Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 - Menulis Watak Sokongan

Watak sampingan atau lebih dikenali nama samaran yang tidak dikenali sangat iaitu deutragonist, merupakan orang sekeliling (yang penting) dalam hidup watak utama.

Dia orang ini tak adalah goyang kaki memanjang dalam novel. Mesti kena buat kerja untuk jalan cerita berjalan. Yalah, dah kalau tiada kegunaan, baik penulis bunuh sahaja watak itu.

Penulis: Ah, kau tak ada guna dalam novel ini! Pegang watak itu tak nak, pegang watak ini tak nak. Ah, baik kau mati sahajalah! *angkat pisau*

Watak: Ah, nanti! Apa kata... ha, saya tahu! Saya tahu!

Penulis: *turunkan pisau* Cakap... apa ayat terakhir kau?

Watak: *keluarkan Uno Card Reverse* Aku yang jadi penulisnya.

Penulis: Ti... *terjatuhkan pisau dan pensel* Tidaaak!

Lebih kurang, watak sampingan ini mempunyai personaliti sendiri. Sekarang ini ramai pembaca lebih suka perkembangan personaliti watak dari flat character yang sama sahaja personalitinya.

Sebab itulah novel sekolah selalu tak ada orang sentuh. Kalau ada pun, mereka sepatutnya dikurniakan anugerah.

...

MACAM MANA NAK SEKSA, eh TULIS WATAK SAMPINGAN?

Tips 1 - Berikan personaliti

Watak sampingan bukan sekadar watak sampingan. Dia orang pun ada flashback kehidupan dia orang, personaliti unik dan menarikkan plot lebih lagi.

Taklah nampak watak utama ini forever alone atau dikelilingi orang yang tak guna.

Kalau kau orang pening-pening nak cari personaliti watak itu, kau orang boleh gabungkan personaliti watak anime contohnya personaliti Naruto + Mikasa. Okey, itu kedengaran pelik.

Cara lain boleh ambil rujukan dari Google, Pinterest. Taip sahaja type of dere dan jenis personaliti.

Antara personaliti yang sesuai dengan watak sampingan;

Shundere - Personaliti ini selalu nampak depresi dan lebam bawah mata. Kadang-kadang dia orang akan gelakkan masalah mental sendiri. Orang macam inilah memang perlukan terapi.

Hrm... dekat betul personaliti ini dengan aku.

Entp - Otak dia orang terlebih kreatif sampaikan suka dengan pergaduhan. Walaupun macam itu, dia orang ini bijak pandai tapi dia orang tak suka diarah. Buat jadual hidup pun boleh buat dia orang rasa terkurung.

.

Tips 2 - Buat biodata mereka

Biodata itu tak adalah macam biodata kita masa darjah satu itu. Teringat pula masa buat diari. Biodata mesti wajib duduk mukasurat depan.

Biodata ini penting supaya kau orang lebih faham dengan watak kau orang. Nanti sekejap watak itu jadi periang lepas itu jadi kurang ajar. Lainlah kalau watak itu ada split personality.

Nama:
Panggilan:
Umur:
Watak:

Warna mata
Tinggi:
Warna kulit:
Personaliti:

Biodata watak Nooroo:

Nama: Habri (L)
Panggilan: Habri
Umur: 22 tahun
Watak:  Sampingan dari Eternal Love

Warna mata: Hitam
Tinggi: 167 cm
Warna kulit: Sawo matang
Personaliti: Lembut tetapi bukan pondan. Seorang yang kalau sudah cintakan seseorang, pasti akan dapatkan dengan bersungguh-sungguh. Tidak hiraukan kata-kata negatif dari orang.

.

Tips 3 - Buatkan karekter kau orang menarik

Selain memilih personaliti, kau orang boleh berikan dia orang kisah masa lalu. Bukan watak utama sahaja yang kau orang kena pastikan hidup, watak sampingan pun sama.

Namun, pastikan latar belakang itu tidaklah lari dari jalan cerita. Mesti ada kena mengena dengan plot. Janganlah cerita fasal pembunuh hantu, kau orang flashback dia tangkap berudu pula (kecuali kawan dia tiba-tiba kena bunuh dengan hantu).

Misalnya Demon Slayer. Pencipta dia flashback watak Zenitsu yang sedang berlatih pernafasan dengan seorang atuk. Saling berkait sebab atuk dia tengah ajar dia jadi Demon Slayer!

Novel kau orang akan membuatkan pembaca rasa mereka betul-betul hidup dalam novel kau orang. Semuanya ada emosi kemanusiaan dan personaliti unik tersendiri

Bila watak sampingan kau orang menarik, ini membuatkan pembaca termasuk aku makin suka dengan cerita! Malah tak adalah rasa bosan asyik watak utama sahaja muncul.

.

Tips 4 - Buat sesuatu yang mengejutkan

Buat sesuatu yang mengejutkan bukan pergi kejutkanlah pesakit jantung. Tidak fasal-fasal kena saman sebab menempah orang untuk nazak.

Kenal encik plot twist?  Ya, dialah encik pengejut dalam dunia novel. Bahkan dia orang boleh buat kau orang berkerut dahi pada pukul tiga pagi masa membaca novel.

Dengan mencampurkan encik plot twist dan watak dalam satu balang, ianya akan mewujudkan perasaan kimia bernama terkedu, terkesima dan terkejut, mak!

Sebagai contoh...

Watak sampingan itu rupanya adik-beradik ibu sama, ayah berbeza dengan watak utama.

Watak sampingan itu rupa-rupanya orang jahat selama ini.

Watak sampingan yang kita sangkakan jahat rupanya melindungi watak utama.

Watak sampingan itu merupakan penulis yang berada dalam dunia watak utama itu.

Watak sampingan itu watak utama dari masa depan.

Sudah, sudah! Nanti kau orang dapat teka pula plot twist aku selepas ini.

...

Tanpa watak sampingan, tidak hiduplah suasana di dalam novel tersebut. Rasa macam... tengok cerita budak-budak. Cerita yang dibuat untuk kanak-kanak dulu pun ada perkembangan karekter yang meletupkan otak. (Zuko dari Avatar: The Last Airbender)

Tips lagi mudah, kau orang bayangkan sahaja itu kawan kau orang dengan personaliti sekian-sekian...

Watak sampingan ini juga akan banyak membantu watak utama dalam meneruskan plot. Ha, kau dengar orang sekeliling aku! Aku mungkin watak sampingan yang membantu hidup kau orang selama ini!

Berterima kasih pada aku! MUAHAHHAHA!

Anak: Mak, orang itu sewellah.

Ada soalan? Mana tahu kau orang sekarang tengah tumbuk meja sambil merungut... bahasa apa yang Nooroo pakai ini? Sepatah pun aku tak faham.

Jadi kalau isu itu timbul, boleh ditanya di sini.
(☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

Ha, kalau di atas itu nak tanya tips akan datang pun boleh. Mana tahu tips kau orang terpilih dan kita akan kupas bersama-sama buah rambutan.

Cakap fasal makanan, terus rasa lapar. Dah, dah. Jom kita pergi masuk dapur cari makanan sementara tunggu bab seterusnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro