kan.Sunghoon bersembunyi disebalik rumput rumput panjang.Lelaki itu perlahan lahan maju ke Kino yang fokus kepada jalan raya.Sanpyo menoleh ke kanan apabila dia melihat rumput rumput ditepinya bergerak.Rupanya itu ialah Sunghoon.Sunghoon juga ternampak Sanpyo.Jari telunjuknya diletakkan dibibirnya sendiri memberitahu Sanpyo agar diam.Sanpyo hanya mengangguk dan melihat ke hadapan semula.Sunghoon maju lagi sedikit.Lelaki itu sudahpun mengeluarkan pistolnya.Dia maju lagi sedikit.Laju juga Kino ini,sakit kaki hendak mengejar.Kejar punya kejar,akhirnya mereka telah pun mendekati lampu isyarat.Pada masa yang sama,lampu merah bernyala.Semua kenderaan berhenti begitu juga motor Kino dan Sanpyo.Ini ialah peluang yang Sunghoon ada.Dia maju lagi sedikit.Pistolnya sudah pun sedia menghala ke arah tayar motor Kino.Hanya tunggu lampu hijau sahaja.Kino langsung tidak sedar bahawa ada seseorang ingin menumbangkannya.Kononnya,dia yakin yang dia boleh menang kali ini.Lampu hijau sudah pun bernyala,dan pada masa yang sama peluru dari pistol Sunghoon dikeluarkan.
PPIU!
Tepat pada sasaran.Kini,tayar Kino sudah pun membocor.Sanpyo laju sahaja memecut ke hadapan.Sunghoon pula mengundur.Kino cuba untuk menggerakkan motornya tetapi tidak dapat.Kereta yang lalu lalang itu juga ada yang terkejut tetapi tidak tahu siapa yang menembak itu.Disituasi ahli MONSTERS dan GOAT'S HEAD pula,suasana yang riang itu bertukar menjadi diam di saat mereka juga terdengar bunyi tembakan.Hui mengerutkan dahi.Siapa pula yang main tembak tembak ini?Sesekali lelaki itu melihat kumpulan GOAT'S HEAD.Mereka juga tertanya tanya,siapa yang melepaskan tembakan tadi?Hui mengerutkan dahi sekali lagi.Semua ahli GOAT'S HEAD ada di sana tetapi cuma satu orang sahaja.
Iaitu Sunghoon.
Bunyi enjin motor menyapa gegendag telinga mereka semua.Ahli GOAT'S HEAD menyorak gembira kerana orang pertama yang sampai ialah Sanpyo.Penyorak juga bersorak untuk Sanpyo.Ahli MONSTERS pula agak kecewa.Mereka tewas lagi.Semua ahli GOAT'S HEAD membuat satu bulatan lalu memeluk Sanpyo yang baru sahaja turun daripada motornya.Pada masa yang sama,entah dari mana Sunghoon muncul lalu berlari ke arah abang abangnya dan mengikut memeluk Sanpyo.Hui mengerutkan dahi pada kali ke tiga.Yang bikin terkejutnya,semasa Sunghoon mengangkat tangannya tanda gembira,ada sepucuk pistol yang dipegangnya.Hui mengangkat kening.Jadi,yang melepaskan tembakan itu...Sunghoon kah?Seseorang dari jauh muncul.Itu ialah Kino.Ahli MONSTERS mendekatinya.Mereka memberikan dia semangat.Kino menceritakan hal yang terjadi tadi.
"Masa nak jalan tu,terus tayar aku bocor.Padahal dah pam dah"
Hui menghayal.Cuba memproses bagaimana tayar motor Kino boleh bocor.Tiba tiba bunyi tembakan yang baru sahaja mereka dengari itu terngiang ngiang di kepalanya.Tambahkan pula dengan Sunghoon yang memegang pistol.Ahli GOAT'S HEAD mula maju.Sunghoon memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.Hui melihat mereka semua.Senyuman sinis diukir.
"Kami menang lagi"
"Jadi duit ni.."
Duit yang masih ada di jalan tar itu dipijak.
"Kami punya lah kan?"
Sunghoon tersengih sinis.Dia menyuruh ahli lain untuk mengambil semua duit tersebut.Usai mengambil mereka simpan di guni yang sudah mereka sediakan.Hui yang berpeluk tubuh itu menatap Sunghoon.Hui ingin berterus terang.
"Woi Park Sunghoon"
Sunghoon melihat Hui.Kening kanan diangkat.Hui mendengus kasar.
"Kau ingat aku tak tau apa yang kau buat?"
Sunghoon mengerutkan dahi.
"Apa yang aku buat?"
"Kau yang bocorkan tayar motor Kino"
Sunghoon tertawa sendiri sambil maju ke Hui.Rambut dikuak kebelakang.Sunghoon melihat wajah Hui.
"Kau siapa nak menuduh aku?"
Wajah Hui ditiup.Hui senyum sinis.Dengan pantas,lelaki itu menarik Sunghoon lalu tangan Sunghoon digenggam dan ditahan ke belakang.Badan lelaki itu dihadapkan ke arah ahli GOAT'S HEAD.Pistol yang berada di poket seluar Sunghoon itu dikeluarkan lalu dihalakan ke leher Sunghoon.Ahli GOAT'S HEAD begitu juga MONSTERS terkejut.Hui mendekatkan wajahnya ke telinga Sunghoon.
"Kenapa kau takde masa perlumbaan tadi?"
Sunghoon agak susah untuk bernafas.
"Aku tau"
"Sanpyo minta kau tolong kan?"
Baru sahaja Sanpyo ingin maju,Hui menembak lutut lelaki itu membuatkan dia terduduk.Ahli GOAT'S HEAD yang lain begitu juga Sunghoon terkejut.Kawan Sanpyo membantunya.Sunghoon menggenggam tangan Hui.
"Woi Hui,kau jangan nak mengfitnah lah!"
"Mengfitnah apanya,dah jelas kau yang pegang pistol ni"
Sunghoon sudah tidak dapat membalas apa apa lagi dah.Hui melihat ahli ahlinya.Kepala diangguk lalu kumpulan MONSTERS mula maju.Mereka ingin bertumbuk bersama ahli GOAT'S HEAD kerana main tipu.Sunghoon pula ditahan.Mulalah sudah pergaduhan antara MONSTERS dan GOAT'S HEAD.
Ahli MONSTERS menyerang dengan senjata begitu juga dengan ahli GOAT'S HEAD.Sunghoon meronta ronta ingin dilepaskan tetapi Hui menahannya.
Beberapa minit kemudian,pergaduhan telah pun tamat.Hui yang menyuruh mereka agar berhenti.Ahli MONSTERS mendekati Hui.
"Lepaskan aku lah!"
Hui melirik ke arah Sunghoon.Senyuman sinis diukir.
"Kino"
Kino mula maju.Hui menganggukkan kepalanya.Rokok di dalam mulut di buang lalu Kino mula menendang perut Sunghoon.Genggaman dilepaskan,Hui membiarkan sahaja Kino membelasah Sunghoon sepuas hatinya.Ahli GOAT'S HEAD ingin maju tetapi ahli ahli MONSTERS menahan mereka dengan cara menghalakan pistol pistol mereka ke arah ahli GOAT'S HEAD.Kino sudah terlampau memukul,menumbuk dan menendang Sunghoon.Lelaki itu sudahpun banyak kesan luka.Hui menolak Kino menjauh daripada Sunghoon.
"Dah dah cukup.Aku tak nak masuk penjara"
Sunghoon sudah terbatuk batuk.Terdapat kesan luka di pipi dan juga di bibirnya.Hui maju lalu memijak kaki Sunghoon.Lelaki itu meraung sakit.
"Lain kali,jangan menipu ya"
Satu tendangan diberi kepada Sunghoon.Hui dan semua ahli MONSTERS akhirnya berlalu pergi.Abang abang Sunghoon membantunya untuk bangun.Mereka juga ada kesan luka.Akhirnya kumpulan GOAT'S HEAD juga pergi.
-
Daekyung mengisap rokoknya.Asap yang keluar membuatkan Daekyung puas hati.Lelaki separuh tua itu menoleh ke arah orang orangnya di belakang.
"Woi korang dua"
Mereka berdua terus sahaja mendekati Daekyung.Bahu salah satu daripada mereka Daekyung mengurut urut bahunya.
"Aku nak korang dua,besok cari tempat di mana Minhee kerja"
Mereka berdua mengangguk lalu Daekyung menyuruh mereka untuk buat kerja sendiri.Kedengaran bunyi pintu dibuka dan muncullah ahli GOAT'S HEAD yang sudah pun banyak luka.Daekyung yang berpeluk tubuh itu mengerutkan dahi.
"Ni kenapa semua lebam lebam ni?"
Sunghoon menceritakan semuanya.Duit yang hampir sahaja kepunyaan mereka,kumpulan MONSTERS sudahpun merampasnya.
D
aekyung mengurut dahinya.Ingin marah tetapi kena sabar.
"Ashley,Yongra,Baeyi sini!"
Ketiga tiga gadis itu terus sahaja muncul.Mereka ini boleh dikatakan,jururawat.Tetapi pakaian mereka bukan seperti jururawat yang biasa.Mereka diberikan pakaian yang sangat menjolok mata.Ahli ahli GOAT'S HEAD terus sahaja tergoda dengan mereka bertiga.Tetapi tidak kepada Sunghoon.Dia agak tidak suka wanita yang berpakaian sebegini.
"Bawa dorang pergi bilik.Kasi ubat luka dorang"
Ketiga tiga wanita itu mula memilih lelaki yang ingin mereka rawati.Mulalah sudah ahli GOAT'S HEAD memeluk pinggang gadis gadis itu dan membawa pergi ke bilik untuk merawat.Gadis yang bernama Baeyi memeluk lengan Sunghoon lalu mereka berdua masuk ke dalam bilik.Sunghoon di suruh untuk duduk di katil sementara Baeyi mencari ubat.Baeyi saja ingin berjalan lenggang kangkung semata mata ingin menayangkan tubuhnya ke Sunghoon.Sunghoon menggerakkan bebola matanya ke atas.Usai menemukan ubat,Baeyi duduk di sebelah Sunghoon.Gadis itu mula mengubati luka pada pipi dan bibir Sunghoon.Usai Baeyi mengubat,lelaki itu dipandang.Butang baju Sunghoon dilihat.
"Erm.."
Tiada angin tiada ribut,tiba tiba sahaja tangan Baeyi ingin membuka butang baju Sunghoon.Lantas Sunghoon menepis.Kerutan di dahi Sunghoon.
"Apa kau buat ni?"
Baeyi memasang wajah yang menggoda.Wajahnya didekati ke wajah Sunghoon.
"Takkan awak tak suka?"
Dada Sunghoon diusap.Rasa rimas,Sunghoon terus menolak kasar gadis tersebut.Sunghoon berdiri lalu keluar dari bilik itu.Baeyi mengepal penumbuk.
'Ish,sampai hati!'
Bersambung...
Hello love ! maaf tau lambat upd hshs and maaf juga kalau ep kali ni agak hambar
But hope u like it ><
Bye bye !!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro