
Ep 1
Lelaki itu mencuba untuk melarikan diri daripada sekumpulan gangster yang mengejarnya.
"Woi Minhee,kau jangan harap kau boleh lari!"
Kesemua ahli ahli gangster itu tidak berhenti daripada mengejar Minhee.Lelaki yang berhutang dengan mereka.Kang Minhee ialah seorang abang kepada adiknya iaitu Kang Jiyoon.Mereka hidup serba sederhana.Tetapi disebabkan Minhee ingin duit untuk membayar bill rumah,dia terpaksa meminjam duit dari sekumpulan gangster yang bernama GOAT'S HEAD.Mereka ini salah satu gangster terbesar di kota ini.Setiap kali ada sahaja kes yang terjadi disebabkan mereka.Tetapi polis tidak mampu memasuk campur.Ada beberapa ahli GOAT'S HEAD ini pernah membunuh orang.Jadi penduduk penduduk di kota Seoul sungguh takut dengan mereka semua.Tetapi tidak sangka pula bahawa ada orang yang berani mencari masalah dengan mereka.Dan orang itu ialah Kang Minhee.Kang Minhee telah diberi kesemua duit daripada boss mereka yang bernama Jung Daekyung.Sebelum ini,Daekyung pernah memberitahu Minhee agar ganti balik duit yang dia pinjam.Tetapi sudah berhari hari mereka tunggu namun Minhee langsung tidak datang ke tempat mereka iaitu di sebuah kelab.Daekyung menjadi marah kerana Minhee telah memungkiri janji.Dia menyuruh kesemua pembatunya untuk mencari Minhee sampai dapat.Akan dia seksa lelaki itu hidup hidup.Dan mereka jumpa juga Minhee.Lelaki itu berjalan lenggang kangkung sambil membawa plastik yang berisikan makanan untuknya dan adiknya di rumah.Mereka menjerit nama Minhee.Lelaki itu menoleh dan terkejut kerana pembantu pembantu Daekyung sedang mengejarnya.Dia apa lagi,berlari sekuat hati untuk melepaskan diri.Ahli gangster itu mengikuti sahaja arah Minhee pergi.
"Kang Minhee!Kami akan kejar kau sampai lubang cacing!"
Minhee menghiraukan kata kata mereka itu dan terus berlari.Minhee akhirnya tiba di lorong lorong sepi.Dia tidak tahu arah mana yang patut dia pergi jadi lelaki itu hanya membelok kiri.Tetapi malangnya sudah tidak ada jalan,dia terperangkap.Pada masa yang sama kumpulan GOAT'S HEAD datang.Mereka senyum kemenangan dan mula mengepung Minhee.Air liur ditelan kesat.Dia tidak boleh pergi ke mana mana lagi.Salah satu daripada kumpulan GOAT'S HEAD maju tetapi Minhee menghalangnya dengan cara menghayun hayunkan beg plastiknya.Yang lain pura pura terkejut sambil ketawa sinis.Ahli GOAT'S HEAD yang bernama Kim Tteori cuba untuk maju.
"Jangan takut Minhee,kami cuma nak kau bayar balik hutang boss kami"
Minhee mula rasa panik kerana mereka semua cuba untuk mendekatinya.Dengan peluang yang ada,Minhee mencuba melarikan diri namun malangnya kakinya tidak sengaja tertendang batu dan membuatkan Minhee terjatuh.Mereka semua mula membuat satu bulatan.Minhee ditatap dengan tatapan yang sinis dan jahat.Son Jaeyi salah satu daripada ahli GOAT'S HEAD terus menghilangkan senyuman sinisnya lalu memukul kepala Minhee menggunakan pemukul baseball itu sehingga membuatkan kepala Minhee berdarah dan lelaki itu pengsan.Mereka semua mula membawa Minhee untuk pergi ke tempat kediaman mereka.
-
Bunyi lagu yang kuat di dalam kelab itu membuatkan Daekyung menari nari sambil meminum araknya.Boleh dia mendengar pintu dibuka lalu muncullah pembantu pembantunya bersama Minhee yang sudah diikat.Lelaki itu juga telahpun sedar.Mereka membawa Minhee mendekati Daekyung.Daekyung senyum lalu menepuk tangannya.
"Haaa Kang Minhee,akhirnya"
Tengkuk lelaki itu ditepuk tepuk.Minhee terbatuk.Daekyung mencengkam rahangnya.
"Makin kacak ya Minhee.Tapi bukan tu aku nak cakap"
Bahu Minhee dipeluk lalu diurut urut.
"Kau masih ingat duit aku yang kau pinjam dulu tu?"
Minhee akhirnya bersuara.
"Daekyung,kita lupakan je lah pasal tu.Aku takde duit sekarang..lepaskan aku"
Daekyung ketawa palsu.Dia melihat wajah Minhee.
"Lepaskan kau ya?"
Daekyung yang senyum itu tadi terus menghilangkan senyumnya.Muka kacak Minhee ditumbuk kuat sehingga berdarah.Disuruhnya pembantu pembantunya untuk mengundurkan diri.Ingin dia kerjakan Minhee habis habisan.Ditendangnya kaki lelaki itu sampai terjatuh melutut.Kepala Minhe berkali kali di tendang.Minhee cuba menahan sakit.Selepas puas membelasah Minhee Daekyung duduk mencangkung.Rambut Minhee ditarik kasar lalu didekatkan ke muka Daekyung.
"Kau dengar sini,kalau kau tak bayar hutang aku nahas kau-"
Sesekali Daekyung terfikir sesuatu.Senyuman senget diukir.Bebola matanya melihat wajah Minhee yang sudah berdarah itu.Daekyung membasahkan bibirnya menggunakan lidah lalu membisik sesuatu ke Minhee.
"Minhee,kau ada adik kan?"
Mendengar sahaja soalan Daekyung itu membuatkan Minhee membulatkan matanya.Daekyung melihat pembantu pembantunya.
"Cari adik budak ni sampai dapat,bawa kat sini hari ni juga!"
Mereka semua mengangguk dan keluar semula.Minhee sudah mula rasa panik dia menatap tajam wajah Daekyung.
"Kau nak buat apa dengan adik aku!?"
Daekyung senyum sinis.
"Kau tengok je lah nanti.Sein,bawa Minhee pergi bilik karaoke"
Sein mengangguk dan mula mengheret Minhee pergi menjauh.Minhee masih lagi menjerit memanggil nama Daekyung.
"Daekyung!Kau jangan nak masukkan Jiyoon dalam hal ni!Kalau kau sentuh dia nahas kau oleh aku!"
Daekyung tidak mempedulikan kata kata Minhee itu.Rokok di keluarkan lalu dia mengambil sepuntung lalu menyalakan api.
-
Gadis yang rambut diikat ekor kuda itu berjalan sambil melompat lompat.Dia sekarang dalam perjalanan pulang.Kang Jiyoon.Adik kepada Kang Minhee.Minhee dari kecil lagi sungguh sayang akan adiknya.Dia berjanji akan menjadi abang yang bertanggungjawab.Dia tidak mahu membuat Jiyoon kecewa.Jiyoon juga apa kurangnya,dia juga menyayangi abangnya.Selepas sahaja ibu bapa mereka meninggal disebabkan kapal terbang terhempas,mereka terus pindah ke kota Seoul.Minhee mengambil kerja sambilan manakala Jiyoon masih lagi bersekolah di Ichin HighSchool.Gadis itu akan selalu balik petang pada pukul 5 begitu.Seperti sekarang inilah.Gadis itu melintasi lorong sunyi.Pada mulanya,Jiyoon agak takut untuk melintasi lorong ini tetapi dia sudah biasa dan tidak takut lagi.Jiyoon jalan seperti biasa.Tengah seronok gadis itu bersenadung,entah dari mana beberapa orang lelaki muncul mengepung Jiyoon.Jiyoon mengerutkan dahinya.
"Hai adik manis"
Jiyoon melihat mereka satu persatu.Dia mengundur dan tidak sengaja terlanggar seseorang dan orang itu juga orang jahat.Jiyoon melihat kiri kanannya.Semua ada orang jahat.Jiyoon sudah mula rasa panik.Peluh kian keluar.
"K-korang siapa?"
"Kau adik Minhee kan?"
Jiyoon terkaku.
"Macam mana korang tau?"
Ahli daripada GOAT'S HEAD itu bertanya.
"Kau tau tak apa abang kau dah buat?"
Jiyoon masih mendiamkan diri.Ahli GOAT'S HEAD yang bernama Shin Yewan itu cuba berlembut.
"Jangan risau.Kami takkan buat apa apa kat kau.Tapi sekarang ni kau kena ikut kami"
Jiyoon menggeleng kepalanya laju.
"Tak...saya takkan ikut korang.Lagi satu,kenapa dengan abang saya?"
"Itu sebab kau kena ikut kami"
Jiyoon menggeleng lagi sekali.Mereka semua sudah mula rasa rimas.Lelaki yang bernama Joo Sanpyo itu menatao sahaja dompet Jiyoon.Senyuman sinis diukir.Dengan pantas dompet itu dirampas membuatkan Jiyoon tersentak.Sanpyo menayangkan dompet gadis itu.Jiyoon membulatkan matanya.
"Hei,bagi balik"
Gadis itu cuba sedaya upaya untuk ambil dompetnya semula tetali Sanpyo mengangkat dompet itu tinggi tinggi.Yang lain ketawakan Jiyoon.
"Ala comelnya dia ni,sampai terlompat lompat"
"Bagi lah balik!"
"Cubalah tangkap"
Jiyoon masih lagi cuba untuk menangkap dompetnya.Dengan peluang yanh ada,salah satu ahli GOAT'S HEAD dari belakang,sudah sediakan guni untuk menutup kepala Jiyoon.Perlahan lahan dia majukan diri.Dan kepala Jiyoon berjaya ditutup membuatkan Jiyoon terjerit.Cepat cepat gadis itu diangkat lalu mereka lari masuk ke dalam van hitam.
-
Daekyung senyum melihat Minhee yang masih terikat itu.Mereka sekarang sedang menunggu pembantu pembantu Daekyung untuk pulang kerana mereka sudah menangkap Jiyoon.Beberapa minit kemudian,suara gadis terdengar bermaksud mereka sudah tiba.Daekyung senyum gembira.
"Lepaslah!"
Mendengar suara itu membuatkan Minhee mengangkat wajahnya.Matanya membulat besar di saat pembantu pembantu Daekyung berjaya menculik Jiyoon.Jiyoon juga terkejut.
"Adik"
"Abang?"
Daekyung menepuk tangannya.
"Baiklah,kita mula sekarang"
Daekyung mula mendekati Jiyoon.Jiyoon mula rasa gelisah.Daekyung berdehem terlebih.
"Hello Jiyoon.Apa khabar?Sihat?Kau nak tau kenapa abang kau ada kat sini?"
Minhee pula yang didekati.Bahu lelaki itu dipeluk.
"Abang kau,ada hutang dengan kami.Aku terfikir sesuatu"
Daekyung meletakkan jarinya di dagu sambil mengetuk ketuk dagunya menggunakan jari telunjuk.Daekyung melihat mereka berdua.
"Aku akan bagi Minhee 10 hari untuk kumpul duit.Kalau dia tak dapat selesaikan tugas ni..."
Jiyoon didekati sekali lagi.Rahang gadis itu dicengkam membuatkan Jiyoon meringis kesakitan.Wajah adiknya ditayangkan ke Minhee.
"Adik kau ni,kami beli"
Minhee membulatkan matanya begitu juga Jiyoon.Minhee sudah rasa marah.
"Aku takkan bagi adik aku kat kau!Dia bukan untuk dijual!Kau tengok je lah!Aku akan kumpul duit tu!"
Jiyoon akhirnya mengalirkan air mata.Takut jika dirinya dijual kepada mereka.
"Kang Jiyoon!Abang akan kumpul duit tu dan akan bebaskan kita berdua.Percayalah"
Walaupun takut,Jiyoon masih mengangguk laju.Daekyung menggerakkan bebola matanya ke atas.
"Okay dah dah,tak payah nak sedih sangat.Lepaskan ikatan"
Ikatan Minhee akhirya dilepaskan.Pantas Minhee memeluk adiknya.Pipi gadis itu ditekup.Jiyoon menangis.
"Takpe adik,abang boleh kumpul duit tu.Percayalah"
"A-abang janji?"
Minhee mengangguk.Dahi adiknya dicium lama.Daekyung pura pura mengusap air mata.
"Terharu aku.Woi,panggil Hoon kejap"
Ahli GOAT'S HEAD yang bernama Shawn itu mengangguk dan berlalu pergi.
"Baiklah Minhee,tugas kau akan bermula besok"
Minhee mengangguk.
"Baiklah.Kami nak balik jadi,lepaskanlah ikatan Jiyoon ni"
Daekyung mengangkat keningnya.
"Ops,sorry.Kami takkan lepaskan adik kau"
Kerutan dahi Minhee muncul.
"Kenapa pula?"
"Jiyoon akan dikurung di bilik karaoke selama kau buat tugas kau.Aku tak nak dia tolong kau"
Makin takut Jiyoon dibuatnya.
"Mana boleh macam tu.."
"Boleh je.Dan orang yang akan jaga Jiyoon ialah.."
Lelaki yang tinggi,rambut berwarna hitam,bahu yang bidang dan tegap itu muncul dengan muka dinginnya.
"Ada apa ni?"
Daekyung menepuk tangan gembira kerana dia sudah sampai.
"Haaa inilah dia"
"Park Sunghoon"
Bersambung...
HELLO SEKMUUU !!!
Wapa di sini lagi mengpublish new storyyy yeyyy !!!!
Btw correction , nama female lead dia Kang Jiyoon tau bukan Ahn Domin 😭😭
Sooo ini first ep Not For Sale , i hope u like it :)
Bye bye and goodnight love ><
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro