Ep 20
"Jangan bergerak,kami polis!"
Serentak Sunghoon dan Jiyoon melihat ke hadapan.Sunghoon melindungi Jiyoon Di belakang.Kesemua Ahli GOAT'S HEAD yang tumbang tadi akhirnya telahpun ditangkap.Mereka semua sudahpun dimasukkan ke dalam kereta polis.Jiyoon akhirnya selamat.Dia kini sudah bebas.Sunghoon juga menghembuskan nafas lega,lega kerana semuanya sudah berakhir.Sudah tidak ada Yang boleh mengganggu Jiyoon lagi.Sunghoon lalu menoleh ke arah Jiyoon.Sunghoon memberikan Jiyoon ruang untuk memakai balik bajunya.Usai Jiyoon memakai kembali bajunya,Sunghoon menoleh ke arah Jiyoon sekali lagi.Belum sempat Sunghoon ingin bersuara,Jiyoon terlebih dahulu memeluk tubuh Sunghoon.Lelaki itu agak terkejut.Pipinya merah sedikit.Sunghoon perlahan lahan mengukirkan Senyuman lalu bahu Jiyoon ditepuk tepuk.
"Kau dah selamat Jiyoon"
Jiyoon tidak berkata apa apa Malah ia masih lagi memeluk tubuh tegap Sunghoon.Sunghoon Ingin meleraikan pelukan untuk melihat wajah Jiyoon,tetapi Jiyoon tidak mau lepas.
"Biarkan kita macam ni sekejap"
Sunghoon hanya mendiamkan diri.Sunghoon melihat sahaja Jiyoon yang masih memeluknya.Teringat pula semasa pertama kali mereka berjumpa.Tenang sahaja Cara Jiyoon bercakap bersamanya.Ingatkan Sunghoon tidak baik baik sahaja dengan Jiyoon,tetapi pertama kali dalam hidup Sunghoon sungguh berlembut dengan Jiyoon.Lelaki itu juga tidak tahu apa yang dia rasakan bila bersama sama dengan Jiyoon.Dan pada hari ini Di mana Jiyoon sudahpun bebas,barulah Sunghoon tau perasaan apa yang ada Di hatinya.
Sayang.
Sunghoon sayangkan Jiyoon.
Sungguh dia sayangkan Jiyoon sehingga ingin melindunginya sampai titik terakhir.Sunghoon lah satu satunya yang bersusah payah untuk menyelamatkan nyawa gadis ini meskipun Lelaki itu terluka.Inilah Yang dinamakan Lelaki sejati.Bersungguh sungguh melindungi orang yang dicintai tidak kira teman wanita,isteri Dan ibu.Beberapa minit kemudian,Jiyoon akhirnya meleraikan pelukan.Sunghoon menatap wajah Jiyoon.Air mata yang sedikit keluar itu dihapuskan.Sunghoon senyum,begitu juga dengan Jiyoon.
"Terima kasih sunghoon"
"Awak hebat"
Sunghoon tersengih.Lelaki itu membalasnya.Tiba masanya Sunghoon Ingin meluahkan perasaan.Dia ingin berterus terang kerana mungkin saat nanti mereka tidak akan berjumpa lagi.Biarlah jika Jiyoon tidak menerimanya,asalkan Sunghoon sudahpun meluncurkan ayat tersebut dari mulutnya sendiri.
"Jiyoon,ada benda aku nak cakap dekat kau"
Jiyoon mengangkat keningnya.
"Apa dia?"
Sunghoon cuba untuk menenangkan diri dahulu.Dia tidak mahu gementar.Lelaki itu menatap wajah Jiyoon lagi.Lelaki itu senyum.
"Kau tau kan,selama kau kat sini tugas aku asyik asyik nak selamatkan kau je"
Jiyoon mengangguk.
"Sebelum ni belum pernah lagi aku macam ni"
"Kau lah orang pertama sekali"
"Yang aku lindung"
"Selain daripada keluarga aku sendiri"
"Kau nak tau kenapa aku buat kau macam ni?"
Jiyoon hanya menunggu jawapan daripada Sunghoon.Sunghoon memejamkan matanya lalu menghembuskan nafas perlahan lahan.
"Sebab aku sayang kau"
Jiyoon membulatkan matanya.
"Aku..sayang kau Jiyoon"
"Aku tau aku gila,suka dekat perempuan yang masih lagi sekolah tapi memang betul aku sayang sangat dekat kau"
"Sayang Dia tu,sampai aku nak kau dari kita muda hingga ke tua,kau masih selamat dengan lindungan aku dekat kau"
Jiyoon tidak bisa berkata apa apa.Matanya berkaca kaca.Kata kata Sunghoon tadi sungguh membuatkan Jiyoon berdegup laju jantungnya.Terharu Jiyoon mendengarkan kata kata Sunghoon.Lelaki itu Ingin melindunginya untuk selama lamanya.Sunghoon menggaruk kepalanya.
"Kalau kau rasa aku ni jijik takpe,sebab memang benda ni jijik bagi kau kan?Sebab umur kita jauh Berbeza.Kau masih ada benda lagi Yang nak dicapai,aku...sendirian je lah"
Belum sempat Jiyoon bersuara,tiba tiba...
"Ada satu orang lagi Yang encik belum tangkap!"
Jiyoon melihat Di luar pintu itu begitu juga dengan Sunghoon.
"Mana Adik aku?!"
"Jiyoon!"
Jiyoon membulatkan matanya Di saat suara Yang cukup ia kenali memanggil namanya.Kelibat Minhee akhirnya muncul Di hadapan mereka.
"Abang!"
Minhee membulatkan matanya.
"Jiyoon!"
Minhee melihat Sunghoon.Mukanya sungguh marah.Tanpa ragu ragu wajah kacak Sunghoon ditumbuk sehingga Lelaki itu terbaring.Jiyoon membulatkan matanya.Minhee lalu duduk di atas Sunghoon dan menumbuknya sepuas hati.
"Kau dah sentuh adik aku!"
"Ini balasannya!"
Jiyoon Ingin menghentikan Minhee tetapi lelaki itu masih menumbuk Sunghoon.Sunghoon Cuba untuk bertahan.Dengan tenaga Yang ada,Jiyoon menolak abangnya menjauh daripada Sunghoon.Minhee akhirnya terbaring juga.
"Abang jangan pukul dia!"
"Dia Tak jahat!"
Jiyoon melihat Sunghoon yang terbatuk batuk itu.Jiyoon lalu duduk dan menggenggam tangan Sunghoon.Sunghoon melihat Jiyoon sambil tersenyum.
"Pergilah dengan abang kau tu"
"Kau dah selamat kan?"
"Biar aku ditangkap"
Jiyoon menggeleng laju.Air mata gadis itu mengalir lagi.
"Saya takkan biarkan dorang tangkap awak"
"Awak tak bersalah"
"Awak baik"
Sunghoon menggeleng perlahan.
"Jangan macam tu Jiyoon"
Pipi gadis itu diusap lembut.
"Pergi kejar impian kau dulu"
"Belajar rajin rajin"
"Lepastu,kahwin dengan aku"
Sunghoon tertawa ni kecil.Jiyoon juga ikut tertawa sekali.Pada masa yang sama,dua orang Pegawai polis muncul.Jiyoon membulatkan matanya Di saat Sunghoon Cuba untuk berdiri.
"Saya orang yang terakhir"
Kedua dua tangan Lelaki itu akhirnya Digari.Jiyoon menggelengkan kepalanya.
"Tak.."
"Tak!"
"Jangan tangkap dia!"
Minhee mencuba untuk menahan Jiyoon daripada mendekat ke arah Sunghoon.Jiyoon menangis lagi.Sunghoon menoleh ke belakang.
"Jangan risau Jiyoon"
"Aku takkan apa apa"
Jiyoon menggeleng sekali lagi.
"Saya mohon jangan tangkap dia!"
"Dia Tak bersalah!"
"Dia Tak jahat!"
Sunghoon memberikan isyarat kepada dua orang Pegawai polis itu untuk membawanya pergi.
"Saya pun sayang awak Sunghoon!"
Sunghoon terhenti.Jiyoon teresak esak dibuatnya.
"Saya sayang awak!"
"Jadi tolong...jangan biarkan dorang tangkap awak.."
"Tolong.."
"Saya...percaya awak"
Sunghoon menoleh ke arah Jiyoon.Lelaki itu mengukirkan Senyuman manisnya Yang terakhir sebelum ia dua orang Pegawai polis itu membawanya pergi.Jiyoon membulatkan matanya.Dia ingin mengejar mereka tetapi Minhee menahan adiknya.
"Sunghoon jangan pergi!"
"Park Sunghoon!"
Jiyoon menjerit nama Sunghoon.Minhee menolehkan badan adiknya menghadap Minhee lalu lelaki itu memeluk erat adiknya.
"Takpe Jiyoon"
"Jangan nangis"
"Abang ada"
Jiyoon masih lagi menangis.
Berakhirlah sudah semuanya.Sudah tidak ada siksaan Yang diberi.GOAT'S HEAD kini sudahpun ditangkap,Dan mangsa culik terakhir,selamat.
-
"Berita terikini,kumpulan gangster yang cukup terkenal Di Kota Seoul iaitu GOAT'S HEAD telahpun berjaya ditangkap pada 16 Mei yang lalu.Pegawai polis Lee Heeseung,bertekad untuk menangkap mereka.Pada mulanya Pegawai polis sungguh takut untuk menangkap gangster terbesar ini tetapi Lee Heeseung,pihak polis pertama Yang berani menangkap mereka kerana hampir Ingin merogol mangsa culik.Mangsa culik akhirnya terselamat pada malam itu.Beliau berjumpa bersama doktor terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bersama abangnya"
-
-5 bulan kemudian-
"Gangster terbesar iaitu GOAT'S HEAD dipenjarakan buat selama lamanya dan akan diberikan hukuman Sebatan 17 kali disebabkan mencuba untuk me-"
Televisyen ditutup lalu remot diletakkan Di atas meja.Minhee mengambil telur yang sudah siap digoreng itu Di piring lalu meletakkannya Di meja makan.
"Adik!Jom sarapan!"
Muncullah kelibat Jiyoon Yang sudah kemas memakai baju sekolahnya.Minhee mengerutkan dahi.
"Aik,kamu nak pergi sekolah hari ni?"
Jiyoon yang sudah duduk di meja makan itu mengangguk.Minhee berdehem kecil.
"Kamu okay ke?Takut nanti ramai orang tanya tanya"
Jiyoon tersengih.
"Jiyoon okay je abang,jangan risau.Lagipun lama betul dah Jiyoon Tak sekolah ni"
Betul itu.Selepas sahaja kes ini selesai,Jiyoon mengambil keputusan untuk tidak hadir ke sekolah selama berbulan bulan.Pada awalnya Jiyoon berkata bahawa dia masih takut dan trauma dengan perkara Yang pernah terjadi.Di sekolahnya ramai lelaki,Jadi Jiyoon agak takut untuk dekat dekat dengan mereka.Dan akhirnya Minhee bersetuju permintaan adiknya.Dia juga faham perasaan Jiyoon,betapa takutnya jika diperlakukan seperti itu.Tapi pada hari ini,Jiyoon menggerakkan hatinya untuk bersekolah semula.Dia tahu mesti ramai yang mencarinya terutama rakan Karibnya.Baebie Dan Goyoung.Jadi,Jiyoon memberanikan dirinya untuk bersekolah pada hari ini walaupun Dia masih agak sedikit takut.Usai mereka makan,mereka terus keluar untuk bergerak.Minhee lah yang menghantarkan Jiyoon ke sekolah dengan menggunakan keretanya.Dalam perjalanan keadaan senyap sahaja,hanya lagu Yang menemani mereka berdua.Sesampainya mereka Di sekolah Jiyoon,Minhee melihat Jiyoon.Gadis itu tampak agak masih gementar.Gadis itu bermain main dengan jarinya.Minhee menghembuskan nafasnya lalu menggenggam tangan adiknya.Jiyoon lalu menoleh.Minhee senyum.
"Jangan takut Jiyoon"
"Abang ada"
"Jiyoon percaya abang kan?"
Jiyoon membulatkan matanya sedikit.Bibir diketap lalu Jiyoon mengangguk yakin.Minhee senyum sambil mengusap kepala adiknya.
"Jiyoon pergi dulu!"
"Hati hati Jiyoon"
Jiyoon akhirnya keluar dari perut kereta lalu terus lurus menuju ke arah pintu pagar sekolah.Jiyoon menarik nafas dalam dalam lalu menghembuskannya perlahan lahan.Pintu pagar segera dibuka dan akhirnya Jiyoon bisa melihat kesemua murid murid Yang ada Di dalam bangunan tersebut.Jiyoon terus sahaja menuju ke arah kelasnya.Jiyoon bergerak Ke tepi sedikit setiap kali pelajar pelajar lelaki melimpasinya.Masih takut.Sesampainya Jiyoon didepan pintu kelasnya,Jiyoon bisa mendengar gelak Tawa kawan kawannya.Sungguh dia rindu mereka semua.Jiyoon dengan yakin membuka pintu kelas.Semua orang lalu menoleh ke arah pintu Dan membeku di saat mereka melihat Jiyoon,telahpun hadir hari ini.Kawannya iaitu Goyoung menekup mulutnya.
"J-Jiyoon?"
"Kau ke tu?"
Jiyoon tersengih.
"Ya,ni aku lah"
"Kenapa?Rindu?"
Baebie lalu berlari ke arah Jiyoon Dan memeluknya dengan erat sekali.Jiyoon juga membalas pelukan kawannya.Akhirnya kesemua rakan sekelasnya berkumpul dekat Jiyoon.Mereka semua juga rindu akan Jiyoon.Goyoung juga memeluk erat kawan baiknya itu.Baebie tidak sengaja mengalirkan Air matanya lalu Jiyoon mengelap Air Mata tersebut.Tubuh Jiyoon dipeluk lagi.
"Kau pergi mana Jiyoon?Dah berbulan bulan Tak hadir,rindu tau"
Jiyoon hanya ketawa.
"Tak payah nak tau lah.Takpe Yang penting Aku dah hadir kan hari ni?"
Bahu Jiyoon ditepuk lembut.Salah satu pelajar mengeluarkan suara.
"Jiyoon,kau dah tengok ke berita pasal GOAT'S HEAD dah kena tangkap?"
Jiyoon terdiam seketika sebelum dia mengangguk.
"Ye weh,lega hati aku dorang dah kena tangkap"
"Haritu masa aku pergi beli belah dekat kedai runcit,aku nampak dorang dekat kedai sebelah.Takut aku,terus lari"
"Sekarang Seoul dah Aman dah tanpa GOAT'S HEAD"
"Biar padan muka dorang"
"Lagi satu Yang pasal mangsa culik tu"
Jiyoon menelan Air liurnya.Mereka masih lagi membahas tentang perkara ini.
"Perempuan kan mangsa culik tu?"
"Nasib baiklah selamat kan,kalau aku agak agaknya dah kat kubur"
"Ish kau ni jangan lah cakap macam tu"
"Agak agak siapa lah mangsa culik tu ya?"
Mereka semua melihat ke arah Jiyoon.Jiyoon mengangkat keningnya.
"Kenapa?"
Goyoung mengecilkan matanya.
"Aku pelik kejap,lepas GOAT'S HEAD dah kena tangkap kau sekolah balik"
Jiyoon berdehem kecil.
"Ish apa kau ni,dorang dah lama kena tangkap.Aku je ni Yang ada urusan sikit"
"Tapi mustahillah kau tak hadir berbulan bulan sebab ada urusan"
"Macam tak logik je"
"Lagi satu,guru kelas kita Cikgu Choi pun Tak tahu Kenapa kau tak hadir sebab kau tak bagitau"
"Mana kau pergi selama ni Jiyoon?"
"Ke...kau Yang mangsa culik dia?"
Jiyoon menelan Air liurnya sekali lagi.Jiyoon menggeleng perlahan lalu duduk Di me hanya sendiri.Baebie membulatkan matanya.
"Memang betul Jiyoon"
Jiyoon mengerutkan dahi.
"Apa benda?"
Semua pelajar melihat Baebie.
"Korang tak ingat Yang kat berita tu,dia ada kasi tunjuk sikit sikit mangsa culik tu cuma muka Dia kena kasi Kabur.Tapi bila aku tengok baju Yang dia pakai..."
Baebie melihat Goyoung.
"Itu baju Yang sama masa kau dan aku jalan jalan dengan dia masa haritu"
Goyoung membulatkan matanya.Semua pelajar juga terkejut.Mereka akhirnya mengepung Jiyoon.
"Weh Jiyoon kau ke mangsa culik dia?"
"Weh biar betul kau?"
"Apa dorang buat dekat kau sampai kau mangsa dia ni?"
"Jiyoon baik kau mengaku sekarang"
Jiyoon menutup telinganya.
"Ish korang,dah dah lah tu"
Mereka semua akhirnya diam.
"Tak payah nak tau lah-"
"Ala Jiyoon cakap je lah"
"Cakap je,kami jaga rahsia kau"
"Jiyoon kau percaya kami kan?"
Jiyoon akhirnya berdiri lalu keluar dari kelasnya.Tetapi mereka masih lagi mengikuti Jiyoon Dan menyoal soalan yang sama.Jiyoon hanya pasrah Namun gadis itu masih mengunci mulutnya.
-
Hari persekolahan akhirnya selesai.Semua murid balik bersama ibu bapa mereka.Jiyoon pula balik bersama abangnya.Masuk sahaja Di dalam kereta,MInhee menyoal.
"Haaa Jiyoon,macam mana?Okay?"
Jiyoon menguak rambutnya ke belakang.
"Dorang banyak tanya"
Minhee tersengih lalu mengusap kepala adiknya.
"Takpe Takpe,disebabkan adik abang dah Jadi artis Tak berbayar mari abang bawa kamu jalan jalan"
Kereta Minhee akhirnya bergerak.Sesampainya mereka Di pantai,mereka berdua menikmati pemandangan pantai bersama ombak Yang bergelora Dan angin yang dingin.Jiyoon memeluk lengan abangnya sambil tersenyum.Minhee hanya membiarkannya.
"Jiyoon rindu mama papa"
Minhee tersengih.
"Abang pun"
Jiyoon bukan setakat merindukan kedua dua orang tuanya,Namun ada seseorang lagi Yang sangat dia rindui.Seseorang itu selalu melindunginya dahulu.Tetapi kini,mereka tidak bisa berjumpa lagi.Minhee menguak rambutnya ke belakang.
"Jiyoon,kamu tunggu sini ya,abang nak beli sesuatu"
Jiyoon mengangguk.Dan tinggallah Jiyoon keseorangan.Menikmati pemandangan pantai pada petang hari.Angin Yang dingin itu menyapa tubuh gadis tersebut.Jiyoon akhirnya kedinginan.Sesekali dia teringat bahawa ada sesuatu Yang Dia masih simpan Sampai sekarang.Jiyoon selalu memakainya jika ia merindui orang tersebut.Jiyoon lalu membuka zip begnya dan mengeluarkan jaket berwarna hitam Dan memakainya.Jiyoon merasa agak tenang sedikit.Jiyoon menatap langit.
"Awak...apa khabar?"
Jiyoon menghembuskan nafas berat.Tidak Jiyoon sedar bahawa ada seseorang Di belakangnya.Terus sahaja orang itu menutup mata Jiyoon membuatkan Jiyoon tersentak.
"S-siapa ni.."
Tangan itu masih lagi menutup mata Jiyoon.Jiyoon memberanikan diri untuk melepaskan tangan tersebut.
"Jangan kacau saya"
Tangan tersebut berjaya dilepaskan.Jiyoon lalu menoleh ke belakang.
"Awak sia-"
Jiyoon membeku.Matanya membulat besar.Adakah ini mimpi?Dia tidak mimpi kan?Mengapa orang ini ada Di sini?Orang itu hanya tersenyum manis.
"Hai Jiyoon"
"Aku baik"
"Kau?"
Jiyoon masih lagi tidak percaya.Orang Yang sudah lama dia tidak bertemu,ada Di hadapannya sekarang.
"B-betul ke?"
"Ini betul.."
"Sunghoon?"
Lelaki Yang bernama Sunghoon itu tersengih sambil menguak rambutnya ke belakang.Tangan dimasukkan Ke dalam poket seluar.
"Cantik jaket,mana beli?"
"Ya ni aku ni"
"Park Sunghoon"
Sunghoon lalu mengenyitkan matanya ke arah Jiyoon.Jiyoon akhirnya mengalirkan Air mata lalu laju sahaja gadis itu memeluk Sunghoon.Sunghoon tertawa lalu membiarkan sahaja gadis itu memeluknya.Jiyoon menangis lagi Di dakapan Sunghoon.Sunghoon hanya mengusap kepala gadis muda itu.Wajah gadis itu diangkat.Air matanya masih mengalir.
"Kau ni,dari awal sampai habis menangis je kerja"
"Jijik aku"
Jiyoon memukul dada Sunghoon membuatkan Sunghoon melepaskan tawa.
"Awak tau Tak saya rindu"
Sunghoon menggerakkan bebola matanya sambil senyum sinis.
"Rindu konon"
"Ingat apa?Kdrama?"
Jiyoon menghentakkan kakinya.
"Ish betullah!"
Sunghoon tertawa lagi.
"Yelah yelah"
Rambut gadis itu diusap lembut.Jiyoon masih hairan,macam mana Sunghoon ada Di sini.Apakah Dia melarikan diri?Jiyoon akhirnya bertanya.
"Tapi macam mana awak boleh keluar dari penjara...?"
Sunghoon tersengih.
"Macam ni cerita dia"
-Flashback-
Kesemua Ahli Ahli GOAT'S HEAD kini berada di mahkamah untuk bersetuju dihukum.Hakim berfikir terlebih dahulu adakah tindakan mereka ini patut diberikan hukuman Yang setimpal.Sunghoon hanya mendiamkan diri,dia sudah pun berpasrah sama tuhan.Biarlah Dia disebat beberapa kali,ini juga kesalahan Dia sendiri kerana mengikuti arahan daripada Daekyung.Hakim berdehem kecil lalu melihat mereka semua satu persatu.
"Saya sudah berfikir Yang...tindakan kamu semua ni.."
"Patut diberi hukuman sebatan"
"Jadi pihak polis dah boleh bawa mereka semua ni ke balai ya"
Akhirnya kesemua ahli GOAT'S HEAD berdiri,bersedia dimasukkan ke dalam penjara.Daekyung yang dari tadi diam itu melihat Sunghoon.Lihat sahaja lelaki muda itu membuatkan Daekyung terus rasa bersalah.Lelaki muda seperti Sunghoon,mereka mengubahnya menjadi orang jahat padahal Sunghoon tidak pernah minta pun apa apa.Dia ingin hidup seperti orang biasa.Daekyung tau,terkadang Sunghoon berasa tidak selamat jika Dia mengikuti mereka.Anak muda seperti Sunghoon pasti banyak benda yang ia inginkan.Tetapi,mereka pula Yang merosakkan ke hidupan Sunghoon.Jadi dengan itu,Daekyung berubah hati untuk menyelamatkan Sunghoon.
"Nanti"
Kesemua orang yang ada Di dalam mahkamah tersebut melihat Daekyung.Sunghoon juga melihatnya.Daekyung melihat Pegawai polis Yang menahan tangan Sunghoon.
"Lepaskan Sunghoon"
Kesemua orang bingung begitu juga dengan Sunghoon.
"Dia Tak bersalah"
"Yang salah kami"
"Kami paksa dia buat benda jahat"
"Kami yang sepatutnya diberi hukuman"
"Bukan dia"
"Dia masih muda"
"Ada seseorang Yang tengah tunggu dia"
"Jadi tolong,lepaskan Sunghoon"
Sunghoon ternganga sedikit mendengar kata kata Daekyung.Pegawai polis berfikir sejenak,biasakah mereka mempercayai Sunghoon?Bila diingatkan balik,semasa mereka menangkap Sunghoon,ada seorang gadis yang sedang memeluknya.Gadis itu juga mengucapkan benda yang sama.Nampaknya memang betul,Sunghoon ini baik.Pegawai polis akhirnya melepaskan gari.Sunghoon masih tidak percaya,dia bebas.Sunghoon lalu melihat Daekyung yang masih lagi melihatnya.Daekyung senyum.Kali ini senyumannya,betul betul ikhlas.
"Pergilah Sunghoon"
"Cari perempuan tu"
"Dia tengah tunggu kamu"
Sunghoon tersenyum.Dia mengangguk yakin lalu terus sahaja lelaki itu berlalu pergi.
-End Flashback-
Jiyoon mengangguk tanda faham.
"Macam tu lah cerita dia"
"Aku Tak sangka pula,orang macam Daekyung boleh berubah"
Jiyoon hanya diam.Gadis itu melihat wajah Sunghoon sebelum dia bersuara.
"Sunghoon"
Sunghoon mengangkat keningnya.
"Yang pasal...saya cakap saya sayang awak tu kan.."
Sunghoon diam.Jiyoon melihat ke bawah kerana pipinya sudahpun merona merah.Mata dipenjam.
"Saya memang bermaksudkan begitu"
Sunghoon mengerutkan dahi.Dia agak bingung sekejap.
"Benda yang saya cakap haritu,saya betul betul memaksudkannya"
Sunghoon mengangkat keningnya.Dia tersengih.Badan dibongkokkan sedikit seperti Tinggi Jiyoon.Sunghoon senyum.Jiyoon akhirnya mengangkat wajah tetapi dia membeku.Kerana Sekarang ini mereka bertatapan antara satu sama lain.Sunghoon tersengih.
"Kenapa muka kau macam tu?"
Sempat Pipi Jiyoon dicubit.Jiyoon tersentak.Sunghoon akhirnya menegakkan semula badannya.
"Kau?Sayang aku?"
Jiyoon mengangguk perlahan lahan.Sunghoon berdehem kecil.
"Jiyoon dekat sikit"
Jiyoon membulatkan matanya.
"H-hah?Kenapa?"
"Sini lah"
Jiyoon menelan Air liurnya.Perlahan lahan gadis itu mendekat.Dia melihat Sunghoon.
"Macam n-"
Terjerit gadis itu Di saat Sunghoon mengangkatnya lalu dipusing pusingkan.Jiyoon automatik memeluk leher Sunghoon.Sunghoon tertawa.
"Sunghoon berhenti!"
Sunghoon masih lagi tertawa.Tubuh kecil Jiyoon akhirnya diturunkan.Jiyoon menghembuskan nafas lega.Dia melihat sunghoon lalu memukul bahu lelaki itu.
"Apa semua tu tadi?"
Sunghoon hanya tersengih.Kepala gadis itu diusap lembut.Tangan Jiyoon dingenggam lalu gadis itu ditarik masuk dalam dekapan Sunghoon.Jiyoon pada mulanya membulatkan mata tetapi akhirnya Dia senyum.Wajah gadis itu diangkat lalu Pipinya diusap.Sunghoon senyum.Bibir gadis itu dilihat.Wajah lelaki itu akhirnya mendekat perlahan lahan.Jiyoon terkejut dengan apa yang hendak Sunghoon lakukan.Jiyoon lalu mengundurkan wajahnya.Sesekali Sunghoon teringat,mereka jauh beza.Wajahnya dijauhkan semula.
"Eh"
"Aku Lupa Aku dah tua"
Jiyoon tertawa.
"Apa benda awak ni?"
Sunghoon senyum.Jiyoon tiba tiba menekup kedua dua Pipi Sunghoon membuatkan lelaki itu pula membulatkan mata.Jiyoon senyum lagi.
"Biarlah awak tua ke muda ke,saya tetap sayang awak"
Tanpa ragu ragu Pipi lelaki itu dikucup membuatkan Sunghoon terkejut.Sangat terkejut.Jiyoon akhirnya meleraikan ciuman lalu menjauh Dari Sunghoon.Sunghoon menyentuh Pipinya sendiri.Dia melihat Jiyoon.
"Wah dah pandai cium orang ya?"
Jiyoon hanya menjelirkan lidah.Sunghoon senyum sinis lalu bersedia Ingin mengejar Jiyoon.Gadis itu lalu mencuba untuk melarikan diri.Lari punya lari,akhirnya Sunghoon dapat menangkap Jiyoon.Pinggang gadis itu ditarik mendekatinya.Kedua duanya melepaskan tawa Dan akhirnya mereka diam.Mereka menikmati pemandangan Yang indah pada petang hari itu.
"Jiyoon"
"Ya?"
"Cepat cepat habis belajar ya,lepastu kita kahwin"
Jiyoon berdecit kecil.
"Entah entah saya baru habis belajar awak dah kahwin dah.
"Ish mana ada,aku setia lah"
Jiyoon membuat bunyi Ingin muntah.Sunghoon hanya tertawa.
"Perempuan ni kang aaa"
Jiyoon akhirnya tertawa.
Dan berakhirlah sudah kisah mereka berdua ini.Sunghoon juga dari jahat berubah menjadi baik Dengan ke munculan Jiyoon Di dalam hidupnya.Kisah mereka sudah tanya,namun cinta beza umur mereka masih berterusan.
-THE END-
HELLOOOOOOOO UOLLLL HOHO AKHIRNYA ALHAMDULILLAHHHH CITE NFS DAH HABIS ! Wapa terharu sgt sbb dh habis HAHA sekali lagi sorry kalau ada typo auto correct ke Apa ke kan kan hshs and sorry juga kalau ep last ni hambar dan ending Dia Tak best hshs sorry juya cringe nk mampus byk sorry wapa ni aaaaa HAHA
Okay apa apa pun thank u yg dh baca cerita ni sampai habis wapa suka je baca comment ii koranggg hoho , thank u juga yg dh voteee hihi . Itu Je yg wapa nk ckp , harap korang suka lah ep kali ni yerrr anddddd
NEW STORY COMING SOON !!! Yeyyyy HAHA .
Okay tu jerrrr saya nak cakap BYE BYE AND ASSALAMUALAIKUMMMM !!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro