Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 3

Hari kedua,Minhee masih lagi mencari cari kerja sambilan.Tetapi tiada satu pun yang ingin menerimanya.Minhee mula menuju ke pasar tamu.Sungguh meriah di sana dengan pelbagai penjual yang menjual.Ada yang jual sayur ada yang jual ayam ada juga yang menjual ikan.Suara suara untuk memikat para tetamu tetamu tidak pernah berhenti.
Minhee mula memusing musing,mencari jika ada kerja kosong.Minhee ternampak seorang makcik yang sibuk melayan pelanggannya.Kelihatan makcik itu sungguh peramah terhadap pelanggan pelanggannya.Minhee menghampiri kedainya.Makcik itu masih lagi melayan mereka semua.Usai melaya,Minhee maju.Makcik tersebut menghadiahkan senyuman manis ke Minhee.

"Haaa adik kacak,nak beli apa?"

Minhee menggaruk garuk kepalanya.Dia juga senyum ke macik tersebut.Kepala digeleng.

"Saya datang sini bukan nak membeli cik"

Makcik tersebut mengerutkan dahi.Tetapi senyuman masih terlihat di wajahnya.

"Jadi,kamu buat apa kat sini?"

Minhee menguak rambutnya ke belakang.

"Jadi macam gini makcik.."

Minhee mula menceritakan apa yang berlaku.Makcik tersebut membulatkan matanya sambil menekup mulutnya.Cerita Minhee ini betul betul mengejutkan.Sampai hati mereka buat begitu terhadap adiknya.Makcik tersebut menggelengkan kepalanya.

"Kenapalah orang zaman sekarang ni.Suka jadikan oranh yang tak bersalah mangsa mereka.Kesian"

Minhee mengangguk setuju.Makcik tersebut melihat Minhee.Keluhan dilepaskan.Agak kesian pula melihat lelaki ini.

"Kamu bersabar lah ya.Makcik tau,kamu abang yang kuat"

Minhee ketawa kecil.

"Jadi...makcik boleh tak benarkan saya berkerja dengan makcik?"

Makcik tersebut senyum lalu mengangguk.Minhee memasang wajah teruja.Akhirnya,dia telah mendapat kerja.Sungguh gembira lelaki itu biarpun berkerja di pasar tamu.

"Nama makcik,Jeon Seni.Panggil makcik Jeon je"

Minhee mengangguk.Kini giliran Minhee pula mengenalkan dirinya.Makcik Jeon membuka pintu untuk Minhee masuk.Pada hari ini,Minhee telah menjadi pembantu Makcik Jeon.Lelaki itu akan berkerja keras untuk mendapatkan duit dan akan menyelamatkan adiknya.

'Jiyoon,bersabar ya'

-

"Namun kau takkan sendiri,ku ada di sini"

"Untukmu aku akan bertahan~"

Jiyoon melihat sambil ternganga.Gadis itu mendengar sahaja suara merdu Sunghoon.Lelaki itu menyanyi sehingga menusuk jiwanya.Terlalu sedih lagu itu.

"Ohhhh wooo ohhh ohhh!Untukmu aku akan bertahan!"

Sunghoon mula berdiri.Dia meninggikan sahaja suaranya.Jiyoon agak kagum dengan lelaki tersebut.Dia seolah olah kawan kepada Sunghoon.Rasa takut tiada sudah disebabkan suara merdu Sunghoon.Usai Sunghoon menyanyi Jiyoon bersorak.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.Jiyoon senyum.

"Merdu gila suara encik.Apa kata encik nyanyi lagi"

Sunghoon mula memasang wajah dinginnya.

"Kau ingat ni konsert?"

"Uish,memang konsert pun.Saya duduk kat sini macam saya ni penonton pula"

Gadis itu tersengih.Sunghoon menggerakkan bebola matanya ke atas.

"Tak sangka,gangster gangster pun suara sedap kan?"

Sunghoon meletakkan mic ditempat asal lalu tv ditutup.

"Dah diam.Kau jangan anggap kita ni macam kawan ya"

Jiyoon akhirnya mendiamkan diri.Botol arak yang kosong itu diambil lalu dibuang ke dalam tong sampah.Pintu dibuka dan muncullah Kim Tteori.Sunghoon menoleh menghadapnya.

"Oh,hyung.Kenapa?"

Tteori senyum sinis.Bahu lelaki itu dipeluk.

"Kumpulan MONSTERS ajak lumba doh malam ni.Nak join tak?Dorang cakap dorang nak kasi naik lagi harga"

Sunghoon mengangkat kening kanannya.

"Berapa lah dorang naikkan?"

Tteori mendekatkan wajahnya ke telinga Sunghoon.

"500 ribu"

Senyuman perlahan lahan muncul.Sunghoon dan Tteori menatap antara satu sama lain.Sunghoon mengangguk tanda dia ikut malam ni.

"Cantik"

Mereka berdua berlaga tangan.

"Nanti aku bagitau Daekyung yang kita keluar malam ni"

Sunghoon menayangkan ibu jarinya.Pintu ditutup semula.Lelaki itu membuka jaketnya.Dia hanya memakai baju hitam tanpa lengan baju.Jaket tadi di letakkan di atas meja.Jiyoon melihat Sunghoon.

"Encik pergi merempit?"

Jiyoon menggeleng kecewa.Sunghoon hanya melihat.

"Encik tau tak,merempit ni tak bagus tau.Nanti kena saman baru encik tau.Tak baik merempit hanya untuk dapatkan duit.Tak berkat"

Sunghoon mengerutkan dahi sambil bercekak pinggang.

"Eh betina,kau bercakap macam kau ni mak aku pula ya.Suka hati aku lah nak merempit ke apa.Kau siapa nak halang aku?"

Jiyoon memuncungkan bibirnya.

"Saya nasihat je.Yang lain tu keputusan encik.Kalau tak nak kena tangkap,jangan buat"

Sunghoon seolah olah ingin memukul gadis itu.Bibir di basahkan menggunakan lidah.Sunghoon melihat gadis itu lagi.Dia menundingkan jarinya ke Jiyoon.

"Aku keluar nanti kau jangan pandai pandai cuba nak lepaskan diri ya.Siap kau aku kerjakan nanti"

Kini,rasa takut Jiyoon muncul kembali.Gadis itu laju sahaja mengangguk.Sunghoon mengambil balik jaketnya lalu lelaki itu pun keluar.Jiyoon menghela nafas.Dia mendongak,memerhati sahaja siling kosong itu.Sesekali,Jiyoon tertanya.

Adakah abangnya sudah mendapat kerja?

-

Plastik yang berisikan sayur itu Minhee berikan kepada pelanggannya yang terakhir.

"Terima kasih,nanti datang lagi"

Akhirnya,selesai juga kerjanya.Lelaki itu duduk di kerusi sambil menyandarkan belakang tubuhnya.Makcik Jeon yang muncul bersama kotak putih menayangkan senyuman.Kotak tersebut diletakkan di lantai.Makcik Jeon bercekak pinggang.

"Kesian dia.Baru hari pertama kerja dah penat"

Minhee ketawa kecil.

"Aduh makcik Jeon,ramai gila pelanggan makcik.Agaknya,makcik ni terkenal kat sini ya"

Makcik Jeon melepaskan tawa.Bahu lelaki muda itu dicuit.

"Takdelah.Haaa ni,tolong makcik letak bekas bekas kosong ni dalam kotak.Kita dah nak balik dah ni"

Biarpun penat,Minhee masih lagi ringan tulang untuk membantu.Mereka mengemas bersama sama lalu mereka pun balik ke rumah masing masing.

-

Bunyi enjin motor meriahkan suasana di situ.Semua orang sudah berkumpul termasuklah kumpulan MONSTERS.Kumpulan MONSTERS ini ialah salah satu kumpulan rempit yang ramai.Setiap bulan,mereka akan mencabar siapa siapa sahaja untuk berlumba dengan salah satu daripada ahli mereka.Jika lawan mereka menang mereka akan memberikan duit sebanyak mana pun.Dan nilai duit akan bertambah bulan ke bulan.Kumpulan GOAT'S HEAD sudah menang tiga kali berturut turut.Ini semua kerana adanya Park Sunghoon.Park Sunghoon lah satu satunya wakil dari kumpulan GOAT'S HEAD.Tetapi,tidak pula mereka tau sebenarnya Sunghoon bermain kotor.Pernah satu kali,dia cuba menumbangkan ahli daripada kumpulan MONSTERS dengan cara menendang motor ahli MONSTERS itu sehingga tumbang.Disebabkan itulah mereka selalu menang.Ketua daripada MONSTERS iaitu Hui sungguh tidak berpuas hati.Dan pada hari itulah,kumpulan MONSTERS akan selalu mengajak kumpulan GOAT'S HEAD untuk berlumba dengan mereka.Kumpulan MONSTERS agak terasa dicabar.Jadi mereka akan cuba lagi lawan kumpulan GOAT'S HEAD sampai dapat.Seperti sekarang inilah.Motor motor dari kumpulan GOAT'S HEAD akhirnya tiba.Semua orang bersorak gembira.Hui membuang putung rokoknya lalu menghampiri mereka.Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.Sunghoon membuka helmetnya lalu menguakkan rambutnya ke belakang berkali kali.Hui senyum sinis.

"Wah,kau lagi?"

Sunghoon turun dari motornya.Semua ahli GOAT'S HEAD berkumpul begitu juga kumpulan MONSTERS.Hui mengeluarkan duit sebanyak 500 ribu lalu menjatuhkan ke bawah.Sunghoon melirik duit tersebut.Senyuman sinis.

"Aku naikkan terus kali ni.Kalau menang,korang dapat semua ni"

Sunghoon mengangguk.Motor didekati.Baru sahaja Sunghoon ingin memakaj helmet,Hui menghalang.

"Eyyy"

"Aku tak nak Sunghoon yang lumba"

"Aku nak orang lain"

Sunghoon melihat abang abangnya.Semua agak terkaku.Bagi mereka,Sunghoon sahajalah harapan.Hui berjalan jalan di sekeliling ahli GOAT'S HEAD yang lain.Boleh dia melihat wajah gementar mereka semua.Sunghoon yang masih duduk di motor itu hanya melihat.Hui berhenti di hadapan Sanpyo.Lelaki itu menelan air liurnya.Bahu Sanpyo ditepuk membuatkan Sanpyo tersentak.Hui senyum sinis.

"Aku nak dia yang lawan"

Sunghoon mendengus kasar.Hui sudah sedia pun memilih ahlinya untuk berlawan dengan Sanpyo dan orangnya itu ialah Kino.Kino menaiki motornya lalu memakai helmet.Sanpyo teragak agak untuk berlumba.Belum pernah lagi di dalam hidupnya berlumba seperti ini.Sunghoon berpeluk tubuh sambil melihat gerak geri Sanpyo.Mereka berdua sudahpun sedia.Hui berdiri di hadapan sambil memegang bendera.

"Sedia?"

"1!"

"2!"

"3!"

"Lumba!"

Bersambung...

Hello u guys hehe hari ni wapa upd lagiii

Hope u guys like it :)

Byeee and goodnight love ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro