Ep 14
Ikatan dibuka lalu akhirnya tangan Jiyoon bebas juga.Gadis itu meringis kecil disebabkan pergelangan tangannya yang merah merah itu.Kerana sudah beberapa hari tangannya diikat,memang akan merah dan sakitlah tangannya.Sunghoon mengabil baju Jiyoon yang berada di lantai itu lalu menyuruhnya untuk pakai semula.Sunghoon melihat ke arah lain,memberi Jiyoon ruang untuk memakai bajunya.Usai itu,Sunghoon menoleh ke arah Jiyoon.Keluhan dilepaskan.
"Jiyoon"
Gadis tersebut hanya berdiam diri.Sunghoon menguak rambutnya ke belakang.
"Kau marah kah?"
Sunghoon mencuba untuk bertanya lagi tetapi masih tidak dijawab.Sepertinya Jiyoon benar benar marah ke Sunghoon.Sunghoon tidak berputus asa,lelaki itu bersuara lagi.
"Maafkan aku Jiyoon"
"Aku lambat datang"
Sisa air mata Jiyoon hapuskan.Gadis itu bukan tidak mahu jawab kerana marah,tetapi gadis itu masih agak teringatkan perkara yang dia alami sebentar tadi oleh dua orang manusia tua tadi.Ingin dia lupakan tetapi belum boleh dilupakan.Sesekali,kelakuan Sunghoon terhadapnya tadi mula muncul.Betapa gembira dan terharunya Jiyoon dibuatnya.Walaupun lambat,yang penting hati lelaki muda tersebut kembali berubah.Seperti yang dikatakan,tidak mungkin gadis yang lagi muda darinya dibiarkan sahaja diperlakukan seperti itu.Sunghoon juga manusia biasa,sungguh dia hormat kaum wanita.Tetapi rasanya kali ini,Sunghoon merasakan yang dia gagal untuk melindungi seseorang gadis.Itulah yang difikirkan Sunghoon sejak tadi.Jiyoon masih lagi berdiam diri.Nampaknya gadis itu betul betul ingin bersendirian sekarang.Sunghoon mengangguk tanda faham.
"Takpelah kalau kau masih marah aku,memang salah aku kan"
Senyuman diukir.Ingin lelaki itu berdiri tetapi pergerakannya terhenti di saat Jiyoon bersuara.Sunghoon menoleh ke arah gadis muda itu.Jiyoon mendongak untuk melihat Sunghoon.Senyuman manis diukir.Biarpun bibirnya sekarang pucat tetapi tetap cantik.
"Terima kasih"
Itulah kalimat yang keluar dari mulut gadis itu.Sunghoon mengangkat keningnya.
"Terima kasih sebab bantu Sunghoon"
"Awak memang...terbaik"
Mendapat jawapan positif dari Jiyoon membuatkan Sunghoon tenang.Tetapi lelaki itu segera berkerut.
"Kau...marah?"
Jiyoon diam semula.Pada awalnya,sungguh Jiyoon marah dan kecewa akan Sunghoon.Tetapi selepas sahaja kelakuan Sunghoon terhadapnya membuatkan Jiyoon bersyukur dan lega.Sungguh dia bersyukur kerana adanya Sunghoon sudi menyelamatkannya.Gadis itu sungguh menghargai pertolongan Sunghoon.Ingin gadis itu mengucapkan terima kasih ke Sunghoon berkali kali tanda bersyukur.Jiyoon tertawa kecil membuatkan Sunghoon bingung.
"Lah,ketawa pula"
Jiyoon melihat lagi Sunghoon sambil tersenyum.Kedua dua tangan gadis itu disatukan lalu dihalakan ke Sunghoon.
"Cepat ikat,nanti dorang nampak"
Sunghoon menggaruk kepalanya.Dia melirik ke pergelangan tangan Jiyoon yang merah itu.Bisa dia rasakan kesakitannya.
"Tak sakit ke tangan kau?Teruk sangat aku tengok"
Jiyoon hanya senyum sambil menggeleng.
"Cepatlah ikat"
Kening kanan diangkat.Sunghoon melepaskan keluhan.
"Dorang bukannya boleh tau,pintu tu aku kunci.Lagipun"
Tangan kanan Jiyoon dicapai membuatkan gadis itu tersentak.Pergelangan tangan gadis itu diusap lembut.Jiyoon hanya diam.
"Sakit?"
Jiyoon jujur.Anggukan diberikan.Sunghoon menggerakkan bebola matanya ke atas.
"Biarkan macam ni dulu,nanti nanti aku ikat"
Genggaman dilepaskan.Sunghoon akhirnya berdiri.Rambut dikuak ke belakang .Sunghoon memasukkan kedua dua tangannya ke dalam poket seluar.Jam dilirik.
"Sekarang dah 10:45,biasanya abang abang aku yang lain dah tidur.Jadi kau jangan risau ya"
Jiyoon hanya mengangguk.Sesekali Jiyoon sedar bahawa gadis itu masih lagi memegang jaket milik Sunghoon.Sunghoon yang sudah duduk di sofa itu dilihat.Jiyoon melihat kembali jaket milik Sunghoon.
"Erm Sunghoon"
Sunghoon yang ralit bermain telefon itu terus menggerakkan bebola matanya untuk melihat Jiyoon.Kening kanan diangkat.Jiyoon memuncungkan bibirnya.
"Jaket awak ni...tak nak pakai balik?"
"Kau pakai je"
Jiyoon menyoal lagi.
"Awak tak kesejukan?Awak dah lah pakai baju tanpa lengan baju"
Sunghoon menggeleng tanda dia baik baik sahaja.Tetapi Jiyoon masih lagi agak risau jika Sunghoon hanya berpura pura,padahal lelaki itu betul betul kesejukan.Jiyoon bersuara untuk kali ke tiga.
"Pakai je lah,nanti awak kesejukan"
Sunghoon sudah agak mula rimas dengan Jiyoon.Telefon diletak di atas meja.Jiyoon didekati.Ditatap sahaja gadis itu.Jiyoon senyum lalu memberikan jaket itu ke tuannya semula.Namun Sunghoon hanya menjeling jaket tersebut tetapi lelaki itu mengambilnya.Firasat Jiyoon adalah Sunghoon akan memakai jaket tersebut tetapi kelakuan Sunghoon yang satu ini cukup membuatkan Jiyoon terkejut.Lelaki itu duduk berlutut lalu jaketnya disarungkan ke tubuh kecil Jiyoon.Di saat wajah mereka agak dekat,Jiyoon mengundurkan diri sedikit.Sunghoon melihat wajah Jiyoon.
"Lepasni kalau kau tanya lagi"
"Kau siap"
Sunghoon berdiri lalu pergi ke sofa semula.Air liur ditelan kesat.Walaupun baik,tetapi perangai dingin dan menakutkannya masih ada.Jiyoon akhirnya mengambil keputusan untuk berdiam diri.
-
Pintu kamar dibuka lalu Minhee masuk.Minhee baring lalu menatap siling biliknya.Telefon dikeluarkan lalu aplikasi gallery dibuka.Tepampar wajah adiknya.Semua penuh dengan wajah Jiyoon.Senyuman kecil diukir.
"Apalah khabar kamu sekarang Jiyoon.Rindu betul dah ni"
Keluhan dilepaskan.Lelaki itu mula melihat ke bahagian video.Ada video tentang dirinya sendiri,ada video bersama rakan rakannya dan yang paling banyak dan istimewa ialah,videonya bersama adiknya.Satu video ditekan.Video ini dirakam 5 bulan yang lalu.Minhee merakam wajah adiknya yang menangis kerana gembira.Semasa itu Minhee Ingin membuat kejutan untuk adiknya.Barang yang Ingin adiknya mau dibeli tanpa Jiyoon sedar.Sesampainya Minhee di kamar adiknya,Minhee terus menyapa terlebih dahulu.Jiyoon masih lagi tidak tahu apa apa.Usai di sapa Minhee diam diam meletakkan barang tersebut di atas meja Jiyoon lalu lelaki itu keluar.Minhee hanya tunggu dan tunggu.Akhirnya Jiyoon membuka pintu lalu keluar.Minhee ketawa mengejek melihat muka nangisnya Jiyoon.Jiyoon hanya senyum sambil air matanya masih mengalir.Telefon yang merakam Jiyoon didekatkan.Jiyoon lalu menutup mukanya.Minhee hanya ketawa.
"Jadi inilah wajahnya"
"Abang!"
Minhee hanya ketawa di dalam rakaman itu.Melihat sahaja wajah adiknya mampu membuatkan Minhee rindu.Sangatlah rindu.Dia Ingin urusan ini selesai dengan segera.Usai melihat video tersebut,Minhee melihat pula gambar gambarnya bersama adiknya.Minhee hanya senyum.Telefon ditutup lalu Minhee meletakkannya di sampingnya.Lengan kanannya menutup mata.Keluhan dilepaskan.
"Penatnya hari ni.."
-
Pagi pagi lagi Minhee dan makcik Jeon mengemas semua sayur sayuran yang akan mereka jual nanti.Dengan bantuan lelaki muda itu,akhirnya selesai juga mereka mengemas.Makcik Jeon sempat mengucapkan terima kasih lalu wanita separuh abad itu sibuk berbual bersama kawannya di sebelah.Manakala Minhee,lelaki itu hanya bermain dengan telefonnya.
"Minhee!"
Minhee mengangkat wajahnya.Senyuman diukir lalu Minhee membalas lambaian mereka.Iaitu Haruto dan Hiruma.Hiruma berlari lalu melihat sayur sayuran yang sudah disusun itu.Matanya bersinar sinar.
"Wahhh,nampak segar sayur sayur ni"
Makcik Jeon tiba tiba muncul sambil tertawa.Wanita separuh abad itu melihat mereka bertiga.
"Mestilah segar.Makcik yang tanam semua ni"
Haruto menganggukkan kepalanya.Minhee tiba tiba berkerut dahi.Dua beradik berdarah jepun itu dilihati.
"Jap,korang buat apa kat sini?"
Haruto menguak rambutnya ke belakang.Hiruma bersuara.
"Kitorang nak tolong korang lah!"
Hiruma memeluk lengan abangnya.Minhee mengangkat keningnya.Makcik Jeon senyum.
"Syukurlah.Terima kasih lah ya kamu dua.Makcik terharu.Ada juga yang sanggup bantu makcik "
Mereka bertiga melihat makcik Jeon yang berdiam diri sambil menundukkan kepala.
"Eh"
Air mata yang keluar dari mata makcik Jeon membuatkan mereka bingung.Minhee mendekati makcik Jeon lalu memeluk bahunya.
"Makcik,kenapa menangis?"
Hiruma dan Haruto juga mendekatinya.Makcik Jeon tertawa lalu air matanya dihapuskan.Kepala digeleng.
"Takde apa.Makcik cuma...terharu"
Makcik Jeon senyum lagi.Senyuman manisnya membuatkan mereka bertiga senyum juga.
"Terima kasih ya"
Hiruma lalu memeluk wanita separuh abad itu.Minhee dan Haruto hanya melihat dan senyum.Sesekali,bayangan cucunya terngiang ngiang di kepala.Makcik Jeon teringat akan gaya cucunya yang sungguh ringan tulang dahulu.
-Flashback-
Makcik Jeon tengah sibuk melayan pelanggannya.Senyuman manis dari bibirnya tidak pernah pudar jika berhadapan dengan pelanggan.Nampak ceria sahaja.Plastik yang berisikan lobak dan timun itu diberikan ke pelangganya yang terakhir.Makcik Jeon akhirnya boleh duduk berehat.Terjerit kecil wanita separuh abad itu dibuatnya di saat seseorang memeluk lehernya dari belakang.Makcik Jeon menoleh.Senyuman lebar diukir.
"Reowoo"
Reowoo tersengih.Budak kecil itu maju untuk melihat sayur sayur yang dijual.Makcik Jeon hanya melihat dari belakang sambil tersenyum.Reowoo menoleh ke arah neneknya.Senyuman comel diukir.
"Nenek!Reowoo nak tolong!"
Makcik Jeon menggeleng tanda tidak usah.
"Ehhhh tak payah payah.Biar nenek yang buat.Nenek masih kuat."
Kerana kecewa,Reowoo memuncungkan bibirnya.Jari dimain mainkan.Budak kecil itu maju ke arah neneknya yang tersayang.
"Tapi...Reowoo tolong sebab kesiankan nenek..."
Makcik Jeon ketawa kecil.
"Tak payah nak kesian,nenek masih kuat Reowoo "
Reowoo masih berlawan.
"Salah ke kalau Reowoo tolong?Reowoo nak tolong patutnya nenek bagi.Reowoo nak Jadi cucu yang terbaik untuk nenek"
Makcik Jeon ketawa lagi.Reowoo mula rasa rimas dan menghentak hentak kakinya.
"Nak tolong nak tolong nak tolong!"
Mulut cucunya ditutup agar teriakannya tidak menarik perhatian penjual lain.Keluhan dilepaskan.Kepala cucunya diusap sayang,dahinya dicium sekilas.
"Yelah yelah.Tolong nenek ya"
Reowoo senyum gembira lalu melompat lompat.Mereka berdua mula berkerja bersama sama.
-End Flashback-
Teringat pula Reowoo.Sikap mania dan rajinnya itu tidak akan makcik Jeon lupakan.Kalau Reowoo tidak ada penyakit,sampai sekarang lah cucu kesayangannya ada di sini.Makcik Jeon mengelap air matanya.Makcik Jeon mula bersuara.
"Dulu,makcik ada sorang cucu lelaki"
Minhee,Hiruma dan Haruto hanya mendengar.
"Dia selalu tolong makcik urus niaga semua ni.Dia boleh dikatakan rajin.Masih budak lagi dia "
Hiruma ternganga.Gadis itu sendiri kagum dengan cucu makcik Jeon.Kecil kecil dah ringan tulang,ini yang kita suka.Minhee bertanya.
"Siapa nama dia?"
"Reowoo"
"Sekarang ni,sebenarnya Reowoo dah masuk 18 tahun"
Kening Hiruma terangkat.Senyuman diukir.
"Eh,sama macam saya!"
Makcik Jeon mengangguk.Perasaan teruja membuak buak dalam diri Hiruma.Gadis itu Ingin berjumpa dengan Reowoo.Kedua dua tangan makcik Jeon di genggam.
"Makcik,mana Reowoo makcik?Saya nak jumpa dia!Saya nak berkenalan dengan dia!"
Haruto mencebik.Bahu adiknya ditolak.
"Kalau pasal lelaki,laju betul kau ya.Harimau bintang pun kalah"
Hiruma menoleh jengkel ke arah abangnya.
"Suka hatilah"
Lidah dijelirkan.Makcik Jeon hanya ketawa diikuti oleh Minhee.Makcik Jeon melihat Minhee sambil tersenyum.
"Lepas je Reowoo dah takde,dah takde siapa dah yang teman makcik,yang tolong makcik.Makcik keseorangan je"
Ketiga tiga mereka terdiam.Hiruma bersuara.
"Apa maksud makcik...takde?"
Makcik Jeon akhirnya menceritakan semuanya.Rupanya,di sebalik senyuman manis makcik Jeon,ada terselit kesedihannya.Sedih kerana cucunya pergi.Tiga anak muda itu juga tumpang kesian.Hiruma yang teruja tadi ikut bersimpati.
"Tapi,tuhan tu baik"
"Dia cari orang yang tepat untuk ganti Reowoo"
Makcik Jeon menoleh ke arah Minhee.Minhee mengangkat keningnya.Wanita separuh abad itu tersenyum.
"Terima kasih untuk segala galanya Minhee.Kamulah orang yang tepat"
Minhee senyum juga.Rupanya selama ini,Makcik Jeon Ingin sangat seseorang untuk menggantikan tempat cucunya,dan orangnya ialah Minhee.Lelaki itulah yang sudah selalu bersama makcik Jeon.Sungguh makcik Jeon bersyukur.Dia juga sudah anggap yang Minhee ini cucunya bahkan anaknya sendiri.Ya,makcik Jeon sayang dengan Minhee.Air mata wanita separuh abad itu Ingin terkeluar lagi tetapi cepat cepat dihapuskan.Makcik Jeon berdiri.
"Eh dahlah,jom mula kerja"
Sesi luahkan perasaan kini tamat.Sekarang mereka berempat mula fokus pada perniagaan.Makin bertenaga makcik Jeon kerana adanya Hiruma dan Haruto yang sedia membantu.Dalam fikiran Minhee,lelaki itu sedang memikirkan hari yang tinggal untuk membayar hutang Dakeyung.Disebabkan kesemua duit yang baru didapati hari itu sudah dirampas,lelaki itu terpaksa mengumpul lagi duit dari awal.Tidak apa,lelaki itu tidak akan putus asa.Dia akan segera mengumpul duit dan menyelamatkan adiknya.
"Dah masuk hari ke 7,tinggal 3 hari lagi...Dik,bersabar ya"
"Abang datang"
Bersambung...
Hello koranggg !!! Wapa backkk and upddd yeyyyy hoho
But sorry sbb lambat hashas,takpolah janji upd hehe.
Sorry jugaaaa sbb wapa menghilangzz secara tiba ii , as u can see my old phone was broke sooo HAHA alr ganti dah and yes alhamdulillah wapa masih dpt active dkt acc ni.Wapa igt tak dpt dh HAHAHA .
Okay lah thts all from me andddd I hope u like the new ep of NFS hehe
Enjoy ~~~
Assalamualaikum and goodnighttt !!!
Bye byeeee !!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro