Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 - Sinopsis

Ha, pada bab kali ini. Kita akan belajar tentang sinopsis. Apanya pentingnya sinopsis ini? Kalau tidak tulis, tidak mengapa kan? Ah, boleh sahaja. Tapi kalau pembacanya aku, aku tengok cover lepas itu aku rasa menarik, aku baca. Tak menarik, aku tinggalkan.

Sinopsis salah satu cara untuk menarik pembaca untuk cerita kamu. Kalau setakat bubuh dialog, tidak hairan bab pertama kau orang sahaja ada ramai pembaca, yang lain semua sedikit.

Yalah, sebab tidak faham. Tengoklah buku teks Matematik Tambahan. Tidak letak sinopsis. Sepatah haram aku tak faham bila buka.

...

Ada Beza Ke Sinopsis dengan Blurb?

Mestilah ada beza. Semua benda dekat dunia ini ada perbezaan walaupun aku samakan sahaja semua kucing oren dekat dunia ini.

-

1 - Sinopsis

Sinopsis ini kira macam penjelasan pendek fasal cerita sesebuah novel itu. Kalau dalam istilah Google, sinopsis bermaksud ringkasan yg memberikan gambaran umum tentang sesuatu perkara (novel, drama, filem, dsb), ikhtisar.

Dia bukan sinopsis macam kau orang baca dekat belakang buku itu. Dia paparkan seluruh jalan cerita novel tersebut tetapi secara ringkas.

Biasanya kalau novel pembelajaran, adalah sinopsis panjang pada halaman belakang itu. Kalau tiada di situ, pasti terletak di buku aktiviti.

Fuh, mana aku hendak ingat seluruh jalan cerita walaupun itu novel aku sendiri. Boleh tercampur nanti. (Penulis novel dengan buku lebih sepuluh buah.)

Contohnya;

Kasut Kelopak Jantung

   Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman.

   Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan.

   Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang.

   Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya.

   Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

   Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama-sama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain.

   Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

(Aku tahu kau orang skip, kalau tidak, alhamdulilah)

Ush, cerita legend ini. Tidak silap ada aku adaptasi dekat televisyen atau dekat Youtube. Memang sepatutnya ditulis dalam satu perenggan, tetapi sengaja buat dalam beberapa perenggan supaya kau orang baca. MUAHAHAHHAHA.

Tetapi bacalah. Mana tahu dapat inspirasi ke.

Otak: Ha'ah, macam ada seorang pelajar lumpuh kaki yang tiba-tiba menjadi anak yatim. Disebabkan tiada tempat untuk bergantung, pelajar itu hanya menguruskan dirinya sendiri.

Nooroo: Wey, seriuslah? Tak akan dapat inspirasi dari novel Kelopak Jantung kot?

Otak: Selepas itu ada cikgu perempuan dia datang dan sebenarnya cikgu itu mafia. Cikgu itu telah mengambil anak muridnya sebagai orang mafianya memandangkan wajah budak perempuan itu serupa benar dengan anak perempuannya yang sudah meninggal.

Nooroo: Aaa aku tak faham betul dengan otak aku sendiri! *keluar dari bilik*

-

2 - Sinopsis Pendek / Blurb

Sinopsis pendek ini pula lain berbanding dengan sinopsis di atas. Ha, tengok tadi aku tertypo sinopSUS. Suspicious betul otak aku ini.

Sinopsis pendek ini merupanya satu nyataan pendek sebagai PROMOSI sisipan kerja kreatif. Biasanya diletakkan di belakang buku ataupun dipaparkan di skrin Wattpad sebelum mula membaca.

Kadang-kadang, ulasan daripada pembaca yang terletak pada sinopsis pendek itu mampu menarik perhatian pembaca yang lain.

"Tidak bosan untuk dibaca berulang kali kerana setiap mukasuratnya mampu membawa otak anda ke situasi luar jangkauan! Malah, cerita ini langsung tidak klise!" - Oyen, anak Rogayah

Ha, kita ini kalau baca tidak klise, jalan cerita best... baca sinopsis. Terus ambil buku itu dan hantar ke abang/ kakak penjaga kaunter.

Dalam kata lainnya, blurb bukanlah seratus peratus perkataan sahaja. Boleh ditambah salah satu dialog tegang dari isi novel untuk menambah mimik ke dalam sinopsis pendek itu.

Tetapi jangan terlalu masukkan banyak sangat dialog. Ianya akan membuatkan pembaca blur dan mengambil keputusan meninggalkan sahaja buku itu.

...

Macam mana hendak tulis Blurb?

Baiklah manusia yang hendak menambah ilmu, di sini saya menaipkan tips-tips menulis nove...

Dark Nooroo: Astagfirullah, cepat-cepatlah. Kata nak tolong aku kemaskan rumah.

Oh, maaf. Maaf.

Mari sini saya membentangkan formula rahsia membuat blurb yang menarik. Ha, dekat sikit dekat sikit. Rahsia ini meskipun Googlelah tempat rujukan saya.

Formula Blurb 1.0

1 - Pastikan kau orang sudah tahu apa kau orang hendak tulis

Sebelum tulis sinopsis pendek, jalan cerita kau orang mesti ada dekat dalam otak mahupun ditulis dalam kertas. Segala isu cerita sudah difahami dan diproses jelas dalam otak.

Kau orang hendak tulis apa? Kahwin paksa? Pencarian roh hantu? Crush? Serigala di zaman moden? Cinta remaja luar biasa? Hoi, ke kisah yang otak aku cerita tadi?

.

Ha, itu sahajalah. Okey, kau orang semua boleh balik. Dah, dah balik. Aku hendak tolong Dark Nooroo kemas rumah ini. *gulung formula*

Dark Nooroo: *acah nak pukul dengan batang penyapu*

Tch, yalah! Yalah.

...

"Macam mana nak tulis blurb menarik?"

Tips 1 - Perkenalkan watak.

   Sebelum itu, pastikan anda sudah memilih peranan watak masing-masing. Bagi skrip kepada mereka terlebih dahulu supaya mereka tidak melalut dalam jalan cerita nanti.

   Watak yang hendak diceritakan bukanlah watak tambahan yang tidak penting itu. Baik tumpukan pada watak utama. Sebab dia oranglah hero dan heroin cerita ini. (Kerana itu pentingnya menjadi main character)

"Ha, apa? Ke istana!" - Oyen

Oyen, seorang duda beranak satu tidak semena-mena dipanggil ke istana. Bukanlah dia melakukan kesalahan atau disebabkan dia anak raja. Ha, tekaan yang kedua itu hampir tepat. Dia anak pembantu peribadi raja yang terpisah berpuluh tahun lamanya!

(Memperkenalkan hero)

Sesampainya dia ke istana bersama anaknya, barulah dia mengetahui ayahnya jatuh sakit dan dia perlu menjaga puteri diraja, puteri Al-Comel. Ah, anak dia seorang pun sudah memandai, hendak jaga anak orang pula. Anak raja pula itu!

Menyusahkan betul!

(Memperkenalkan heroin)

Jangan tanya kenapa nama dia begitu. Aku lama tidak jumpa Oyen dekat luar walaupun sebenarnya aku boleh sahaja letak kaki dekat luar (tapi malas).

.

Tips 2 - Apa yang terjadi?

   Pada bahagian ini, kau orang ceritalah perkembangan novel itu. Bukan cerita semua. Kau cerita semua, memang aku rasa menyesal baca cerita engkau (Terinspirasi dari kisah benar)

Ha, mesti kau orang ingat duda atau puteri  itu jatuh cinta terlebih dahulu, bukan? Eh, memang betul pun namun ianya bukan hero memainkan langkah pertama, si puteri yang mulakan dahulu!

(Tambahkan sedikit dialog dari novel.)

"Oyen, jom kahwin dengan beta!" - Puteri Al-Comel

"Otak tuanku jatuh dan hilang ke? Mari saya carikannya untuk tuanku." - Oyen.

.

Tips 3  - Konflik MUAHAHAHA aku suka konflik!

Masukkan juga konflik. Namun konflik yanh paling utama sahaja. Konflik kecil itu tidak payah masukkan. Biar sahaja buat pembaca terkejut dengan konflik tidak dijangka itu.

Ingat, jangan panjang sangat! Terlebih had perkataan nanti.

Aduhai, ingatkan boleh menjalankan pesanan ayahnya, namun lain pula yang terjadi. Tidak perlu susah-susah lindungi puteri, kerana puterinya memang dua puluh empat jam berkepit dengannya. Anaknya malah suka akan puteri itu pula!

Masalahnya lindungi baginda dari apa?

"Macam biasa, rancangan kita. Kita akan bom seluruh kerajaan ini." - SESEORANG

(Jangan letak -??? kalau tidak mahu orang tahu siapa penjahat itu. Letak sahaja 'seseorang' atau 'si antagonis')

Tanpa siapa duga, musuh telah dicipta dengan satu kesilapan besar yang mereka buat. Segalanya mungkin musnah berkecai tidak lama lagi.

.

Tips 4 - Persoalan / Unsur Saspen

Kalau kau orang perasan, penulis suka tanya soalan yang kita tidak tahu. Biasanya soalan itu akan dimulakan dengan kata tanya...

Adakah...
Apakah...
Bagaimana dengan nasib...
Mampukah...
Dapatkah...

Sebagai contoh;

Dirinya hanya seorang pembantu peribadi diraja? Perlukah meletak sepenuh kepercayaan dengannya? Tetapi adakah hal ini kena mengena dengan tugasnya menjaga sang puteri.

"Oyen... I hate you! Jangan pernah munculkan depan beta atau keluarga beta lagi!" - Puteri Al-Comel

"Eh, kalau pembantu ayahanda kau tak ajak aku dan anak aku ke sini, semua ini tak akan terjadilah!" - Oyen

Mampukah cinta mereka bersatu di saat konflik merata-rata?

"Maafkan aku, Tam. Maafkan papa." - Oyen

Dan bagi sesiapa tanya. Ya, genre sinopsis aku tulis ini romantik dan aksi. Dan salah satu daripada berpuluh draft aku yang berhabuk.

...

Faham, bukan? Cubalah ikut tips-tips yang aku telah berikan. Huhuhu, aku sangat gembira kalau ianya sangat berguna.

Katakanlah kalau otak kau orang memang tidak boleh proses. Sampaikan satu tambah satu menjadi sebelas. Aku cadangkan kau orang guna tips daripada Shieyruna dan tips daripada aku sendiri.

+

Tips Shieyruna
- Scene Blurb

Kau orang ambil satu atau dua dari mana-mana scene cerita dan jadikannya sebagai blurb. Ataupun dialog watak-watak. Ambil babak bahagian konflik sahaja pun sudah memandai. Ataupun gabung dari awal sampai konflik.

Tidak kisah mana-mana. Kalau bahagian yang buatkan pembaca lagi tidak keruan, lagi mantap!

Contoh;

"Kami daripada istana." Seorang lelaki bersut putih membuka sekeping surat lalu dibacakan di hadapan duda tersebut. "Muhammad Oyen dan anaknya diminta dihadapkan ke istana dengan segera. Arahan daripada raja kerajaan Meow."

Anaknya si Itam sudah melompat-lompat teruja manakala si ayah sudah tergaru kepala. Kenapa dia perlu ke istana? Bahkan bila dia sampai di sana, terkejut dia mengetahui dia anak yang berpuluh tahun terpisah.

Bukan ayahnya si raja itu tetapi pembantu peribadi yang jatuh sakit itu merupakan ayahnya!

"Maafkan ayah sebab rahsiakan selama ini." Bulat cuba berbicara walaupun tekaknya kering dan suaranya bergetar. Nampaknya sakit yang menimpa padanya, memang teruk buat usia tuanya. "Tetapi ayah ada satu permintaan, tolong..."

"Tolong lindungi anak beta, puteri Al-Comel." Semua mata di dalam bilik itu menoleh ke arah raja di muka pintu. Riak wajah Oyen sudah terkejut namun dia hanya mampu redha menerima. Hatinya mengutuk, kenapa dia perlu susah-susah menjaga anak orang pula?

"Itam sayang tuan puteri!" - Itam

"Aww, saya pun sayang sangat Itam. Sayang untuk Itam, cinta untuk ayah Itam! Nanti ajak ayah Itam kahwin dengan puteri, mahu?" - Puteri Al-Comel

Ah, sudah!

Sekejap, tetapi lindungi dia sebab apa? Adakah bahaya yang akan menghampiri kerajaan ini sebentar lagi?

"Macam biasa, rancangan kita. Kita akan bom seluruh kerajaan ini." - ANTAGONIS

Ha, sebab itulah mulut jangan masin sangat!

+

Tips aku
- Kalau tiada idea, tengok idea di atas.

Ceh, gurau sahaja.

Tulis secara santai dan jangan stress-stress

Macam aku tulis tadi. Ada unsur lawak, aku tulis tenang sahaja. Kalau serius sangat, pembaca... lah, pembaca okey sahaja. Cuma kalau ada unsur lawak ini, mampulah menambah senyuman pada wajah mereka. *Buat muka swag*

Jangan cerita keseluruhan pada sinopsis pendek

Fokus pada konflik utama sahaja. Jangan cerita semua. Kalau konflik utama itu dekat dekat dengan akhir cerita, pilih konflik yang agak jauh dari pengakhiran cerita.

Contoh;

Konflik Pelindung Puteri Raja

1) Oyen asyik tolak cinta Puteri Al-Comel
2) Ramai rakyat mati, ada orang suruh turun taktha
3) Ada orang menyamar jadi Puteri Al-Comel untuk bunuh raja
4) Mencari pembunuh kerajaa
5) Pencarian Puteri Al-Comel
6) Menewaskan musuh kerajaan
7) Puteri Al-Comel buta akibat kemalangan
8) Pandail-pandailah diri aku cari cara nak paksa dia orang kahwin dan bahagia

Konflik yang jangan dipilih - nombor tiga sampai nombor terakhir

Konflik yang boleh dipilih - nombor satu sampai nombor dua

Janganlah jadi macam aku. Aku teruja nak beli novel seram fasal hantu. Baca sinopsis macam best. Lepas habis sahaja baca buku itu, aku rasa macam nak campak sahaja buku itu.

Kenapa? Dia dah cerita semua dekat sinopsis (contohnya macam nombor satu sampai enam). Jadi aku rasa cerita dia seronok, cuma jadi macam ala, itu sahaja?

Jadi, elakkan, ya? OwO

Ha, satu lagi!

  Kau orang boleh cerita semua dekat sinopsis pendek, dengan syarat kau orang kena mulakan selepas apa yang kau orang cerita itu.

Contohnya. Sinopsis itu aku cerita fasal Oyen sudah diangkat jadi pembantu peribadi puteri raja. Tambah dengan persoalan semua itulah. Jadi mulakan cerita selepas Oyen jadi pembantu peribadi.

Okey? Cantik!

...

Itu sahaja tips kita pada hari ini. Kau orang dah faham? Sedia untuk mulakan cerita? Maka pergilah tulis blurb kau orang sekarang!

Ada soalan? Boleh tanya di sini!
(☞ ͡° ͜ʖ ͡°)☞

Sat, aku tulis jawapan sebelum kau orang tanya...

1) Kali terakhir aku makan maggi, semalam  waktu pagi.

2) Tak, tak. Aku tak tahu cara nak buat biskut Yaya.

3) Game pertama aku pernah main ialah game Plants Vs. Zombie.

Baiklah! Jumpa di tips seterusnya! Assamualaikum dan bye!




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro