Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 - Cover

Nooroo: *belek cerita ke bab seterusnya*

Buku dengan cover lawa: *terkeluar di recomend*

Nooroo: Eh, buku ini macam menarik sahaja. *Tekan*

.

Selalunya kita akan dengar pepatah bahasa Inggeris, pasi pasi baga (don't judge a book by it's cover). Tetapi rakyat-rakyat di kerajaan Oren ini, lain pula kisahnya.

Tajuk pun  kalah dan jatuh ke tempat kedua. Siapa pula di kekal juara dalam menarik perhatian pembaca? Ya. Benda itu tidak lain tidak bukan...

Cover

Eh, ini banner.

Dark Nooroo: Sempat lagi kau tunjuk cover kau.

Buku Wattpad yang lain: 😑

Nooroo: Ya, kita orang tahu kita rasict 'sikit'.

Oleh hal itulah, pereka grafik memegang peranan penting dalam sesebuah syarikat penerbitan. Tanpa dia dan penulis, gulung tikarlah syarikat itu.

Sebab itulah aku sangat berbangga akan self-publisher. Dia orang terbit sendiri, design sendiri dan ianya memakan masa dan juga berbaldi peluh. Kalau ada orangnya di sini, berikan tepukan hujan kepada mereka!

Kalau tajuk anda tidak menarik, pembaca ini akan tengok cover. Anda sangat bertuah kalau pembaca itu jenis tidak kisah. Jadi dia akan tekan sahaja buku itu nak baca sinopsis sebab dah bosan sangat. TvT

Jadi, macam mana nak buat cover?

...

Langkah pertama: Cari pembuat cover di Wattpad

Ini untuk kau orang yang mungkin malas ataupun kurang berbakat dalam seni design kulit buku.

Pandai-pandailah kau orang cari pembuat cover di dunia oren ini. Rasanya ada lagi cover shop yang buka. Cuma kena banyak search sebab kebanyakkan graphic designer di Wattpad ini budak sekolah TvT

Kau orang boleh cari dengan kata kunci begini.

Graphic Shop
Cover Shop
Cover

Jangan risau, kebanyakkan free sahaja. Kalau ada peraturan itu, kau orang ikutlah. Macam bagi kredit kepada pembuat cover, kesian dia orang penat-penat buat cover.  Kena cari gambar kau orang dekat Pinterest pun dah makan masa tiga puluh minit.

Kalau ada yang berbayar itu biasanya macam vote cerita dia orang, promote cover shop dia orang di mb. Ke ada yang pakai duit? 🤔

Tak apalah, asalkan bukan bayar pakai daun pisang.

__

Langkah Kedua: Buat sendiri

Selamat datang diucapkan pada spesies yang mahu masuk ke dunia design meng'design'. Ha, jemput duduk. Jemput duduk.

Pertama sekali, kau orang kena aplikasi. Tak, kau orang memang tak boleh pakai niat masa buat cover ini. Kalau boleh pakai niat, mesti gallery aku dah penuh dengan cover.

Aplikasi IbisPaint X / Piscart :

- Sebelum letak tulisan atau apa-apa, kau orang mestilah kena ada tempat pertama untuk hasilkannya.

- Memandangkan aku seorang pelukis, jadi aku lagi prefer IbisPaint X daripada aplikasi lain. Melukis? Buat cover? Reka banner? Semuanya dua dalam satu!

- Kalau Piscart ini, kau tak payah susah-susah nak cari benda dalam Pinterest. Cari sahaja dalam Piscart itu. Hiasan mentega terbang ke ataupun hiasan kapal terbang.

- Ukuran Cover: 512 × 800

.

Aplikasi Pinterest:

- Pinterest ini... kau orang boleh cari apa sahaja bahan-bahan untuk kau orang gunakan untuk reka cover.

- Macam apa? Watak anime lelaki? Ullzang couple? Korean couple? Girl red hair photography?

- Tetapi kau orang taip panjang seperti Girl Red Hair with Yellow Shirt. Berkerut Pinterest cuba cari apa yang kau orang cari. Macam apa mu merepek ni natang? Aku bukan Google!

.

Aplikasi Photo / Pixellab :

- Pembuat aplikasi ini menghasilkan aplikasi khas untuk anda meletakkan tulisan dekat cover kau orang. Jadi kalau nak cari game masak-masak, ini bukan aplikasinya.

- Pada pendapat aku, aku lagi suka guna Phonto sebab mudah hendak dowload font. Nak dowload font dekat mana? Buka Google dan dowloadlah di Dafont.com.

- Dan Pixellab tidak banyak font nak guna.

- Bagaimana kalau tiada Google? Nampaknya masalah anda tiada kena memgena dengan perkara yang kita bincangkan ini. *Pakai spek mata hitam*

.

Aplikasi Polar:

- Kalau kita pernah pakai filter dekat Instagram, kiranya ini filter untuk cover kita supaya nampak lagi mantap! Tapi kena guna internetlah masa guna.

- Jadi mungkin aku sarankan kau orang guna Coffee sebagai filter ataupun taip sahaja edit png di Pinterest.

.

Kau orang boleh cari tutorial cover dekat dalam Wattpad sebagai rujukan. Ha, aku pun tengah buka tutorial di Nooroo's Touch kepunyaan aku. Jadi tanyalah soalan fasal cover yang kau orang mahu.

...

Rasanya setakat itu sahaja pembelajaran kita. Nanti lebih-lebih pula, macam kelas mengajar buat cover pula.

Otak:

No, please don't

Otak: Yalah...

Ada yang masih tercengang ke? Ha, kalau tak faham. Bolehlah tanya. Jangan risau, setakat ini aku pernah makan ayam sahaja.

Sila tanya di sini, ya? Nak request tips pun boleh!
(☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

Jumpa di tips yang lain!

.

Pesanan ringkas: Petang ini (1 Ogos), Nooroo's Touch akan buka batch baru. Jadi jangan lupa jenguk dan isi borang tau. Tata!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro